Jumaat, 1 Oktober 2010

SETAKAT INI

Ok dah lama tak update... so far untuk tahun ini yang tinggal dalam 3 bulan sajer lagi                                                                      

1) belum abis utang tapi dah tinggal sikit
 2) dah tak jahat lagi
 3) masih berlaki kuat betul jodoh aku
 4) dah naik pangkat
5) masih tak bertegur sapa ngan jiran pasal kucin nyer hal lantak ko lah
6) masih debab lagi tapi maintain mantop
7) masih suka tengok cerita hantu
8) still kuat tido
9) still tak pandai masak sangat

Itu sajer. Sekian.

Ahad, 23 Mei 2010

PADAN MUKA KENA MARAH SETEPEK

Kejadian sedih ini berlaku 23/05/2010 kurang lebih jam 3 ptg uhuhuhuhuh sedih..tapi memang salah sendiri suka wat lawak bodoh and kacau orang tengah kerja pas tu suka menyebok kan..kan dah kena marah uhuhhuuh kan best sangat kan...rasa cam owang bodoh kan..




sedihlah..sorrryyyyyyyyyyyyy laen kali tak wat lawak bodoooooo lagi.....huhuuhuhuh....buat gak tengoklah pas tu kena marah agi..tak perlah asal kau bahagia...marahlah kat aku ..



Harapnya taklah menjejaskan persahabatan. Tak nak jadi cam kawan pompuan sorang tu, time dia tak ada kawan, aku nilah kawan dia, ajak makan soh amik gambar dia. Orang lawa kegemaran suka posing posing amik gambar post kat my space ngan fb pastu komen sendiri kekekekekekek tak perlah asal ko bahagia...tiba-tiba aleh-aleh tarik muka ngan aku apahal..asal jumpa aku tarik muka siap jeling-jeling lagi. Aikkkkkkkkkk.





Adakah kerana aku suka gurau-gurau ngan duda dia ke ....kes janda ko ex bestfren aku kekekkeke tak kot..munkin aku ada wat lawak bodoh dan terkacau dia time dia emosi...maka tiada maaf bagiku..



Tulah lain kali jangan wat lawak bodoh paham!!!! buat lawak pandai sahaja tau ..tengok dah kena marah PADAN MUKA KENA MARAH SETEPEK KAT MUKA KO heheheheh

Credit Hilang

eeeeeeeeeeeeeeeeeee I stress kalau customer mati-mati kata saya tak buat call tapi credit saya dah hilang. So I pun check sekali dia memang ada wat call dan memanglah kena tolak credit takkan free kot. Sekali jadi hilang ingatan pulak tak der call konon. Ataupun call seminit jer. Plssssssssssssssssssssssssssssssslahhhhhhhhhhh....malas nak layan orang cam kau..prepaid line pun tak pandai guna sibuk nak marah kat kitaorang belum pakai bil bulan-bulan lagi mau pergi bunuh diri agaknya .

Sabtu, 22 Mei 2010

Dah tak pokai sangat dah

Yeah yeah daddy I dah kasi duit sikit so dah tak pokai sangat dah..oklah daripada kena meminjam ngan kawan-kawan hahhahahha pinjam ngan daddy dapat gaji tak payah bayar balik kekekekekekekek...tapi aku berjanji kalau umur panjang hutang semua dah bayar hubby punya income dah stabil aku lak yang akan menganggung parents aku walaupun mereka sebenarnya tak perlukan duit aku...I love my daddy and mummy. Meowwwwwwww.

KISAH KUCING PART 2

Aku dah sekolahkan kucing-kucing aku jangan berak depan umah orang...Alhamdulillah meraka semua dengar cakap..so far dah aman sikit..main jauh macam mana pun balik umah berak...hahahahah...alamak sekarang bajet nak beli makanan kurang so meka kena makan nasi gaul ngan ikan bilis atau sadin...itu jer cheowwwwwwwwwww orrrrr meowwwwwwwwwwwwwwwwwwww

POKAI

Seriously aku kena belajar berjimat cermat..memanjang pokai pokai...huhuhuhu...amende yang aku beli pun tak tau...makan mek d baru 3 kali.....ni pasal laki aku lah payment sangkut so aku yang menanggung semua. Tulah dulu aku dah bagi tau, jangan wat kerja untuk mamat tu..sebab dulu dah kena sekali tapi suami biasalah mana nak terima pandangan isteri...kawan gak betul..isteri ni cam hampeh kan...sekarang cam ner mamat tu dah hutang laki aku 10K memanglah tak banyak mana tapi boleh rrrr wat bayar saman, tunggakan keta...bil letrik pon dah dapat surat merah kalau kena potong aku selamba pergi beli lilin...pedulik apa aku...ni dok menaip ni kat umah mak bapak ni dok wat muka kesian mana tau kot daddy huloq duit nak mintak malu padahal dalam wallet ada 3 hengget jer haahahahahha pasal apa aku poyo jer ek kalau dulu dah meleleh air mata tapi sekarang ni pokai haprak pon aku ok jer hepi...semalam kawan aku Ila belanja makan pecal lele tak taulah betul eja..sedaplak ni makanan Indonesia..ayam goreng ngan sambal goreng ngan sayur kacang ngan kubis ngan kuah sup...sedapsiutttttttttttttttttt...kenyang sampai malam...ok

Jumaat, 23 April 2010

Kantoi sms ngan awek hahahahaha

heheheheh ni lah hubby I

dia tegah sms ngan awek

amboi lawanya muka abang

Why I like Ms Fasha


Because she is a very smart girl. Dia . She's a good actress too good I think. She's professional and she is intelligent.

Although I am not a fan, I still like her. Last time I don't like her now I like her. She is not bodoh, mana ada pompuan yang bergaduh yang leh menang ngan dia..I like. Kalau setakat ilmu pompuan tak kemana jangan nak verangan nak lawan ngan fasha tau...bitchy but in a respectful way..

Kindly assist. TQ.


hahahahhaah motif yang last tu...

Khamis, 22 April 2010

KISAH KUCING VS MANUSIA SETAN

                       Meh aku cerita kisah kucing aku yang menyebabkan aku dibenci oleh jiran-jiran aku. Al-kisah masa aku baru pindah kat flat Desa Baiduri ni aku memang tak berkucing. Sebelum tu aku tak bela tapi memang aku sangat sayang kucing. Masa dah dok kat sini..rumah aku didatangi seekor kucing aku panggil dia kecik sebab dia memang small size. Dia dok datang umah aku so aku bagilah makan. So dia pun wat umah aku cam umah dia. Tapi masa aku pindah dah berpuluh kucing dok merayau kat flat tu taik mereka memang bersepah sana sinun lantaklah kan. So si kecik ni aku kasi tempat berak khas dalam besen guna pasir or kertas newspaper. Akhirnya si kecik dah beranak dan aku pun bela jerlah anak-anak dia. At the same time bebudak letak seekor anak kucing hitam so aku belalah sebab kucing hitam ni orang tak suka aku takut orang bunuh orang pukul ke yelah specis orang melayu peghak bukan semua tau segelintir lah. Kucing hitam ni membesar dah sekarang itu lah dia Dark Prince Aku yang panjat pokok tak reti turun tu hahahaha sampai aku kena call 999. Masa kat umah lama block Nilam A, tak der lak yang mengamuk ker. Tapi kucing aku berak dalam umah aku aku yang buang. Tak taulah kan kot dia keluar main terberak kat depan umah orang. Tapi kalau ada yang datang bagitau aku yang kucing aku berak depan umah dia, no hal aku pergi jer buang..bukan susah pon. janji datang bg tau elok-elok.

Sekali aku pun pindah umah aku sendiri block sebelah, bawak kucing-kucing aku. Rumah baru aku ni tak siap. Tingkap kat dapur tak bergrill so dark Prince, Dedeki dan Baby selalu keluar masuk. kecik dah tak der, munkin dah ajal kot. Baby ni sekor lagi kucing hitam yang budak-budak letak kat depan umah aku. Aku pun bela. masa aku pindah aku tengok memang banyak kucing lain dah memang ada berak kucing kat banyaklah tempat. Sekali tu dalam 2 bulan yang lepas setelah dalam 8 bulan pindah kat block sebelah, aku pun merima surat layang suruh aku jaga kucing boh dalam sangkar sebab mereka kata kucing aku berak kat depan umah mereka serupa cam satu bala. Aku pun peliklah. bukan semua kucing kat blok tu kucing aku..aku pun kalau time aku buang sampah kalau aku nampak taik ke luar ke kat tangga ker aku buang jer walaupun bukan kucing aku yang berak..sekarang minta maaflah aku tak akan buang. 

Maka semakin banyaklah surat layang yang aku dapat..aku suspek ni ada unsur khianat dan menghasut tapi lantaklah..tak per...tunggu.Kalau korang nak tahu aku ni membesar ngan kucing. Kat Umah Dato Syed ngan Datin Normala tu lagilah banyak kucing...Aku faham jiwa dan personaliti kucing especially yang aku bela. Aku yang bagi makan, aku tengok taik pun aku tau kalau tu kucing aku yang berak ke tak sebab bau dan rupa najis mereka akan follow apa menda yang meka makan. So masa mula-mula tu memang bukan kucing aku yang berak kat luar. Tapi kalau yer pun geli sangat kotor nak buang taik kucing, datang jumpa aku elok-elok aku boleh tolong. Bagi aku bukan kesusahan pun nak buang taik kucing . Ini tidak hantar surat ugut aku. Aku simpan lagi kot surat-surat tu . Husband aku mula-mula sampai stressed sangat selalu marah aku bab kucing ni. Sampai masa aku tak der kat umah dia amik anak2 Baby anja, sylvester, girl ngan boy pergi buang kat pasaraya bintang..padahal dari 4 ekor ni cuma girl (yang sekor betina) yang pandai keluar kot tingkap..betapa sedihnya aku..berapa hari aku menangis..Tapi aku maafkan suami aku..aku tau dia buntu. 

Dan yang paling aku sakit hati dan dendam, manusia binatang ni amik najis kucing yang depan umah mereka tu campak kat luar umah aku. So aku pun amik buang kat tong sampah kat bawah. Aku leh sabar lagi sebab aku fikir kesian kat mereka kan dalam bayak-banyak tempat kucing-kucing nak sangat berak kat depan umah mereka. Sangat kasihan hidup mereka kan sangat malang. Tapi yang aku leh hilang sabar bila ada yang kurang hajar siap gantung dalam plastik yang ada najis kat pintu grill umah aku..memang manusia celaka. Akhirnya kucing-kucing aku dapat merasa kemarahan dan dendam aku maka apa lagi kali ini memang mereka betul-betul meka  pg berak kat luar depan umah jiran aku yang lebih binatang dari kucing kurap ni dan kali ini memang aku mengomfemkan memang itu najis kucing-kucing aku..nak sangat bala kan..hahahahhaah padan muka padan muka...

Dan aku ada cara aku sendiri untuk mengajar manusia yang kurang hajar ini. Cuma orang-orang yang tertentu sahaja yang tau..setan-setan ni ingat mereka hantar surat layang tak letak nama mereka selamat, Kau ingat kau campak sampah depan umah aku senyap-senyap aku tak leh "cari" kau. Aku tak perlu kenal fizikal kau cam ner..aku tak perlu tahu rupa ko macam mana, ko lelaki ke pompuan, gemuk ke kurus ker. U mess with the wrong bitch. Siap korang. Huru-haralah hidup kau, bini kau, laki kau, anak-anak kau. I curse all of u. Korang memang patut kena sumpah..Sampai binatang pun kenal dan benci manusia busuk hati cam korang.

p/s:Sekarang ni husband aku pun dah malas nak layan manusia-manusia setan ni. Husband aku kata pergilah mampus bukan dia orang yang bagi kita makan. Hhuhuhuh tulah yang aku boleh still sayang kat laki aku..dia jahat aku jahat tapi we support each other time susah.

KENAPA AKU MALAS NAK SKANDAL

Sekali lagi amaran: ni blog aku korang nak baca korang punya pasal..yang baik amik sebagai pengajaran yang buruk abaikan jer ok...only for 28 years and abovePersoalan kat atas tu karang aku jawab..mula-mula napa perlu skandal kenapa perlu wat perangai sundal cam tu...sebab aku ni jahat tu jer...sebab time aku baik husband aku tak appreciate...time aku setia..aku cam kain buwuk.. dicampak ke tepi dipijak-pijak....last sekali aku wat perangai sesuailah kan. Ok aku dah decide aku malas nak berskandal ngan sesiapa pun...kerana ianya berkaitan ngan azam aku untuk tahun ini iaitu maju ke depan..adoi cam skema lak..tapi sebenarnya kita perlu jugak untuk skema ni untuk boleh meneruskan kehidupan dalam dunia ini yang serba mencabar ini. Aku summarisekan azam aku untuk 2010: Eh kenapa kena ulang-ulang cerita bab azam ni sebab kalau kita nak sesuatu tu berhasil kita selalu kena ingatkan diri kita sendiri walaupun orang lain tak amik peduli kannnnnnnnnnn

1) Kurangkan hutang / credit card (ada lagi3 ribu jer daddy aku dah clear kar RM50K wow , celcom, bank rakyat (aku jadi penjamin ni memang kes nayamalas lah nak ingat

2) Betulkan rumah / beli perkakas baru, nak cat nak ganti tingkap, nak beli langsir, maklumlah beli umah 2nd hand kos murah lak tu memanglah murah aku bayar cash gedebak 25K (aku 15K hubby RM10K) so banyaklah yang kena wat..modal tak der so nak mengumpul lah ni

3) betulkan keta yang dah banyak hiasan tambahan kerana aku selalu terlanggar tembok, moto dan bumper keta lain dan menggantikan semua barang yang tertanggal akibat pemanduan berhemah tinggi aku dan yang paling penting nak kena clearkan saman husband kesayangan aku yang ribu riban tu cos sampai sekarang tak leh renew rd tax hampehhhhhhhhhhhh (hampeh kat saman dan peraturan yang menyusahkan bukan kat husband I)

4) Kalau dah settle yang atas atas semua barulah nak wat saving dan stat bag duit kat mummy cam dulu uhuhuhuh pastu baru nak fikir apa nak wat lagi for my futureSo apa kaitan azam aku ngan tak nak skandal..simple and mudah aku malas buang masa dan buang duit...yerlah nak berkomunikasi nak kena top up kalau nak ym ke kena amik BBD WEEKLY tak pun DAILY kalau nak call sms pun kena top up..lelaki lelaki ni nak tolong top up ke kirim salam kedekut ke sangkak ke tak tahulah. Ada yang mintak aku top up lagi adalah ...malaslah.. eh pegilah kerja sendiri carik duit. Sebelum ni aku tak fikir masa depan duit aku belanja cam tu jer..yerlah duit aku tak menyusahkan owang lain...sundal-sundal aku , aku tak tipu duit orang..aku tak minta kat laki aku kalau aku nak berpoya-poya..Aku yang bagi duit kat laki aku lagi ada..aku ni sundal mithali kot hahahahah ..sebenarnya azam aku ni bukan awal tahun..aku baru jer stat azam bulan march yang lepas hahahahahah..so aku dah malas nak skandal...tapi aku maintain kawan-kawan sajer ek...sebab bosan gak kalau tak berkawan.

So pendek kata aku tau mau skandal..cukuplah setakat apa yang dah aku lalui. Tapi aku still maintain account tagged aku..boley setakat suka-suka message jer. Heheheh tapi aku tahu di kalangan kawan-kawan ramai gak yang menyampah kos aku yang konon dah kertu ni tapi kawan ngan laki-laki muda, aku ni mana makeup, pakai selekeh ala kadar ..mereka cam susah sikit nak percaya..tahap tak leh terima cos mereka muda, lawa..kalau mereka bijak sepatutnya mereka belajar ngan aku apa rahsia nak bagi lelaki tertarik. Ni tak , menyombong..pergilah mati. Bagi kaum hawa, ni perempuan bitch ni nak bagi satu tip yang simple tapi sangat mahal...Muka yang cantik, body dan penampilan yang seksi cuma laku untuk 15 minit yang pertama sahaja, Lepas tu kenalah present personality yang menarik dan jangan sesekali ada "beautiful people sindrom" (BPS) apa mende ni..banyak perempuan cantik mereka fikir dunia ni kat bawah tapak kaki mereka je..orang semua kena bagi perhatian kat mereka...lama kelamaan lelaki akan bosan dan akan angkat kaki tak percaya tanya kat mana-mana lelaki yang straight lah..tapi yang menyedihkan tu ada pompuan yang takat cantik mekap jer pun ada hati nak ada BPS ni lagilah menyedihkan ..lantaklah ko jangan kacau aku dah.SO AKU DAH MALAS NAK SKANDAL THE END

EPISOD BARU

Wow lamanya tak jengah kat blog sendiri, ayik dok baca blog orang lain jer...hheheheh. Its time for me to summarise my kelam kabut life..yes bersediaaaaaaaaaaaa..Banyak cerita ni...episod skandal dah tutup..episod yang masih diteruskan dan juga episod-episod baru:
1) Masalah hutang dan gaji tak cukup yeahhhhhhhhhh ni tapi dah ada kemajuan dalam pengurangan hutang hutang dan azam aku 2010 I will clear all my hutang, mummy next year cek leh stat bagi duit lagi kat mummy Insya Allah kalau umuq cek panjang...rasa dah 4 kali gaji cek tak mintak duit kat mummy..tapi Lid ada gak dok huloq duit kalau cek pi rumah..sayang kat LID aka Daddy I tu..tapi Cek tak mintak tau
2) Masalah bergaduh ngan jiran pasal kucing huhuhuuhuh waaaaaaaaaa hahahah WAR WAR WAR YAH PERANGGGGGGGGGGGGG dan akulah yang jadi the bitchhhhhhhhhh...hahahahhahaha matilah ko..ko kutuk dan fitnah kucing aku lagi, rumah ko kena bom dengan kucing seluruh taman desa baiduri cos aku dah jampi dan seru semangat kucing-kucing kat sini aku kan CAT LADY..silap lah ko carik pasal ngan aku
3) Masalah husband dok sms ngan awek sampai lewat malam aikkkkkkkkkkkk tapi bab ni bukan baru sebenarnya cuma respon aku jer yang baru iaitu ......jeng jeng jeng.............MAK LANSUNG TAK KESAH NOKKKKKKKmesti ada yang tanya abis ko tu tak bersms ngan jantan ker...hehehehe untuk pengetahuan semua...aku dah malas aku dah malas kalau ada yang sms hatta Assalamualaikum dan ketika itu aku dok bergolek sorang-sorang kat atas katil kul 11 am time off day pun aku balas ...suami ada ni...sebab aku malas nak layan padahal suami aku dok membanting tulang merepair bas dan lori kat bengkel DBKL...husband aku ni rajin kerja..tu aku respeklah tapi yang aku bengang SUSAH DAPAT PAYMENT .....emmmm awatlah ketat rezeki laki aku ni...pasal bini dia ni ker....emmmmmmmmmmjahat jahat aku pun aku share gaji aku ngan dia..tau...pendek kata...semualah aku yang keluar belanja tapi aku percaya kalau kalau dia dapat payment dia akan bagi duit kat aku..I believeeeeeeeee i beleiveeeeeeeeeeee
Apa lagi ekkkkkkkk
4) Kawan-kawan kat tempat kerja ramai dah berhenti..sedeh...tapi kalau kalau dapat peluang lagi baik semoga berjaya...my fren I will miss u my frens but I stay here and kerja as kuli heheeheh I nak bayar hutang dulu and tunggu husband jadi tokey besar pas tu I nak dok umah jerrr jaga kucing dan cuba mempregnantkan diri. Yes..tua bukan sebarang tua...kena terus berusaha...
5) Rumah cam kapal karam gak. emmmmm. Aku tak reti nak kemas umah kasi cantik..kat mana aku nak amik kursus..tolong jangan soh aku belajar dari Datin Normala dia sangat garang..takutttttttttttt...tapi ini juga misi aku tahun 2010 untuk mencantikkan rumah flat aku..kenapa dok umah flat itu jer aku mampu tapi bayar cash beb..aku tak der hutang..korang mampu ker...flat pun flat laaaaaa janji ada tempat berteduh kan...hahahah rumah ku syurga ku...tapi semua jiran aku cam menyampah kat aku...emmmm tapi aku pun menyampah kat mereka so kira oklah kan.

Ok cukuplah setakat ni ek...nanti kalau ada mood dan cerita terbaru..aku update lagilah...hiduplah untuk menggembirakan hidup kita sendiri kalau diri sendiri pun kita tak mampu gembirakan eloklah kita berhenti hidup..aku tak retilah nak jadi pompuan jenis nak sedey sedey nangis nangis..meleleh-leleh...hehhehe melalutlah pula....seee yaaaaaaaaa

Khamis, 7 Januari 2010

PENGAKHIR 2009

Dah lama dah menghilang dari arena blogging

heheheh macamlah ramai yang follow

kekekekeke...padahal sekerat dua lantaklah janji

aku buat blog ni untuk melepaskan perasaan aku dan

untuk tatapan kawan kawan rapat yang

sudi mengambil tahu kehidupan aku yang haru biru

dan tunggang- terbalik ini...sungguh banyak perkara

yang berlaku ni nak

summarizekan apakah perkara yang berlaku dalam

5, 6 bulan terakhir tahun 2009.

Kehidupan rumahtangga aku kembali berolak, kali

ini aku yang buat perangai. Entahlah aku ada facebook

lama dah tapi aku tak aktif tapi bila masuk tagged

kira I'm the queen kekekekek ramai betul yang

take

interest...terujalah aku yerlah tua-tua ni ramai

pulak lelaki yang nak berkawan..tambah pulak aku

ni memang jenis suka berkawan. Mula-mula malas nak

bagi no telefon tapi bagi jugaklah pilih pilih..aleh

aleh jadi bala pulak tak tentu masa call..sampai 2

pagi pun dok call lagi..padahal terus-terang aku bagi

tahu aku ni dah ada husband.

Umur kawan-kawan lelaki baru aku ni yang paling

muda 18 tahun yang paling tua dalam 53 cam tulah.

All malays..ada yang bujang malah teruna lagi

(teruna ker emmmm) dan ramai gak yang married

cam

akulah. Aku tak minat mat salleh ke mat black, mat

arab

memang tak minat..

Ada gak jumpa kawan-kawan tapi tak selalu dan

sekejap-sekejap jek. Malas....aku bukan perempuan

muda yang suka nak dating dating jalan jalan tengok

wayang. Stail aku suka lepak lepak sembang

sembang je.

Keseronokakannya pun kejap je. Yerlah lelaki yang

muda ni kalau dia dah bagi perhatian kat kita yang

konon dah tua ni, seolah-olah kita nak kena

bershukur langit dan bumi ke atas perhatian mereka

dan nak kena bagi balik perhatian tak berbelah

bahagi pada mereka, sedeylah korang..Jahat aku

pun aku ada life aku sendiri takkan aku nak

mengadadap telefon 24 jam nak balas mesej korang.

Macamlah aku tak der kerja lain...macamlah korang

bayar top up aku. Ada lah aku sekadar nak menguji

mintaklah tolong top up yerlah bukan aku tak

mampu saja nak test...emmm haram...liat

gila...belum masuk yang offer jadi anak anak

ikan...pas tu minta beli lap top lah, beli motor, minta

duit, minta top up...pergilah cari kerja ke apa, aku

anak jutawan ni pun reti nak kerja cari duit

halal...yang pinjam duit pas tu tak reti nak bayar pun

ada sorang harap muka hensem tak malu pakai duit

perempuan tak reti bayar...ni memang kebodohan

aku sendiri padan muka aku kan...tak per..aku

punya prinsip senang duit boleh cari asal rajin so

aku tak rasa rugi sangat..pas tu aku perasan

walaupun aku ni jahat tahap evil wicked witch rezeki

aku cam murah munkin sebab aku bela kucin kot.

Dan yang paling aku tak leh terima kalau yang jenis

tak faham bahasa. Pukul 2 pagi dok sms dan call

sedangkan aku dah cakap tengah malam toksahlah

sms buat gak alasan borring. Tapi ada lelaki yang

baik yang budiman yang betul-betul ambil berat

(emmm ada satu, dua...dua jerlah) terima kasih atas

persahabatan anda..aku hargai..

Tapi kan tulah menda salah akhirnya husband aku

pun dapat tahu.. apa lagi dia sudah marah

lah...yerlah lelaki mana yang tak marah kan...tapi

... tapi..sapa yang mula dulu...kan...sesuailah...

ingat lelaki jer boleh buat...

Emmm yang aku sampai boleh buat cam ni cos aku

mati-mati ingat jodoh aku dan husband dah noktah/

tamat/ the END. Aleh-aleh dia tak nak ceraikan

aku. Aku cakaplah, aku ni wife yang tak baik, so dia

should cari perempuan lain yang boleh faham dia,

take care dia..dia kata entahlah..tak tau kenapa

jahat-jahat aku pun dia sayang dan cintakan

aku..dan dia tak akan sekali-kali ceraikan aku. Puas

hati biar semua tak dapat katanya...

emmmmmmm...betul ke dia cinta kat aku..???

Yerlah jahat-jahat aku pun dalam dalam enam bulan

ni jer, sebelum tu selama 5 setengah tahun aku

memang isteri yang setia. Tak pernah terfikir nak

on dengan lelaki lain. Agaknya dia ingat kot segala

pengorbanan aku yerlah kan cuba fikir jahat-jahat

aku pun, cubalah cari perempuan yang berhati mulia

yang suci murni yang boleh hidup dengan keadaan

yang macam ni. Bayangkan, aku belakangkan mak

bapak aku dan keluarga aku untuk dia. Aku anak

Datuk tapi sanggup duduk rumah flat ngan dia sebab

aku fikir tahap tu jer kamampuan dia so aku terima

jer. Aku tak pernah minta apa-apa kemewahan duit untuk beli kain

baju ,makan minum, duit minyak kereta, bedak

shampu, krim, lipstick deodorant semua pun aku

cari sendiri. Sejahat aku pun, aku tak minta duit

ngan orang (tapi kadang-kadang ada gak time-time

short "pinjam" kat mak ayah dan kawan

rapat...yang pinjam kat kawan tu dapat jer gaji teurs

bayar ek tak payah mereka nak datang cari aku

minta bayar duit yang pinjam kat Mummy tu masuk

buku dulu tau...nanti cek ada dah duit lebih cek

bayaq dan aku tekad aku akan bayar semua duit

mummy and Lid aku yang aku pinjam) Aku kerja

sendiri dan aku tak tipu duit orang. Sebab aku dah

rasa betapa susahnya dan penat lelah cari duit dan

betapa sedihnya setelah letih berkerja duit hilang

atau kalau orang tak nak bayar hutang atau tipu duit kita. Sakit tau.

Suamiku.....
Sebelum titik hitam dalam hidup aku, dialah satu-

satunya di hatiku hidup dan nyawaku..tetapi dia

yang tak pernah appreciate aku sebelum ini

sedangkan aku dah warning berkali-kali jangan

sampai aku buat perangai, dia tak peduli kat aku

gak...akhirnya aku dah hilang kesabaran dan

kesetiaan aku...tapi bagi isteri-isteri yang diluar

sana, anggaplah kisah aku ni sebagai suatu

pengajaran..kalau anda juga seperti saya diabaikan suami selagi boleh bersabarlah kan syurga bawah tapak kaki

suami. Jangan kata aku ni nak mengajar para-

para isteri untuk curang terhadap suami..no no

no...setiap pasangan ada kisah masing-

masing....memanglah semua orang nak bahagia

berkekalan..tapi bak kata pepatah harapkan panas

sampai ke malam tapi hujan di tengah hari..bagi para

suami hargailah isteri anda, mostly hati perempuan

ni kalau suami jaga, take care betul-betul dia tak

akan berpaling cinta dan kasih-sayangnya. Tapi

kalau sering kasabarannya dicabar dan hatinya

kerap diabaikan, dan selalu dihadiahkan dengan

kesedihan dan air mata bersiaplah para suami isteri

anda munkin akan buat sesuatu yang di luar

jangkaaan anda dan jangan nak salahkan isteri anda

terus cuba cermin dulu perbuatan anda..imbau

kembali kenapa tergamak seorang insan yang

bernama isteri untuk curang terhadap suaminya..

Tetapi ini kisah aku. Kalau orang tak hina aku sun...

ke jal... ke lantaklah..kan..selama ni semua

kesusahan dan kesedihan aku yang tanggung

sorangkan...so just take care your life, your

marriage and your relationships. Apa yang aku

alami boleh terjadi pada sesiapa sahaja hatta tahap

ustazah sekali pun tak der jaminan boleh setia

100%. As human beings we can only try to do our

best, to do the right things. Tapi manusia kan lemah

so ada masa tersasar, bila dah sedar dan bersedia

kembali ke asal. Keampunan itu kan milik mutlak tuhan.

Aku pegang tu jer...

Akhirnya tahun 2009 mentutup tirai. Tak sangka

jodoh aku ngan dia masih kuat walaupun

rumahtangga kami dah berapa kali bergolak

menunggu karam bak kisah TITANIC. Kenapa aku

pilih untuk stay ngan dia:

1. Aku pun bukan baik mana pun ...sesuaiiiiiiiiiiiiii

kan...pompuan baik untuk lelaki baik..pompuan

jahat untuk lelaki jahat kannnnnnnnn

2. Kalau aku tinggalkan dia, belum cerai aku dah

terima banyak tawaran untuk untuk menjadi suami

baru andai aku bercerailah.......ada jaminan ke lelaki

tu akan lebih baik dari suami aku sekarang...buat

nya lagi teruk sebab...hubby aku busuk-busuk dia

pun ...

3. Aku masih appreciate kebaikan husband, dia tak

pernah pukul aku, dia still boleh accept aku

walaupun aku jaaaattt, dia tak kisah aku bela kucing

heheheh aku boleh hidup tanpa suami (sungguh ek

bukan tipu) tapi aku tak boleh bayangkan kalau aku

kehilangan Dark Prince, Dedeki, Baby, Oyen, Anja.

Nit, Girl, Mok dan Sylvester ...huuhuhuhuh

sedeyyyyyyyyyyyy...emmmm balik kepada

kebaikan husband, dia pandai masak...kadang-

kadang emmm selalu dia yang masak...tapi aku

kemaslah...kalau aku minta tolong wat kerja rumah

sikit-sikit dia tolong gak dan yang paling utama

4. Sebenarnya aku sayang lagi dia ni...yerlah dah

lebih 6 tahun bersama..jauh di sudut hati aku masih

mengharap kebahagiaaan bersama dia.. emmm cam

susah jer tapi tak perlah .huhuhuh


Dengan bermulanya tahun 2010, aku akan berusaha

menyelamatkan rumah tangga aku. And in the

process aku nak berusaha untuk dapatkan

baby..munkin kalau dah ada baby ni aku akan lebih

bersemangat untuk hidup seperti manusia lain yang

normal heheheeh.
Kepada kawan-kawan thank you for always being

there for me, for your advice and your support. To

my parents, sorry i am such a bad daughter mesti

Lid and Mummy dok pikiaq apalah dosa kami

selama kami hidup dapat anak pompuan cam

ni...huhuhuuh soryyyyyyyyyyyyyyy. To my

husband..last chance ok...lepas ni...hopefully

marriage kita akan ok...kalau tak ok tak mau

tunggu, kita berpisah je..ok ok ok...tak mau sedih-

sedih nangis nagis lagi...nak happy happy selalu.

AMIN................

Sabtu, 26 September 2009

JATUH KERUSI


Hhuuhuhuh aku selalu jatuh tau...tadi kena lagi jatuh kerusi time tempat kerja..waktu tu dok tergedik-gedik atas kerusi sekali baaaammm tergolek kat lantai. Sakittttttttt badan...nak demam rasa...pas tu jatuh lak kat tangan kanan yang patah dua tahun lepas ...adoiiiiii
malang tak berbau...


Ahad, 20 September 2009

HARI RAYA OH HARI RAYA

Wah lamanya tak update blog..entah lah tepu otak. Tapi dalam sebulan ni wah macam-macam drama. Bermula dari awal Ramadhan, berbagai dugaan. Puasa ok jekkk tapi kesihatan pulak terjejas akibat kekurangan air yang serius dalam badan so terkena urinary tract infection so apa lagi terpaksa tinggal puasa adussss jenuh nak ganti. Ganti ker????? Eh wajib...

Masalah gaji lak wow Cuba hayati :
1) kenaikan RM13.50 sebulan Alhamdulillah (kang ada lak yang tazkirah tak bersyukur ke masih ada kerja sedangkan ramai yang menganggur)
2) Gaji kena potong sampai 6 hari (RM312) kerana annual leave HR pandai-pandai pi tukaq pi Non Paid Leave (minta maaf zahir batin yang ni nak kena bubuh sikit sebab sangat teruk dan tak der alasan kukuh ) sapa entah ajar buat kerja lagu tu memang hampas. Bayangkan dalam organisasi yang hebat cam ni bagaimana benda-benda cam ni boleh dibenarkan berlaku. Yang lepas mc hilang...Aku pernah kerja ngan company cap ayam cokia gila tapi gaji tak pernah short. Pelikkan.
3) Sign surat bonus renew kontrak..ini pun aku tak kan lupa sampai bila-bila..aku turun pg HR entah kenapa aku rasa cam orang-orang HR ni macam pandah rendah kat careliner cam aku ni haprak hina sangat-sangat..dengan muka masam ..cari surat kontrak aku cam tak ikhlas..sapa lagi si bohsia kering hehehhe (kawan aku panggil nama). Aku tak faham kalau kerja dalam bidang HR kalau tak ada rasa nak memberikan khidmat untuk membantu perkeja dengan ikhlas tak payahlah masuk line HR pergi lah jadi warden pernjara ke tak pun mandur estet. Tapi seronok dapat surat tu lepas 6 bulan dapat bonus renew kontrak..jadilah dahlah bonus tahunan tak dapat...apalah nasib badan.

Jadual kerja raya...memanglah tak minta cuti ingat macam last year kerja 1st and 2nd raya pastu off raya ke 3 kira ok laaa...sekali tahun ni start dari Jumaat (18/9/2009) kerja direct sampai raya ke 4 , raya ke 5 baru off...mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii enam hari kerja .. hari ni hari raya..aku merangkak keluar dari katik kul 6 pagi cos nak uruskan kucing-kucing lagi, nak bergegas balik ke PJ beraya ngan family pastu pergi kerjalak...since tak sempat nak sediakan food untuk kawan-kawan so singgah kat kfc beli bucket jek kekekek

Sampai tempat kerja wow banyaknya makanan. Kat umah mummy tadi pun dah makan macam-macam..tapi bila stat jawab call aduh penattttttttttttttttttttttttt sangat. Call tak henti. Penat gila...huhuhuuh kena gak marah ngan customer...apalah hari raya marah-marah..baru tak leh sms/ call 5 minit dah histeria...benci orang cam ni...

Tapi yang best tu masa break time split 4-8 Jack mekap....alamak comey gak I ni...kkekeke lihatlah gambar ku dibawah ini




Alamak dah nak kul 8 nak kena sambung jawab call...huhuhuh semoga aman dan damailah hendaknya...Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan..Kalau ada salah silap harap maaf.

Rabu, 19 Ogos 2009

TAK PANDAI JAGA LAKI KATANYA

Semalam adalah seorang hamba Allah kawan gaklah..agaknya dia tengok aku cam bleeeeerrrr..yelah kan aku demam..dia tanya " Kau ni kenapa cam tak der laki jer?" Aku macam aaaa terkedu gak lah aku tak naklah melenting kang dia kata aku sensitif lak so aku cakaplah memang laki aku tak ada (madsud aku laki aku tak ada kat situ, sebab dia kat tempat lain)...Pompuan tu yang bahagia baru kawin tak sampai sebulan kot..pun tanya lagi "Kenapa dia ada perempuan lain ker?" ...aku cam ....dia ni buat lawak ker? So aku jawab tak der..hehehhe takkan aku nak jawab aku yang ada lelaki lain...ahhaahha lari topik lak kekekeke. Sekali dia wat statement of the year...
"Tu lah tak pandai jaga laki"
Masa tu Ju pun ada...Aku rasa aku ternganga kot dengar statement daring dia tu...memang mulut dia lahanat tapi berani betul dia yang kawin oopps nikah tak lama mana buat kenyataan cam tu pasal rumah tangga orang lain...
Memang betul pun aku memang tak berapa pandai jaga suami aku..tapi taklah tak pandai lansung...tak pandai sikit jek..yelah aku tak suka masak, sapu sampah sebulan sekali, mengemas 2 bulan sekali, suka tidur..heheheheh ni lakkk dah nusyuz lak ni ohhh tak dah insaf dah .. memang betul aku fail bab jadi bini ni...hehe Aku honest je...sebab aku bukan jenis hipokrit...biar orang kenal sapa diri aku yang sebenar...dia orang nak benci ke, nak hina, nak kutuk ker ke mampus lah..kan..tak berbekas kat aku..heheh
Tapi buat kawan aku yang sorang tu..teruk-teruk aku..aku kawin nak masuk 6 tahun. awak jaga laki awak baik-baik takut bukan sahaja 6 tahun, takut 6 bulan jek laki kau cari PUK1 lain...mmmm..tapi aku tetap doakan kebahagiaan kau...AMIN


P/s jangan marah
aku melawak jek...aaaa tak kelakar ker...mmmmm
tak seronok kan kalau orang wat lawak pasal rumah tangga kita
mmm lain kali nak melawak fikir dulu tau..ok..jangan marah tau..
kang raya boleh minta maaf

Selasa, 18 Ogos 2009

KELIWON

Aku selalu takut what if the next lelaki yang aku pilih is worse than my partner sekarang. Dan aku tak payah tunggu lama. Memang dah jumpa pun. Ya Allah nasib baik tuhan tunjuk awal-awal lagi.dan tak terjebak lebih jauh lagi...tapi mesti korang tanya apa yang keliwon nya.
Yang menakutkan, aku rasa dia mandrem aku. Sebab macam kena pukau. Pas tu..suddenly aku sakit selalu. Dan walaupun aku dah makan antibiotik sebeban..sakit tak baik. Ni pun still sakit tapi lawan gaklah. Dan bagi yang kenal rapat ngan aku tau yang aku ni bab-bab santau, mandrem, penunduk, guna-guna ni memang sensitif..tapi aku kesian kat mamat tu sebab dia tak tau aku ni ada yang menjaga..so kalau sesiapa nak menunduk ke memang jadi pun sekejap jek memang cepat aku sedar.
Pastu semalam aku cam penat tulang belikat aku sebelah kanan sangat sakit menandakan ada unsur-unsur sihir yang mengattack aku so aku tertidur..lepas tu dalam 1.30 pagi cam ada orang yang datang kejut aku. Aku duduk pastu aku tengok ada satu sms dari mamat yang tak tau malu tu tu kat phone aku.. cam ugut-ugut aku..so suddenly aku rasa cam orang yang baru bangun dari tidur..aku rasa baru sedar dari mimpi..dan bila aku fikir balik apa yang berlaku..memang nampak sangat yang dia ni nak ambil kesempatan dan nak mengenakan aku.
Nak jadikan cerita semalam aku buat kerja cam orang bodoh. Aku rasa cam sedih gila..macam nak menangis jer..hari ni aku rasa macam Laaa kenapa lak aku tension sangat semalam tu..Hari ni aku rasa ok sangat-sangat. Macam bersemangat balik . Terus aku rasa macam dalam sebulan ni aku hidup dalam mimpi, jaga dalam tidur. Bila aku call mangkuk hayun tu dia dah tak nak angkat talipon. Munkin dia tahu tembelang dia dah pecah...nasib baiklah aku cepat sedar..siaplah mamat tu apa yang dia hantar kat aku terimalah dia balik...bukan nak cakap besar...tak selamatlah dia sampai bila-bila..
Sekarang ni aku cuma nak concentrate untuk pulihkan balik semangat aku...semoga tuhan berikan aku keampunan dan kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

Ahad, 9 Ogos 2009

KANTOI - PADAN MUKA AKU

Huhuhuhuh akhirnya kantoi gak...adui..bongok tak padam semua sms..dengan yang ni pun kantoi ngan yang tu pun kantoi...nampak sangat tak der pegalaman buat benda-benda salah cam ni..nak wat cam ner..so insaf jerlah...memang sepatutnya pun. Bila fikirkan balik ada hikmah jugaklah kekantoian tu. Tapi tulah kalau buat salah cepat jer kena imbalan dia...kalau orang lain relek jer...
Lepas ni dok diam-diam jer...jaga kucing-kucing aku...Borring keluar sorang-sorang macam tak biasa selama ni cam tu gak.

Selasa, 4 Ogos 2009

CERITA SESUDAH CUTI

Stat balik kerja Isnin 3/8/2009.. Masuk-masuk jek terus kena jwab postpaid, prepaid dan sewaktu ngan nyer. Wahhhh baru 1st day kerja aux 2 mau kat sejam setengah...letih...balik kerja pengsan...tidur pukul 9.30 pagi tadi baru bangun...dah siap nak gi kerja semula...tapi macam mana pun syukur ada gak kerja..tak der mengharapkan orang nak makan minum pakai..Semangat gak sebenarnya nak kerja..semangat nak wat lain semua dah macam takder..at least untuk kerja masih ada semangat..kira oklah...kan kan..ingat pesan kawan baik yang aku dah anggap cam kakak (sebab aku sorang jek pompuan dalam family).
Nama dia Kak N. Dia single mother. So masa dia dalam proses krisis rumahtangga dia datang kerja tak pernah pun cuti..tapi nampaklah sedih jek..Yang budak-budak lain ni pantang ada masalah cinta sikit mulalah tak ada mood nak kerja, mc, ponteng frustlah katakan...So Kak N cakap..."Kita ni oghang peghempuan apa sekali masalah pun mesti kerja...tak boleh nak dok rumah ja...benda lain tak penting kerja tu paling penting. Kalau kita susah tak dak duit oghang tambah hina, gelak bukan nak tulung.." KaK N no oghang Kedah..tu la slang dia lagu tu.. Dan sampai la ni (sekarang)..aku pegang cakap Kak N ni...terus terang ada masa-masa dah putus asa tu..nak bangun tidur pun rasa macam setengah mampuih...tapi kerja punya pasal..aku merangkak turun dari katil. Nak siap tu kadang-kadang sampai 1 jam lebih sebab otak blerrrrrrr sangat. Nasib baik bawak keta ok plak kan...isyyyy. Kira kerja ni gaklah yang mendisiplinkan aku yang sebelum ni memang tak der disiplin diri lansung. Dan kerja ni gaklah yang menyelamatkan aku kerana sekurang-kurangnya taklah dok fikir problem sangat sebab kena KERJA.
So syukur Alhamdulillah ada gak rezeki kerja di sini..semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang....AMIN


P/s:
Ohhh tapi nak kena masuk gak bab ni..trauma sewaktu ditingalkan di satu tempat yang aku tak biasa..memberikan aku satu pengajaran..bila-bila masa aku boleh dan akan ditinggalkan..tapi hidup kena teruskan juga..jadi aku kena telan jer dan buat apa sahaja untuk bangkit kembali bersemangat walaupun time tu aku rasa cam nak pengsan jek.

Isnin, 27 Julai 2009

WHAT A TIRING WEEK (20/7-26/7)

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan. Tak ingat bila last aku rasa penat cam tu. Bayangkanlah penat ke tak sampai semalam off day bangun tidur pukul 3 petang keluar makan kul 5 petang sambung tidur kul 10 malam baru keluar cari dinner. Sampai sekarang pun tak hilang lagi letih kerja yang minggu lepas. Sampaikan bila wat video call ngan kawan..dia pun perasan muka letih..hehehe
Huhuhuhu rasa macam dah lama tak dapat cakap Indonesia..kena jawab call postpaid ngan prepaid universal dengan segala macam masalah (every problem in the book cakap apa yang tak fail semua fail)..kena hamun seranah jadi makanan..sampai satu tahap rasa macam nak menangis..tapi setitik air mata pun tak boleh nak keluar..just inmagine too tired even to cry also ..nak mengangis pun terlampau letih..
Itu bab kerja...bab mulut orang keliling lagi...bayangkanlah kita dah penat..mulut pun bisinglah kan setakat nak melepaskan stress. Macam kawan-kawan yang tak jawab universal banyak yang bagi morale support..suruh sabar..relex bagus Alhadulillah ..tapi ada gak yang mulut tahap haram jadah..boleh wat komen ..."alah time aku universal tak bising pun..." piiiiiiirah mabuk...time dia kena kecoh sebuk suruh TL keluarkan id bahasa..orang cam ni elok pergi terjun lombong kot...
Dan yang paling aku tak leh terima..meka hilangkan MC aku...meka tu aku tak tau sapa...sebab semua lepas tangan Ni nak membebel dalam bahasa owang puteh..
HOW CAN A WORLD CLASS CONTACT CENTER LOSE ONE BLOODY PIECE OF MC.. FUCKKKKKKKKKED!!!!!

oh ni nak bagi sedikit info perkataan fuck di atas membawa madsud sangat teruk dan bukan menjurus kepada hubungan seksual. Bagi mereka yang cetek pemikiran akan berfikir bahawa saya mencarut di tahap yang sangat kasar tak per saya tak kisah..nak fikir apa pun suka hati...

Semoga minggu ini membawa kegembiraan dan ketenangan...

Jumaat, 17 Julai 2009

Kucingku Panjat Pokok Tak Pandai Nak Turun



Semalam kucing kesayangan Dark Prince panjat pokokyang sangat tinggi tak reti nak turun. Aku rasa dia dok atas pokok dah 3-4 hari sebab dia tak balik umah selama tu. Aku panggil dan panggil dia nak turun tapi dia takut. Dan suara meowwwwwww nya yang bombastic tu membuatkan aku nak jadi sewel risaukan dia. Dan demi kasih sayang aku yang teramat aku pun dial 999 heheh...dan minta tolong untuk selamatkan Si Prince. Dua jam aku tunggu bawah pokok tu sampai terduduk kat tanah. Habis kulit aku yang gebu ni (enterframe) kena gigit nyamuk.

Last Jabatan Pertahanan Awam datang dengan pikap trak dah akhirnya Prince telah diselamatkan dengan aksi macho abang JPA panjat pokok dan telah mencampak Prince ke bawah dan telah disambut oleh 3 lagi abang-abang JPA yang hensem pehhhhh dengan jacket-jacket mereka. Akhirnya aku pun membawa Prince balik ke rumah dan yang sedihnya dia dah kurus dan tak dapatlah aku memanggil nama manjanya Gemuk Hitam dan sekarang kenalah aku panggil dia Kurus Hitam...dan sampai ajer dia kat umah dia makan lahapnya dan berbunyi ngong ngong ngoh sssssss ciannnn. Malam td Prince tidur ngan aku ciaaaannnn dia dok kat atas pokok tu sejukkkk malam-malam...Prince..Prince...sempat aku membebel kat dia sambil menggosok-gosok kepala dia dengan penuh kasih-sayang.."Esok kau gi panjat pokok lagi ye...nanti aku boleh aku call 999 lagi...ahaks" Dan Prince menjawab...Eooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!