Bagi yang berkerja especially kat call centre mesti faham apa itu KPI (Key Performance Indicator). Dalam company lain pun ada just that untuk call centre lebih ketara lagi sebab berdasarkan KPI inilah kami dibayar bonus bulanan (PFP- Pay for Performance). Bagi pekerja tegar macam aku selain gaji KPI adalah segala-galanya. Masa aku agent (jawab call cam operator) memang aku nak full KPI setiap bulan. Kalau tak full aku akan jadi tension gila. Tapi masa konon-konon naik pangkat jadi Team Leader usah kata nak dapat penuh nak dapat separuh pun bermampus-mampusan nak kejar. Sebab agent bawah kita tak begitu ambil berat pasal KPI. Asal dapat gaji bulan, elaun sikit-sikit, overtime sikit ok prinsip mereka lebih kepada yeahhhhhh jom enjoyyyyyyyyy...yelah sapa yang suka nak kerja call centre terus. Tambah pulak yang perempuan yang dah berkeluarga , kerja untuk cari duit poket..so napa nak jaga KPI...Bab kedatangan jer dah hancur.Yelah bergaduh ngan laki ambil Emergency Leave, anak sakit for sure kena cuti (tak dapat nak komen), anak tak der orang jaga amik cuti gak...Dah beranak dah cuti 2 bulan nak sambung unpaid leave sebab anak tak nak dengan orang lain..Minta maaf para ibu...saya bukan merendahkan kedudukan anda tapi sesungguhnya dunia call centre tak sesuai pasal apa ...pasal KPI nilah...yang menjadikan kami (Team Leaders terutamanya), insan-insan kejam dan tak berhati perut (sebenarnya munkin aku jer kot...TL lain baik-baik semua kekekekekek). .
Kebanyakan yang "singgah" di sini hanyalah sebagai batu loncatan jer. Kerja call centre mana ada kelas kat negara kita ni...lainlah cikgu, nurse barulah jadi menantu pilihan...cuba tanya orang kampung nak tak bagi anak dia kerja careline, silap-silap mok cik tu tanya balik...."Nak...careline tu binatang apa? Boleh makan ke? Sapa nak jawab...kebanyakan mentality orang negara kita kerja call centre ni operator. Pada hal kalau tak der pekerja call centre maka jadilah peristiwa seperti KFC (baca enrty sebelum)...kamilah tempat pelanggan meluahkan perasaan geram, sakit hati, dendam (huhuhhu cam drama korea)...Banyak perkara yang berkaitan dengan pelanggan yang disettlekan secara professional oleh agent agent careline.
Tadi kesah mak-mak orang yang anak-anak ikan bilis dan ayam katik pulak ..pun tak ramai yang jaga KPI..baru kena marah sikit sentap..gitulah cerita. Akak Pah pulak TL paling garang di dunia. heheh sorry ye adik-adik...mana yang kena hempik pekik ngan Akak..niat Akak nak mendidik bukan menjahanamkan..Akak pun sebenarnua suara memang speaker pecah..kadang-kadang tak marah mana pun..yelah sempena hari pekerja KFC yang tumbuk customer ari tu (6 Feb 2012 rasanya) .. Akak minta ampun dan maaf kalau membuatkan Adik-Adik trauma...
so KPI oh KPI daku sabar menunggu mu....walaupun renseq kerana bakal pokai lagi kekekekek...
Live happy!!!!!!