Stat balik kerja Isnin 3/8/2009.. Masuk-masuk jek terus kena jwab postpaid, prepaid dan sewaktu ngan nyer. Wahhhh baru 1st day kerja aux 2 mau kat sejam setengah...letih...balik kerja pengsan...tidur pukul 9.30 pagi tadi baru bangun...dah siap nak gi kerja semula...tapi macam mana pun syukur ada gak kerja..tak der mengharapkan orang nak makan minum pakai..Semangat gak sebenarnya nak kerja..semangat nak wat lain semua dah macam takder..at least untuk kerja masih ada semangat..kira oklah...kan kan..ingat pesan kawan baik yang aku dah anggap cam kakak (sebab aku sorang jek pompuan dalam family).
Nama dia Kak N. Dia single mother. So masa dia dalam proses krisis rumahtangga dia datang kerja tak pernah pun cuti..tapi nampaklah sedih jek..Yang budak-budak lain ni pantang ada masalah cinta sikit mulalah tak ada mood nak kerja, mc, ponteng frustlah katakan...So Kak N cakap..."Kita ni oghang peghempuan apa sekali masalah pun mesti kerja...tak boleh nak dok rumah ja...benda lain tak penting kerja tu paling penting. Kalau kita susah tak dak duit oghang tambah hina, gelak bukan nak tulung.." KaK N no oghang Kedah..tu la slang dia lagu tu.. Dan sampai la ni (sekarang)..aku pegang cakap Kak N ni...terus terang ada masa-masa dah putus asa tu..nak bangun tidur pun rasa macam setengah mampuih...tapi kerja punya pasal..aku merangkak turun dari katil. Nak siap tu kadang-kadang sampai 1 jam lebih sebab otak blerrrrrrr sangat. Nasib baik bawak keta ok plak kan...isyyyy. Kira kerja ni gaklah yang mendisiplinkan aku yang sebelum ni memang tak der disiplin diri lansung. Dan kerja ni gaklah yang menyelamatkan aku kerana sekurang-kurangnya taklah dok fikir problem sangat sebab kena KERJA.
So syukur Alhamdulillah ada gak rezeki kerja di sini..semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang....AMIN
P/s:
Ohhh tapi nak kena masuk gak bab ni..trauma sewaktu ditingalkan di satu tempat yang aku tak biasa..memberikan aku satu pengajaran..bila-bila masa aku boleh dan akan ditinggalkan..tapi hidup kena teruskan juga..jadi aku kena telan jer dan buat apa sahaja untuk bangkit kembali bersemangat walaupun time tu aku rasa cam nak pengsan jek.