Warning untuk bacaan orang dewasa sahaja!!!
Wah lama sungguh Cek Pah tak update blog. So this morning Cek Pah dan suami menyambung urusan kami yang tertangguh dari bulan Feb lepas kerana kesibukkan masing-masing. My Mom tegur tak elok lama-lama cam ni dok separate..kalau nak berbaik buat betul-betul kalau nak separate kena teruskan..gantung-gantung ni tak eloklah betul gak berdosa dua-dua sebab tak menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dalam 5 bulan lebih ni dah fikir lagi memang inilah jalan yang terbaik untuk kami.
Cek Pah pun nak dia dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Apa yang berlaku just anggap dugaan. Cek Pah pun nak mulakan hidup baru sort oflah. So apa yang berlaku kat mahkamah pagi tadi?? Jom baca lagi..
Pagi dalam kul 9 pagi pergi kedai tayar dulu cos tayar belakang cam pancit...sekali mekanik kata tayar satu bengkak sebab Cek Pah lanyak gak masa tak de angin...alamak...kena ganti melayang RM300 cos bayar tayar, wat alignment and betulkan chamber yang dah senget cos Cek pah terjunkan kereta masuk lubang berkali-kali huk hik ! habis bajet baju raya...cam ne nak beli baju raya ???? huwaaaaaaaaaaaa!!! Cek Pah boleh terlupa nak cek angin tayar...main bawak je patutlah rasa cam berat!
Lepas tu baru pergi mahkamah syariah kajang..harapnya kali ini urusan boleh berjalan lancar..dalam kul 11.30 sampai..siapkan dokumen..Dia sampai dalam kul 11.45..pastu pergi kat kounter mahkamah. Alamk ensem plak mamat kat kaunter cam muka Imam Muda Naufal pun ada..
Alhamdulillah dokumen lengkap..Pegawai ala-ala Imam Muda pun daftarkan permohonan pencer... kami..tapi kena tunggu borang dicop dan tarikh perbicaraan..sambil menunggu standardlah Cek Pah menilau mata dok perhati gelagat orang lain yang menunggu...memandangkan kat kounter mahkamah ni majoriti yang datang menguruskan perceraian dan urusan yang berkaitan so muka yang datang tu agak kelatlah lain kat pejabat agama tempat orang nak kawin mendaftar semua muka manis jer...heheheheh...teringat kenangan 9 tahun dulu masa nak kawin..happy jer..masa tu tak terfikir yang segalanya akan berakhir juga...
Menarik , kat mahkamah ni ada satu golongan ..yakni pembantu-pembantu peguam syarie..wahhh kebanyakan perempuan siap pakai kot lagi..mereka ni cam dispatch untuk peguam. Yerlah takkan lawyer yang big shot nak datang beratur cop borang bagai..meriah tau dok bersembang sesama mereka compare kes kot...becok sangat..hehehhe...yerlah agaknya sambil menunggu sambil dok networking kot...so Cek Pah yang ramah tamah ni..walaupun masa tu rasa agak sayu yerlah...sempat bersembang dengan seorang dari gadis pembantu peguam syarie...
Cantik Adik ni sopan sangat..anak sapalah...Cek Pah tanyalah cam urusan..penceraian ni...apa yang akan berlaku lepas ni...so dia cerita dalam 21 hari ada perbicaraan..so kena datang masa tu..dia cakap lagi kalau suami bagi kerjasama prosesnya akan cepat..(nampak sangat majoriti client adalah perempuan)..So Cek Pah kata Suami saya datang...dia macam terkejut " Ye ke mana?" Cek Pah tunjuk kat suami yang dok kat depan.. Agaknya dalam kes-kes penceraian ni yang bercerai dengan baik sangat kurang kot...heheheh..selalu kot para-para suami hilang tanpa dapat dikesan..teringat kisah kawan baik Cek Pah kak N...kes dia dulu nak bercerai kat mahkamah ni gak...Xsuami dia masa tu ada jer tapi tak mau ceraikan dia..so kes Kan N, 7 tahun proses di mahkamah rekod kot...Kak N pakai peguam Biro bantuan guaman...so kenapa kes tertunggak begitu lama:
1) Suami tak mau hadir mahkamah sampai berapa kali saman keluar
2) Hakim pergi Mekkah
3) Hakim bersara plak
4) Hakim Baru tak familiar kes lagi
5) Peguam Biro beranak
6) Kena panggil saksi (2 orang lelaki yang tahu Kak N hidup tanpa nafkah suami)
Jenuh Kak N nak mencari jiran-jiran lelaki dan rakan sekerja lelaki ..kebanyakkan tak mau tolong mereka takut badi bercerai kot...atau bini-bini mereka tak bagi yelah Kak N tu hot lagi kang jadi janda laki-laki depa pakat dok mengorat kot kekekekekek
7) Saksi dipanggil tak datang (sila refer note diatas)
8) Sekali lagi Suami tak nak hadir dan bagi kerjasama
Akhirnya setelah 7 tahun, mahkamah ambil keputusan meluluskan penceraian atas taklik kot, tak pun fasakh..tanpa kehadiran suami..masa last tu Kak N dah putus asa..dia bagi tahu kat hakim dan peguam cara..."Hang Pa takmau bagi aku cerai lepas ni pakat-pakatlah tanggung dosa aku kalau aku buat benda yang bukan-bukan"...terus Hakim luluskan...WTF..(amek kau)..Islam taklah menyusahkan sampai tahap menyiksa batin seorang perempuan yang lemah..ni semua undang-undang manusia yang mengarut!!!!..Dalam TV konon perempuan tak tahu haklah...Apa .kesssssssssss!!! Kalau 7 tahun...bukan 7 bulan..Hak apa lagi kot!!! Itupun selesai sebab Kak N tak nak buat sebarang tuntutan nafkah tertunggak dan sara hidup anak..kalau buat tuntutan kot lagi 7 tahun selesai kot!!
Ok sambung cerita Cek Pah...Alhamdulillah semua berjalan lancar..harap Suami terus bagi kerjasama..tarikh perbicaraan ditetapkan 30hb Ogos..Apa yang Cek Pah rasa...Sedih walaupun Cek Pah yang minta..yerlah 10 tahun kot kenal Suami..ada masa-masa yang indah gak ngan dia..ada banyak gak kebaikan dia yang Cek Pah ingat..alah saya pun bukan baik sangat..tapi..terlajak perahu boleh undur kalau perbuatan menghancurkan rumah tangga memang tak boleh tarik balik..Cek Pah nak gak menangis golek-golek meraung cam perempuan lain..tak boleh..air mata kering kot..sikit jer berkaca kat mata pas tu tarak..munkin pasal puasa kot kekurangan air dalam badan hehehe
Teringat satu lagi kisah yang diceritakan oleh nenek saudara Cek Pah..pasal moyang perempuan Cek Pah...dulu orang perempuan tahap ganazz kot..My great grandma smoked her whole life and suka main daun pakau dan judi-judi lain..so satu hari masa tu dia dah kawin ada anak pun dok main pakau hari-hari. One day dia dapat satu letter..wah...menang lottery kot...buka-bukak amek kau SURAT CERAI dari laki dia...meraung..."Mak Cek kena cerai!!!!!" ...Dok berapa bulan kawin lagi...senang gila kot dulu...maklumlah Janda Hot di pasaran...hahahah..
Ok sampai sini dulu..harap Allah bagi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran..Live Happy!!!!