Khamis, 22 April 2010

KISAH KUCING VS MANUSIA SETAN

                       Meh aku cerita kisah kucing aku yang menyebabkan aku dibenci oleh jiran-jiran aku. Al-kisah masa aku baru pindah kat flat Desa Baiduri ni aku memang tak berkucing. Sebelum tu aku tak bela tapi memang aku sangat sayang kucing. Masa dah dok kat sini..rumah aku didatangi seekor kucing aku panggil dia kecik sebab dia memang small size. Dia dok datang umah aku so aku bagilah makan. So dia pun wat umah aku cam umah dia. Tapi masa aku pindah dah berpuluh kucing dok merayau kat flat tu taik mereka memang bersepah sana sinun lantaklah kan. So si kecik ni aku kasi tempat berak khas dalam besen guna pasir or kertas newspaper. Akhirnya si kecik dah beranak dan aku pun bela jerlah anak-anak dia. At the same time bebudak letak seekor anak kucing hitam so aku belalah sebab kucing hitam ni orang tak suka aku takut orang bunuh orang pukul ke yelah specis orang melayu peghak bukan semua tau segelintir lah. Kucing hitam ni membesar dah sekarang itu lah dia Dark Prince Aku yang panjat pokok tak reti turun tu hahahaha sampai aku kena call 999. Masa kat umah lama block Nilam A, tak der lak yang mengamuk ker. Tapi kucing aku berak dalam umah aku aku yang buang. Tak taulah kan kot dia keluar main terberak kat depan umah orang. Tapi kalau ada yang datang bagitau aku yang kucing aku berak depan umah dia, no hal aku pergi jer buang..bukan susah pon. janji datang bg tau elok-elok.

Sekali aku pun pindah umah aku sendiri block sebelah, bawak kucing-kucing aku. Rumah baru aku ni tak siap. Tingkap kat dapur tak bergrill so dark Prince, Dedeki dan Baby selalu keluar masuk. kecik dah tak der, munkin dah ajal kot. Baby ni sekor lagi kucing hitam yang budak-budak letak kat depan umah aku. Aku pun bela. masa aku pindah aku tengok memang banyak kucing lain dah memang ada berak kucing kat banyaklah tempat. Sekali tu dalam 2 bulan yang lepas setelah dalam 8 bulan pindah kat block sebelah, aku pun merima surat layang suruh aku jaga kucing boh dalam sangkar sebab mereka kata kucing aku berak kat depan umah mereka serupa cam satu bala. Aku pun peliklah. bukan semua kucing kat blok tu kucing aku..aku pun kalau time aku buang sampah kalau aku nampak taik ke luar ke kat tangga ker aku buang jer walaupun bukan kucing aku yang berak..sekarang minta maaflah aku tak akan buang. 

Maka semakin banyaklah surat layang yang aku dapat..aku suspek ni ada unsur khianat dan menghasut tapi lantaklah..tak per...tunggu.Kalau korang nak tahu aku ni membesar ngan kucing. Kat Umah Dato Syed ngan Datin Normala tu lagilah banyak kucing...Aku faham jiwa dan personaliti kucing especially yang aku bela. Aku yang bagi makan, aku tengok taik pun aku tau kalau tu kucing aku yang berak ke tak sebab bau dan rupa najis mereka akan follow apa menda yang meka makan. So masa mula-mula tu memang bukan kucing aku yang berak kat luar. Tapi kalau yer pun geli sangat kotor nak buang taik kucing, datang jumpa aku elok-elok aku boleh tolong. Bagi aku bukan kesusahan pun nak buang taik kucing . Ini tidak hantar surat ugut aku. Aku simpan lagi kot surat-surat tu . Husband aku mula-mula sampai stressed sangat selalu marah aku bab kucing ni. Sampai masa aku tak der kat umah dia amik anak2 Baby anja, sylvester, girl ngan boy pergi buang kat pasaraya bintang..padahal dari 4 ekor ni cuma girl (yang sekor betina) yang pandai keluar kot tingkap..betapa sedihnya aku..berapa hari aku menangis..Tapi aku maafkan suami aku..aku tau dia buntu. 

Dan yang paling aku sakit hati dan dendam, manusia binatang ni amik najis kucing yang depan umah mereka tu campak kat luar umah aku. So aku pun amik buang kat tong sampah kat bawah. Aku leh sabar lagi sebab aku fikir kesian kat mereka kan dalam bayak-banyak tempat kucing-kucing nak sangat berak kat depan umah mereka. Sangat kasihan hidup mereka kan sangat malang. Tapi yang aku leh hilang sabar bila ada yang kurang hajar siap gantung dalam plastik yang ada najis kat pintu grill umah aku..memang manusia celaka. Akhirnya kucing-kucing aku dapat merasa kemarahan dan dendam aku maka apa lagi kali ini memang mereka betul-betul meka  pg berak kat luar depan umah jiran aku yang lebih binatang dari kucing kurap ni dan kali ini memang aku mengomfemkan memang itu najis kucing-kucing aku..nak sangat bala kan..hahahahhaah padan muka padan muka...

Dan aku ada cara aku sendiri untuk mengajar manusia yang kurang hajar ini. Cuma orang-orang yang tertentu sahaja yang tau..setan-setan ni ingat mereka hantar surat layang tak letak nama mereka selamat, Kau ingat kau campak sampah depan umah aku senyap-senyap aku tak leh "cari" kau. Aku tak perlu kenal fizikal kau cam ner..aku tak perlu tahu rupa ko macam mana, ko lelaki ke pompuan, gemuk ke kurus ker. U mess with the wrong bitch. Siap korang. Huru-haralah hidup kau, bini kau, laki kau, anak-anak kau. I curse all of u. Korang memang patut kena sumpah..Sampai binatang pun kenal dan benci manusia busuk hati cam korang.

p/s:Sekarang ni husband aku pun dah malas nak layan manusia-manusia setan ni. Husband aku kata pergilah mampus bukan dia orang yang bagi kita makan. Hhuhuhuh tulah yang aku boleh still sayang kat laki aku..dia jahat aku jahat tapi we support each other time susah.

KENAPA AKU MALAS NAK SKANDAL

Sekali lagi amaran: ni blog aku korang nak baca korang punya pasal..yang baik amik sebagai pengajaran yang buruk abaikan jer ok...only for 28 years and abovePersoalan kat atas tu karang aku jawab..mula-mula napa perlu skandal kenapa perlu wat perangai sundal cam tu...sebab aku ni jahat tu jer...sebab time aku baik husband aku tak appreciate...time aku setia..aku cam kain buwuk.. dicampak ke tepi dipijak-pijak....last sekali aku wat perangai sesuailah kan. Ok aku dah decide aku malas nak berskandal ngan sesiapa pun...kerana ianya berkaitan ngan azam aku untuk tahun ini iaitu maju ke depan..adoi cam skema lak..tapi sebenarnya kita perlu jugak untuk skema ni untuk boleh meneruskan kehidupan dalam dunia ini yang serba mencabar ini. Aku summarisekan azam aku untuk 2010: Eh kenapa kena ulang-ulang cerita bab azam ni sebab kalau kita nak sesuatu tu berhasil kita selalu kena ingatkan diri kita sendiri walaupun orang lain tak amik peduli kannnnnnnnnnn

1) Kurangkan hutang / credit card (ada lagi3 ribu jer daddy aku dah clear kar RM50K wow , celcom, bank rakyat (aku jadi penjamin ni memang kes nayamalas lah nak ingat

2) Betulkan rumah / beli perkakas baru, nak cat nak ganti tingkap, nak beli langsir, maklumlah beli umah 2nd hand kos murah lak tu memanglah murah aku bayar cash gedebak 25K (aku 15K hubby RM10K) so banyaklah yang kena wat..modal tak der so nak mengumpul lah ni

3) betulkan keta yang dah banyak hiasan tambahan kerana aku selalu terlanggar tembok, moto dan bumper keta lain dan menggantikan semua barang yang tertanggal akibat pemanduan berhemah tinggi aku dan yang paling penting nak kena clearkan saman husband kesayangan aku yang ribu riban tu cos sampai sekarang tak leh renew rd tax hampehhhhhhhhhhhh (hampeh kat saman dan peraturan yang menyusahkan bukan kat husband I)

4) Kalau dah settle yang atas atas semua barulah nak wat saving dan stat bag duit kat mummy cam dulu uhuhuhuh pastu baru nak fikir apa nak wat lagi for my futureSo apa kaitan azam aku ngan tak nak skandal..simple and mudah aku malas buang masa dan buang duit...yerlah nak berkomunikasi nak kena top up kalau nak ym ke kena amik BBD WEEKLY tak pun DAILY kalau nak call sms pun kena top up..lelaki lelaki ni nak tolong top up ke kirim salam kedekut ke sangkak ke tak tahulah. Ada yang mintak aku top up lagi adalah ...malaslah.. eh pegilah kerja sendiri carik duit. Sebelum ni aku tak fikir masa depan duit aku belanja cam tu jer..yerlah duit aku tak menyusahkan owang lain...sundal-sundal aku , aku tak tipu duit orang..aku tak minta kat laki aku kalau aku nak berpoya-poya..Aku yang bagi duit kat laki aku lagi ada..aku ni sundal mithali kot hahahahah ..sebenarnya azam aku ni bukan awal tahun..aku baru jer stat azam bulan march yang lepas hahahahahah..so aku dah malas nak skandal...tapi aku maintain kawan-kawan sajer ek...sebab bosan gak kalau tak berkawan.

So pendek kata aku tau mau skandal..cukuplah setakat apa yang dah aku lalui. Tapi aku still maintain account tagged aku..boley setakat suka-suka message jer. Heheheh tapi aku tahu di kalangan kawan-kawan ramai gak yang menyampah kos aku yang konon dah kertu ni tapi kawan ngan laki-laki muda, aku ni mana makeup, pakai selekeh ala kadar ..mereka cam susah sikit nak percaya..tahap tak leh terima cos mereka muda, lawa..kalau mereka bijak sepatutnya mereka belajar ngan aku apa rahsia nak bagi lelaki tertarik. Ni tak , menyombong..pergilah mati. Bagi kaum hawa, ni perempuan bitch ni nak bagi satu tip yang simple tapi sangat mahal...Muka yang cantik, body dan penampilan yang seksi cuma laku untuk 15 minit yang pertama sahaja, Lepas tu kenalah present personality yang menarik dan jangan sesekali ada "beautiful people sindrom" (BPS) apa mende ni..banyak perempuan cantik mereka fikir dunia ni kat bawah tapak kaki mereka je..orang semua kena bagi perhatian kat mereka...lama kelamaan lelaki akan bosan dan akan angkat kaki tak percaya tanya kat mana-mana lelaki yang straight lah..tapi yang menyedihkan tu ada pompuan yang takat cantik mekap jer pun ada hati nak ada BPS ni lagilah menyedihkan ..lantaklah ko jangan kacau aku dah.SO AKU DAH MALAS NAK SKANDAL THE END

EPISOD BARU

Wow lamanya tak jengah kat blog sendiri, ayik dok baca blog orang lain jer...hheheheh. Its time for me to summarise my kelam kabut life..yes bersediaaaaaaaaaaaa..Banyak cerita ni...episod skandal dah tutup..episod yang masih diteruskan dan juga episod-episod baru:
1) Masalah hutang dan gaji tak cukup yeahhhhhhhhhh ni tapi dah ada kemajuan dalam pengurangan hutang hutang dan azam aku 2010 I will clear all my hutang, mummy next year cek leh stat bagi duit lagi kat mummy Insya Allah kalau umuq cek panjang...rasa dah 4 kali gaji cek tak mintak duit kat mummy..tapi Lid ada gak dok huloq duit kalau cek pi rumah..sayang kat LID aka Daddy I tu..tapi Cek tak mintak tau
2) Masalah bergaduh ngan jiran pasal kucing huhuhuuhuh waaaaaaaaaa hahahah WAR WAR WAR YAH PERANGGGGGGGGGGGGG dan akulah yang jadi the bitchhhhhhhhhh...hahahahhahaha matilah ko..ko kutuk dan fitnah kucing aku lagi, rumah ko kena bom dengan kucing seluruh taman desa baiduri cos aku dah jampi dan seru semangat kucing-kucing kat sini aku kan CAT LADY..silap lah ko carik pasal ngan aku
3) Masalah husband dok sms ngan awek sampai lewat malam aikkkkkkkkkkkk tapi bab ni bukan baru sebenarnya cuma respon aku jer yang baru iaitu ......jeng jeng jeng.............MAK LANSUNG TAK KESAH NOKKKKKKKmesti ada yang tanya abis ko tu tak bersms ngan jantan ker...hehehehe untuk pengetahuan semua...aku dah malas aku dah malas kalau ada yang sms hatta Assalamualaikum dan ketika itu aku dok bergolek sorang-sorang kat atas katil kul 11 am time off day pun aku balas ...suami ada ni...sebab aku malas nak layan padahal suami aku dok membanting tulang merepair bas dan lori kat bengkel DBKL...husband aku ni rajin kerja..tu aku respeklah tapi yang aku bengang SUSAH DAPAT PAYMENT .....emmmm awatlah ketat rezeki laki aku ni...pasal bini dia ni ker....emmmmmmmmmmjahat jahat aku pun aku share gaji aku ngan dia..tau...pendek kata...semualah aku yang keluar belanja tapi aku percaya kalau kalau dia dapat payment dia akan bagi duit kat aku..I believeeeeeeeee i beleiveeeeeeeeeeee
Apa lagi ekkkkkkkk
4) Kawan-kawan kat tempat kerja ramai dah berhenti..sedeh...tapi kalau kalau dapat peluang lagi baik semoga berjaya...my fren I will miss u my frens but I stay here and kerja as kuli heheeheh I nak bayar hutang dulu and tunggu husband jadi tokey besar pas tu I nak dok umah jerrr jaga kucing dan cuba mempregnantkan diri. Yes..tua bukan sebarang tua...kena terus berusaha...
5) Rumah cam kapal karam gak. emmmmm. Aku tak reti nak kemas umah kasi cantik..kat mana aku nak amik kursus..tolong jangan soh aku belajar dari Datin Normala dia sangat garang..takutttttttttttt...tapi ini juga misi aku tahun 2010 untuk mencantikkan rumah flat aku..kenapa dok umah flat itu jer aku mampu tapi bayar cash beb..aku tak der hutang..korang mampu ker...flat pun flat laaaaaa janji ada tempat berteduh kan...hahahah rumah ku syurga ku...tapi semua jiran aku cam menyampah kat aku...emmmm tapi aku pun menyampah kat mereka so kira oklah kan.

Ok cukuplah setakat ni ek...nanti kalau ada mood dan cerita terbaru..aku update lagilah...hiduplah untuk menggembirakan hidup kita sendiri kalau diri sendiri pun kita tak mampu gembirakan eloklah kita berhenti hidup..aku tak retilah nak jadi pompuan jenis nak sedey sedey nangis nangis..meleleh-leleh...hehhehe melalutlah pula....seee yaaaaaaaaa