Jumaat, 17 Julai 2009

Kucingku Panjat Pokok Tak Pandai Nak Turun



Semalam kucing kesayangan Dark Prince panjat pokokyang sangat tinggi tak reti nak turun. Aku rasa dia dok atas pokok dah 3-4 hari sebab dia tak balik umah selama tu. Aku panggil dan panggil dia nak turun tapi dia takut. Dan suara meowwwwwww nya yang bombastic tu membuatkan aku nak jadi sewel risaukan dia. Dan demi kasih sayang aku yang teramat aku pun dial 999 heheh...dan minta tolong untuk selamatkan Si Prince. Dua jam aku tunggu bawah pokok tu sampai terduduk kat tanah. Habis kulit aku yang gebu ni (enterframe) kena gigit nyamuk.

Last Jabatan Pertahanan Awam datang dengan pikap trak dah akhirnya Prince telah diselamatkan dengan aksi macho abang JPA panjat pokok dan telah mencampak Prince ke bawah dan telah disambut oleh 3 lagi abang-abang JPA yang hensem pehhhhh dengan jacket-jacket mereka. Akhirnya aku pun membawa Prince balik ke rumah dan yang sedihnya dia dah kurus dan tak dapatlah aku memanggil nama manjanya Gemuk Hitam dan sekarang kenalah aku panggil dia Kurus Hitam...dan sampai ajer dia kat umah dia makan lahapnya dan berbunyi ngong ngong ngoh sssssss ciannnn. Malam td Prince tidur ngan aku ciaaaannnn dia dok kat atas pokok tu sejukkkk malam-malam...Prince..Prince...sempat aku membebel kat dia sambil menggosok-gosok kepala dia dengan penuh kasih-sayang.."Esok kau gi panjat pokok lagi ye...nanti aku boleh aku call 999 lagi...ahaks" Dan Prince menjawab...Eooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!

Selasa, 14 Julai 2009

PAKAI KRIM MAHAL

Oh ni penting nak cerita. Aku beli krim Lumiglo (betul ke eja) dari Uptrend. mahal woooo RM250 (ni pun dah diskaun)..bagi aku ni krim paling mahal aku pakai..selalu pakai fair and lovely jer baru (RM4.80)..ada dah seminggu..aku pakai jimat-jimat takkan aku nak top up tiap2 bulan...ohh tak mampu.. tapi aku teruja ni sebab aku rasa krim ni berkesan weii..Di antara peristiwa-perisriwa yang membuatkan aku rasa krim ni berkesan ialah
1..aku tengok jiran-jiran aku yang lelaki dan semestinyalah yang dah kawin..dah berani mengambil risiko untuk dipelangkung oleh bini-bini mereka untuk tersenyum tahap tersengih kat aku...mmm ada yang siap tunggu depan pintu...oooo bahaya
2. ..sekali tu aku isi minyak kat shell jalan Ampang..adalah mamat ni naik moto ngan kawan-kawan dia..sekali aku tengok kat dia...aku tak senyum pun..dia punya tengok aku ...nasib baik tak langgar pam minyak .. (alah yang macam iklan kopi tu) aku rasa kalau aku senyum kan ...mau tergolek mamat tu...heeheheh
3....Ada kucing jantan liar mana entah sesat dalam umah aku cakar perut aku berbelang-belang ..luka..pas tu aku sapu lah krim tu..magic baru 3 hari nak ilang dah kesan luka...

Mmmmm tu jerlah....ahahahaha kelakar pun ada...buat kawan-kawan perempuan aku.. aku cadangkan statlah berjimat berbaloi korang beli krim ni....laburlah sikit untuk kecantikan diri...ahaks.

Bagi kawan-kawan lelaki belilah krim ini untuk gf dan isteri-isteri korang...kalau cantik korang juga yang suka kannnnnnn....

Sabtu, 4 Julai 2009

TERIMA KASIH KAWAN-KWAN

Huhuhu terharu ngan sokongan dari kawan-kawan..ni yang semangat sikit...Kak Pah ok..pasal masalah perkahwinan Kak Pah tu sebenarnya Kak pah pun ada banyak gak kelemahan tapi mostly sebab tak ada persefahaman..so...sekarang ni tengoklah macam mana seterusnya...anyway Alhamdulillah time-time cam ni ada sokongan dari kawan-kawan..kalau tak tak taulah cam na...family pun ok gak banyak bagi support...tu jerlah...terharu sangat...huhuhuh

Isnin, 29 Jun 2009

Sepanjang perkahwinan aku...

Kak Pah menulis bab ni atas permintaan dari Zarina. Dia minta Kak Pah tulis tentang perasaan Kak Pah sepanjang berkahwin dengan suami...sorry no juicy details just my feelings sahaja heheheh
Kat mana nak mula...Seperti kebanyakan orang2 yang berkahwin dan bernikah ehemmm stress kat part menikah tu ahaks..Kak Pah mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan..apatah lagi kahwin atas dasar cinta kan...tapi tulah dari start je kahwin malah pada majlis perkahwinan lagi..Kak Pah dah ada firasat yang perkahwinan Kak Pah akan dilanda banyak masalah..
Bayangkanlah orang kahwin seronok aku jadi angin jer..cam nak marah jer...Dari mula kahwin..kami selalu bergaduh..bila tanya kat kawan2 yang berkahwin..mereka kata biasalah tu the first two years husband and wife memang baru nak kenal2 sifat buruk masing2 so akan selalu berlaku pertengkaran..tapi kami dah dah masuk 6 tahun dah..masih lagi tak serasi cam ner..Aku rasa memang jodoh kami tak panjang..Apa yang aku rasa..ye Zarina..sebenarnya ada masa-masa yang kami gembira..banyak gak momment cam tu tapi sekarang aku tak ingat bila last kita orang bergembira bersama-sama ..Sayang mmm memang aku sayang gila kat husband aku ni..sampai sasau aku dibuatnya..heheh tapi sayang aku pada dia tu tak membahagiakan aku dan juga dia ...so apa lagi aku nak buat..baik aku ngan lelaki yang aku aku tak berapa sayang tapi biar dia sayang aku lebih...mmm logik tak cam tu...?
Suami aku kekok ngan aku sebab dia lagi muda dari aku, dia sendiri yang mengaku cam tu..gila..kau rasa apa perasaan aku dengar orang yang aku sayang cakap cam tu..tapi dia kata dia sayang, dia tak leh hidup kalau tak der aku...entah lah aku pon pening kepala..Nak ajak berbincang dia tak suka..so jalan terakhir bagi aku adalah jalan menuju ke Mahkamah Syariah Kajang.




P/s : Bagi kawan2 yang masih bahagia dan masih berbunga-bunga cinta appreciate apa yang you all ada...tetapi sentiasa bersedia untuk hidup tanpa dia...

Ahad, 28 Jun 2009

GEMBIRA CAMPOQ SEDIH

Bulan June dah nak sampai penghujung dah. Wow orang putih kata what a month..macam2 yang berlaku...Yang menggembirakan adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan. Seronoknya kerja kat sini lah memang semata-mata kerana kawan-kawan ...dan sedih sebab 2,3 orang kawan2 yang dah berhenti...Untuk Ju huhuuh Kak Pah rindu...lah...huhuhuuh dah tak der kawan sepengumpatan..ahaks..Dan kepada bakal2 guru pendidik anak bangsa..I wish U all the best...chase your dreams ...Yang gembira juga bila dapat "kawan" baru nun jauh di selatan ..luv u and miss u all the time.
Sedih , sedih...sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan sebuah ikatan...dah tak boleh lagi nak teruskan..kami dah macam orang asing...dah ada kehidupan masing-masing. Sedih kerana masih dibelengu masalah kewangan tak kesudahan..tapi di kala kesusahan, syukur dan paling penting gembira kerana ada kawan-kawan rapat dan keluarga yang sudi membantu.
Sedih campuq gembira itulah rentak kehidupan...tapi syukur diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan kesedihan yang dialami semoga lebih menghargai setiap detik-detik yang menggembirakan..bak kata mummy aku Datin Meletop Normala kita hidup sekali jer kenapa nak dok sedih cam tu selalu..rugi...Yes mummy as always u are so right...

Khamis, 25 Jun 2009

APA SUDAH JADI NGAN AKU

Aku pelik apasal aku jadi cam ni...
Dulu tak cam ni...
Sekarang dah jadi cam ni...
Zarina ....apasal aku jadi cam ni...
Zarina ooooo zarina
Awat jadi lagu ni...

Ahad, 21 Jun 2009

SMS Dari Abang Talib

Alamak dah kecoh lak pasal sms dari Abang Talib yang mana isi sms tu simple jer Rindulah...

Mesti kawan2 tertanya-tanya siapa Abang Talib ni. Dia ni cam abang angkat lah. Dia ni kerja govt quite high ranking gaklah, aktif dalam politik, a family man, anak 4. So dia ni rajin bergurau. Dia selalu sms Kak Pah tanya khabar cam tu jer..Oh no no he is not my skandal..macam abang saja lah..Rindu tu cam rindu kat adik gituuuuuuuuu. Ahaks.

So itulah kisahnya si Abang Talib.

Ahad, 14 Jun 2009

Yang salah tu yang seronok kan

Apasal yang salah tu yang seronok?
Sebab thrill? Sebab Adventure? Sebab rasa macam best jer? I feel alive...yer lah semua2 tu lah...lantaklah yang penting aku happy kejap..lepas tu nak tension balik pon oklah...kira redha jerlah...

aaaaa rrrrrr

Rasa bersalah...mmmm nantilah nantilah...

Rabu, 3 Jun 2009

HO HO OUTING

1/06/2009 pergi outing ngan kawan2 dari group TL Yusri the gorgeous..outing ni namanya HOP ON HOP OFF haaaa sebab kerja kami naik bas HOHO turun bas HOHO..kami pergi KL Tower, Aquaria, Muzium (ni yang kami hop off lah actually ada banyak lagi)..penat tapi seronok..dalam bas tu kami grup yang paling riuh sampai ada yang dok kat lantai ...semua nyer happening giler...malam kami hop off last stop kat pavilion makan kat old town...pon riuh sampai stress waiter kat situ hahahh padan muka...malam tu balik ke stesyen LRT Kg baru ...ade ker driver cab yang sengau tu cakap kami ni gemuk sebab teksi dia asyik sangkut kat bum..tepok dahi kang..

Marilah kawan-kawan tengok gambar2 yang dimabil dari SE K660i saya sajo hahaahah

oh yer akhir kata walaupon seronok pergi outing...rasanya bulan ni aktiviti makan roti dan telur akan bermula lebih awal heheheheh kerana masalah kewangan akan bermula bila-bila masa ahhaahah tapi happy tetap happy....


The gang

Me

Jo, Sarah and Yus

Teket bas ..boleh hilang kat muzium ...huhuhu

Me and sweet carmeen atas bumbung bas hoho


Me and paddington bear heheheheh

Jumaat, 29 Mei 2009

HOORAY DAPAT GAJI

Alhamdulillah syukur gaji dah masuk. Ya Allah tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya nak menghabiskan bulan ini. Tapi syukur aku mampu bertahan tanpa perlu meminjam duit dari kawan-kawan dan tapi perlu talian hayat from daddy and mummy. Sebenarnya dah kena warning bulan lepas...hahahah
Yerlah aku dah budget gaji cukup tapi disebabkan ada kawan lahanat yang tak reti bayar hutang menyebabkan kesengsaraan sepanjang minggu terakhir bulan May 2009...yang sedih sampai aku terpaksa jual access card parking yang aku dapat sebagai salah seorang Top Performer bulan Mar heheheh. Dapat RM40 yang digunakan untuk isi minyak. kuang... kuang...
Pas tu ingat lagi off day ari tu dalam 8 hari lagi nak gaji. Aku dok fikir apa aku nak isi perut ni. Sekali tengok beras dah habis. Masa tu duit ada lagi RM100 nak bagi bertahan sampai gaji...Alamak macam mana ni. Sekali bukak peti ais haaa ada telur dalam 10 biji..atas peti ais ada roti. Bawang besar ada lagi dua biji..ada kentang 10 biji..cili api pon ada so aku pon potong bawang ngan cili tumis masuk telur hancur-hancurkan...siap..makan ngan roti.. pastu aku potong ubi kentang rebus ngan garam sikit makan ngan sos Sedap gak .
Malam tu rasa nak makan jajan nak beli nak kena jimat duit sekali jumpa keropok ikan yang Juju kasi thanks Juju. Hehehe goreng keropok makan ngan kucing-kucing aku yang tersayang dan semestinya merekalah menghabiskan separuh dari keropok yang aku goreng tu ...hahahah bahagia hidup walaupon dalam kesengkekkan.
Aku bertuah sebab walaupon lahir dalam kaluarga yang agak berada, mak ayah sedari kecik ajar hidup sederhana makan minum ala kadar dan seadanya. So sekarang taklah cerewet bab makan..asal boleh isi perut dan kenyang...dan perkataan Alhamdulillah sentiasa diucapkan...heheheh semoga bulan ni tuhan murahkan rezeki aku...AMIN....

Khamis, 28 Mei 2009

Tension Tak Leh Buka Internet Time Kerja


Adoi tensionnya..tak buleh buka internet time kerja. Tengoklah gambar kat atas tu...pasal takleh facebook, myspace, gmail dan yang sewaktu dengannya..maka jadilah seperti makcik-makcik yang berborak kat tepi tangga..siapa yang susah....adoi habislah farm aku..naik lalang..resotran aku bankruplah...pekerja2 mati tak makan huuhuh...bersawanglah blog aku...ni pon curi-curi update


Jumaat, 22 Mei 2009

LELAKI TAK MALU PINJAM DUIT POMPUAN TAK NAK BAYAR

Sangat menyampah aku kat lelaki seorang ni..menyesal aku berkawan dengan dia. Kawan2 baik aku dah sound awal-awal lagi mamat cam nak ambil kesempatan jer. Cakap besar konon yang terbaekkk...ada wawasan, Manager sayang...tapi hampeh...dah lah AWOL MC bersepah..last-last dah kena terminate..aku nak duit aku balik. Dahlah ada bini tak mengaku dah kawin...konon kot nak jaga market..pas tu dok kutuk-kutuk bini yang kau kata kau dah ceraikan sebab selalu melawanlah, kurang hajar...ehhh tak kuasa aku nak dengar...kalau kau nak cerita kat aku bini kau tarik muka hempas pintu kereta tak payah buang masa aku...aleh2 kau kata kau tak leh bayar hutang aku alasan sebab janda kau pinjam duit kat ceti haram...kau yang kena bayar. Apa jenis lelaki kau ni...kau yang buat taik salahkan orang lain..sapalah perempuan malang yang berkahwin dengan kau tu...
Kalau kau tak bayar hutang aku ngan kawan-kawan lain aku sumpah kau tak hidup senang sampai bila-bila..celebrate besday bagai nak rak..berlagak! Hutang RM100 pon tak leh bayar...BENCI aku..kat kau..H1N1 betullah

Rabu, 20 Mei 2009

I'M Taking My Life Back

Pernah tak korang sayangkan seseorang sampai tahap..rasa hidup tapi kebas..senak ..macam lemas dalam air sesak tak boleh bernafas..sayang dia sampai dah tak kenal diri sendiri lagi..sampai orang keliling termasuk keluarga, mak ayah adik beradik jadi macam orang asing..dunia kita hanya dia..nyawa kita hanya dia..tak ada sesaat masa jaga yang berlalu walau tidur hatta mimpi sekalipun tanpa dia..ini bukan kisah cinta yang indah ala cinderella ataupon shrek sekalipon...

Ini adalah mimpi ngeri yang berterusan...Its a nightmare...sekarang aku mula sedar dari mimpi buruk ini..rasa macam kehilangan,,kosong, Fikir balik apa yang hilang ..akhirnya aku tahu apa yang hilang...masa, harga diri, identiti, rasa sayang dan yang paling berharga hilang semangat untuk hidup...hilang semangat sampai nak bangun tidur setiap pagi / tengah hari teramatlah susahnya..rasa nak tidur terus..sebab fikir dalam tidur kita boleh bermimpi terus ..tak perlu menghadapi realiti..dalam mimpi buruk macam mana pun..macam ok jer sebab walaupun dalam mimpi, kita boleh kata pada diri sendiri alah ini mimpi sahaja anytime boleh bangun...pelik kan.yang pelik inilah hidup aku..Tapi gagahkan diri untuk bangun juga sebab takut tidur-tidur tak bangun-bangun terus...

Teringat kata-kata Mummy dan Lid (dad)..."mana anak perempuan kami yang dulu sangat kuat, bersemangat dan berani." Aku macam tergamam..aku ingat balik aku dulu memang sangat berani..boleh hidup sorang-sorang tanpa keluarga..kat negara orang lagi...naik train, bas, kapal terbang sorang-sorang je dikelilingi oleh orang-orang asing..memang dulu aku sangat tabah..aku nak kembali seperti aku yang dulu.

Disini aku tekad..Abang...saya akan ambil balik kesemuanya yang milik saya, semangat. harga diri, kasih sayang, masa dan kehidupan saya..demi ibu ayah,keluarga saya dan paling penting demi diri saya sendiri..

I'M Taking My Life Back

Ahad, 17 Mei 2009

1- Tag from Sarah, Zu, Dy


2-Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini..

Sarah sweet sarah my team mate
1) sweet
2) cheerful
3) tough
4) penyabar
5) suka ketawa and senyum...

Zu..aka Zulaina same batch ngan aku
1) anak yang baik
2) pendiam
3) suka shopping
4) rajin
5) sangat comel...

Dy aka Kaidrus also my team mate
1) boleh tahan laser heheheh
2) tembam tapi agak comel
3) suka amik gambar bontot orang hahaha
4) pandai nyanyi
5) sangat manja macam anak kucing purrrrrr

3-Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya..
1) suka tidur
2) suka makan
3) sayang kucin..
4) suka nyanyi kareoke
5) jarang masak
6) tak suka orang yang skema
7) dah kahwin tapi tak ada baby huhuhuhu
8) suka makan dan tidur ...ooohhh dah ada kat atas
9) tak suka pakai jubah kah kah kah
10) berangan nak pi dok kat UK ...sejuk...


4-Anda Perlu Memilih Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka..tak cukup aa sepuluh..tapi tak perlah kan..
1) Zarinaruto...member aku sorang ni memang the bomb dan tak skema lansung fun gila pompuan ni
2) Juju ni pon kawan baik aku...yang sangat mamahami aku...Ju nanti buat blog tau...mesti banyak cerita pasal skandal-skandal
3) Mummy roshie...my fashion guru..dia ni baik suka share pengalaman hidup dia walaupon dia muda dari aku..huhuuh
4) Dina Natasha yang aku anggap macam adik pompuan aku kerana aku sendiri tak ada adik pompuan...sangat degil meh sini tarik telinga..heheheh
5) Acik..ada ker blog tapi tak perlah nak tag gak...sayang sangat kat kawan aku sorang ni sangat comel and kelakar
6) hantu pocong aka hantu paberet..hahahah..ko jangan nak kacau aku tau..hahaah siap tag kau lagi....
7) Pada A bukan nama sebenar tq..u make my life a little bit happier in times of sadness...ooppppss...macam lari topik jeeeee


Selasa, 12 Mei 2009

HAPPY MOTHER'S DAY DINNER

Tanggal 10 May 2009, balik PJ untuk celebrate mother's day for my mummy the YM Datin Normala Mahmood...no no bukan yang kat atas tu. Tu Syed Adib adik kesayangan baby brother Kak Pah..dia 18 years old...Kalau ada yang nak berkenalan sila bagi no pon yer..heheeh. Mula2 plan nak pergi makan Kenny Rogers..so we all pergi kat Subang Parade tapi percaya tak ayam habis, tukar rancangan makan kat Daves Deli...Yng berbahagia Dato Syed Mustaffa belanja wuhuuuuu....

Ni pulak Syed Afzanizam...sorry dah beristeri...bini balik kampunglah pulak nun kat siam nun...
Haaaa ni la dia father tersayang Yang Berbahagia Dato' Syed Mustaffa...sorry kena add title nak tunjuk kat dia posting ni...so ke up sikit laaaa jangan marah....best dad in the world love u...
Ni lah dia mummy tersayang....Happy Mother's Day..Love u..Thank u for everything...Dan last sekali
Me..me...saja nak enterframe...Cik Yus make up ari tu comel tak....hehehhe
To all my friends who are gorgeous mamas Happy Mother's Day to U all...bila I pulak nak jadi mama ni.....huhuhuhuhu

Jumaat, 8 Mei 2009

NOSTALGIA DI UK

Inilah secebis kenangan di England....(reposting..)..suatu ketika dahulu...

Hari tu balik selongkar-selongkar kat dalam almari sekali jumpa album gambar-gambar kat UK dulu. Hehehe nostalgia ...tapi tak sempat nak pi scan gambaq2 tu..so Cek Liza pakai kamera phone dulu hahahah . Tu yang yang berapa nak clear...boleh lah pakai dulu...


1st sekali yang paling nostalgia sudah semestilah snow oohhhhh munkin dalam hidup ni tak akan jumpa lagi dah salji original bukan cam kat I city tuh huhuuh. Tengoklah gambaq tu best tau golek-golek atas snow...tapi sejuk sampai ke tulang...oklah tau-tau masa tu Cek Liza kurus... Pastu buat snow man lak..jangan jeles...hehehhe Buat snow man kena pakai sarung tangan tebal sebab kena pegang salji lama2 tapak tangan jadi sakit. Kalau main snow fight best tapi sakit kalau kena badan sebab snow tu kepal2 sampai keras hehehe..mat salleh suka main salji dengan kami..pasai kami kecik..depa suka lambung lambung kami atas salji tau...nasib baikla tak berlaku perkara tak diingini...ngerissssss...


Gambar kat atas tu gambar paper bag ...kat sana tak pakai beg plestik..pakai paper bag..cantik2 Cek Liza suka kumpul...

Kat atas tu gambaq tiket bas, tiket keretapi , monthly pass untuk bas ngan train. Kat sana public transport sangat bagus..nak pi ceruk mana pon tak ada hal. Pi saja kat kounter habaq jer nak pi mana..sat gi dia explain complete dari tempat ni nak pi tempat tu kena singgah kat pekan ni kena tukaq bas atau naik train..beli jer semua tiket kat situ..everything on line bebeh.

Haaaa ni satu lagi peberet Cek Liza naik roller coaster..Kalau hampa nak tau ni la dia Blackpool..ingat dak cerita Mr Bean yang dia jaga baby bagi pakai lampin teddy bear tu..ni lah dia tempat nya..kat belakang tu time tu roller coaster yang paling tinggi and panjang di dunia..PEPSI MAX nama dia..munkin sebab PEPSI yang sponsor...kot. Masa nak naik tu kena bukak tudung..depa takot sebab laju sangat takut terbang sangkut pulak kat besi-besi tu kang accident...huhuhu...perasaan nya...huuhuhuhuuh takut, gayat...rasa nak tercabut urat perut...heheheh..tapi thrill gila..maklumlah naik Roller Coaster tertinggi di dunia...kelesssssss...kau hadooo?


Ni kat Cardiff. kat Wales..time tu keluar pi main snooker ngan kawan2. Budak-budak mat salleh ni excited tengok kami hehhehe lani ni mesti dah besaq-besaq dah bebudak ni..mesti hamsem-hamsem...hehehe


Gambaq kat atas ni masa open house...raya..Cek Liza masak laksa...heheheh time tu pandai lak.masak kalau tak masak..kebuloq..sedih raya berjauhan di rantauan...tapi seronok sebab beraya ngan kawan-kawan.

Ok lah setakat ni dulu....

Moral of the story.....Cek Liza dulu kurusssssssssssssssssssss kecik petite.!!!!!


Anyway..I've had a wonderful life....


Live Happy!!!!


Isnin, 4 Mei 2009

PORT DICKSON OUTING 02/05/2009 - 03/05/2009

Seronok sangat pergi berehat-rehat dengan kawan-kawan kat Port Dickson. Tapi biasalah Kak Pah memanglah duduk memerap kat apartment..heheh..lupa nak bawak sunblock. Kulit Kak Pah ni cepat hitam..nak cerah balik makan berminggu-minggu..lagipon tak tau kenapa last week kerja rasa letih sangat. Masa sampai PD tu pon rasa nak tidor jer..naik kereta Bad..dah tersengguk-sengguk nak tertidur...Khaidrus pon ada sekali.




Sampai je kat PD terus lunch kat Pak Lang cafe..makan nasi ayam oklah quite nice..sampai kat Ilham resort..memang carik bantal dulu..but since tempat baru tak leh nak lelaplah pulak adusss..orang lain semua turun mandi kat swimming pool..Kak Pah ngan Isman jer stay..Isman ajak gak turun mandi aaa jap lagi, jap lagi sampai ke sudah tak pergi kat pool.



Tiba-tiba perut lapar balik, so keluar ngan Isman and Micky pergi beli nasik tomato kat pasar malam kat petronas tu. Petang sikit bila dah matahari nak terbenam barulah pergi beach dengan Isman, Khaidrus, Micky, Jack, Adeq ngan Cici...angin kuat sangat fuhhh nyaman..tapi laut surut jauh kat tengah..amik gambar laaaa..apa lagi

Naik atas balik prepare untuk turun bbq..Kat bbq Kak Pah tolong...tolong makan jerlah...semua food test dulu...ahaks ada ayam, jagung, hot dog, daging...yum yum


The next day bangun awal ingat nak gi mandi kat pool...tetapi malaslah...so stay jer kat atas..sampailah balik..tapi pagi tu keluar ngan Bad gi hantaq Nazrol kat terminal sebelum tu singggah kat mamak ate breakfast..tapau kat kawan2 sekali yang kebuluq kat hotel..heheheh


Petang tu pergi Melaka singgah kat rumah seorang Pak Cik tak ingat nama apa...tapi berkaitan dengan urusan2 paranormal...mmmm maybe later when I'm ready I will blog what happen in relating to me alone at that "Paranormal" person's place. Wow...memang menarik...

Petang tu makan kat Umbai oooo sodap..ada sotong goreng, ikan bakar, pari, sweet sour fish..tapi kelakar Cici siap sound pompuan amik order sebab muka dia tak senyum macam tak ikhlas jer nak ambil order..tapi selain dari tu dinner was very nice..dengan suausana laut yang nyaman ..bersama ngan kawan-kawan yang memang happenning gila...malam tu pukul 9 bertolak balik Kl naik keta Bad gak..dan seperti yang dijangkakan..jalan jem sangat-sangat..sampai di Cheras pukul 12.30...

Jumaat, 1 Mei 2009

KENA TAG NGAN DINA

Haaaa Kak Pah lagilah lemah bab tag mengetag so I will try my best...hahahahaaha..



1. anda rasa anda hot?
hheheeh hot temper ke hot chocolate ke..tak kesah pon hot ke tak tapi kalau dah ada orang yang selalu dok komen hot la kot...gitewwwwwww

2. upload gambar kegemaran anda.




3. kenapa anda suka gambar ini?
Entah nampak yum yum kot...sebab nampak kurus sikit ahaks

4. bila kali terakhir anda makan piza?
Alahhhhh bila ek...sumpah tak ingat..tapi dah lama laaa

5. lagu terakhir yang anda dengar.
Menunggu mu Peter Pan pagi tadi masa datang kerja dalam kereta


6. Apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
Main lestolan ...reataurant city

7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
CEK PAH kot sebab macam cute gakkk

8. Tag lagi 6 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.

zarina
Khaidrus
Juju
Dina yang tak berapa comel (hehehehe)
Adik comey
Hantu pocong


9. siapa no 1 kepada anda?
Alamak Zarina ni memang the kelakarest person I even known. Kalau dia tak der sunyi hidup ku..walau dia marah sekalipon aura lawak dia tu tetap bersinar dengan terang benderang


10. bagaimana pulak dengan no 4?
Dina yang tak berapa comel ni...heheheh dia ni kan asyik dok usik Kak Pah...heheheh usik sayang kot...hahah

11. kata sesuatu tentang orang no 5.
Adik comey Kak Pah tengok comel sangat...heheheh Adek...apakah rahsia kecomelan anda?

12. bagaimana pulak dengan orang no 3
Juju...my best friend..and ratu of the skandal...baik dan manja sangat orangnya...luv u

13. siapakah orang no 2.
Khaidrus ni ...entah dah lupa...eh jangan marah gurau jer..dia ni baik ngan Kak Pah...heheh...suara dia sedap...kalau nyanyi heheh


14. bagi pesanan anda untuk orang no 6.
JANGAN KACAU AKU...kaulah species hantu yang paling aku takut...huhuuhuh


Rabu, 29 April 2009

MAKAN BIG MAC DI PEKAN LIVERPOOL

Nak share satu cerita yang agak kelakar. Masa kat overseas aku memang jenis jaga bab-bab makan. Dan memang tak ada problem cos kat sana ramai orang Pakistan dan India Muslim so senang dapat ayam halal. Most of the time memang masak kat rumah. Tapi since aku memang suka Mc D, aku makan fish fillet jerlah. And fries kat sana memang halal cos mereka guna veggie oil untuk menggoreng.
Suatu hari kawan bail aku Pijot teringin nak makan Big MAc. Time tu kita orang pergi Liverpool ada Malaysian Night kat sana. So aku, Pijot, Nita (yang memang selalu bedal ayam kepak tengkok pon) dan Dina bersetuju untuk nekad untuk memakan Big Mac sebab kita orang dah teringin sangat. So pergilah Mc D. Sampai kat counter mereka pon order Big Mac sampai turn aku..lidah aku jadi keras tak boleh nak sebut Big Mac...bila waiter tu tanya "can I get your order?" Aku..pon tergagap=gagap sekali terhambur Fish Fllet gak...kawan-kawan aku punya riuh cakap aku membelot...So Aku tetap order fillet.
Sampai kat meja..kita orang start makan..aku tengok Si Pijah makan dengan gelojoh tahap pelahap...aik lapar sangat ke..aku tanya dia...tak sampai dua minit dah clear Big Mac dia..dengan konfiden ayu dia pon menjawab...
"BENDA HARAM TAK BOLEH ENJOY"

Ahad, 26 April 2009

MENGUMPAT ORANG YANG MENGUMPAT KITA

Selalunya Kak Pah memang tak suka nak cerita keburukan orang..tapi hamba Allah yang seorang ni banyak kali buat hal ngan Kak Pah. Kak Pah dah pernah tegur dia. Ingatkan dia faham dan menghormati permintaan Kak Pah supaya tidak terlalu "mengambil berat" hal-hal berkaitan Kak Pah yang tidak perlu diambil beratkan..tapi rupanya masih lagi berkudis di hati dia. Heran..apa salah Kak Pah kat dia. Tak nak menambah dosa tak payahlah sebut nama dia. Tapi kalau sapa yang kerja satu dept ngan Kak Pah memang kenal sangat ngan dia. You know ....Canada katanya gitew....

Masa Kak Pah mula join Sukses ni, boleh dikatakan hari-hari dia akan memberikan komen pasal pakaian yang Kak Pah pakai. Sebab tak berapa kenal so Kak Pah biar ajalah..ketatlah, keciklah, berani Kak Pah pakai, nampak perutlah..so hari tu Kak PAh pakai baju bebek longgar dia kata nak tutup perut ke...so I sekolahkanlah dia...:" aku ni pantang orang suka nak mengomen kain baju aku hari-hari..kadang-kadang sehari 9 kali.." Tak ke mental, ketat salah longgar pon nak tegur. Lepas tu dah tak ada nak komen kat Kak Pah lagi dah.

Sebenarnya yang Kak Pah sakit hati tu..dia komen tu bukan untuk menegur...sebab ada beberapa rakan yang selalu memberikan cadangan tentang pemakaian contohnya cam mummy roshie tapi Kak Pah boleh accept sebab tahu dia memang concern pasal Kak Pah..tapi perempuan sorang ni lebih kepada nak mengutuk / kondem tapi dengan cara lembut dan konon-konon ala2 gurauan. Ada spesis manusia yang suka mengutuk orang lain supaya dia rasa gembira dan BANGGA dengan diri dia sendiri..seolah-olah cam dialah yang alim, baik, cantik, kurus...hah tapi hakikat macam si*l ...Kalau kau baca semua ni nasihat aku ko pergilah doktor minta ubat untuk hilangkan gila kau tu. Cis ada hati nak cadangkan aku pakai jubah cam kau..tolong sikit mummy aku yang Mak Datin meletop tu pon tak hingin pakai jubah tau padahal umur dia dah kat 60 thn..

Semalam aku dapat tahu dia kondem aku lagi. Ada yang mendengar dan cerita kat aku..dia cakap kenapa dressing aku tak cam umur aku something like that la...Apa yang dia sakit hati kat aku. Aku punya pasal lah nak dressing macam mana pon asal aku suka dan selesa. Lantaklah kalau aku nampak gemuk ke perut terleluar ke perut aku bukan perut dia. Aku minta duit beli baju kat dia ke. Kalu aku nak pakai baju badut sekalipon aku punya sukalah. Nasib baik dia tak kerja hari ni..kalau tidak siap dia aku sekolah kan luar dalam. Mana-mana lelaki yang sudi tolonglah aku merayu ambil lah perempuan ni buat bini..gamak dah lama sangat gersang...sampai tahap SEWEL.

HAWAIAN NIGHT (24/04/2009)

Seronok sangat "berpesta" ngan kekawan..bukan senang dapat kumpul ramai-ramai cam ni..really had the most wonderful time..eventhough tak dressing ikut tema..mana nak cari baju ala-ala hawai..kalau dah gaji boleh gak gi shopping..tak perlah spirit Hawai tu tetap terasa di sanubari..tengok jerlah gelagat-gelagat dia orang kat bawah ni..heheheh


















Khamis, 23 April 2009

Tag by mummy roshie...

:::: 10 Hadiah yg Kak Pah Nak Utk Besday :::::


Nak dapat baby...huhuhu


Banyak-banyak cash....nak beli tu ...nak beli ni...

Nak pi melawat zaman Lord Of the Ring (heheeh alang-alang berangan)

Pi honeymoon kat caribbean (heheh)

Buat rumah atas bukit kat tempat yang ada salji (suka sejuk-sejuk)

Boleh buat magik abra cadabra...

Kereta Baru..vroom vroom

Want to eat dinner with him not eat him hehehehh....rrrrrrrr


Dikelilingi oleh buku-buku cerita yang best-best ...me love to read

Teringin nak bela boleh ker?



TERSADAI KAT BANGLADESH

Salah satu memori yang paling tak boleh dilupakan adalah waktu stranded kat Dhaka (ibu negara Bangladesh). Cerita dia cam ni..masa tu summer of 1995 ingat tak nak balik Malaysia. Nak dok kat sana sahaja konon-konon nak cari kerja fruit picking (kutip buah)..tapi Lid(father) call beritahu mesti balik Malaysia juga sebab abang nak kahwin kat Jakarta, so the whole family is going to Jakarta. So Lid hantar 650 pound sterling..suruh balik ngan MAS..tapi anak bertuah dia ni..tak beli tiket MAS konon nak jimat lagipon tak de gang. Kita orang ramai-ramai booking BIMAN AIR (BANGLADESH AIRLINE).
Dari Manchester, kita naik bas gi Heathrow naik plane untuk balik Malaysia. Dari London ke kena transit kat Dhaka dalam 10 jam jugak la. Plane dia ni kecik jer..tapi sumbat sepenuh-penuhnya. Nasib baik tak boleh berdiri cam bas mini. Kalau
tak harus kena berdiri ramai-ramai.
Masa sampai kat Dhaka..yerlah kitaorang from London sekali dengan Dhaka macam jauh langit dengan bumi..daif sangat..kat airport bangku panjang kayu macam kat kantin sekolah rendah , kipas angin tak der aircond panggil passanger pakai loud speaker lagi. Ada satu jer kedai lagi kecik dari kedai yang kat bus stop sebelah Warung Anda tu.
Sekali masa dia pangil passanger kami pon tunggu untuk nama kami dipanggil. Tiba-tiba keluar announcement kapal terbang penuh. Status Overbooking. Nasib baik kita orang ramai time tu kalau tak mau menangis aku kat situ. Kita orang dihantar naik van pergi HOTEL PURBANI kat old town.. masa nak naik van kat luar airport yang sebesar Warung Anda tu jer..kena serbu ngan budak-budak minta sedekah dalam 30 orang..aduh...kesiannya tengok kecik2 lagi..dalam perjalanan ke hotel...aku tengok tempat tu sesak ngan manusia yang jalan kaki, kat warung2 makan, dalam bas sampai melimpah kat luar..dalam keretapi sampai atas bumbung penuh orang...satu jer perkataan yang sesuai SESAK. Singgah kat bazar beli kain sari untuk mummy. 6 metre benang mas baru RM30 duit kita berapa Taka (duit Bangla) entah..mummy punya suka kat kain sari tu..sapa mai dok tunjuk...sari beli jauh kat Bangladesh nu aiii...
Dua malam dok kat hotel kerja tidoq, makan, main jinrami ngan blackjack, tidoq, makan, makanan kat bangla ni satu jer menu dia kari ikan...tu lah makan siang dan malam tapi sedap...kari sana sangat sedap..kalah kari nasi kandaq..ooo sempat tengok tv siap ada iklan mesin sedut ayaq dari telaga,,,mmmm...
Hari ke tiga baru ada kekosongan naik flight balik KL..ni pon ada cerita menarik gak..sebab landasan kat airport pendek sikit...so kapal terbang yang take off tu macam nak tak nak jer naik...pas tu bergegar-gegar..sekali air aircon jatuh lah pulak atas member sebelah aku..kita orang siap jerit sebab gayat cam naik roller coaster...kawan aku si mamat plak curi kain selimut warna merah cantik..tapi cam kepam2 gak aa. Tak tau kenapa Si Mamat nak sangat kain cimut tu ..stewardess tu siap kira semua kain selimut tak cukup la satu sebab sudah dikebas dek Mamat..boleh dia buat muka sadin cam innocent jer..
Akhirnya sampai gak ke KL...rupa-rupanya keluarga kami semua dok risau gila..takut anak2 depa kena kidnap ke..walaupon dah call dah dari Dhaka..dan aku 2 hari 2 malam kena leter sebab tak naik MAS...heheheheh...tapi best apa dah pernah sampai Bangladesh...heheheh

Sabtu, 18 April 2009

PENGALAMAN DINNER DI MAMAK PERODUA

18/04/2009 8.30 malam, Kak Pah, Zu,Shahir, Muhamli dan tidak ketinggalan Vicki pergi aux 1 / dinner kat mamak perodua. Pengalamannya sungguh menggerikan. Mula-mula tu ok lagi sekali Muhamli order nasi lemak telur mata kerbau. Sekali mamak tu kasi nasik lemak ngan telur rebus. Muhamli panggil lah mamak tu cakap yang dia nak telur mata kerbau bukan telur rebus. Sekali mamak tu main kaut je telur rebus tu dengan tangan dia padahal sebelum tu aku tengok dia tok tenyeh dahi dia ngan tangan tu. Terkedu kita orang tengok adegan yang sungguh tak senonoh itu. Kesian kat Hamli cam nak nangis jer terpaksa gak makan.
Insiden kedua dipendedkkan cerita sebab kawan2 banyak order so terpaksalah panggil mamak tu balik...so orderlah sumer-sumer makanan..sekali aku tengok muka Shahir semacam jer..rupa-rupanya air liur mamak tu menyenbur-nyembur dah sudah termasuk sebagai perisa tambahan dalam capati dia...serik esok aku bawak jerlah nasi ngan telur goreng sudah...

Jumaat, 10 April 2009

NO BONUS FOR ME

Sedih kan. Nak kata apa lagi..nak maki nak menyumpah...tak der faedah..redha..munkin Allah nak menguji.lagipon last month dah dapat bonus dari mummy and Lid tapi dah abis bayar kereta huhuhhuhu. Sekadar memujuk hati...bersyukur ngan nikmat yang sedia ada...doa semoga dikurniakan rezeki yang lebih..di masa-masa yang terdekat ni....Ya allah kurniakanlah aku rezeki and baby sekali yer...rasanya dan boleh dah jadi mummy ni..

Rabu, 25 Mac 2009

PIJOT DAN LIP BALM NYER

Aku ada seorang kawan. Nama dia Fiza tapi aku panggil Pijot. Dia kawan aku kat Bradford. Masa 3rd year aku dok serumah ngan dia. Tapi dia biasiswa MARA aku ngan JPA. Pijot ni tinggi,cantik macam model. Ada satu cerita kelakar yang aku nak "rakamkan" sebelum aku lupa terus..

Pijot ni suka pakai lip balm..lip balm bagi yang tak tahu cam lip gloss aaa nak mengelakkan bibir dari kering dan merekah-rekah. Kat UK, ia satu kemestian sebab cuaca sejuk. Tapi Pijot ni dan lip balmnyer tak boleh dipisahkan. Aku ingat lagi kalau dia kat rumah , dia pakai kain batik ngan baju kemeja. Dah tu pakai stoking. Lip balm dia letak dalam poket baju kemeja dia. 2,3 minit sekali dia keluar botol lip balm dia tonyoh kat bibir dia..bukan tonyoh botol tu, isi dalam botol tu la. Aku dok perati jer perangai dia..datangla satu idea untuk melahakan Si Pijot ni.

Maka suatu hari, Pijot telah tertinggal lip balm nyer atas meja kat ruang tamu. Cepat-cepat aku amik dah tu aku sorok belakang kerusi. Maka dalam 5 minit selepas tu Pijot pun datang mencari lip balm kesayangannya. Sudah semestinyalah dia tak jumpa cos aku dah sorok..."mana lip balm! Mana lip balm aku!" dah nak macam orang meroyan pun ada..dah tu macam menggelabah cam hilang anak pulak..."aaaaaa lip balm aku hilang...aku nak gi beli baru..mana lip balm..."Memang teruk gila keadaan dia cam tu...

Aku dok diam jer kat sofa...takut sebab aku tak bajet dia sampai ke tahap histeria...dok fikir cam na nak buat..kalau mengaku ambil kang kena marah..aku pernah bergaduh ngan dia..dia cekik aku..aku tarik rambut dia guling2 kat lantai..ganas pompuan ni..aku pon...heheehhe..Last sekali aku bangun buat-buat tolong dia cari..last sekali aku pergi kat kerusi yang aku sorok botol lip balm tu..aku angkat kushen.."Ha! ni ada kat sini lah Pijot..jatuh kat belakang kerusi ni...aku amik botol lip balm tu sua kat Pijot dengan muka yang paling innocent..tahap pelakon wanita terbaik...

"Yeh yeh dah jumpa lip balm..dia buka botol tu calit lip balm 2 kg tenyeh kat bibir dia...sikit pun dia tak saspek aku...hehehehe Berjaya aku melahakan Pijot...itu saja kesahnya.

Isnin, 23 Mac 2009

SEMALAM TENGOK CERITA POCONG

Semalam aku tengok cerita pocong kat you tube...takut. Aku memang favourite cerita-cerita cam ni. Tapi lepas tu dahla balik kul 1.15 a.m. ...dah rasa seram sejuk..kereta parking kat car park kat luar tu..hari tu kan dah nampak...tenggek atas pokok ...huhuhuhuhuh tapi yang kelakar tu ada la sorang member S bukan nama sebenar..dok mengusik..aku sat gi kalau balik jangan tegur lah..jangan tengok belakanglah..tak per...sekali aku sergah dia "hah!" ...melompat mamat tu terkejut....hahahahahha sapa yang terkena.....sebelum balik aku tengok takeshi castle dulu...bagi gelak-gelak lawak-lawak hilang rasa takut dan seram...masa balik nasib baik ada yang teman sampai kat parking....itu sajo.....bila fikir-fikirkan mana ada manusia yang mati dikerjakan pocong...yang jahat tu manusia jugak..manusialah mahluk yang paling ganas...dan kejam...kan kan....

Jumaat, 20 Mac 2009

ENGLAND oh ENGLAND

Aku dulu study kat England..tak de apa nak dibanggakan pun sebab aku tak nak pergi sebenarnya, tapi Mummy ngan Lid paksa gak aku study overseas..tapi England memang best gila. Kalau korang boleh pilih untuk tinggal kat negara lain pergilah dok kat England.

Aku belajar kat University of Bradford. Lebih kurang 200km utara dari London. Naik Plane 13 jam direct sampai Heathrow. Tapi lepak dulu kat Malaysia Hall 2 malam. 1st night jalan2 kat Oxford Street aleh-aleh angkat kepala tengok satu bangunan ni ..tulis "LIONS DEN SOHO". Kalau siapa yang tak tahu SOHO ni cam Lorong Haji Taib kat KL ni..kira red district area...bersepah Tiger Show..time tu innocent gila ingatkan Tiger Show ni pertunjukkan Sarkis hahahaah. Jenuh mat salleh tu dok explain amende. Kalau pompuan boleh masuk FOC..eeee tak nak aku...

Sekali tengok kat kat satu stall ada stall jual majalah sekali ada majalah playgirl...aku ngan Dina (kawan karib) beli satu..bukan apa perasaan ingin tahu...kita orang buka satu2 muka surat kekekekekkek gelak tak ghairah pon kelakar ada laaaa. kat Soho tu banyak kedai jual SEX TOYS...masuk kita orang buat bodoh masuk sajo...macam2 ada...hehehe kita orang gelak jer mat salleh yang dok shopping senyum jer

Pergi Bradford naik train Intercity laju woooooo 200km/sejam 2 jam dah sampai Bradford. Bradford ni letak kat daerah Yorkshire kawasan berbukit-bukau...banyak kambing..dan juga kambing pendek..bosar-bosar aku ingat lembu apahal buruk bonar lembu2 kat England ni sekali Ba...Kalau kau orang nak tahu Yorkshire ni cam cerita Lord Of The Ring yang tempat tinggal Frodo/Hobbits tu.Very beautiful, I love Bradford..nanti sambung lagi

AKU YANG LEMAH SEMANGAT

Satu hobi aku dari kecik suka tengok cerita hantu. Tapi aku bukannya seorang yang berani malah boleh dikatakan aku ni lemah semangat. Lepas tengok cerita hantu mulalah takut nak pergi toilet, tidur buka lampu, jenuh mummy membebel..."haa tengok lagi cerita hantu! Lepas tu penakut"..

Kenapa aku jadi obses tapi lemah semangat...ni ceritanya...Masa tu aku darjah dua, kami sekeluarga balik kampung sebab Wan (panggilan untuk Atuk Lelaki) sakit tenat...dan aku adalah cucu kesayangan Wan yang merupakan ayah kepada Ibu (my real mother)..Masa kami sampai di Perlis sempat melawat WAN tapi kesian dia dah tenat sangat dan tak kenal aku lagi.

Esoknya subuh-subuh dapat berita Wan dah menghembuskan nafas yang terakhir sob..sob Masa tu hari Khamis..masa hari pengebumian..aku dok tengok sanak sedara menguruskan jenazah..dan ini the first time aku tengok mayat dikafankan.aku rasa macam seram pon ada..munkin terkena badi kot..kita kecik tak pandai nak bagi tau kalau ada apa2 yang tak kena.

Diteruskan cerita, esoknya hari Jumaat dan masa tu malamnya ada cerita Indonesia tajuknya..
SYAITAN PERKUBURAN..korang tau tak cerita ni..cerita ni pasal hantu Pochong...dan sudah semestinya aku tengok sampai habis..aku dok teringat pasal time tok wan aku dikafankan dengan poc tu macam samalah pulak..takutttttttt!!!
Malam tu sampai menggigau..Poc..Poc...takut punya pasal..

Bila makcik aku dan pakcik aku (mereka ni pon masa ni teenagers lagi) tau yang aku takut hantu Poc..dia orang lagi giat dok mengusik aku. Time tu pulak rumah kecik (toilet daaaa) kat luar rumah..sekali tu aku gi bobo...aku bukak je pintu..terpacak hantu poc kat pintu jamban tu aku punya menjerit...HANTU!!!! Pas tu aku dengar suara gelak-gelak..rupanya AMI ANG (AMI tu uncle) ngan BICIK (Auntie) bungkus bantal peluk ngan telekung pastu siap ikat jambul kat atas sebijik macam pocong....Aku menjerit histeria terus..maka dari itu aku jadilah lemah semangat...tapi hobi tengok cerita hantu tetap menjadi favourite aku...

Sekian..nanti aku cerita koleksi cerita seram ala-misteri nusantara kisah benar yang pernah aku lalui..