Selasa, 17 Mac 2009

SEMALAM DI WAD HOSPITAL KAJANG

Sambung cerita pasal patah tangan tu..tapi sebelum tu ada sedikit pembetulan tarikh..15 Jan 2007 dan bukan 2006...
Sampai jer kat emergercy wad kajang tak tunggu lama terus masuk jumpa doktor..Doktor kata patah tu nampak teruk so kena tinggal kat wad untuk pemerhatian..kalau terlampau teruk retaknya kena gi operate..so bertambah lah laju menangis nya..bila dengar kena operate ..tapi dalam2 menangis tu sempat tengok keliling...adalah dua orang yang patah tulang rusuk...fuh ni lagi teruk kes...
Ada sorang tu mat bangla..dia patah tulang rusuk..so doktor panggil nurse...since mat bangla tu nak berak tapi kerana tulang rusuk patah tak boleh nak berak kat toilet...so nurse yang malang tu telah dipanggil oleh tuan doktor untuk "membantu" dia untuk berak dengan mengo...well use your inmagination...so apa lagi walaupun tengah menangis aku sempat tergelak dalam sedu-sedan melihat muka nurse tu yang agak stress..tapi nak buat cam na dah tanggung jawab...kan kan...hehehe
So selepas xray..aku telah dihantar ke bilik simen (tak tau nama apa tapi tempat pasang simen untuk tangan dan anggota lain yang patah)..korang ingat terus simen ke...oh no..no..no...tulang yang terkeluar tu kena masuk kan dulu..so aku telah dibius satu badan ok...lepas tu 3 orang lelaki dua pegang bahu kanan dan kiri sorang yang paling besar sekali pegang tangan aku yang patah tu dan telah menariknya sampai tulang yang terkeluar tu masuk balik...macam mana nak gambar kan apa yang aku rasa walaupun time tu tengah high...
SAKIT YA AMPUNNNNNNNN ADOIIIIIIIII macam tak pengsan tapi tak pengsan....
Lepas tu dia pasang cast untuk support tangan yang patah tu...tak boleh simen terus sebab bengkak..esok baru simen katanya...So aku pon dihantar ker wad pompuan...
Masa sampai kat wad penuh aku diletak higway jer menunggu kosong...masa tu aku masih tak berhenti menangis...hubby aku tinggalkan aku sebab dia kena pergi kerja..tinggallah aku sesorang dan pesakit-pesakit lain..aku pon call mummy ngan lid (ayah)..sempat lagi tu..."Mummy nanti datang bawak mc donald"....
Bila dah petang baru aku dapat katil kat wad...aku tengok keliling...Ya Allah ramainya orang sakit...macam-macam penyakit ada yang teruk tahap koma dan kurus-kering...yang AIDS lah yang paling sedih ...rasa cam kesakitan aku tu apalah sangat bandingkan dengan mereka..insaf lak...terus berhenti nangis..sebab tengok mereka tak menagis pon...
Patang sikit MUMMY ngan LID sampai..dah tu Abang Pudin ngan Kak Ira...kawan-kawan Kak Normah dan En Sakri ni kawan lama masa kerja Takahata ...Abang Firdaus dan Jeremy yang buat marketing sama pun datang...terharu...Mummy tolong mandi and salin salin baju kat toilet rasa cam bebudak lak....yang best mummy bawak mek donald..
Hubby datang kemudian pon bawak lagi mc donald and twisties...pas tu semua balik...aku borring gila...so aku pergi jalan-jalan kat luar wad...balik kat wad...mereka serve dinner...wah best makan lagi....sebelum ni kalau aku pergi melawat orang kat hospital kerajaan semua komplen food tak sedap..tapi aku makan sedap jer...munkin effect ubat bius tu kot..konon.....
Esoknya barulah pasang simen sampai atas siku...kesakitan sangat kena makan pil tahan sakit setiap 4 jam...tapi dengan tangan bersimen aku jalan2 gi cafe ngan kedia serbaneka...heheheh borring aaaa asyik tidur jer..petang tu kul 4 p.m. discharged balik rumah....