Sekarang Cek Liza dah ada hobi baru iaitu work out kat gym..mesti ada yang cakap..watpe kena pg gym leh buat exercise kat umah..je kan tak pun pergi taman jogging..setelah berkecimpung dalam aktiviti pergi gym selama lebih kurang 2 bulan setengah berikut adalah kenapa Cek Liza memilih untuk pergi gym.
Inspirasi
Exercise sesorang kat umah..boleh je..sangat mudah. Tapi bila di gym, kita tengok orang lain. Ada yang memang tahap pro tapi ramai yang macam kita juga yang baru nak bermula. Orang kata kalau nak berjaya kita kena berada dikalangan orang berjaya. Menggunakan konsep yang sama..Cek Liza nak berada dikalangan orang yang juga mengambil berat tentang kesihatan dan tubuh badan..Tengok cara yang pro workout pun dah jadi sumber inspirasi.Oklah memanglah cuci mata gak menengok avang avang macho ni..seriously memang badan mereka gorgeous so emmm eye candy..bukan badan yang cantik je yang Cek kita tengok...yang lain-lain macam dedikasi, disiplin, kecekalan pun kita akan nampak kalau berada dalam gym.
Kongsi ilmu dan saling mencontohi
Cek Liza seronok kat gym sebab ada masa masa abang/adik macho yang akan datang dan bagi tips macam mana nak buat work out. So bayangkan kat luar sana, nak bayar sendiri Personal Instructor dah berapa ribu. Akak tak mampu uolsssss!! So kat sini dapat ilmu percuma..ada yang tunjuk cara nak operate equipment..Akak masa mula-mula (sekarang pun kadang-kadang) terbangak-bangak uolssss..alah cam ne nak naikkan, nak turunkan, nak jauhkan nak rapatkan..macam-macamlah...so di sinilah skill komunikasi memainkan peranan disamping sifat rendah diri untuk bertanya..Selalu Cek Liza kongsi ngan kawan kawan...kalau nak pandai MUKA KENA TEBAL, JIWA KENA KENTAL.
Itu bab ilmu...bab mencontohi plak..macam ada gaklah semangat bersaing (secara sihat)...contoh kalau kita tengok orang ni angkat berat kita pun rasa...kalau dia boleh buat cam tu aku pun boleh..ada sekali tu Cek Liza tengok ada seorang adik ni dok tengok Cek Liza work out..Cek Liza push weight dengan kaki, pas tu dia datang buat. Cek Liza buat sit up kat bench, pas tu dia buat gak..Cek Liza pull weight ngan tangan...pastu dia buat gak..lebih kurang macam rotation yang Cek Liza buat gak..sedangkan sebelum tu dia kat Threadmill lari-lari..munkin kebetulan..cuma masa Cek Liza buat squat and weight lift..yang ni dia tak buat..sebab yang ni memang susah...mula mula buat Cek Liza rasa nak pitam sebab rasa berat sangat..besok bangun tidur..rasa nak nanges sebab badan sakit cam nak demam pun ada..apa yang penting kita buat ikut kemampuan sendiri...start dari yang paling ringan..ambil masa bagi badan boleh adjust...
Disiplin dan Kekuatan Diri
Work out kat gym membuatkan Cek Liza jadi lebih..berdisiplin. Penat macam mana pun kena pergi gym..cuma kalau tak larat buat banyak buat sikit..yang penting buat..Cek Liza tak nak menggunakan alasan penat, sakit badan..tak sihat..ohhh tak payah pergi gym..Sebenarnya tough juga work out ni...kalau tak kuat memang tak kekal...sekejap je dah give up! Sebab it's really hard work!..Sakit badan, lenguh..penat dah sinonim...masa sangat packed..sebab kita kena spend time pergi gym, buat workout..balik rumah..semua tu masa..Cek Liza kena korbankan sesi lepak dengan kawan-kawan di Uncle K..masa dengan keluarga pun kurang...Alhamdulillah Mummy and Walid Cek Liza memahami..pentingnya Cek Liza kena take care kesihatan..memandangkan dalam keluarga kami memang ada kes sakit jantung, diabetes..darah tinggi...so going to the gym might even save my life!
Sistematik
Buat workout kat gym lebih teratur, focus dan pelbagai dibandingkan dengan exercise kat rumah atau jogging di taman. Jadi keberkesanannya pun lebih banyak. Kat gym nak lari boleh, nak mengayuh boleh, nak memijak boleh, nak menarik, menolak, mengangkat semua ada..kalau jogging cuma lari jerlah..kat umah..pun boleh buat yang ringan ringan dan tak memerlukan equipment. Cek Liza pun masih buat exercise di rumah...Power Walk sangat bagus..jogging je Cek Liza stop sebab ganti ngan power walk dan gym..Nasihat untuk kawan-kawan , buat je exercise kat mana pun ikut pilihan dan kesenangan masing masing..
Percuma
Kalu nak ke Fitness First atau Celebrity Fitness semua kena keluar duit...bagus kalau kita mampu..tapi ni dah ada kemudahan percuma yang Syarikat sediakan untuk perkerja..rugi tak kalau nak manfaatkan..betul kat? Make sense tak..? So...jommmmm workoutttt!!!
Itu sahaja...keep on doing your program. Live Happy!!!