Sabtu, 31 Mei 2008

BULAN YANG MALANG

Kat mana nak mula pun tak tau, tapi nak luahkan juga sebagai satu lembaran dalam kehidupan aku. Bulan ni macam-macam yang berlaku dari segi kerja dan juga personal. Mula-mula dapat tahu aku nyaris-nyaris dimadukan, macam kena panah ngan petir. Tanggal 6 May 2008 bermulalah episod SINETRON yang tak disangka-sangka lansung. Malas nak cerita in details berdosa mangaibkan suami. Tapi pompuan yang involve ngan laki aku tu memang aku pun tak tahu apa quality laki aku berkenan kat dia. Ada ke patut dia suruh laki aku tinggalkan aku sebab kononnya aku ni tak pandai nak membahagiakan suami. Rasa macam nak ganyang pompuan tak reti malu tu. Esok tu siap call apologised and minta aku accept dia sebagai madu. Boleh percaya tak?
Pasal kerja kena SD, dah tu phone hilang, dah tu demam tak baik-baik minta-mintalah bulan June semuanya ok balik. Tensionyaaaaaaa

Ahad, 4 Mei 2008

APALAHHHHHHHHHH CELCOM

Aku pun heran Celcom ni..adakah nak dapat setting kena tunggu 48jam. Aku buat ngan DIGI 15minit jeee activate sekali ngan setting. Aku pun tak faham. Munkin Celcom ni nak bagi pekerjaan kepada anak-anak muda kita kot suruh buat kerja yang bukan-bukan. Dahlah kerja hari Ahad ni pagi-pagi dapat customer sengallllllll!!!!!!!!!!!!!!! mentang-mentanglah pagi lagi cakap macam baru kena je....tension betulllllaaaaa.
Dah petang ni baru happy sikit sebab dah nak balik jap lagi. Waktu kerja yang paling best sekali time balik betul tak kawan-kawan.

Khamis, 1 Mei 2008

SELAMAT HARI PEKERJA

Mari kawan-kawan kita nyanyi ramai-ramai

SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT KE ANAK CUCU
SEMOGA BAHAGIAAA

oopss salah lagulah. Seronok kerja hari ni cos tak banyak call. Gaji double lak tu. Patut tripple tau ni menyalahi undang-undang buruh. Hari tu ada call DIGI customer service sekali CSE tu cakap Indon ngan aku terkejut aku. "IBU SHARIFAH ADA APA BISA DIBANTU?" Ingatkan dah terbabas call ke INDON ke apa. Rupanya aku tertekan INDON que. Mak aihhh dasat DIGI siap ada Indon que. Aku nak propose kat Celcom lah. Bukan apa kadang-kadang caller Indon tak paham bahasa dia..