Sabtu, 26 September 2009

JATUH KERUSI


Hhuuhuhuh aku selalu jatuh tau...tadi kena lagi jatuh kerusi time tempat kerja..waktu tu dok tergedik-gedik atas kerusi sekali baaaammm tergolek kat lantai. Sakittttttttt badan...nak demam rasa...pas tu jatuh lak kat tangan kanan yang patah dua tahun lepas ...adoiiiiii
malang tak berbau...


Ahad, 20 September 2009

HARI RAYA OH HARI RAYA

Wah lamanya tak update blog..entah lah tepu otak. Tapi dalam sebulan ni wah macam-macam drama. Bermula dari awal Ramadhan, berbagai dugaan. Puasa ok jekkk tapi kesihatan pulak terjejas akibat kekurangan air yang serius dalam badan so terkena urinary tract infection so apa lagi terpaksa tinggal puasa adussss jenuh nak ganti. Ganti ker????? Eh wajib...

Masalah gaji lak wow Cuba hayati :
1) kenaikan RM13.50 sebulan Alhamdulillah (kang ada lak yang tazkirah tak bersyukur ke masih ada kerja sedangkan ramai yang menganggur)
2) Gaji kena potong sampai 6 hari (RM312) kerana annual leave HR pandai-pandai pi tukaq pi Non Paid Leave (minta maaf zahir batin yang ni nak kena bubuh sikit sebab sangat teruk dan tak der alasan kukuh ) sapa entah ajar buat kerja lagu tu memang hampas. Bayangkan dalam organisasi yang hebat cam ni bagaimana benda-benda cam ni boleh dibenarkan berlaku. Yang lepas mc hilang...Aku pernah kerja ngan company cap ayam cokia gila tapi gaji tak pernah short. Pelikkan.
3) Sign surat bonus renew kontrak..ini pun aku tak kan lupa sampai bila-bila..aku turun pg HR entah kenapa aku rasa cam orang-orang HR ni macam pandah rendah kat careliner cam aku ni haprak hina sangat-sangat..dengan muka masam ..cari surat kontrak aku cam tak ikhlas..sapa lagi si bohsia kering hehehhe (kawan aku panggil nama). Aku tak faham kalau kerja dalam bidang HR kalau tak ada rasa nak memberikan khidmat untuk membantu perkeja dengan ikhlas tak payahlah masuk line HR pergi lah jadi warden pernjara ke tak pun mandur estet. Tapi seronok dapat surat tu lepas 6 bulan dapat bonus renew kontrak..jadilah dahlah bonus tahunan tak dapat...apalah nasib badan.

Jadual kerja raya...memanglah tak minta cuti ingat macam last year kerja 1st and 2nd raya pastu off raya ke 3 kira ok laaa...sekali tahun ni start dari Jumaat (18/9/2009) kerja direct sampai raya ke 4 , raya ke 5 baru off...mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii enam hari kerja .. hari ni hari raya..aku merangkak keluar dari katik kul 6 pagi cos nak uruskan kucing-kucing lagi, nak bergegas balik ke PJ beraya ngan family pastu pergi kerjalak...since tak sempat nak sediakan food untuk kawan-kawan so singgah kat kfc beli bucket jek kekekek

Sampai tempat kerja wow banyaknya makanan. Kat umah mummy tadi pun dah makan macam-macam..tapi bila stat jawab call aduh penattttttttttttttttttttttttt sangat. Call tak henti. Penat gila...huhuhuuh kena gak marah ngan customer...apalah hari raya marah-marah..baru tak leh sms/ call 5 minit dah histeria...benci orang cam ni...

Tapi yang best tu masa break time split 4-8 Jack mekap....alamak comey gak I ni...kkekeke lihatlah gambar ku dibawah ini




Alamak dah nak kul 8 nak kena sambung jawab call...huhuhuh semoga aman dan damailah hendaknya...Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan..Kalau ada salah silap harap maaf.

Rabu, 19 Ogos 2009

TAK PANDAI JAGA LAKI KATANYA

Semalam adalah seorang hamba Allah kawan gaklah..agaknya dia tengok aku cam bleeeeerrrr..yelah kan aku demam..dia tanya " Kau ni kenapa cam tak der laki jer?" Aku macam aaaa terkedu gak lah aku tak naklah melenting kang dia kata aku sensitif lak so aku cakaplah memang laki aku tak ada (madsud aku laki aku tak ada kat situ, sebab dia kat tempat lain)...Pompuan tu yang bahagia baru kawin tak sampai sebulan kot..pun tanya lagi "Kenapa dia ada perempuan lain ker?" ...aku cam ....dia ni buat lawak ker? So aku jawab tak der..hehehhe takkan aku nak jawab aku yang ada lelaki lain...ahhaahha lari topik lak kekekeke. Sekali dia wat statement of the year...
"Tu lah tak pandai jaga laki"
Masa tu Ju pun ada...Aku rasa aku ternganga kot dengar statement daring dia tu...memang mulut dia lahanat tapi berani betul dia yang kawin oopps nikah tak lama mana buat kenyataan cam tu pasal rumah tangga orang lain...
Memang betul pun aku memang tak berapa pandai jaga suami aku..tapi taklah tak pandai lansung...tak pandai sikit jek..yelah aku tak suka masak, sapu sampah sebulan sekali, mengemas 2 bulan sekali, suka tidur..heheheheh ni lakkk dah nusyuz lak ni ohhh tak dah insaf dah .. memang betul aku fail bab jadi bini ni...hehe Aku honest je...sebab aku bukan jenis hipokrit...biar orang kenal sapa diri aku yang sebenar...dia orang nak benci ke, nak hina, nak kutuk ker ke mampus lah..kan..tak berbekas kat aku..heheh
Tapi buat kawan aku yang sorang tu..teruk-teruk aku..aku kawin nak masuk 6 tahun. awak jaga laki awak baik-baik takut bukan sahaja 6 tahun, takut 6 bulan jek laki kau cari PUK1 lain...mmmm..tapi aku tetap doakan kebahagiaan kau...AMIN


P/s jangan marah
aku melawak jek...aaaa tak kelakar ker...mmmmm
tak seronok kan kalau orang wat lawak pasal rumah tangga kita
mmm lain kali nak melawak fikir dulu tau..ok..jangan marah tau..
kang raya boleh minta maaf

Selasa, 18 Ogos 2009

KELIWON

Aku selalu takut what if the next lelaki yang aku pilih is worse than my partner sekarang. Dan aku tak payah tunggu lama. Memang dah jumpa pun. Ya Allah nasib baik tuhan tunjuk awal-awal lagi.dan tak terjebak lebih jauh lagi...tapi mesti korang tanya apa yang keliwon nya.
Yang menakutkan, aku rasa dia mandrem aku. Sebab macam kena pukau. Pas tu..suddenly aku sakit selalu. Dan walaupun aku dah makan antibiotik sebeban..sakit tak baik. Ni pun still sakit tapi lawan gaklah. Dan bagi yang kenal rapat ngan aku tau yang aku ni bab-bab santau, mandrem, penunduk, guna-guna ni memang sensitif..tapi aku kesian kat mamat tu sebab dia tak tau aku ni ada yang menjaga..so kalau sesiapa nak menunduk ke memang jadi pun sekejap jek memang cepat aku sedar.
Pastu semalam aku cam penat tulang belikat aku sebelah kanan sangat sakit menandakan ada unsur-unsur sihir yang mengattack aku so aku tertidur..lepas tu dalam 1.30 pagi cam ada orang yang datang kejut aku. Aku duduk pastu aku tengok ada satu sms dari mamat yang tak tau malu tu tu kat phone aku.. cam ugut-ugut aku..so suddenly aku rasa cam orang yang baru bangun dari tidur..aku rasa baru sedar dari mimpi..dan bila aku fikir balik apa yang berlaku..memang nampak sangat yang dia ni nak ambil kesempatan dan nak mengenakan aku.
Nak jadikan cerita semalam aku buat kerja cam orang bodoh. Aku rasa cam sedih gila..macam nak menangis jer..hari ni aku rasa macam Laaa kenapa lak aku tension sangat semalam tu..Hari ni aku rasa ok sangat-sangat. Macam bersemangat balik . Terus aku rasa macam dalam sebulan ni aku hidup dalam mimpi, jaga dalam tidur. Bila aku call mangkuk hayun tu dia dah tak nak angkat talipon. Munkin dia tahu tembelang dia dah pecah...nasib baiklah aku cepat sedar..siaplah mamat tu apa yang dia hantar kat aku terimalah dia balik...bukan nak cakap besar...tak selamatlah dia sampai bila-bila..
Sekarang ni aku cuma nak concentrate untuk pulihkan balik semangat aku...semoga tuhan berikan aku keampunan dan kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

Ahad, 9 Ogos 2009

KANTOI - PADAN MUKA AKU

Huhuhuhuh akhirnya kantoi gak...adui..bongok tak padam semua sms..dengan yang ni pun kantoi ngan yang tu pun kantoi...nampak sangat tak der pegalaman buat benda-benda salah cam ni..nak wat cam ner..so insaf jerlah...memang sepatutnya pun. Bila fikirkan balik ada hikmah jugaklah kekantoian tu. Tapi tulah kalau buat salah cepat jer kena imbalan dia...kalau orang lain relek jer...
Lepas ni dok diam-diam jer...jaga kucing-kucing aku...Borring keluar sorang-sorang macam tak biasa selama ni cam tu gak.

Selasa, 4 Ogos 2009

CERITA SESUDAH CUTI

Stat balik kerja Isnin 3/8/2009.. Masuk-masuk jek terus kena jwab postpaid, prepaid dan sewaktu ngan nyer. Wahhhh baru 1st day kerja aux 2 mau kat sejam setengah...letih...balik kerja pengsan...tidur pukul 9.30 pagi tadi baru bangun...dah siap nak gi kerja semula...tapi macam mana pun syukur ada gak kerja..tak der mengharapkan orang nak makan minum pakai..Semangat gak sebenarnya nak kerja..semangat nak wat lain semua dah macam takder..at least untuk kerja masih ada semangat..kira oklah...kan kan..ingat pesan kawan baik yang aku dah anggap cam kakak (sebab aku sorang jek pompuan dalam family).
Nama dia Kak N. Dia single mother. So masa dia dalam proses krisis rumahtangga dia datang kerja tak pernah pun cuti..tapi nampaklah sedih jek..Yang budak-budak lain ni pantang ada masalah cinta sikit mulalah tak ada mood nak kerja, mc, ponteng frustlah katakan...So Kak N cakap..."Kita ni oghang peghempuan apa sekali masalah pun mesti kerja...tak boleh nak dok rumah ja...benda lain tak penting kerja tu paling penting. Kalau kita susah tak dak duit oghang tambah hina, gelak bukan nak tulung.." KaK N no oghang Kedah..tu la slang dia lagu tu.. Dan sampai la ni (sekarang)..aku pegang cakap Kak N ni...terus terang ada masa-masa dah putus asa tu..nak bangun tidur pun rasa macam setengah mampuih...tapi kerja punya pasal..aku merangkak turun dari katil. Nak siap tu kadang-kadang sampai 1 jam lebih sebab otak blerrrrrrr sangat. Nasib baik bawak keta ok plak kan...isyyyy. Kira kerja ni gaklah yang mendisiplinkan aku yang sebelum ni memang tak der disiplin diri lansung. Dan kerja ni gaklah yang menyelamatkan aku kerana sekurang-kurangnya taklah dok fikir problem sangat sebab kena KERJA.
So syukur Alhamdulillah ada gak rezeki kerja di sini..semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang....AMIN


P/s:
Ohhh tapi nak kena masuk gak bab ni..trauma sewaktu ditingalkan di satu tempat yang aku tak biasa..memberikan aku satu pengajaran..bila-bila masa aku boleh dan akan ditinggalkan..tapi hidup kena teruskan juga..jadi aku kena telan jer dan buat apa sahaja untuk bangkit kembali bersemangat walaupun time tu aku rasa cam nak pengsan jek.

Isnin, 27 Julai 2009

WHAT A TIRING WEEK (20/7-26/7)

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan. Tak ingat bila last aku rasa penat cam tu. Bayangkanlah penat ke tak sampai semalam off day bangun tidur pukul 3 petang keluar makan kul 5 petang sambung tidur kul 10 malam baru keluar cari dinner. Sampai sekarang pun tak hilang lagi letih kerja yang minggu lepas. Sampaikan bila wat video call ngan kawan..dia pun perasan muka letih..hehehe
Huhuhuhu rasa macam dah lama tak dapat cakap Indonesia..kena jawab call postpaid ngan prepaid universal dengan segala macam masalah (every problem in the book cakap apa yang tak fail semua fail)..kena hamun seranah jadi makanan..sampai satu tahap rasa macam nak menangis..tapi setitik air mata pun tak boleh nak keluar..just inmagine too tired even to cry also ..nak mengangis pun terlampau letih..
Itu bab kerja...bab mulut orang keliling lagi...bayangkanlah kita dah penat..mulut pun bisinglah kan setakat nak melepaskan stress. Macam kawan-kawan yang tak jawab universal banyak yang bagi morale support..suruh sabar..relex bagus Alhadulillah ..tapi ada gak yang mulut tahap haram jadah..boleh wat komen ..."alah time aku universal tak bising pun..." piiiiiiirah mabuk...time dia kena kecoh sebuk suruh TL keluarkan id bahasa..orang cam ni elok pergi terjun lombong kot...
Dan yang paling aku tak leh terima..meka hilangkan MC aku...meka tu aku tak tau sapa...sebab semua lepas tangan Ni nak membebel dalam bahasa owang puteh..
HOW CAN A WORLD CLASS CONTACT CENTER LOSE ONE BLOODY PIECE OF MC.. FUCKKKKKKKKKED!!!!!

oh ni nak bagi sedikit info perkataan fuck di atas membawa madsud sangat teruk dan bukan menjurus kepada hubungan seksual. Bagi mereka yang cetek pemikiran akan berfikir bahawa saya mencarut di tahap yang sangat kasar tak per saya tak kisah..nak fikir apa pun suka hati...

Semoga minggu ini membawa kegembiraan dan ketenangan...

Jumaat, 17 Julai 2009

Kucingku Panjat Pokok Tak Pandai Nak Turun



Semalam kucing kesayangan Dark Prince panjat pokokyang sangat tinggi tak reti nak turun. Aku rasa dia dok atas pokok dah 3-4 hari sebab dia tak balik umah selama tu. Aku panggil dan panggil dia nak turun tapi dia takut. Dan suara meowwwwwww nya yang bombastic tu membuatkan aku nak jadi sewel risaukan dia. Dan demi kasih sayang aku yang teramat aku pun dial 999 heheh...dan minta tolong untuk selamatkan Si Prince. Dua jam aku tunggu bawah pokok tu sampai terduduk kat tanah. Habis kulit aku yang gebu ni (enterframe) kena gigit nyamuk.

Last Jabatan Pertahanan Awam datang dengan pikap trak dah akhirnya Prince telah diselamatkan dengan aksi macho abang JPA panjat pokok dan telah mencampak Prince ke bawah dan telah disambut oleh 3 lagi abang-abang JPA yang hensem pehhhhh dengan jacket-jacket mereka. Akhirnya aku pun membawa Prince balik ke rumah dan yang sedihnya dia dah kurus dan tak dapatlah aku memanggil nama manjanya Gemuk Hitam dan sekarang kenalah aku panggil dia Kurus Hitam...dan sampai ajer dia kat umah dia makan lahapnya dan berbunyi ngong ngong ngoh sssssss ciannnn. Malam td Prince tidur ngan aku ciaaaannnn dia dok kat atas pokok tu sejukkkk malam-malam...Prince..Prince...sempat aku membebel kat dia sambil menggosok-gosok kepala dia dengan penuh kasih-sayang.."Esok kau gi panjat pokok lagi ye...nanti aku boleh aku call 999 lagi...ahaks" Dan Prince menjawab...Eooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!

Selasa, 14 Julai 2009

PAKAI KRIM MAHAL

Oh ni penting nak cerita. Aku beli krim Lumiglo (betul ke eja) dari Uptrend. mahal woooo RM250 (ni pun dah diskaun)..bagi aku ni krim paling mahal aku pakai..selalu pakai fair and lovely jer baru (RM4.80)..ada dah seminggu..aku pakai jimat-jimat takkan aku nak top up tiap2 bulan...ohh tak mampu.. tapi aku teruja ni sebab aku rasa krim ni berkesan weii..Di antara peristiwa-perisriwa yang membuatkan aku rasa krim ni berkesan ialah
1..aku tengok jiran-jiran aku yang lelaki dan semestinyalah yang dah kawin..dah berani mengambil risiko untuk dipelangkung oleh bini-bini mereka untuk tersenyum tahap tersengih kat aku...mmm ada yang siap tunggu depan pintu...oooo bahaya
2. ..sekali tu aku isi minyak kat shell jalan Ampang..adalah mamat ni naik moto ngan kawan-kawan dia..sekali aku tengok kat dia...aku tak senyum pun..dia punya tengok aku ...nasib baik tak langgar pam minyak .. (alah yang macam iklan kopi tu) aku rasa kalau aku senyum kan ...mau tergolek mamat tu...heeheheh
3....Ada kucing jantan liar mana entah sesat dalam umah aku cakar perut aku berbelang-belang ..luka..pas tu aku sapu lah krim tu..magic baru 3 hari nak ilang dah kesan luka...

Mmmmm tu jerlah....ahahahaha kelakar pun ada...buat kawan-kawan perempuan aku.. aku cadangkan statlah berjimat berbaloi korang beli krim ni....laburlah sikit untuk kecantikan diri...ahaks.

Bagi kawan-kawan lelaki belilah krim ini untuk gf dan isteri-isteri korang...kalau cantik korang juga yang suka kannnnnnn....

Sabtu, 4 Julai 2009

TERIMA KASIH KAWAN-KWAN

Huhuhu terharu ngan sokongan dari kawan-kawan..ni yang semangat sikit...Kak Pah ok..pasal masalah perkahwinan Kak Pah tu sebenarnya Kak pah pun ada banyak gak kelemahan tapi mostly sebab tak ada persefahaman..so...sekarang ni tengoklah macam mana seterusnya...anyway Alhamdulillah time-time cam ni ada sokongan dari kawan-kawan..kalau tak tak taulah cam na...family pun ok gak banyak bagi support...tu jerlah...terharu sangat...huhuhuh

Isnin, 29 Jun 2009

Sepanjang perkahwinan aku...

Kak Pah menulis bab ni atas permintaan dari Zarina. Dia minta Kak Pah tulis tentang perasaan Kak Pah sepanjang berkahwin dengan suami...sorry no juicy details just my feelings sahaja heheheh
Kat mana nak mula...Seperti kebanyakan orang2 yang berkahwin dan bernikah ehemmm stress kat part menikah tu ahaks..Kak Pah mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan..apatah lagi kahwin atas dasar cinta kan...tapi tulah dari start je kahwin malah pada majlis perkahwinan lagi..Kak Pah dah ada firasat yang perkahwinan Kak Pah akan dilanda banyak masalah..
Bayangkanlah orang kahwin seronok aku jadi angin jer..cam nak marah jer...Dari mula kahwin..kami selalu bergaduh..bila tanya kat kawan2 yang berkahwin..mereka kata biasalah tu the first two years husband and wife memang baru nak kenal2 sifat buruk masing2 so akan selalu berlaku pertengkaran..tapi kami dah dah masuk 6 tahun dah..masih lagi tak serasi cam ner..Aku rasa memang jodoh kami tak panjang..Apa yang aku rasa..ye Zarina..sebenarnya ada masa-masa yang kami gembira..banyak gak momment cam tu tapi sekarang aku tak ingat bila last kita orang bergembira bersama-sama ..Sayang mmm memang aku sayang gila kat husband aku ni..sampai sasau aku dibuatnya..heheh tapi sayang aku pada dia tu tak membahagiakan aku dan juga dia ...so apa lagi aku nak buat..baik aku ngan lelaki yang aku aku tak berapa sayang tapi biar dia sayang aku lebih...mmm logik tak cam tu...?
Suami aku kekok ngan aku sebab dia lagi muda dari aku, dia sendiri yang mengaku cam tu..gila..kau rasa apa perasaan aku dengar orang yang aku sayang cakap cam tu..tapi dia kata dia sayang, dia tak leh hidup kalau tak der aku...entah lah aku pon pening kepala..Nak ajak berbincang dia tak suka..so jalan terakhir bagi aku adalah jalan menuju ke Mahkamah Syariah Kajang.




P/s : Bagi kawan2 yang masih bahagia dan masih berbunga-bunga cinta appreciate apa yang you all ada...tetapi sentiasa bersedia untuk hidup tanpa dia...

Ahad, 28 Jun 2009

GEMBIRA CAMPOQ SEDIH

Bulan June dah nak sampai penghujung dah. Wow orang putih kata what a month..macam2 yang berlaku...Yang menggembirakan adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan. Seronoknya kerja kat sini lah memang semata-mata kerana kawan-kawan ...dan sedih sebab 2,3 orang kawan2 yang dah berhenti...Untuk Ju huhuuh Kak Pah rindu...lah...huhuhuuh dah tak der kawan sepengumpatan..ahaks..Dan kepada bakal2 guru pendidik anak bangsa..I wish U all the best...chase your dreams ...Yang gembira juga bila dapat "kawan" baru nun jauh di selatan ..luv u and miss u all the time.
Sedih , sedih...sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan sebuah ikatan...dah tak boleh lagi nak teruskan..kami dah macam orang asing...dah ada kehidupan masing-masing. Sedih kerana masih dibelengu masalah kewangan tak kesudahan..tapi di kala kesusahan, syukur dan paling penting gembira kerana ada kawan-kawan rapat dan keluarga yang sudi membantu.
Sedih campuq gembira itulah rentak kehidupan...tapi syukur diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan kesedihan yang dialami semoga lebih menghargai setiap detik-detik yang menggembirakan..bak kata mummy aku Datin Meletop Normala kita hidup sekali jer kenapa nak dok sedih cam tu selalu..rugi...Yes mummy as always u are so right...

Khamis, 25 Jun 2009

APA SUDAH JADI NGAN AKU

Aku pelik apasal aku jadi cam ni...
Dulu tak cam ni...
Sekarang dah jadi cam ni...
Zarina ....apasal aku jadi cam ni...
Zarina ooooo zarina
Awat jadi lagu ni...

Ahad, 21 Jun 2009

SMS Dari Abang Talib

Alamak dah kecoh lak pasal sms dari Abang Talib yang mana isi sms tu simple jer Rindulah...

Mesti kawan2 tertanya-tanya siapa Abang Talib ni. Dia ni cam abang angkat lah. Dia ni kerja govt quite high ranking gaklah, aktif dalam politik, a family man, anak 4. So dia ni rajin bergurau. Dia selalu sms Kak Pah tanya khabar cam tu jer..Oh no no he is not my skandal..macam abang saja lah..Rindu tu cam rindu kat adik gituuuuuuuuu. Ahaks.

So itulah kisahnya si Abang Talib.

Ahad, 14 Jun 2009

Yang salah tu yang seronok kan

Apasal yang salah tu yang seronok?
Sebab thrill? Sebab Adventure? Sebab rasa macam best jer? I feel alive...yer lah semua2 tu lah...lantaklah yang penting aku happy kejap..lepas tu nak tension balik pon oklah...kira redha jerlah...

aaaaa rrrrrr

Rasa bersalah...mmmm nantilah nantilah...

Rabu, 3 Jun 2009

HO HO OUTING

1/06/2009 pergi outing ngan kawan2 dari group TL Yusri the gorgeous..outing ni namanya HOP ON HOP OFF haaaa sebab kerja kami naik bas HOHO turun bas HOHO..kami pergi KL Tower, Aquaria, Muzium (ni yang kami hop off lah actually ada banyak lagi)..penat tapi seronok..dalam bas tu kami grup yang paling riuh sampai ada yang dok kat lantai ...semua nyer happening giler...malam kami hop off last stop kat pavilion makan kat old town...pon riuh sampai stress waiter kat situ hahahh padan muka...malam tu balik ke stesyen LRT Kg baru ...ade ker driver cab yang sengau tu cakap kami ni gemuk sebab teksi dia asyik sangkut kat bum..tepok dahi kang..

Marilah kawan-kawan tengok gambar2 yang dimabil dari SE K660i saya sajo hahaahah

oh yer akhir kata walaupon seronok pergi outing...rasanya bulan ni aktiviti makan roti dan telur akan bermula lebih awal heheheheh kerana masalah kewangan akan bermula bila-bila masa ahhaahah tapi happy tetap happy....


The gang

Me

Jo, Sarah and Yus

Teket bas ..boleh hilang kat muzium ...huhuhu

Me and sweet carmeen atas bumbung bas hoho


Me and paddington bear heheheheh

Jumaat, 29 Mei 2009

HOORAY DAPAT GAJI

Alhamdulillah syukur gaji dah masuk. Ya Allah tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya nak menghabiskan bulan ini. Tapi syukur aku mampu bertahan tanpa perlu meminjam duit dari kawan-kawan dan tapi perlu talian hayat from daddy and mummy. Sebenarnya dah kena warning bulan lepas...hahahah
Yerlah aku dah budget gaji cukup tapi disebabkan ada kawan lahanat yang tak reti bayar hutang menyebabkan kesengsaraan sepanjang minggu terakhir bulan May 2009...yang sedih sampai aku terpaksa jual access card parking yang aku dapat sebagai salah seorang Top Performer bulan Mar heheheh. Dapat RM40 yang digunakan untuk isi minyak. kuang... kuang...
Pas tu ingat lagi off day ari tu dalam 8 hari lagi nak gaji. Aku dok fikir apa aku nak isi perut ni. Sekali tengok beras dah habis. Masa tu duit ada lagi RM100 nak bagi bertahan sampai gaji...Alamak macam mana ni. Sekali bukak peti ais haaa ada telur dalam 10 biji..atas peti ais ada roti. Bawang besar ada lagi dua biji..ada kentang 10 biji..cili api pon ada so aku pon potong bawang ngan cili tumis masuk telur hancur-hancurkan...siap..makan ngan roti.. pastu aku potong ubi kentang rebus ngan garam sikit makan ngan sos Sedap gak .
Malam tu rasa nak makan jajan nak beli nak kena jimat duit sekali jumpa keropok ikan yang Juju kasi thanks Juju. Hehehe goreng keropok makan ngan kucing-kucing aku yang tersayang dan semestinya merekalah menghabiskan separuh dari keropok yang aku goreng tu ...hahahah bahagia hidup walaupon dalam kesengkekkan.
Aku bertuah sebab walaupon lahir dalam kaluarga yang agak berada, mak ayah sedari kecik ajar hidup sederhana makan minum ala kadar dan seadanya. So sekarang taklah cerewet bab makan..asal boleh isi perut dan kenyang...dan perkataan Alhamdulillah sentiasa diucapkan...heheheh semoga bulan ni tuhan murahkan rezeki aku...AMIN....

Khamis, 28 Mei 2009

Tension Tak Leh Buka Internet Time Kerja


Adoi tensionnya..tak buleh buka internet time kerja. Tengoklah gambar kat atas tu...pasal takleh facebook, myspace, gmail dan yang sewaktu dengannya..maka jadilah seperti makcik-makcik yang berborak kat tepi tangga..siapa yang susah....adoi habislah farm aku..naik lalang..resotran aku bankruplah...pekerja2 mati tak makan huuhuh...bersawanglah blog aku...ni pon curi-curi update


Jumaat, 22 Mei 2009

LELAKI TAK MALU PINJAM DUIT POMPUAN TAK NAK BAYAR

Sangat menyampah aku kat lelaki seorang ni..menyesal aku berkawan dengan dia. Kawan2 baik aku dah sound awal-awal lagi mamat cam nak ambil kesempatan jer. Cakap besar konon yang terbaekkk...ada wawasan, Manager sayang...tapi hampeh...dah lah AWOL MC bersepah..last-last dah kena terminate..aku nak duit aku balik. Dahlah ada bini tak mengaku dah kawin...konon kot nak jaga market..pas tu dok kutuk-kutuk bini yang kau kata kau dah ceraikan sebab selalu melawanlah, kurang hajar...ehhh tak kuasa aku nak dengar...kalau kau nak cerita kat aku bini kau tarik muka hempas pintu kereta tak payah buang masa aku...aleh2 kau kata kau tak leh bayar hutang aku alasan sebab janda kau pinjam duit kat ceti haram...kau yang kena bayar. Apa jenis lelaki kau ni...kau yang buat taik salahkan orang lain..sapalah perempuan malang yang berkahwin dengan kau tu...
Kalau kau tak bayar hutang aku ngan kawan-kawan lain aku sumpah kau tak hidup senang sampai bila-bila..celebrate besday bagai nak rak..berlagak! Hutang RM100 pon tak leh bayar...BENCI aku..kat kau..H1N1 betullah

Rabu, 20 Mei 2009

I'M Taking My Life Back

Pernah tak korang sayangkan seseorang sampai tahap..rasa hidup tapi kebas..senak ..macam lemas dalam air sesak tak boleh bernafas..sayang dia sampai dah tak kenal diri sendiri lagi..sampai orang keliling termasuk keluarga, mak ayah adik beradik jadi macam orang asing..dunia kita hanya dia..nyawa kita hanya dia..tak ada sesaat masa jaga yang berlalu walau tidur hatta mimpi sekalipun tanpa dia..ini bukan kisah cinta yang indah ala cinderella ataupon shrek sekalipon...

Ini adalah mimpi ngeri yang berterusan...Its a nightmare...sekarang aku mula sedar dari mimpi buruk ini..rasa macam kehilangan,,kosong, Fikir balik apa yang hilang ..akhirnya aku tahu apa yang hilang...masa, harga diri, identiti, rasa sayang dan yang paling berharga hilang semangat untuk hidup...hilang semangat sampai nak bangun tidur setiap pagi / tengah hari teramatlah susahnya..rasa nak tidur terus..sebab fikir dalam tidur kita boleh bermimpi terus ..tak perlu menghadapi realiti..dalam mimpi buruk macam mana pun..macam ok jer sebab walaupun dalam mimpi, kita boleh kata pada diri sendiri alah ini mimpi sahaja anytime boleh bangun...pelik kan.yang pelik inilah hidup aku..Tapi gagahkan diri untuk bangun juga sebab takut tidur-tidur tak bangun-bangun terus...

Teringat kata-kata Mummy dan Lid (dad)..."mana anak perempuan kami yang dulu sangat kuat, bersemangat dan berani." Aku macam tergamam..aku ingat balik aku dulu memang sangat berani..boleh hidup sorang-sorang tanpa keluarga..kat negara orang lagi...naik train, bas, kapal terbang sorang-sorang je dikelilingi oleh orang-orang asing..memang dulu aku sangat tabah..aku nak kembali seperti aku yang dulu.

Disini aku tekad..Abang...saya akan ambil balik kesemuanya yang milik saya, semangat. harga diri, kasih sayang, masa dan kehidupan saya..demi ibu ayah,keluarga saya dan paling penting demi diri saya sendiri..

I'M Taking My Life Back

Ahad, 17 Mei 2009

1- Tag from Sarah, Zu, Dy


2-Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini..

Sarah sweet sarah my team mate
1) sweet
2) cheerful
3) tough
4) penyabar
5) suka ketawa and senyum...

Zu..aka Zulaina same batch ngan aku
1) anak yang baik
2) pendiam
3) suka shopping
4) rajin
5) sangat comel...

Dy aka Kaidrus also my team mate
1) boleh tahan laser heheheh
2) tembam tapi agak comel
3) suka amik gambar bontot orang hahaha
4) pandai nyanyi
5) sangat manja macam anak kucing purrrrrr

3-Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya..
1) suka tidur
2) suka makan
3) sayang kucin..
4) suka nyanyi kareoke
5) jarang masak
6) tak suka orang yang skema
7) dah kahwin tapi tak ada baby huhuhuhu
8) suka makan dan tidur ...ooohhh dah ada kat atas
9) tak suka pakai jubah kah kah kah
10) berangan nak pi dok kat UK ...sejuk...


4-Anda Perlu Memilih Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka..tak cukup aa sepuluh..tapi tak perlah kan..
1) Zarinaruto...member aku sorang ni memang the bomb dan tak skema lansung fun gila pompuan ni
2) Juju ni pon kawan baik aku...yang sangat mamahami aku...Ju nanti buat blog tau...mesti banyak cerita pasal skandal-skandal
3) Mummy roshie...my fashion guru..dia ni baik suka share pengalaman hidup dia walaupon dia muda dari aku..huhuuh
4) Dina Natasha yang aku anggap macam adik pompuan aku kerana aku sendiri tak ada adik pompuan...sangat degil meh sini tarik telinga..heheheh
5) Acik..ada ker blog tapi tak perlah nak tag gak...sayang sangat kat kawan aku sorang ni sangat comel and kelakar
6) hantu pocong aka hantu paberet..hahahah..ko jangan nak kacau aku tau..hahaah siap tag kau lagi....
7) Pada A bukan nama sebenar tq..u make my life a little bit happier in times of sadness...ooppppss...macam lari topik jeeeee


Selasa, 12 Mei 2009

HAPPY MOTHER'S DAY DINNER

Tanggal 10 May 2009, balik PJ untuk celebrate mother's day for my mummy the YM Datin Normala Mahmood...no no bukan yang kat atas tu. Tu Syed Adib adik kesayangan baby brother Kak Pah..dia 18 years old...Kalau ada yang nak berkenalan sila bagi no pon yer..heheeh. Mula2 plan nak pergi makan Kenny Rogers..so we all pergi kat Subang Parade tapi percaya tak ayam habis, tukar rancangan makan kat Daves Deli...Yng berbahagia Dato Syed Mustaffa belanja wuhuuuuu....

Ni pulak Syed Afzanizam...sorry dah beristeri...bini balik kampunglah pulak nun kat siam nun...
Haaaa ni la dia father tersayang Yang Berbahagia Dato' Syed Mustaffa...sorry kena add title nak tunjuk kat dia posting ni...so ke up sikit laaaa jangan marah....best dad in the world love u...
Ni lah dia mummy tersayang....Happy Mother's Day..Love u..Thank u for everything...Dan last sekali
Me..me...saja nak enterframe...Cik Yus make up ari tu comel tak....hehehhe
To all my friends who are gorgeous mamas Happy Mother's Day to U all...bila I pulak nak jadi mama ni.....huhuhuhuhu

Jumaat, 8 Mei 2009

NOSTALGIA DI UK

Inilah secebis kenangan di England....(reposting..)..suatu ketika dahulu...

Hari tu balik selongkar-selongkar kat dalam almari sekali jumpa album gambar-gambar kat UK dulu. Hehehe nostalgia ...tapi tak sempat nak pi scan gambaq2 tu..so Cek Liza pakai kamera phone dulu hahahah . Tu yang yang berapa nak clear...boleh lah pakai dulu...


1st sekali yang paling nostalgia sudah semestilah snow oohhhhh munkin dalam hidup ni tak akan jumpa lagi dah salji original bukan cam kat I city tuh huhuuh. Tengoklah gambaq tu best tau golek-golek atas snow...tapi sejuk sampai ke tulang...oklah tau-tau masa tu Cek Liza kurus... Pastu buat snow man lak..jangan jeles...hehehhe Buat snow man kena pakai sarung tangan tebal sebab kena pegang salji lama2 tapak tangan jadi sakit. Kalau main snow fight best tapi sakit kalau kena badan sebab snow tu kepal2 sampai keras hehehe..mat salleh suka main salji dengan kami..pasai kami kecik..depa suka lambung lambung kami atas salji tau...nasib baikla tak berlaku perkara tak diingini...ngerissssss...


Gambar kat atas tu gambar paper bag ...kat sana tak pakai beg plestik..pakai paper bag..cantik2 Cek Liza suka kumpul...

Kat atas tu gambaq tiket bas, tiket keretapi , monthly pass untuk bas ngan train. Kat sana public transport sangat bagus..nak pi ceruk mana pon tak ada hal. Pi saja kat kounter habaq jer nak pi mana..sat gi dia explain complete dari tempat ni nak pi tempat tu kena singgah kat pekan ni kena tukaq bas atau naik train..beli jer semua tiket kat situ..everything on line bebeh.

Haaaa ni satu lagi peberet Cek Liza naik roller coaster..Kalau hampa nak tau ni la dia Blackpool..ingat dak cerita Mr Bean yang dia jaga baby bagi pakai lampin teddy bear tu..ni lah dia tempat nya..kat belakang tu time tu roller coaster yang paling tinggi and panjang di dunia..PEPSI MAX nama dia..munkin sebab PEPSI yang sponsor...kot. Masa nak naik tu kena bukak tudung..depa takot sebab laju sangat takut terbang sangkut pulak kat besi-besi tu kang accident...huhuhu...perasaan nya...huuhuhuhuuh takut, gayat...rasa nak tercabut urat perut...heheheh..tapi thrill gila..maklumlah naik Roller Coaster tertinggi di dunia...kelesssssss...kau hadooo?


Ni kat Cardiff. kat Wales..time tu keluar pi main snooker ngan kawan2. Budak-budak mat salleh ni excited tengok kami hehhehe lani ni mesti dah besaq-besaq dah bebudak ni..mesti hamsem-hamsem...hehehe


Gambaq kat atas ni masa open house...raya..Cek Liza masak laksa...heheheh time tu pandai lak.masak kalau tak masak..kebuloq..sedih raya berjauhan di rantauan...tapi seronok sebab beraya ngan kawan-kawan.

Ok lah setakat ni dulu....

Moral of the story.....Cek Liza dulu kurusssssssssssssssssssss kecik petite.!!!!!


Anyway..I've had a wonderful life....


Live Happy!!!!


Isnin, 4 Mei 2009

PORT DICKSON OUTING 02/05/2009 - 03/05/2009

Seronok sangat pergi berehat-rehat dengan kawan-kawan kat Port Dickson. Tapi biasalah Kak Pah memanglah duduk memerap kat apartment..heheh..lupa nak bawak sunblock. Kulit Kak Pah ni cepat hitam..nak cerah balik makan berminggu-minggu..lagipon tak tau kenapa last week kerja rasa letih sangat. Masa sampai PD tu pon rasa nak tidor jer..naik kereta Bad..dah tersengguk-sengguk nak tertidur...Khaidrus pon ada sekali.




Sampai je kat PD terus lunch kat Pak Lang cafe..makan nasi ayam oklah quite nice..sampai kat Ilham resort..memang carik bantal dulu..but since tempat baru tak leh nak lelaplah pulak adusss..orang lain semua turun mandi kat swimming pool..Kak Pah ngan Isman jer stay..Isman ajak gak turun mandi aaa jap lagi, jap lagi sampai ke sudah tak pergi kat pool.



Tiba-tiba perut lapar balik, so keluar ngan Isman and Micky pergi beli nasik tomato kat pasar malam kat petronas tu. Petang sikit bila dah matahari nak terbenam barulah pergi beach dengan Isman, Khaidrus, Micky, Jack, Adeq ngan Cici...angin kuat sangat fuhhh nyaman..tapi laut surut jauh kat tengah..amik gambar laaaa..apa lagi

Naik atas balik prepare untuk turun bbq..Kat bbq Kak Pah tolong...tolong makan jerlah...semua food test dulu...ahaks ada ayam, jagung, hot dog, daging...yum yum


The next day bangun awal ingat nak gi mandi kat pool...tetapi malaslah...so stay jer kat atas..sampailah balik..tapi pagi tu keluar ngan Bad gi hantaq Nazrol kat terminal sebelum tu singggah kat mamak ate breakfast..tapau kat kawan2 sekali yang kebuluq kat hotel..heheheh


Petang tu pergi Melaka singgah kat rumah seorang Pak Cik tak ingat nama apa...tapi berkaitan dengan urusan2 paranormal...mmmm maybe later when I'm ready I will blog what happen in relating to me alone at that "Paranormal" person's place. Wow...memang menarik...

Petang tu makan kat Umbai oooo sodap..ada sotong goreng, ikan bakar, pari, sweet sour fish..tapi kelakar Cici siap sound pompuan amik order sebab muka dia tak senyum macam tak ikhlas jer nak ambil order..tapi selain dari tu dinner was very nice..dengan suausana laut yang nyaman ..bersama ngan kawan-kawan yang memang happenning gila...malam tu pukul 9 bertolak balik Kl naik keta Bad gak..dan seperti yang dijangkakan..jalan jem sangat-sangat..sampai di Cheras pukul 12.30...

Jumaat, 1 Mei 2009

KENA TAG NGAN DINA

Haaaa Kak Pah lagilah lemah bab tag mengetag so I will try my best...hahahahaaha..



1. anda rasa anda hot?
hheheeh hot temper ke hot chocolate ke..tak kesah pon hot ke tak tapi kalau dah ada orang yang selalu dok komen hot la kot...gitewwwwwww

2. upload gambar kegemaran anda.




3. kenapa anda suka gambar ini?
Entah nampak yum yum kot...sebab nampak kurus sikit ahaks

4. bila kali terakhir anda makan piza?
Alahhhhh bila ek...sumpah tak ingat..tapi dah lama laaa

5. lagu terakhir yang anda dengar.
Menunggu mu Peter Pan pagi tadi masa datang kerja dalam kereta


6. Apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
Main lestolan ...reataurant city

7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
CEK PAH kot sebab macam cute gakkk

8. Tag lagi 6 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.

zarina
Khaidrus
Juju
Dina yang tak berapa comel (hehehehe)
Adik comey
Hantu pocong


9. siapa no 1 kepada anda?
Alamak Zarina ni memang the kelakarest person I even known. Kalau dia tak der sunyi hidup ku..walau dia marah sekalipon aura lawak dia tu tetap bersinar dengan terang benderang


10. bagaimana pulak dengan no 4?
Dina yang tak berapa comel ni...heheheh dia ni kan asyik dok usik Kak Pah...heheheh usik sayang kot...hahah

11. kata sesuatu tentang orang no 5.
Adik comey Kak Pah tengok comel sangat...heheheh Adek...apakah rahsia kecomelan anda?

12. bagaimana pulak dengan orang no 3
Juju...my best friend..and ratu of the skandal...baik dan manja sangat orangnya...luv u

13. siapakah orang no 2.
Khaidrus ni ...entah dah lupa...eh jangan marah gurau jer..dia ni baik ngan Kak Pah...heheh...suara dia sedap...kalau nyanyi heheh


14. bagi pesanan anda untuk orang no 6.
JANGAN KACAU AKU...kaulah species hantu yang paling aku takut...huhuuhuh


Rabu, 29 April 2009

MAKAN BIG MAC DI PEKAN LIVERPOOL

Nak share satu cerita yang agak kelakar. Masa kat overseas aku memang jenis jaga bab-bab makan. Dan memang tak ada problem cos kat sana ramai orang Pakistan dan India Muslim so senang dapat ayam halal. Most of the time memang masak kat rumah. Tapi since aku memang suka Mc D, aku makan fish fillet jerlah. And fries kat sana memang halal cos mereka guna veggie oil untuk menggoreng.
Suatu hari kawan bail aku Pijot teringin nak makan Big MAc. Time tu kita orang pergi Liverpool ada Malaysian Night kat sana. So aku, Pijot, Nita (yang memang selalu bedal ayam kepak tengkok pon) dan Dina bersetuju untuk nekad untuk memakan Big Mac sebab kita orang dah teringin sangat. So pergilah Mc D. Sampai kat counter mereka pon order Big Mac sampai turn aku..lidah aku jadi keras tak boleh nak sebut Big Mac...bila waiter tu tanya "can I get your order?" Aku..pon tergagap=gagap sekali terhambur Fish Fllet gak...kawan-kawan aku punya riuh cakap aku membelot...So Aku tetap order fillet.
Sampai kat meja..kita orang start makan..aku tengok Si Pijah makan dengan gelojoh tahap pelahap...aik lapar sangat ke..aku tanya dia...tak sampai dua minit dah clear Big Mac dia..dengan konfiden ayu dia pon menjawab...
"BENDA HARAM TAK BOLEH ENJOY"

Ahad, 26 April 2009

MENGUMPAT ORANG YANG MENGUMPAT KITA

Selalunya Kak Pah memang tak suka nak cerita keburukan orang..tapi hamba Allah yang seorang ni banyak kali buat hal ngan Kak Pah. Kak Pah dah pernah tegur dia. Ingatkan dia faham dan menghormati permintaan Kak Pah supaya tidak terlalu "mengambil berat" hal-hal berkaitan Kak Pah yang tidak perlu diambil beratkan..tapi rupanya masih lagi berkudis di hati dia. Heran..apa salah Kak Pah kat dia. Tak nak menambah dosa tak payahlah sebut nama dia. Tapi kalau sapa yang kerja satu dept ngan Kak Pah memang kenal sangat ngan dia. You know ....Canada katanya gitew....

Masa Kak Pah mula join Sukses ni, boleh dikatakan hari-hari dia akan memberikan komen pasal pakaian yang Kak Pah pakai. Sebab tak berapa kenal so Kak Pah biar ajalah..ketatlah, keciklah, berani Kak Pah pakai, nampak perutlah..so hari tu Kak PAh pakai baju bebek longgar dia kata nak tutup perut ke...so I sekolahkanlah dia...:" aku ni pantang orang suka nak mengomen kain baju aku hari-hari..kadang-kadang sehari 9 kali.." Tak ke mental, ketat salah longgar pon nak tegur. Lepas tu dah tak ada nak komen kat Kak Pah lagi dah.

Sebenarnya yang Kak Pah sakit hati tu..dia komen tu bukan untuk menegur...sebab ada beberapa rakan yang selalu memberikan cadangan tentang pemakaian contohnya cam mummy roshie tapi Kak Pah boleh accept sebab tahu dia memang concern pasal Kak Pah..tapi perempuan sorang ni lebih kepada nak mengutuk / kondem tapi dengan cara lembut dan konon-konon ala2 gurauan. Ada spesis manusia yang suka mengutuk orang lain supaya dia rasa gembira dan BANGGA dengan diri dia sendiri..seolah-olah cam dialah yang alim, baik, cantik, kurus...hah tapi hakikat macam si*l ...Kalau kau baca semua ni nasihat aku ko pergilah doktor minta ubat untuk hilangkan gila kau tu. Cis ada hati nak cadangkan aku pakai jubah cam kau..tolong sikit mummy aku yang Mak Datin meletop tu pon tak hingin pakai jubah tau padahal umur dia dah kat 60 thn..

Semalam aku dapat tahu dia kondem aku lagi. Ada yang mendengar dan cerita kat aku..dia cakap kenapa dressing aku tak cam umur aku something like that la...Apa yang dia sakit hati kat aku. Aku punya pasal lah nak dressing macam mana pon asal aku suka dan selesa. Lantaklah kalau aku nampak gemuk ke perut terleluar ke perut aku bukan perut dia. Aku minta duit beli baju kat dia ke. Kalu aku nak pakai baju badut sekalipon aku punya sukalah. Nasib baik dia tak kerja hari ni..kalau tidak siap dia aku sekolah kan luar dalam. Mana-mana lelaki yang sudi tolonglah aku merayu ambil lah perempuan ni buat bini..gamak dah lama sangat gersang...sampai tahap SEWEL.

HAWAIAN NIGHT (24/04/2009)

Seronok sangat "berpesta" ngan kekawan..bukan senang dapat kumpul ramai-ramai cam ni..really had the most wonderful time..eventhough tak dressing ikut tema..mana nak cari baju ala-ala hawai..kalau dah gaji boleh gak gi shopping..tak perlah spirit Hawai tu tetap terasa di sanubari..tengok jerlah gelagat-gelagat dia orang kat bawah ni..heheheh


















Khamis, 23 April 2009

Tag by mummy roshie...

:::: 10 Hadiah yg Kak Pah Nak Utk Besday :::::


Nak dapat baby...huhuhu


Banyak-banyak cash....nak beli tu ...nak beli ni...

Nak pi melawat zaman Lord Of the Ring (heheeh alang-alang berangan)

Pi honeymoon kat caribbean (heheh)

Buat rumah atas bukit kat tempat yang ada salji (suka sejuk-sejuk)

Boleh buat magik abra cadabra...

Kereta Baru..vroom vroom

Want to eat dinner with him not eat him hehehehh....rrrrrrrr


Dikelilingi oleh buku-buku cerita yang best-best ...me love to read

Teringin nak bela boleh ker?