Isnin, 29 Jun 2009

Sepanjang perkahwinan aku...

Kak Pah menulis bab ni atas permintaan dari Zarina. Dia minta Kak Pah tulis tentang perasaan Kak Pah sepanjang berkahwin dengan suami...sorry no juicy details just my feelings sahaja heheheh
Kat mana nak mula...Seperti kebanyakan orang2 yang berkahwin dan bernikah ehemmm stress kat part menikah tu ahaks..Kak Pah mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan..apatah lagi kahwin atas dasar cinta kan...tapi tulah dari start je kahwin malah pada majlis perkahwinan lagi..Kak Pah dah ada firasat yang perkahwinan Kak Pah akan dilanda banyak masalah..
Bayangkanlah orang kahwin seronok aku jadi angin jer..cam nak marah jer...Dari mula kahwin..kami selalu bergaduh..bila tanya kat kawan2 yang berkahwin..mereka kata biasalah tu the first two years husband and wife memang baru nak kenal2 sifat buruk masing2 so akan selalu berlaku pertengkaran..tapi kami dah dah masuk 6 tahun dah..masih lagi tak serasi cam ner..Aku rasa memang jodoh kami tak panjang..Apa yang aku rasa..ye Zarina..sebenarnya ada masa-masa yang kami gembira..banyak gak momment cam tu tapi sekarang aku tak ingat bila last kita orang bergembira bersama-sama ..Sayang mmm memang aku sayang gila kat husband aku ni..sampai sasau aku dibuatnya..heheh tapi sayang aku pada dia tu tak membahagiakan aku dan juga dia ...so apa lagi aku nak buat..baik aku ngan lelaki yang aku aku tak berapa sayang tapi biar dia sayang aku lebih...mmm logik tak cam tu...?
Suami aku kekok ngan aku sebab dia lagi muda dari aku, dia sendiri yang mengaku cam tu..gila..kau rasa apa perasaan aku dengar orang yang aku sayang cakap cam tu..tapi dia kata dia sayang, dia tak leh hidup kalau tak der aku...entah lah aku pon pening kepala..Nak ajak berbincang dia tak suka..so jalan terakhir bagi aku adalah jalan menuju ke Mahkamah Syariah Kajang.




P/s : Bagi kawan2 yang masih bahagia dan masih berbunga-bunga cinta appreciate apa yang you all ada...tetapi sentiasa bersedia untuk hidup tanpa dia...