Selasa, 18 Ogos 2009

KELIWON

Aku selalu takut what if the next lelaki yang aku pilih is worse than my partner sekarang. Dan aku tak payah tunggu lama. Memang dah jumpa pun. Ya Allah nasib baik tuhan tunjuk awal-awal lagi.dan tak terjebak lebih jauh lagi...tapi mesti korang tanya apa yang keliwon nya.
Yang menakutkan, aku rasa dia mandrem aku. Sebab macam kena pukau. Pas tu..suddenly aku sakit selalu. Dan walaupun aku dah makan antibiotik sebeban..sakit tak baik. Ni pun still sakit tapi lawan gaklah. Dan bagi yang kenal rapat ngan aku tau yang aku ni bab-bab santau, mandrem, penunduk, guna-guna ni memang sensitif..tapi aku kesian kat mamat tu sebab dia tak tau aku ni ada yang menjaga..so kalau sesiapa nak menunduk ke memang jadi pun sekejap jek memang cepat aku sedar.
Pastu semalam aku cam penat tulang belikat aku sebelah kanan sangat sakit menandakan ada unsur-unsur sihir yang mengattack aku so aku tertidur..lepas tu dalam 1.30 pagi cam ada orang yang datang kejut aku. Aku duduk pastu aku tengok ada satu sms dari mamat yang tak tau malu tu tu kat phone aku.. cam ugut-ugut aku..so suddenly aku rasa cam orang yang baru bangun dari tidur..aku rasa baru sedar dari mimpi..dan bila aku fikir balik apa yang berlaku..memang nampak sangat yang dia ni nak ambil kesempatan dan nak mengenakan aku.
Nak jadikan cerita semalam aku buat kerja cam orang bodoh. Aku rasa cam sedih gila..macam nak menangis jer..hari ni aku rasa macam Laaa kenapa lak aku tension sangat semalam tu..Hari ni aku rasa ok sangat-sangat. Macam bersemangat balik . Terus aku rasa macam dalam sebulan ni aku hidup dalam mimpi, jaga dalam tidur. Bila aku call mangkuk hayun tu dia dah tak nak angkat talipon. Munkin dia tahu tembelang dia dah pecah...nasib baiklah aku cepat sedar..siaplah mamat tu apa yang dia hantar kat aku terimalah dia balik...bukan nak cakap besar...tak selamatlah dia sampai bila-bila..
Sekarang ni aku cuma nak concentrate untuk pulihkan balik semangat aku...semoga tuhan berikan aku keampunan dan kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.