Khamis, 12 Mac 2009

SEMALAM HARI YANG HAUK....

Aduh tension nya...11/03/2009...di tempat kerja...kerana kena jawab postpaid...dah tu kena SD....kebab kebab kebab...pasal SD malas nak elaborate kerana ia tersangatlah bodohnya..sampai aku rasa macam nak bunuh orang pun ada...
Semoga hari ini ,esok dan seterusnya..akan membawa sinar....
penat dah aku....

Rabu, 11 Mac 2009

NOSTALGIA-JATUH LONGKANG

Nak cerita satu peristiwa penting dalam hidup aku. Pada 15 Jan 2006, masa nak pergi kerja awal-awal subuh dalam 6.30, aku dengan perasaan riang gembira melangkah dengan penuh yakin nak pergi kerja. Masa tu buat marketing untuk DIGI Youth Postpaid. Dan kerana target market adalah student dan kami perlu untuk menyelinap masuk ke hostel UPM, aku pun memakai baju kurung. Rasa macam lawa sangat lah ni..
Dan nak sampai kat kereta, aku dengan perasaan berbunga-bunga lalalalla ...sekali (macam-mana nak buat sound effect tak gheti)...aku telah terlangkah masuk ke dalam longkang 3 kaki sebelah keta aku...maka bergolek-goleklah aku kedalam longkang itu dan ketika tangan kanan aku menghentam dinding longkang yang tak ada air tapi penuh ngan flora ala-ala lalang dan daun-daun kering...aku terdengar bunyi prakkkk...cuba teka bunyi apa?....ranting patah...banyaklah ...tu bunyi tulang pergelangan aku retak tau....huhuhuh...
Dalam beberapa saat..aku berbaring dalam longkang yang "indah" itu memikirkan apa yang telah berlaku...sekali aku rasa kesakitan yang amat sangat kat tangan aku...aku raba-raba kat tangan kanan aku terasa tulang pergelangan dah senget tapi taklah sampai menebusi kulit...maka dengan itu berlinanglah air mata aku...huhuhu dan memikirkan perasaan malu yang amat sangat aku berusaha keras menahan diri dari meraung kesakitan...
Dalam kegelapan subuh yang bening, maka aku dengan bersusah-payah mengumpulkan barang-barang aku yang berselerak dalam longkang itu masukkan balik dalam beg dan mencampakkan keluar beg aku..maka aku pun bersusah-payang dengan sebelah tangan memanjat keluar dari longkang itu tanpa menjerit meminta pertolongan kerana malu...bab memanjat aku memang terrer sejak dari kecik lagi....
Sesudah keluar, aku duduk kat tepi jalan di sebalik kereta dalam 5 minint jugaklah mengangis kesakitan..aku pun capai hp..dial kat hubby...bila dengar suara dia..cool jer aku cakap "Bang ayang jatuh longkang..rasanya tangan patah".....dan ini jawapan dari dia.."tangan patah...ok abang balik..." .........
Dalam sepuluh minit hubby yang dah keluar pergi kerja lagi awal dari aku...pun sampai..Dia bawa aku pergi emergency ward Hospital Kajang...dan sepanjang jalan..hubby diam jer...dan aku lak....menangis dan menangis...kerana aku ni memang jenis tak tahan sakit....next episode....
SEMALAM DI WAD HOSPITAL KAJANG....till then New Love...New Life.

Selasa, 10 Mac 2009

BENGANG

Nak cakap macam mana..BENGANG nyer aku ngan kawan yang seorang ini...aku dah maafkan dia tapi ...masih BENGANG...bukan bengang yang lagu mantera tu..lagu tu best, suka nyanyi kat kareoke....tapi bengang yang marah dan tension...huhuhuuh
Ada ker patut dia kata aku ni nak cari glamer buat blog ni...bidadap betul...aku memang dah glamer (oooops) dah tak payah nak cari-cari glamer lagi...tak der maknanya..tapi bab tu ok lagi...lahh. Aku telah pun cakap kat dia aku marah dia cakap aku nak glamer dia boleh buat lawak...jap ek..mana dia gmail yang dia kem kat aku...aku nak paste kat sini..ni dia

Wah!!! Seronok nyer buat KakPah marah......
Nak lg,
Nak lg....hehe.......
KakPah kejar Glamour!!!!!
huhu........
(Ahak hak hak.....)

memang mental....aku pon balis balik:
Aku rasa kau ni ada masalah sakit jiwa
kawan kau bengang ngan perangai kau
lagi kau boleh buat lawak
Kau ni kenapa...
Kenapa kau nak buat aku marah
aku buat salah apa ngan kau
Aku sikit pun tak kacau kau
Kau apahal
Kalau hidup kau huru-hara
Jangan nak sakitkan hati kawan sendiri..

Itulah sedikit sebanyaknya gurauan yang telah membengangkan aku...Aku tahu rakan aku seorang ni cuma bergurau sahaja..Aku pulak terover sikit...sampai aku cakap hidup dia huru-hara..Ni masalah aku...Aku susah marah tapi kalau aku marah memang aku sekolahkan orang tu habis-habisan..luar dalam (sometimes)

Buat kawan aku yang seorang ni...kalau terasa dengan apa yang aku tulis ni...minta maaflah ya..Ini ruangan aku..Apa yang aku rasa, happy ke, sedih ke, tension ke...Aku luah kat sini...Tapi aku masih hargai persahabatan aku dengan dia...kalau ada kesempatan untuk kita terus bersahabat...Alhamdulillah tapi kalau persahabatan kita noktah di sini...
bak kata member aku...Bad...

ADA AKU KESAH.......

Till next time...NEW LOVE NEW LIFE......

Sabtu, 7 Mac 2009

BEST KERJA HARI SABTU


Hari ni tukar ngan off day ngan Dy. Patutnya off tapi ambil Dy nyer off day esok. Its been very peaceful...hopefully sampai balik nanti kul 1.15...
Oh dear bila tengok schedule next week kerja petang 5 hari direct...aaaaa tak tau nak kata suka ke sodeh..suka sebab leh bangun lambat..oooppssss (alamak malu kat adik-adik)...sedih sebab kesian hubby tinggal sesorang malam-malam...bila balik dia dah tido...nak kacau kesian sebab dia kena bangun awal2 pagi...pg kerja...tapi selalu terbabas...heheheheh...*sebab malam kena kacau...tut...* saper bawah umur 18 tahun jangan baca....kalau nak baca gak lantak...
Mesti jiran-jiran pelik aku ni kerja apa kalau dah ari-ari balik kul 1, 2 pagi...lantaklah apa orang kata..aku cari rezeki halal kan.... kan.....
OOOOoooo macam tak percaya hari ni masuk dapur masak...ayam goreng kunyit..lupalak nak ambil gambar...kalau tak boleh post hahahaah...masih ada lagi skill memasak aku ni...sodap jugak....Oklahhhh till next time...new love ....new life......oh I have to post this picture of my cat...who oops which tak cantik lansung...tapi perasan cantik...sebab ia dah susah payah posing...

Khamis, 5 Mac 2009

OH GOD/ YA AMPUN

Oh my god its been so long...I last update this blog..mesti Wani ngan Cek Yah heran kenapa kak Pah dah tak update lagi blog ni...kenapa ek? Entah...munkin banyak sangat benda yang berlaku macam2lah dari nak close to divorce sampai baik balik, pas tu perang balik....pas tu baik balik...tapi kelakarlah...marriage aku ni...aku ngan laki aku bukan macam laki-bini macam kawan2 ala2 skandal jer....

Apalah kesudahannya perkahwinan aku ni?....But one thing for sure..I spend too much time and effort dwelling around my marriage , absorbed sangat...sampai tak sempat nak buat menda-menda lain. My sister in law pun comment that I have not paid much attention to her and her children...hhuhhu "Sorry Kak Ira, tak sengaja"

Talk about financial as always Mummy and Lid have always been my talian hayat. Ya Allah they are the best parents in the world not because they always bail me out but they do it and tak kecoh2 pun....love them so much.

As for work, its been one year...macam tak percaya....things are pretty much the same in Celcom Careline. Whats different is my perception and how now I'm able to "deal with it..." and "move with the flow". Love all my friends Juju, Zarina, Acik, Liza (sama nama), Shima, Suraya, Zura, Miza. Zulaina...and my ska****...oops ..terlebih sudah...tak der lahhhhh friend2 only maaa. I love it here. It feels like I'm been given a 2nd chance in life. And whats more being around young people is great for the "awet muda"...

Till next time....my new motto New Love, New Life ... (all new-new lah)

Jumaat, 25 Julai 2008

MAK aiiiiii DAH NAK HABIS KONTRAK

Ya Allah dah lama sangat tak mai jenguk kat sini. Hari ni terasa nak meluahkan perasaan sikit lahhh. Rindu kat Cek Yah ngan Wani lama tak jumpa korang kan. Aku nak habis kontrak dah ngan Celcom ni bulan depan. Rasa macam baru semalam kita jumpa kat lobi cek yah ngan cikgu. Muka blurrrrrrrrrrrr jeeee masing-masing. Cewah masing-masing kontrol sopan sekali kat dalam kareoke...baru tauuuuuuuuuuuuu ada yang bukak kain tu yang tak tahan atas tutup bawah bukaaaaaak isy isy kalau bakal mak mentua tengok kensellll.

Aku nak cerita hari ni aku keja split hampa tau aku lepak ngan sapa time break ..ngan JEFRI HAI HAI BAI BAI dia siap teman aku makan ngan pi isi minyak. Oklah tak leh lama-lama nanti TL nampak sat gi haru....until we meet again

Sabtu, 31 Mei 2008

BULAN YANG MALANG

Kat mana nak mula pun tak tau, tapi nak luahkan juga sebagai satu lembaran dalam kehidupan aku. Bulan ni macam-macam yang berlaku dari segi kerja dan juga personal. Mula-mula dapat tahu aku nyaris-nyaris dimadukan, macam kena panah ngan petir. Tanggal 6 May 2008 bermulalah episod SINETRON yang tak disangka-sangka lansung. Malas nak cerita in details berdosa mangaibkan suami. Tapi pompuan yang involve ngan laki aku tu memang aku pun tak tahu apa quality laki aku berkenan kat dia. Ada ke patut dia suruh laki aku tinggalkan aku sebab kononnya aku ni tak pandai nak membahagiakan suami. Rasa macam nak ganyang pompuan tak reti malu tu. Esok tu siap call apologised and minta aku accept dia sebagai madu. Boleh percaya tak?
Pasal kerja kena SD, dah tu phone hilang, dah tu demam tak baik-baik minta-mintalah bulan June semuanya ok balik. Tensionyaaaaaaa

Ahad, 4 Mei 2008

APALAHHHHHHHHHH CELCOM

Aku pun heran Celcom ni..adakah nak dapat setting kena tunggu 48jam. Aku buat ngan DIGI 15minit jeee activate sekali ngan setting. Aku pun tak faham. Munkin Celcom ni nak bagi pekerjaan kepada anak-anak muda kita kot suruh buat kerja yang bukan-bukan. Dahlah kerja hari Ahad ni pagi-pagi dapat customer sengallllllll!!!!!!!!!!!!!!! mentang-mentanglah pagi lagi cakap macam baru kena je....tension betulllllaaaaa.
Dah petang ni baru happy sikit sebab dah nak balik jap lagi. Waktu kerja yang paling best sekali time balik betul tak kawan-kawan.

Khamis, 1 Mei 2008

SELAMAT HARI PEKERJA

Mari kawan-kawan kita nyanyi ramai-ramai

SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT KE ANAK CUCU
SEMOGA BAHAGIAAA

oopss salah lagulah. Seronok kerja hari ni cos tak banyak call. Gaji double lak tu. Patut tripple tau ni menyalahi undang-undang buruh. Hari tu ada call DIGI customer service sekali CSE tu cakap Indon ngan aku terkejut aku. "IBU SHARIFAH ADA APA BISA DIBANTU?" Ingatkan dah terbabas call ke INDON ke apa. Rupanya aku tertekan INDON que. Mak aihhh dasat DIGI siap ada Indon que. Aku nak propose kat Celcom lah. Bukan apa kadang-kadang caller Indon tak paham bahasa dia..

Rabu, 30 April 2008

PAY DAY TODAY/

Yahooooooooooooo. Hari ini gaji yeh yeh. Che Yah, Wanie....Mak Cik kayaaaaaaaaaaaaaaaaa....kojap jelah...lepas tu kayaaaaaaaaaaaaaaaaap. Amboi nak ngorat adik I yang teruna trang tang tang tu yeeeeeeeeeee. Hallllooooo kakak dan adik, Syed Adib tu baru form 5 tau.....tak bleh bayangkan dapt adik ipar cam korang-korang niiiiiiiiii mak datin mummy aku tu kang pengsan mana tak menantu asyik dooookkkkkkk menyanyi ala- ala Eknes Monika tuuuuuuuuuuu tak kuasaaa I nak meng imaginekan...alamak teringat Cek Yahhhh dok menari atas sofa kat kareoke tu...aduh geli hati.
Sambung pasal gaji apa nak beli dulu ye.......tak ada idealah pulak. Apa-apahal pun aku nak gi melantak tu yang penting tu....puas puas aku nak makan pizza. Ok jumpa Fiday ni yehhh I cuti you tapi besok kena kerjaaaa di Hari Pekerja...lak tu...

Khamis, 24 April 2008

BEAUTIFUL MEMORIES

Malaslah nak cerita pasal kerja kat Celcom ni....nak ingat balik memori indah dalam hidup... Masa nak naik kapal terbang gi England pi belajaq tahun 1995 bulan Jun tapi dah lupa date. Pakai baju kot hijau. Dekat airport bawak Syed Adib masa tu baru umur 3 tahun naik troli tolak dia sana sini suka sangat diaaaa. Syed Adib ni youngest brother masa kecik gilaaaaaaaaa comellllllllll. I lahhh babysitter tak rasmi dia...sekarang dah besar gedabak...

Ahad, 20 April 2008

TENSIONNYAAAAAAAAA KERJA AHAD

Aduh stresssssssssssssssssssssssnyaaaaaaaaaa kerja hari Ahad pagi-pagi buta...pukul 5pg dah bangun pukul pukul 6.30pg dah terpacak kat Celcom ni.....Cek Yah................aku borringggggggggggggggg. Kenapalah tak seronok kerja kat sini. Hari-hari datang kerja dok fikir apa lagilahhhh masalah yang akan dihadapi. Cekkk Yahhhhhhhhhhhhhh daku terkenang kita kareoke hari tu especially tang lagu Agnes Monica tu nak kencing dalam seluar rasanya punyalah kita joget nasib baik sempat lari ke toilet. Bila nak jumpa korang lagi yeeeeeeee....yang kat sini tak sama cam cek yah ngan waniiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Selasa, 15 April 2008

KENA MARAH DENGAN CUSTOMER

Wadus dah lama tak mengkontribute idea-idea mengarut. Semalam (14/04/2008) mencatat sejarah sebab aku dapat custmer yang hampeh gilaaaaaa. Selama ni selalu dapat customer yang marah-marah standad laaaa kan. Tapi aku allergic dengan orang melayuuuuuuuuuu yang sombong tak bertempat. Adake dia kata aku ni Melayu Bodoh tak reti buat kerja. Yang dia lagi mangkuk hayun BIL tepon RM137 pun bayar dengan cek dah tu mesin pun tak sudi nak terima cek dia. Bila aku bagitahu cek kena tendang dengan mesin, menjerit-jerit nak saman aku sebab aku cakap dia bagi cek tendang sebok surih aku tarik balik statement aku. Dia kat dia lawyer nak saman aku. kenapalah Celcom ada customer sengal macam ni. Kalau bayar RM1300 ke ok gak nak berlagak ni baru bayar ciput cam tu gerammmmmmmmmmmmmm aku..........tu jeeee nak lepas perasaaaaannnn

Isnin, 7 April 2008

FAMILY LOVE

Yesterday, kita balik rumah parents. Being among Muumy, Lid (panggilan untk father), brothers Nizam and Adib rasa happy sangat. Befere this I kind of take for granted jugalah their existance until I come to work for Celcom and meetimg "kids" who at such young age face tremendous (canggih bahasa pepagi ni) familiy disturbances. Semalam rasanya macam I have the best parents and family in the world.

Getting to know these kids kat Celcom ni kan rasa macam terkejut sangat. At their age the only problem  I faced was that I shok kat budak laki tapi budak tu buat dek je. Tu pun dah rasa tension maksimum dah tu. Rasa macam bodoh pun ada bila fikir balik. Kesian budak-budak ni. Muda-muda lagi dah terima dugaan berat cam ni. Sabarlah ye adik-adik semua.

Anyway realy bersyukur dengan apa yang I ada sekarang ni. Aku janji akan selalu mengappreciate family aku....sob..sob...

Khamis, 3 April 2008

MINGGU YANG MACAM-MACAM HAPPEN

8.15 a.m.
It's been an eventful week since I last membebel. Gaji dah dapat finally. Tapi rindu sangat kawan-kawan Cek Yah yang anggun, Wani yang bubbly and Bela yang manja. Bilalah boleh kareoke lagi ye. Kerja dah ok sikit sikit sebab dah semakin pandai ceh wah....(kelentong le).
   Last week nak cerita seram ni, darling husband kena pg amik kaki Mak Ngah dia yang terpaksa dipotong bawak gi masjid Kajang untuk dikebumikan. Ngeri weh. Dia bawak naik keta Feroza. Semalam aku bawak keta ni dahlah keluar subuh2 buta. Sampai kat Celcom dah rasa seram sejuk dah, pening nak pengsan semua ada. Bukan nak celupar tapi rasanya dah kena b**i. Nak menangis pun ada. Cepat-cepat call darling suruh amik air kolah masjid. Malam balik rumah mandi ngan air kolah tu. Alhamdulillah ok.
 
Oklah nak stat menjawab panggilan. Heeee cuat dah rindu ngan aku tu. Babai cek yah and wani..............

Jumaat, 28 Mac 2008

Adui malasnya nak balik rumah, baju sebakul tak basuh. Esok dahlah kerja pagi, baju tak iron lagi apalah punya housewife aku ni. Aku lansung tak minat nak buat kerja2 rumah. Rumah aku dah macam kena langgar dengan keretapi. Kalau mummy datang rumah aku sekarang mesti pengsan mak datin tu. Tong gas dah kering kontang kat rumah tak ganti-ganti lagi. Dah seminggu tak masak. Teruk betul aku ni kan. Lantaklah yang penting kucing2 aku kenyang dan happy. Oklah nanti besok2 aku top up lagi blog aku ni.

TODAY HANG OUT DUNKIN DONUT

Today, orang lepak ngan member 2 orang kat dunkin donut desa pandan. Sorang nama cek yah sorang lagi wani.






Bukan apa hari ni cuti and dah lama tak jumpa budak-budak ni. Tau kat mana kita orang kerja kat Celcom Call centre sebagai Customer Servis ExeKULItif. Tapi 2 orang ni dah tamat kontrak sebab tak tahan kena maki ngan customer kesian kan cek yah kan wani.


Sebenarnya orang pun macam terpaksa memaksa diri kerja kat situ cos dah boring gila jd penganggur. Mummy and daddy pun dah bising kos asyik memperabis duit dia orang and duit laki orang. Oh ya lupalaks orang dah kawin tapi belum ada anak. Masalahnya orang dah umur cam ni pun masih tak tau lagi apa sebenarnya hala tuju hidup.


Entah bilalah nak jadi macam pompuan lain. Nanti orang cerita kisah hidup orang, ada sedih, happy, gila, tension tapi walaupun cam tu orang rasa puas hati gaklah dengan life orang ni.


Dah jauh orang berjalan akhirnya sampai ke Dunkin Donut Desa Pandan ni........

INTRO

Today, my friend Cek Yah helped me (actually she did everything) to set up this blog. Actually I also don't know what to say or rather write macam shy shy like dat lahhh. Dah tua2 baru nak terhegeh-hegeh belajar nak bloging tu yang susah tu. On a serius note, I nak share my experience yang baik dan yang buruk kepada sesiapa yang sudi. Kiranya I set up this blog to all the people yang going for 2nd chance in life.