Ahad, 1 Januari 2012

2011 Telah berlalu (2011 has ended)

2011 telah pun berlalu. Memasuki alam 40-an dah. Dulu terfikir apa perasaan memasuki umur 40. Ni dah masuk dah...rasa cam biasa jer. Sekarang aku betul percaya 40, 30 , 20 hanyalah nombor. Usia sebenar adalah semangat untuk meneruskan kehidupan. Membuat pilihan untuk menghadapi apa sahaja cabaran. Jadi azam untk 2012:

1) Naik pangkat lagi
2) Bayar hutang kat my Dad. Sekarang pun tengah bayar tapi nak bayar lebih lagi.
3) Kumpul duit untuk pergi UK tahun 2013/2014/2015.
4) Beli / sewa satu lagi rumah (Mummy bising nak datang umah sekarang tapi aku tak kasik cos semak sangat nak kemas malas dah. So nak carik umah satu lagi. Tiap-tiap minggu panggil orang kemas. So boleh ajak mummy and family lain datang rumah).
5) Mengekalkan / mempertahankan "kejelitaan" kekekekek. Bukanlah jelita mana pun sekarang ni. Tapi tetap bersyukur sebab dah umur 40 kira maintain jugaklah body dan rupa. Dah ini yang dikurniakan tuhan so kenalah jaga kan.
6) Repair "Baby". Bagi dia cantik-cantik.
7) Buat exercise lebih...masuk gym ke, kick boxing ke atau yoga..tengok budget kalau naik pangkat ok no hal.

Ni rasanya ada lagi azam tapi cukup dulu. kalau ada boleh tambah lagi. Tapi apa tahun 2011 penuh kenangan..manis , pahit, suka, duka , seronok sangat dan tak membosankan lansung. Jadi aku ucapkan Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012.

Nota: Baby bukan anak ikan tapi adalah nama manja untuk kereta saya...

"What a wonderful year 2011 had been for me. It was such a roller coaster ride of laughter, joy, tension, anger, sadness and pure heart ache. But I love every second of it and would not have it any other way. It had been like a wonderful dream. Like all dreams there had to be an ending. So I  bid farewell to 2011 and welcome the year 2012. Only God knows  what adventure awaits me..."

Live to inspire, live to love life, live with passion..Live Happy and Live Forever!

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012

Mula-mula layan gambar dulu. Tadi pergi Menara Celcom. So sempat berposing ngan kawan-kawan.








ok besok cerita lagi...