Khamis, 5 April 2012

Saya akan jadi trainer macam tak percaya

Macam tak percaya saya akan memulakan kerjaya sebagai Trainer hari ini soft skill plak tu kat mana yang saya soft pun tak tahulah...lihatlah dunia


Dulu memang gedik berangan nak masuk training pas tu dah dok operation lupa pasal impian asal... nak jadi trainer pastu nak ambil course counselling  pastu nak jadi motivator emmmm...


Sometimes we forget our dreams but our dreams never forget us...one door closes another door opens...kehidupan ni penuh misteri tapi kesimpulannya kalau kita nak sesuatu kalau ada rezeki, benda tu akan datang gak kat kita walaupun kita tak cari pun...Perjalanan sebenar masih jauh lagi tapi jalan tu dah nampak dah...InsyaAllah berkat doa ibu bapa , kucing2 kesayangan, sahabat2 ...


Live happy...live to dream , keep our dreams alive and live our dreams!!!!!


But never step on other peoples head and backstabbing to realise your dreams!!!! you might get what u want but you'll be alone and miserable!!!




Nota keji:
Wah SLS dah ala-ala soft skill dah kan..sungguh memotivatingkan!





Selasa, 3 April 2012

Pergi Mam...boleh?????

ok...tengah marah thap nak meletop ni...!!!!!!!
tapi kena mantain sikit jer lagi!!!!! lepas ni tak payah nak fake fake smile lagi...!!!!ceh!!! lenguh dah pipi ni..

Khamis, 29 Mac 2012

Penjelasan Isu Cik Nam Puaka Hari Tu..






Penjelasan serta kupasan. Kenapa masa akak buat post ni marah, merentan, meroyan sakan:

1) Akak betul-betul gembira dan bangga untuk si Pompuan ni atas kejayaan dia..sebelum Akak dapat tahu pasal peer feedback ni (maklum balas rakan-rakan), kami dok bergurau bergelak sakan...sikit pun sekelumitpun tak de rasa hasad dengki...dah rezeki dia dan juga rakan-rakan yang lain!
2) Masa tempoh buat projek tu kalau ada gaduh-gaduh mulut tu Akak siap minta maaf kalau cara Akak tu terlalu kasar untuk dia yang nampak seperti seorang perempuan sopan santun bukan macam Akak yang speaker pecah ni. Akak tanya dia kita ni ok..jawapan dia ok, ok no problem..semua ok...
3) Kalau pun tak ok kenapa tak bawak bincang elok-elok..kalau dia tak puas hati kalau pun dia nak isi feedback macam tu, share dengan Akak dulu masalah ni semua..boleh diusahakan untuk penyelesaian.Ini dah habis projek baru Akak tahu sebab dapat dapat hitam-putih dan semua pun (7 orang)  dok bincang siapa yang bagi feedback pasal siapa..terketaq dia habaq dia yang mengeji panjang-lebaq tu.
4) Pendek kata apa yang dia buat tu seperti cuba memasukkan pasir dalam periuk nasi Akak dengan cara menikam dari belakang (Back stabbing)..Nasib baik dia pas..kalau fail silap-silap (ini tekaan bukan tuduhan) dia boleh salahkan Akak terus..Akak percaya dia 100%, sentiasa jujur dengan dia..memang dia banyak buat kerja tapi all over de place gak..semua benda pun nak buat..Akak support dia..dan tak pernah bagi feedback yang teruk pasal dia bukan sebab dia tu sempurna tapi sebab Akak terima semua yang baik dan buruk pasal dia. Lagipun kita dah decide bersama apa yang perlu dibuat salah atau betul dua-dua tanggungjawab.
5) Sikap bermuka-muka yang paling Akak tak suka...sebab terlalu berbeza dengan niat dia yang sebenar konon-konon nak tell de truth. Akak siap bagi tahu dia kalau orang lain pegang integrity paling penting, Akak lebih tekankan transparency tak suka hidden agenda...dengan Akak what u see is what u get...jujur dan terbuka...kalau kita betul-betul ikhlas tak adalah kita sanggup buat kawan kita macam ini sekali... kawan jenis apa macam ni...

Dengar cerita dia dah baca posting ari tu...dan kononnya sangat sedih sampai tak boleh tidur malam kenapa Akak sangup caci dia habis-habis..Yang best tu dia rasa dia tak buat salah...Dek Non Puaka, munkin dari segi undang-undang memanglah tak salah...tapi kepercayaan (trust) adalah segalanya bagi Akak..kalau kau menunjukkan potensi menikam orang dari belakang last sekali sapa nak percaya kau lagi??? Kau buat kerja sorang-sorang ker. nanti..dalam kumpulan kan..Buat perangai macam ni sapa nak defend kau bila-bila masa yang kau suka kau boleh kenakan orang...Fikirkanlah...


Akak dah luahkan kat sini , tak rasa marah pun lagi tapi sampai bila-bila Akak tak boleh terima dia sebagai kawan lagi....nak gaduh tu taklah..melainkan dia cari pasal dengan Akak dulu....

Hidup tetap diteruskan...!!! Perjuangan masih panjang lagi...


Live Happy..but need to be careful with other people especially if they are super nice to you...drama,  drama and drama.....only..good friend agree to disagree and will always tell us directly if they have any issues with us....

Rabu, 28 Mac 2012

Truly Inspirational

A man I heard about once failed completely at two different businesses and had his girlfriend die before the age of thirty. He went on in the next decade to get into politics, where he was defeated not once, but twice, in both the Congressional and Senatorial races. He became depressed, moody, and his friends began to worry about him. Yet at the age of 51, that man was elected as President of the United States. His name was Abraham Lincoln.


Sometimes we just need to remind ourselves...success does not always come from 1st seating!


Live Happy!!!!!!!



Selasa, 27 Mac 2012

Cik Nam Puaka!!!!!


Akak ingat Akaklah yang keji..ada lagi spesis perempuan cek nam gila puaka yang pandai bermuka-muka tapi perangai cam bangsat..kalau orang yang tak ada kena mengena pergilah mampus apa kau fikir tapi kau partner aku kot. Kalau aku boleh deal dengan kekurangan kau dan aku honest cakap pendapat aku...oooo depan aku kau punya baik tapi time bagi feedback kau cakap macam-macam pasal aku..aku no action...not taking initiatives lah apalah..kenapa Akak marah sangat? Akak bukan tak leh leh terima cacian dan keji-kejian. tak percaya tanyalah bekas agent Akak Ms Jay.. Dia ni agent je tau tapi berani berdebat dengan Akak kalau point dia bagus..Akak ok pasal benda-benda ni...Akak open minded sapa-sapa nak tegur Akak tegurlah..tapi tahanlah sikit telinga kalau Akak "bagi respon puaka"..tapi yang betul Akak terima..gentlelah beb cakap depan-depan. Ini time bagi feedback kau cakap aku macam-macam..eh sebab bukan dekat aku terus kan.  kalau aku nak cakap pasal kau perempuan keji (kali ini aku akui kau lagi keji dari aku sebab aku tak pernah berlagak macam baik..engkau tu macam bagus je perangai tapi sebenarnya lebih setan dari setan) berkoyan kot aku boleh cakap tapi perlukah??? ...

Lepas ni kau tunggu ada peluang jer aku bagi terus kat muka kau tapi aku bagi direct line punya yer bukan sorok-sorok yer...

Tapi agak pucat gak muka kau kan bila semua start compare sapa yang bagi feedback pasal siapa...semua baca feedback yang kau bagi kat aku dan tanya siapa yang dok tulis feedback panjang lebar ni..terketar kan suara kau...nak menjawab..kalau aku tahu perangai kau cam ni...emmmm aku yang no action ni tak akan share banyak benda yang kau sendiri pun tak tau nak cari...Aku summarize kan perengai keji kau...dalam work segregation kau yang pilih benda-benda apa yang kau nak buat. Last-last kau cakap " I do everything, Sharifah no action"..Aku tanya kau balik tak ke macam "ba**" perangai macam tu..Kalau berani cakap kat kat muka aku..kalau kau berani...


Tak boleh percaya sesiapa...its every woman for herself....F***!!!


Anyway, still happy cause now I know your true self..don't berlakun macam perempuan baiklah...yer...

Penjelasan serta kupasan. Kenapa masa akak buat post ni marah, merentan, meroyan sakan:
1) Akak betul-betul gembira dan bangga untuk si Pompuan ni atas kejayaan dia..sebelum Akak dapat tahu pasal peer feedback ni (maklum balas rakan-rakan), kami dok bergurau bergelak sakan...sikit pun sekelumitpun tak de rasa hasad dengki...dah rezeki dia dan juga rakan-rakan yang lain!
2) Masa tempoh buat projek tu kalau ada gaduh-gaduh mulut tu Akak siap minta maaf kalau cara Akak tu terlalu kasar untuk dia yang nampak seperti seorang perempuan sopan santun bukan macam Akak yang speaker pecah ni. Akak tanya dia kita ni ok..jawapan dia ok, ok no problem..semua ok...
3) Kalau pun tak ok kenapa tak bawak bincang elok-elok..kalau dia tak puas hati kalau pun dia nak isi feedback macam tu, share dengan Akak dulu masalah ni semua..boleh diusahakan untuk penyelesaian.Ini dah habis projek baru Akak tahu sebab dapat dapat hitam-putih dan semua pun (7 orang)  dok bincang siapa yang bagi feedback pasal siapa..terketaq dia habaq dia yang mengeji panjang-lebar tu.
4) Pendek kata apa yang dia buat tu seperti cuba memasukkan pasir dalam periuk nasi Akak dengan cara menikam dari belakang (Back stabbing)..Nasib baik dia pas..kalau fail silap-silap (ini tekaan bukan tuduhan) dia boleh salahkan Akak terus..Akak percaya dia 100%, sentiasa jujur dengan dia..memang dia banyak buat kerja tapi all over de place gak..semua benda pun nak buat..Akak support dia..dan tak pernah bagi feedback yang teruk pasal dia bukan sebab dia tu sempurna tapi sebab Akak terima semua yang baik dan buruk pasal dia. Lagipun kita dah decide bersama apa yang perlu dibuat salah atau betul dua-dua tanggungjawab.
5) Sikap bermuka-muka yang paling Akak tak suka...sebab terlalu berbeza dengan niat dia yang sebenar konon-konon nak tell de truth. Akak siap bagi tahu dia kalau orang lain pegang integrity paling penting, Akak lebih tekankan transparency tak suka hidden agenda...dengan Akak what u see is what u get...jujur dan terbuka...kalau kita betul-betul ikhlas tak adalah kita sanggup buat kawan kita macam ini sekali... kawan jenis apa macam ni...

Dengar cerita dia dah baca posting ni...dan kononnya sangat sedih sampai tak boleh tidur malam kenapa Akak sangup caci dia habis-habis..Yang best tu dia rasa dia tak buat salah...munkin dari segi undang-undang memanglah tak salah...tapi kepercayaan (trust) adalah segalanya bagi Akak..kalau kau menunjukkan potensi menikam orang dari belakang last sekali sapa nak percaya kau lagi??? Kau buat kerja sorang-sorang ker. nanti..dalam kumpulan kan..Buat perangai macam ni sapa nak defend kau bila-bila masa yang kau suka kau boleh kenakan orang...Fikirkanlah...Akak dah luahkan kat sini , tak rasa marah pun lagi tapi sampai bila-bila Akak tak boleh terima dia sebagai kawan lagi....nak gaduh tu taklah..melainkan dia cari pasal dengan Akak dulu....

Hidup tetap diteruskan...!!! Perjuangan masih panjang lagi...


Live Happy..but need to be careful with other people especially if they are super nice to you...drama drama and drama.....


Khamis, 22 Mac 2012

Failing Suckssssssssssssssss!!!!!!!!!!


I hate to fail even if its my fault. SUCKS SUCKS SUCKS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I feel like sh*t!!!!!!!!!! I feel so evillllllllllllll and I want to hurt somebody if I really really follow what my heart feelsssssssss. So of cause I will not murder people therefore I am going to wallow in self pity for a little bit. I just hate it when people try to cheer me up and say "don't feel sad, there is no failure, so you still can proof your self....""""""""FUCKKKKKKKKKKKKKKK!!! Just let me feel fucking miserable ok..For me its good and healthy to feel  bad from time to time. rather than pretending that everything is fine I just go ahead and accept that I am feeling like crap and just want some time to deal with it. .Depression can be so sweeeeeeeeeeetttttttttttt! So .never ask me not to feel sad cos I appreciate sadness just as much as I adore happiness...Its just like night and day, life and death, love and hate and winning and losing...Beauty and Beast.
As you probably notice I am not a normal person, I am not alien or anything just that I am handicapped like an autistic person that I don't see things like normal people do. Simple things especially  graphics may seem like rocket science to me. I just can't figure it out. So I always asked others to do graphs and charts for me.. Its like being a hair dresser and you just can't cut your own hair kind of thing..But I do have great visions but I need tell someone else how I want it done..and it becomes fantastic.!!!! Also as you all probably notice I have a way with words. I can express my self in literature just not charts and graphs..However in a corporate world as my bosses accurately called as Business Requirements...in a nice way "I SUCK" why so? I can't express myself in a formal presentation...I failed to tell "them" what I have done, so it must be:

1) I did a lot but not able to translate my actions into a half  hour presentation
2) I did a lot but what aaaa forgot lah...
3) I did nothing at all or I did some things not the right ones


It is no 1. Due to my "limitations" I am not able to simplify things. I see things exactly as they are and if I have to summarise them I feel constricted,caged and I cannot breathe feeling all of those things crushing in on me. Sometimes I feel that the world is not ready for people like me..fine..I don't want to change myself to fit other peoples description of how a leader should be. I am me. I am easily bored with norms any ways but....I am good with people (sometimes) not because I am a good and kind person but because being the way I am, I am over sensitive so I feel other peoples energy and vibes..and whether intentionally or not I bring out the very best and worst in people and guess which came out during that eventful D-day of 6th March 2012...

AQ??? Dear Boss, AQ does not work for everyone. Will I move on?? Of Cossssssss. Will I be able to perform? Definitely???? I just use SLSQ (Sharifah Liza Suriani Quotion)...Just want to add with people don't be so by the booklah!!!!! take a chance...its those you look down who will surprise you...the UNDERDOGS....(like me lah!)...Welcome to the Underdogs Club..

Miserable as hell but happy just to be me.....

Live Happyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!! just like the little girl below.....kekkeekke



translation to Malay...

Hampeh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Rabu, 14 Mac 2012

Its too late ....


Sometimes rasa macam everything is moving so fast sampai tak boleh nak keep up..so yes it is too late....

Selasa, 13 Mac 2012

Happy tapi Bosan!!!!

Rasa cam bongok jer tajuk kat atas tu...tak perlah suka hati Akaklah kan...sebenarnya setelah sekian lama .....Akak bosan!!!!!!. (dah lama kot tak sempat akak nak bosan)... Projek Akak yang sedeh tu dah setel tengah tunggu keputusan ni lah...ni...so nak wat apa ek...apa lagi BUAT BODOH kot....pun sudah...


Apa-apa pun live happy....!!!!!!!!!!!!

Khamis, 8 Mac 2012

Adoiiiiiiiiiiiiiiiii Hampeh Tol



Alaaaa bosanlah training dah habis, result tak dapat lagi..rasanya cam kantoi jer..mana tak semua yang akak present tak menepati cita rasa "Meneger- Meneger" dan top top boss. Lagi satu akak mana pandai nak wat graph canggih maggih so wat jelah graph apa-apa yang patut hahah cam budak sekolah rendah jer..padan muka kena tembak. tulah SLS orang nak jadi "meneger" kau pun nak jadi "Meneger" kekkeke lantaklah.kannn..yang Akak present tu.lebih kurang yang kat bawah ni....sangat memalukan...ok gaklah tak jadi "Meneger" tak larat rasanya senyum jer bila kena tembak ngan Boss-Boss Besar huh!! tahap lakonan Akak memang kelassssssssssssss..." Yes I understand , I'm such a total idiot ..I don't know anything one and I'm just wasting your time and air for 4 months..." Lenguh muscle kat pipi tau..Rasanya.biarlah jadi Team Leader jer...dah malas tension-tension kat tempat kerja..cuma nak kerja dengan aman damai..lepas kerja lepak kat mek dodo tinggal kerja semua kat opis....tak pangkat tinggi pun tak per..asal cukup makan-minum saya dan kucing-kucing saya, boleh enjoy sikit-sikit karok, tengok wayang, bagi duit kat parents sikit cukuplah...bukan putus asa atau give up..tapi tak boleh masuklah environment koporat ni..sebab jiwa kita simple...Ceh! Sangat keji kau SLS sebab kau kantoi kan banyaklah jiwa tak sesuai..cuba kalau pas.."yes I am very happy I can proceed and advance my career..blah...blah..blah..." sangat hipokrit padan muka!!!!

Sabtu, 3 Mac 2012

Macam-macam hal huhuhuhuhu

Memang mencabar betul hidup Akak sekarang ni..tapi apa-apa pun jangan lupa masalah besar macam mana pun...Live Happy ok...jadi sila hayati gambar Akak ala-ala pirate girl yang gorgeous Angelica dalam

Pirates of the Caribbean. 

Alaaaa kang tak surprise plakkk masa dinner nanti...AAK (Ada Akak Kisah!!!!) Siap ngan pedang ok Adik-Adik  walaupun dah tentu pedang mainan kanak-kanak tadika hahahha....tu cerita semalam hari ni plak..adoi "Baby" sakit huhuhhu kena hantar bengkel..banyak plak tu kena ganti.
1) Alternator
2) Brake pam
3) Bateri
4) Lain-Lain seperti minyak hitam, filter, wiper dan seantero. 


Yang ngeri tu tengah jalan dia berhenti nasib baik tengah turun bukit boleh bawak dia pergi tepi. Huuuu huuu semua kawan-kawan pun jauh..so Akak yang kena menapak cari bengkel nasib baik ada. Tokei bengkel tu pun bawak Akak pergi balik kat kereta tukar bateri pas tu Akak bawak kereta pergi bengkel. Memandangkan dah dekat tiga suku riban aku nak bagi kat kedai ni apa lagi bukak lap top cucuk modem, cucuk plug. Akak gunalah letrik free AAK (Ada Akak Kisah!!!!)...
Dahlah kena buat presentation hari Selasa ni...nampaknya hari ni kenalah Akak wat presentation slides  ni kat bengkel kereta apa macam kelas tak Akak Pah ni kat bengkel kereta pun boleh buat kerja office..kalau tak pas gak Selasa ni tak taulah Akak nak kata apa.tak ke Akak ni pekerja yang paling dedikasi..kan...Nasib baiklah bawak lap top veteran kesayangan dan modem Maxis (my two bes fren selain dari "Baby" )
Anyway Akak hargai sahabat yang paling mulut laser J bukan nama sebenar yang cuba membantu dengan memberikan nombor telepon adik dia yang comey yang pandai repair kereta. Malang Si Comey tu tak dapat nak datang sebab ada kerja kat tempat lain...Terima kasih "KAKAK J" I truly appreciate your readiness to help your frens in trouble (sebenarnya nak cakap kem salam kat Adik Comey ye hahahah sangat keji kau SLS)...Any way still waiting for my car to be repair. Rasanya berejam lagi nih!!! 


Live Happy...Live with Passion..

Khamis, 23 Februari 2012

Fikir-fikirkan apa telah kita lakukan, sedang kita lakukan dan akan kita lakukan

Berbalik kepada entry sebelum ini pasal Adik Hairuman, terfikir gak..sekelip mata hidup seseorang boleh berubah...kita kena renung balik apa telah kita lakukan, sedang kita lakukan dan akan kita lakukan... Hidup bukan setakat makan, minum, kerja, mandi, kawin, cerai , mati dan lain-lain...apa sumbangan kita, apa nilai kita dalam dunia ini...bagi yang agak keji (cam aku) dan kaki enjoy..Betul hidup memang sekali je...tapi benda yang buruk pun tak perlu berlaku banyak kali..sekali cukup lah cam apa yang jadi kat Adik Hairuman ni..

Masalah kita berbanding penderitaan orang lain....

Bantulah Adik Hairuman - Bantuan anda diperlukan .... (apa agaknya perkembangan terkini insan ni ye)

Bila kita tahu tahap penderitaan yang ditanggung orang lain...kita rasa alaahaaaaiii apalah sangat masalah kita sendiri...kan...Sedih betul kisah insan malang ni..meminjam posting dari http://myadha.blogspot.com jom hayati kisah sedih ini...(jangan marah Encik tuan Punya Blog).






Kini hanya kakak Hairuman yang bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yang berkuasa tinggi tiba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.

Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan... Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman.. walaupun RM1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya.

Disini kami sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 018-3807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun : Maryuni Miskon (kakak kepada Hairuman Miskon)
162030632448 - Maybank
12570000203529 - CIMB Bank

Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

* Kempen ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


BERITA DARI KOSMO!


                           ****************************************************************


Eeemmmm......Boleh ke kita live happy kalau ada insan yang menderita macam ni....? Kena gak sebab kalau kita tak 'Live Happy" macam mana nak bagi semangat untuk orang lain....


Peringatan kapada diri sendiri aka SLS...dapat gaji ujung bulan nanti paham-pahamlah ek....

Selasa, 21 Februari 2012

Marah dia, marah aku, marah mereka!!!

Perhatian! : Bahasa yang digunakan dan isi kandungan adalah agak keji dan  jadi kalau anda berjiwa halus dan mempunyai peribadi mulia , menitik beratkan nilai-nilai murni tata susila kesopanan dan kesantunan...TIDAK DIGALAKKAN membaca posting ini


Kemarahan ini ditujukan kepada:

1) Hu**y - Dah bagi tahu apa-apa pun nantilah saya settle Training saya dulu..Bukan selalu dapat peluang naik pangkat. Berapa susah-payah saya bina balik kerjaya saya yang terlungkup. Saya bukan ada sesiapa nak bagi makan , pakai, sakit demam pun segala pun saya urus sendiri.Saya pun nak take care mak bapak saya yang dah banyak berhabis tolong kita..Saya baru  rasa nak bernafas sikit ni dah rasa nak tenggelam balik.

2) Diri Sendiri - Kenapa kau boleh biar sampai macam ini sekali. Betapa bodohlah kau ni. tak serik lagi kena tipu hidup-hidup! Nak tunggu sampai mati kering kot! Alah perangai kau bukan bagus sangat kan. Padanlah muka! Orang kawin kau pun sibuk nak kawin kan..apa benda pun kau tak reti masak tak reti, mengemas apa tah lagi..jaga laki pun tak reti..kan tapi sangat sesuai korang berdua...dua-dua tak leh pakai!!!!

3) Mak Cik Cleaner kat opis - Adoi aku dahlah sakit jiwa. Ingat nak relek-relek kat pantry sambil minum-minum kopi. Mak ai dia punya dok bersembang pas tu gelak mengilai dengan sangat kuat! Apa lagi aku soundlah setepek pedulik hapa aku.."Pelan sikit cakap ,  sampai depan  boleh dengar!" tapi nada tu  agak sopan cos yelah kena gak ingat dia lagi tua dari aku..keji-keji aku tapi benda cam ni aku ambil berat gak.

4) Agent-agent perempuan gedik baru yang pas OJA pastu  nak tukar projek sebab ..."susahlah technical sangat"....rasa-rasanya Akak sound tak dia?....Cuba teka....Memanglah aku sound..tapi kontrollah...Dalam hati nak cakap ...

"Banyak cantik muka kau senang-senang nak tukar projek..kalau kalau tak nak kerja awal-awal lagi pergilah berambus! Yang kau nak juga stay sampai OJA tu apa hal..kan menyusahkan orang. Jangan nak berangan nak masuk projek lain ok.. Kalau kau nak senang haaaa bukak call centre kau sendiri apa macam cantek????!!!!!."

tapi Akak cakap..."What are you doing here if you do not wish to work with us. We will not even consider you for other projects not because you are not good but because you don't have the right attitude.."

Oklah dek! Kalau masa jadi Team Leader dulu  memang bunuh diri budak ni aku haukkan! Kalau nak kerja call centre tolonglah jangan nak poyo nak kontrol cantik dan ayu.....isssssyyyyyyyyyyy !!!!!!


Huh Lega!!!! Ok boleh sambung kerja..kekekkekekek...


Live Happy, angry but happy!!!!

Urusan Mahk.... Syar... yang belum selesai...

Belum selesai gak...sebab borang tak lengkap. Sebab alamat IC Akak kat Kelana Jaya, tinggal area Desa Baiduri. So  memandangkan dalam borang Akak Plaintif, so Akak pulak kena terhegeh-hegeh dapatkan pengesahan dari Penghulu / Ketua Qariah tempat tinggal...seriously ..malaslah nak komen nanti banyak implikasi..so..terpaksa isi borang baru ..(Husband pulak plaintif)..Buang masa jelah...2 hari ambil half day tu...rasa cam nak marah tapi tak tau nak marah kat siapa?..Apa-apa pun semua urusan kena tangguh dulu...nak settle bab kerja ni dulu..Cer**.. nanti boleh tapi kalau fail masa training ni habislah.... mana ada 2nd seating....

No matter what Live Happy...

Jumaat, 17 Februari 2012

Hari semalam dalam sejarah di Pej...Aga...

Apa yang sejarah sangat pasal semalam..saya menguruskan pencer***n... Ingat nak tunggu sampai habis training tapi...atas sebab-sebab tertentu..yang tak dapat dielakkan kami suami-isteri terpaksa mempercepatkan urusan pencer***n..Kelam-kabut gaklah..Mana tak, pagi sampai tengah hari kerja...pelikkan macam tak ada emosi pulak...yelah tu...tuhan sahaja yang tahu..bayangkan masa meeting dok fikir kat mana yer Pejabat Agama Kajang tu...yelah last pergi kat 4 tahun lepas...masa nak cer.. tak jadi tu...Dah kemas barang nak gerak pergi rumah mummy kat Kelana Jaya (nak kena salin pakai baju kurung..gila nak pergi Pej Ag pakai baju kontot)..sambung cerita sempat lagi dok bincang dengan partner S bukan nama sebenar..pasal final projek. Pastu dah angkut semua barang singgah pulak tengok adik-adik OJA (Assessment)  2nd seating...sempat pulak bagi "ceramah motivasi" kat agent baru...kesian dia dok risau sangat kalau fail Adios Amigoslahhhhh jawabnya...terminate terus..Pas tu terus drive pergi KJ..mandi salin baju kurung drive pergi Kajang...slow-slow cari Pej Ag...alamak missssss.....kena pusing...dah sampai..terus masuk opis dia...wow...sama gak cam dulu...slow je pace dia....risau plak takut "Babang" tak datang...panggilan manja dulu-dulu masa bercinta..lepas ni nama tu akan jadi kenangan jer..kan...So sementara tunggu dia ambil dulu borang ..kena pergi potostat sij..nik...ngan ic...tempat potostat kat kantin jer..so order pulak mihon sop...nak bercer.. pun sibuk nak melantak lagi sangat keji kau SLS...lapar..nak buat cam ne..susah hati cam ne pon...kena isi perut gak betul tak..akhirnya sampai gak Babang..aik ketat nye muka...Bila tanya dia nak tulis apa ni..dalam borang ruangan aduan...tak naklah burukkan sesiapa..walaupun memang buruk perangai pun dua-dua..marah plak Babang ni "letaklah jerlah semua benda-benda..bukalah semua aib!!! katanya...aikkkkk nak menyentap time-time cam ni...patut sapa yang marah ni...awak buat hal nak marah saya pulak ke.....tak per sabar dulu...tak de faedah nak bergaduh...kang tak jadi cer...lagi susah...so dah settle borang..masuk jumpa "Pok Cik" uztaz..yang sepatutnya mengounseling kami...dahlah bilik tu sempit gila..kami dua orang ni agak kimpah...agaknya saikologi kot sempit nanti tergesel-gesel tak jadi cer...kot....Tapi mana ada kounseling nye...dia baca apa yang tulis dia gelak pas tu dia suruh tulis "Kami memohon untuk bercer....dengan kebenaran mahkamah"...tu jerlah..keluar tunggu surat pas tu pergi mahkamah pulak kat sebelah. Ambil borang lagi...aleh-aleh kena pegi cop Pesuruh Jaya Sumpah..adoi...tak selesai gak ni...masa tu pukul 4.30 petang..mahkamah tutup kul 5 ptg..so kami "berpisah" dia belah...saya pergi cari Encik Pesuruh Jaya Sumpah...kat pekan Kajang..satu line dengan KFC (adik kerani kat mahkamah bagi tahu.saya puji staf pej ag dan mahk syar sangat baik dan sopan..seriosss)..Pejabat Encik PJS (Pes Jay Sum) sangat kecik je dalam kedai frame gambar...masa cop tu En PSJ tu macam risau asyik tanya saya ok ker...masa nak bayar dia cakap Ada duit tak...kalau tak cukup tak perlah..bayar apa yang ada jer...Saya nampak dia ikhlas (bukan En Nam).sungguh mulia hati En PJS...alah bukan mahal pun 12 hengget jer..murah rezeki dia hendaknya...Lepas tu pergi KFC plak makan kolonel burger...semenjak Hari Pekerja KFC menumbuk customer (6 Feb lepas), saya macam nak pergi KFC selalu...sopan gila staff dia..siap tanya nak extra cheese tak. of cozlah dek...my peberet tu...yum yum..tak nampak ke Akak yang montel dan sihat ni...berkat hari-hari makan cheese....Masa duduk nak makan tu barulah rasa penat sangat...masa tu ada datang rasa sayu jugaklah...bergenang air mata sekejap..tapi bila dah stat makan burger..dah ok dah...simpan balik sedih tu dalam hati jer...hidup kena teruskan....
Jadi esok eh hari ni ..nanti petang pukul 2.45 kena ada kat mahk syar...untuk selesaikan pencer....kami...jadi tu jer...nanti sambung....


Live happy...dalam apa keadaan sekali pun....kan....kecian saya kan....ada aku kesah!!!

Rabu, 15 Februari 2012

Its kind of sad for me cause I went to meet my husband last night do discuss the terms of our separation. I believe that we have passed the stage of fighting and arguing and being angry at each other. But he did asked me if I already have "someone", so I told him "NO" and its the truth. I just want peace of mind and I am tired of being married and not having that closeness with each other. I accept all my shortcomings. I only asked for "it" to happen smoothly and the reason being "Irreconcilable Differences".

ok...I need to move on...so I have decided to ..Live happy...in times of despair...

 

      

Ahad, 12 Februari 2012

Cerita Hujung Minggu..dengan Mummyku...

Sabtu semalam Akak Pah bangun lewat cos sakit otak pasal peristiwa perbincangan KPI semalam kat office..semalam Akak meneruskan cerita...kita flahback sikit apa yang berlaku kat office...masa discussion/ meeting apa yang dikongsi oleh "bos-bos" kami agak menterkejutkan Akak. I tak boleh terkejut. Tekanan darah I rendah, so mula-mula cam terbengong...kebas...keliru (dazed)..bila tekanan darah tu maik balik jadi cam baran pulak...tapi sill boleh control..cuma semalam ada seorang , N bukan nama sebenar,  ni yang munkin tak biasa ngan cara Akak so tiba-tiba dia kata cara Akak memberikan pendapat dalam meeting macam Akak menyalahkan "orang-orang yang tertentu.." beria-ia N ni menyekolahkan Akak ......Akak ni jenis outspoken...bukan niat nak menuding jari cuma nak menceritakan apa yang berlaku. ..secara objektif tapi bak kata orang siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas...bukan Akak pun yang sumbat cili tu dalam mulut dia pun...ooooopsss..Haaaaa apa lagi Akak sekolahkanlah dia balik...Tak faham bahasa ke awal-awal aku dah sebut...ini pendapat aku...bukan mewakili rakan-rakan yang lain....yang kau tiba-tiba serang aku kenapa??? Hhaahahha kelam-kabut kawan-kawan lain nak mententeramkan kami...Yang gembiranya semua dah selesai masa tu jugak...sebenarnya stail Akak ni Transparrent (tak suka sorok-sorok)..biar kita berterus-terang dari nak jadi MUNAFIK..so Akak dan N dah ok...in fact Akak respect sangat kat dia diatas sikap dia yang boleh terima cara Akak yang mulut laser ni (kadang-kadang jeee selalu Akak sopan tau)..tapi di penghujung hari, Akak rasa penat otak memproses apa yang dah berlaku sepanjang hari...

Nak jadi cerita hari Sabtu tu Akak bangun lewat sikit (9 pagi..oklah kan sebab kat rumah mak bapak, kalau kat umah sendiri kul 5 petanglah jawabnya....heheheheh). Mummy Akak dah agak berkecil hati sebab Akak tak bangun awal buat kerja rumah cam. sidai kain, kemas dapur, siram pokok...Actually bangun jer cuci bilik air tapi cam cincai jer lagilah Mummy Akak marah...huhuhuh sedih Mummy akak tak nak bergossip pasal kucing hari tu..tak cam selalu...sikit-sikit dia bagi ceramah...bab solat yang lewat cam ne tuhan nak tolong...bab selalu driving tengah malam adoi.....Mula-mula tu rasa sedih gila, merajuk pun ada gak...nak jer kemas kain-baju balik Cheras...Bila fikirkan balik alah apalah sangat kemarahan sorang "Mummy" bukan sampai mana pun..kan...lapipun itukan pendapat dia. Kan Akak jugak yang percaya sangat "Setiap orang berhak kepada pendapat dia sendiri (Everyone is entitled to her own opinion)..so kenalah terima  apatah lagi kalau benda yang dia cakap tu memang betul...Kannnnnnnnnnnnn.

So Akak bertekad esok tu (hari nilah Hari Ahad Akak akan bangun awal dan tolong dia kat dapur...huhuhuhuhuh)...so pukul 6 lebih dah bangun tapi tidur balik...hhehe awal sangat neh. Pukul 7.30 bangun tapi senyap jer...gelap jer...haaaa baru teringat hari Ahad Mummy and Lid (my Dad..Lid is short for Walid) pergi Pasar Tani kat Shah Alam ...yahooooooooooo boleh tidur sikit lagi...set jam kul 8pg...baru je rasa leatk kepala kat bantal Alarm dari SonnyBerry Akak dah berbunyik dah dengar suara Mummy ngan Lid kat luar bilik...melompatlah Akak bangun...cehhhh buat-buat buzy dalam bilik konon-konon dah lama bangun....SLS sangat keji kau ni kan!!! terus turun bawah..... sampai kat dapur Mummy suruh breakfast cepat dan tolong dia kemas sayur yang dia beli masuk peti ais...and yang terharu tu dia belikan Akak Mihon  Sup yang merupakan makanan favourite Akak huhuhhu...So lepas breakfast...dengan jujur dan ikhlas Akak pun buat kerja-kerja rumah seperti:

  1. Kemas sayur
  2. Buang Sampah
  3. Sapu lantai dapur
  4. Sidai Kain
  5. Cuci dan kemas pinggan
  6. Lap meja
  7. Cari kotak letak anak kucing 
Masa baru habis kemas sayur tu Mummy kata "Liza minggu depan ikut Mummy pergi Pasar Tani. Kalau mummy tak de (huwaaaaaaaaaaaaa tak boleh bayangkan) nanti Liza tau nak beli ikan apa" ..Oh Mummy ku...bukan setakat pasar tani kalau Mummy suruh Liza pi tangkap ikan kat laut pun Liza sanggup tau....anything to make you happy!!!

Akhirnya Mummy tak marah Akak dah....nak kata I love U tapi tak terluah pulak....so Akak ingat nak kata....Mummy....emmmm nanti malam belanja Liza makan Pizza??? sambil mata kip pop klip pop...kekkekekke....

Live happy...


P/S...Mummy dalam cerita ini adalah my Mom (mak, ibu, mader) bukan mummy yang dalam cerita The Mummy..ok....


Sabtu, 11 Februari 2012

Mucukrina..kucing mummy ku!



Alaaa...tomey tomey...nilah kucin mummy akak nama dalam kad pengenalan Usher..(cam penyanyi Soul tu), nama manja mucukrina.Boy..saje je tambah rina tu kekekekek Patutlah kalau meowww dia tu merdu sangat..Anyways dia ni manja ngan Akak Pah..bukan apa kucing pun ada hidden agenda  tau..mana tak asal nampak jer muka Akak Pah ni..dia tau perut dia mesti kenyang..semua Akak makan semua dia nak...burger, nugget, hot dog, kerepek, biskut, pizza, pasta..sayur je dia tak nak makan. Ni dia tengah terbongkang tido kat dalam pasu bawah pokok..baru amik ni gambar tak sampai 30 minit lagi pun...ada lagi dok tido tu....gerammmmmmmmmmmmm...

Khamis, 9 Februari 2012

KPI oh KPI

Bagi yang berkerja especially kat call centre mesti faham apa itu KPI (Key Performance Indicator). Dalam company lain pun ada just that untuk call centre lebih ketara lagi sebab berdasarkan KPI inilah kami dibayar bonus bulanan (PFP- Pay for Performance). Bagi pekerja tegar macam aku selain gaji KPI adalah segala-galanya. Masa aku agent (jawab call cam operator) memang aku nak full KPI setiap bulan. Kalau tak full aku akan jadi tension gila. Tapi masa konon-konon naik pangkat jadi Team Leader usah kata nak dapat penuh nak dapat separuh pun bermampus-mampusan nak kejar. Sebab agent bawah kita tak begitu ambil berat pasal KPI. Asal dapat gaji bulan, elaun sikit-sikit, overtime sikit ok prinsip mereka lebih kepada yeahhhhhh jom enjoyyyyyyyyy...yelah sapa yang suka nak kerja call centre terus. Tambah pulak yang perempuan yang dah berkeluarga , kerja untuk cari duit poket..so napa nak jaga KPI...Bab kedatangan jer dah hancur.Yelah bergaduh ngan laki ambil Emergency Leave, anak sakit for sure kena cuti (tak dapat nak komen), anak tak der orang jaga amik cuti gak...Dah beranak dah cuti 2 bulan nak sambung unpaid leave sebab anak tak nak dengan orang lain..Minta maaf para ibu...saya bukan merendahkan kedudukan anda tapi sesungguhnya dunia call centre tak sesuai pasal apa ...pasal KPI nilah...yang menjadikan kami (Team Leaders terutamanya), insan-insan kejam dan tak berhati perut (sebenarnya munkin aku jer kot...TL lain baik-baik semua kekekekekek). .

 Kebanyakan yang "singgah" di sini hanyalah sebagai batu loncatan jer. Kerja call centre mana ada kelas kat negara kita ni...lainlah cikgu, nurse barulah jadi menantu pilihan...cuba tanya orang kampung nak tak bagi anak dia kerja careline, silap-silap mok cik tu tanya balik...."Nak...careline tu binatang apa? Boleh makan ke? Sapa nak jawab...kebanyakan mentality orang negara kita kerja call centre ni operator. Pada hal kalau tak der pekerja call centre maka jadilah peristiwa seperti KFC (baca enrty sebelum)...kamilah tempat pelanggan meluahkan perasaan geram, sakit hati, dendam (huhuhhu cam drama korea)...Banyak perkara yang berkaitan dengan pelanggan yang disettlekan secara professional oleh agent agent careline.

Tadi kesah  mak-mak orang yang anak-anak ikan bilis dan ayam katik pulak ..pun tak ramai yang jaga KPI..baru kena marah sikit sentap..gitulah cerita. Akak Pah pulak TL paling garang di dunia. heheh sorry ye adik-adik...mana yang kena hempik pekik ngan Akak..niat Akak nak mendidik bukan menjahanamkan..Akak pun sebenarnua suara memang speaker pecah..kadang-kadang tak marah mana pun..yelah sempena hari pekerja KFC yang tumbuk customer ari tu (6 Feb 2012 rasanya) .. Akak minta ampun dan maaf kalau membuatkan Adik-Adik trauma...

so KPI oh KPI daku sabar menunggu mu....walaupun renseq kerana bakal pokai lagi kekekekek...

Live happy!!!!!!

Rabu, 8 Februari 2012

Kesah orang kita ...(Malaysia tak kira bangsa apa)

Amaran kandungan agak sensitif..saya berikan pendapat saya jangan nak menyentap!!!

Baru jap tadi baca pasal kisah pekerja KFC bergaduh dan menumbuk customer. Dalam youtube pun ada:

http://www.youtube.com/watch?v=GsGwY-LPE1Q

Saya cuba nak dengar apa yang mereka gaduhkan tapi tak jelas..yang pasti pekerja KFC tu cam orang kita (melayu) yang customer tu Cina. Ni sinopsis dia:



KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI"..

Adoiiiiii ada beberapa kemungkinan:

  1. Pekerja tu dan rakan-rakannya munkin ada masalah dan tertekan yelah berapa puluh riban keping ayam nak digoreng setiap hari..pelanggan semua pelahap kekekke termasuk saya..
  2. Customer pun angin gak yelah dah tunggu sejam lebih...
Sapa yang salah...bagi saya:
  • Pihak pengurusan yang gagal mengurus sehingga boleh benarkan pekerja begitu tertekan. Kenapa biar customer tunggu sejam lebih...NOT ACCEPTABLE walau sibuk tahap Disneyland sekali pun ....bagi saya perkhidmatan yang sangat lembab !!!! 
  • Customer pun gedik nak gak makan KFC jugak walaupun melaut orang menunggu . Tak bijak betul.  Macamlah boleh mati tak dapat makan ayam goreng. Yang kau pon dok hamun pekerja-pekerja KFC tu macam p***n m*k* kannnnnnnn. Lain kali bawak bekal! Ini memang aku potong markah.
  • Yang pekerja tu pun alahai orang muda darah panas...Tahniah anda -telah menunjukkan ciri-ciri yang sesuai sebagai calon pemukul isteri ataupun samseng jalanan. Kalau ada berani masuklah pasukan polis atau tentera boleh menjaga keamanan negara. Sangat mulia dik. Tapi wa tabik Lu sangat berani bertindak(walaupun bongok) depan orang ku kasik itu orang. Kena bagi markah jugak. 

Pemenangnya adalah ...jeng jennng Pekerja KFC...dek nanti contact akak belanja mek donel plak ..takut pergi KFC kekkekeekeke

Serius adek-adek jangan tiru aksi ini di rumah ok..bawak-bawak besabar kerana sabar itu separuh dari iman..kerja ni memanglah tekanan..dikerjakan lagilah tekanan...jangan ikutkan sangat perasaan marah..ok...bernafas...hhhhhhh


Sebagai pelanggan pulak, kenalah rasional. Jangan pentingkan diri atau perut sendiri. Fikir sikit susah payah orang lain berkerja. Cuba kalau terbalik apa perasaan kau bila kau tekanan kerja orang dok memekak maki-hamun kat kau. Tak rasa macam nak bagi kaki kat muka orang tu...hehehehhe keji sunggoh statement saya ni....

Bagi yang lain jangan jadikan ini isu perkauman. Lebih 10 tahun dalam bidang customer service samada kat kilang, tepi jalan, ofis atau call centre, customer yang mengamuk bising-bising ni terdiri dari semua jenis bangsa ye termasuk bangsa kita....kalau dah memang jenis berlagak tak ingat dunia. Tapi dah kerja kita kenalah pandai menangani situasi. Janganlah kita jadi tak de otak macam mereka. Ooops keji lagi statement I....


Saya buat kesimpulan walaupun saya faham kemarahan adik KFC kita tu...menumbuk pelanggan adalah salah salah dan salah. Kita kalau berkerja dengan customer kena ada kekuatan mental and kesabaran yang tinggi. Kalau rasa diri panas baran, sila cari kerja lain atau kerja je dengan haiwan bukan dengan manusia. ok itu sahaja ulasan Cik Pah untuk peristiwa ini.




p/s U all notice tak betapa saya menulis dengan sangat "sopan" walaupun ada masa saya mengeji..Itu namanya customer service...

Live Happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dussssssssshhhh (cu teka cu teka bunyik apa ni...clue bukan bunyi kentut ok)