Rabu, 29 April 2009

MAKAN BIG MAC DI PEKAN LIVERPOOL

Nak share satu cerita yang agak kelakar. Masa kat overseas aku memang jenis jaga bab-bab makan. Dan memang tak ada problem cos kat sana ramai orang Pakistan dan India Muslim so senang dapat ayam halal. Most of the time memang masak kat rumah. Tapi since aku memang suka Mc D, aku makan fish fillet jerlah. And fries kat sana memang halal cos mereka guna veggie oil untuk menggoreng.
Suatu hari kawan bail aku Pijot teringin nak makan Big MAc. Time tu kita orang pergi Liverpool ada Malaysian Night kat sana. So aku, Pijot, Nita (yang memang selalu bedal ayam kepak tengkok pon) dan Dina bersetuju untuk nekad untuk memakan Big Mac sebab kita orang dah teringin sangat. So pergilah Mc D. Sampai kat counter mereka pon order Big Mac sampai turn aku..lidah aku jadi keras tak boleh nak sebut Big Mac...bila waiter tu tanya "can I get your order?" Aku..pon tergagap=gagap sekali terhambur Fish Fllet gak...kawan-kawan aku punya riuh cakap aku membelot...So Aku tetap order fillet.
Sampai kat meja..kita orang start makan..aku tengok Si Pijah makan dengan gelojoh tahap pelahap...aik lapar sangat ke..aku tanya dia...tak sampai dua minit dah clear Big Mac dia..dengan konfiden ayu dia pon menjawab...
"BENDA HARAM TAK BOLEH ENJOY"

Ahad, 26 April 2009

MENGUMPAT ORANG YANG MENGUMPAT KITA

Selalunya Kak Pah memang tak suka nak cerita keburukan orang..tapi hamba Allah yang seorang ni banyak kali buat hal ngan Kak Pah. Kak Pah dah pernah tegur dia. Ingatkan dia faham dan menghormati permintaan Kak Pah supaya tidak terlalu "mengambil berat" hal-hal berkaitan Kak Pah yang tidak perlu diambil beratkan..tapi rupanya masih lagi berkudis di hati dia. Heran..apa salah Kak Pah kat dia. Tak nak menambah dosa tak payahlah sebut nama dia. Tapi kalau sapa yang kerja satu dept ngan Kak Pah memang kenal sangat ngan dia. You know ....Canada katanya gitew....

Masa Kak Pah mula join Sukses ni, boleh dikatakan hari-hari dia akan memberikan komen pasal pakaian yang Kak Pah pakai. Sebab tak berapa kenal so Kak Pah biar ajalah..ketatlah, keciklah, berani Kak Pah pakai, nampak perutlah..so hari tu Kak PAh pakai baju bebek longgar dia kata nak tutup perut ke...so I sekolahkanlah dia...:" aku ni pantang orang suka nak mengomen kain baju aku hari-hari..kadang-kadang sehari 9 kali.." Tak ke mental, ketat salah longgar pon nak tegur. Lepas tu dah tak ada nak komen kat Kak Pah lagi dah.

Sebenarnya yang Kak Pah sakit hati tu..dia komen tu bukan untuk menegur...sebab ada beberapa rakan yang selalu memberikan cadangan tentang pemakaian contohnya cam mummy roshie tapi Kak Pah boleh accept sebab tahu dia memang concern pasal Kak Pah..tapi perempuan sorang ni lebih kepada nak mengutuk / kondem tapi dengan cara lembut dan konon-konon ala2 gurauan. Ada spesis manusia yang suka mengutuk orang lain supaya dia rasa gembira dan BANGGA dengan diri dia sendiri..seolah-olah cam dialah yang alim, baik, cantik, kurus...hah tapi hakikat macam si*l ...Kalau kau baca semua ni nasihat aku ko pergilah doktor minta ubat untuk hilangkan gila kau tu. Cis ada hati nak cadangkan aku pakai jubah cam kau..tolong sikit mummy aku yang Mak Datin meletop tu pon tak hingin pakai jubah tau padahal umur dia dah kat 60 thn..

Semalam aku dapat tahu dia kondem aku lagi. Ada yang mendengar dan cerita kat aku..dia cakap kenapa dressing aku tak cam umur aku something like that la...Apa yang dia sakit hati kat aku. Aku punya pasal lah nak dressing macam mana pon asal aku suka dan selesa. Lantaklah kalau aku nampak gemuk ke perut terleluar ke perut aku bukan perut dia. Aku minta duit beli baju kat dia ke. Kalu aku nak pakai baju badut sekalipon aku punya sukalah. Nasib baik dia tak kerja hari ni..kalau tidak siap dia aku sekolah kan luar dalam. Mana-mana lelaki yang sudi tolonglah aku merayu ambil lah perempuan ni buat bini..gamak dah lama sangat gersang...sampai tahap SEWEL.

HAWAIAN NIGHT (24/04/2009)

Seronok sangat "berpesta" ngan kekawan..bukan senang dapat kumpul ramai-ramai cam ni..really had the most wonderful time..eventhough tak dressing ikut tema..mana nak cari baju ala-ala hawai..kalau dah gaji boleh gak gi shopping..tak perlah spirit Hawai tu tetap terasa di sanubari..tengok jerlah gelagat-gelagat dia orang kat bawah ni..heheheh


















Khamis, 23 April 2009

Tag by mummy roshie...

:::: 10 Hadiah yg Kak Pah Nak Utk Besday :::::


Nak dapat baby...huhuhu


Banyak-banyak cash....nak beli tu ...nak beli ni...

Nak pi melawat zaman Lord Of the Ring (heheeh alang-alang berangan)

Pi honeymoon kat caribbean (heheh)

Buat rumah atas bukit kat tempat yang ada salji (suka sejuk-sejuk)

Boleh buat magik abra cadabra...

Kereta Baru..vroom vroom

Want to eat dinner with him not eat him hehehehh....rrrrrrrr


Dikelilingi oleh buku-buku cerita yang best-best ...me love to read

Teringin nak bela boleh ker?



TERSADAI KAT BANGLADESH

Salah satu memori yang paling tak boleh dilupakan adalah waktu stranded kat Dhaka (ibu negara Bangladesh). Cerita dia cam ni..masa tu summer of 1995 ingat tak nak balik Malaysia. Nak dok kat sana sahaja konon-konon nak cari kerja fruit picking (kutip buah)..tapi Lid(father) call beritahu mesti balik Malaysia juga sebab abang nak kahwin kat Jakarta, so the whole family is going to Jakarta. So Lid hantar 650 pound sterling..suruh balik ngan MAS..tapi anak bertuah dia ni..tak beli tiket MAS konon nak jimat lagipon tak de gang. Kita orang ramai-ramai booking BIMAN AIR (BANGLADESH AIRLINE).
Dari Manchester, kita naik bas gi Heathrow naik plane untuk balik Malaysia. Dari London ke kena transit kat Dhaka dalam 10 jam jugak la. Plane dia ni kecik jer..tapi sumbat sepenuh-penuhnya. Nasib baik tak boleh berdiri cam bas mini. Kalau
tak harus kena berdiri ramai-ramai.
Masa sampai kat Dhaka..yerlah kitaorang from London sekali dengan Dhaka macam jauh langit dengan bumi..daif sangat..kat airport bangku panjang kayu macam kat kantin sekolah rendah , kipas angin tak der aircond panggil passanger pakai loud speaker lagi. Ada satu jer kedai lagi kecik dari kedai yang kat bus stop sebelah Warung Anda tu.
Sekali masa dia pangil passanger kami pon tunggu untuk nama kami dipanggil. Tiba-tiba keluar announcement kapal terbang penuh. Status Overbooking. Nasib baik kita orang ramai time tu kalau tak mau menangis aku kat situ. Kita orang dihantar naik van pergi HOTEL PURBANI kat old town.. masa nak naik van kat luar airport yang sebesar Warung Anda tu jer..kena serbu ngan budak-budak minta sedekah dalam 30 orang..aduh...kesiannya tengok kecik2 lagi..dalam perjalanan ke hotel...aku tengok tempat tu sesak ngan manusia yang jalan kaki, kat warung2 makan, dalam bas sampai melimpah kat luar..dalam keretapi sampai atas bumbung penuh orang...satu jer perkataan yang sesuai SESAK. Singgah kat bazar beli kain sari untuk mummy. 6 metre benang mas baru RM30 duit kita berapa Taka (duit Bangla) entah..mummy punya suka kat kain sari tu..sapa mai dok tunjuk...sari beli jauh kat Bangladesh nu aiii...
Dua malam dok kat hotel kerja tidoq, makan, main jinrami ngan blackjack, tidoq, makan, makanan kat bangla ni satu jer menu dia kari ikan...tu lah makan siang dan malam tapi sedap...kari sana sangat sedap..kalah kari nasi kandaq..ooo sempat tengok tv siap ada iklan mesin sedut ayaq dari telaga,,,mmmm...
Hari ke tiga baru ada kekosongan naik flight balik KL..ni pon ada cerita menarik gak..sebab landasan kat airport pendek sikit...so kapal terbang yang take off tu macam nak tak nak jer naik...pas tu bergegar-gegar..sekali air aircon jatuh lah pulak atas member sebelah aku..kita orang siap jerit sebab gayat cam naik roller coaster...kawan aku si mamat plak curi kain selimut warna merah cantik..tapi cam kepam2 gak aa. Tak tau kenapa Si Mamat nak sangat kain cimut tu ..stewardess tu siap kira semua kain selimut tak cukup la satu sebab sudah dikebas dek Mamat..boleh dia buat muka sadin cam innocent jer..
Akhirnya sampai gak ke KL...rupa-rupanya keluarga kami semua dok risau gila..takut anak2 depa kena kidnap ke..walaupon dah call dah dari Dhaka..dan aku 2 hari 2 malam kena leter sebab tak naik MAS...heheheheh...tapi best apa dah pernah sampai Bangladesh...heheheh

Sabtu, 18 April 2009

PENGALAMAN DINNER DI MAMAK PERODUA

18/04/2009 8.30 malam, Kak Pah, Zu,Shahir, Muhamli dan tidak ketinggalan Vicki pergi aux 1 / dinner kat mamak perodua. Pengalamannya sungguh menggerikan. Mula-mula tu ok lagi sekali Muhamli order nasi lemak telur mata kerbau. Sekali mamak tu kasi nasik lemak ngan telur rebus. Muhamli panggil lah mamak tu cakap yang dia nak telur mata kerbau bukan telur rebus. Sekali mamak tu main kaut je telur rebus tu dengan tangan dia padahal sebelum tu aku tengok dia tok tenyeh dahi dia ngan tangan tu. Terkedu kita orang tengok adegan yang sungguh tak senonoh itu. Kesian kat Hamli cam nak nangis jer terpaksa gak makan.
Insiden kedua dipendedkkan cerita sebab kawan2 banyak order so terpaksalah panggil mamak tu balik...so orderlah sumer-sumer makanan..sekali aku tengok muka Shahir semacam jer..rupa-rupanya air liur mamak tu menyenbur-nyembur dah sudah termasuk sebagai perisa tambahan dalam capati dia...serik esok aku bawak jerlah nasi ngan telur goreng sudah...

Jumaat, 10 April 2009

NO BONUS FOR ME

Sedih kan. Nak kata apa lagi..nak maki nak menyumpah...tak der faedah..redha..munkin Allah nak menguji.lagipon last month dah dapat bonus dari mummy and Lid tapi dah abis bayar kereta huhuhhuhu. Sekadar memujuk hati...bersyukur ngan nikmat yang sedia ada...doa semoga dikurniakan rezeki yang lebih..di masa-masa yang terdekat ni....Ya allah kurniakanlah aku rezeki and baby sekali yer...rasanya dan boleh dah jadi mummy ni..