Isnin, 12 Ogos 2013

Perkara-perkara yang Cek tak berapa berkenan kat FB...jangan terasa noooo

Sebelum Cek Liza meneruskan ...izinkan Cek memohon maaf sempena Hari Raya Aidil Fitri..kalau ada terceknam sesiapa. Untuk post kali ini saja jer Cek Liza macam mood mood Cek Nam sikit...tapi bukan spesipik kat sesiapa so jangan terasa nooo. Cek Liza ni memang jenis sempoi kepala gila and sangat sangat open minded. Tapi ada beberapa benda yang Cek Liza tak suka sangat tengok kat pes book. Sebenaqnya seboleh-bolehnya Cek Liza tak mau nak komen tapi dok terbuku kat hati so kena luahkan juga. Ambillah sebagai teguran dari seorang sistahh 




1. Gambaq Pipi Kembong


Tak tau pasai apa Cek cukup tak suka tengok perempuan (lelaki rasanya kurang pose cam ni) yang amek gambaq pipi kembong...kot Cek Liza tak gheti nak wat pipi cam tu kot..tapi comey ke wat muka cam ni?...Bagi Ceklah kan..amik gambaq tu biaq sopan and natural..less is beautiful..


2. Carut-marut..


Yang ni memang Cek paling tak suka walaupun Cek ni sangat Cek Nam. For me .. our words reflect who we are..Lagipun kalau suka dok carut maki hamun..aura kita akan "lari"..cam ne nak mempositifkan diri kalau yang keluaq kat mulut dah sama standad cam yang keluaq masa kita membuang di Cek Jam ...ooopsssss terover sudah..


3. Seksinyaaaaaaaa auwwww

Cek Liza tak berkenan yang perempuan (Islamlah kalau bukan Islam ikot suka depalah)..post gambaq yang seksirina..Cek bukan nak berlagak Muslimah sangat tapi berpadalah post gambaq kat facebook sama macam gambaq kat majalah mangga. Tak berkenannnnnn lah!!!! Tambah pulak yang dah bersuami beranak pinak..kalau ye pun tak rasa malu untuk diri sendiri pikiaqlah mak bapak, laki, anak-anak..tak elok lah macam tu..Inikah legasi yang nak di ditinggalkan untuk generasi seterusnya?,..Wahhhhh!!!!

4. Gambaq haiwan yang disiksa

Especially on my timeline, janganlah hangpa dok pi share gambaq haiwan hatta seekor tikus sekali pon yang ditorture..Cek Liza buleh jadi mental breakdown..tengok kucing mati tepi jalan pun teghiak!! Please nooooo!!!.


So disebabkan tak berapa suka perkara-perkara di atas ni, Cek Liza akan mengunfriendkan beberapa orang kawan-kawan. Bukan sebab marah kat mereka pun..Kita manusia..bila kita tengok benda yang kita tak suka..mesti terdetik perasaan yang tak elok dalam hati kan.."eeee menyampah..awat poyo sangat ni..mcam lawa..awat lagu ni perangai dan sebagainya..walaupun sedikit". Dah menanggung dosa plak tak pasai-pasai! Cek Liza dah cuba meng-ignore-kan tapi rasanya inilah yang terbaik..maafkan Cek Liza ye!


Ok thats all!! Live Happy!