Aku ada seorang kawan. Nama dia Fiza tapi aku panggil Pijot. Dia kawan aku kat Bradford. Masa 3rd year aku dok serumah ngan dia. Tapi dia biasiswa MARA aku ngan JPA. Pijot ni tinggi,cantik macam model. Ada satu cerita kelakar yang aku nak "rakamkan" sebelum aku lupa terus..
Pijot ni suka pakai lip balm..lip balm bagi yang tak tahu cam lip gloss aaa nak mengelakkan bibir dari kering dan merekah-rekah. Kat UK, ia satu kemestian sebab cuaca sejuk. Tapi Pijot ni dan lip balmnyer tak boleh dipisahkan. Aku ingat lagi kalau dia kat rumah , dia pakai kain batik ngan baju kemeja. Dah tu pakai stoking. Lip balm dia letak dalam poket baju kemeja dia. 2,3 minit sekali dia keluar botol lip balm dia tonyoh kat bibir dia..bukan tonyoh botol tu, isi dalam botol tu la. Aku dok perati jer perangai dia..datangla satu idea untuk melahakan Si Pijot ni.
Maka suatu hari, Pijot telah tertinggal lip balm nyer atas meja kat ruang tamu. Cepat-cepat aku amik dah tu aku sorok belakang kerusi. Maka dalam 5 minit selepas tu Pijot pun datang mencari lip balm kesayangannya. Sudah semestinyalah dia tak jumpa cos aku dah sorok..."mana lip balm! Mana lip balm aku!" dah nak macam orang meroyan pun ada..dah tu macam menggelabah cam hilang anak pulak..."aaaaaa lip balm aku hilang...aku nak gi beli baru..mana lip balm..."Memang teruk gila keadaan dia cam tu...
Aku dok diam jer kat sofa...takut sebab aku tak bajet dia sampai ke tahap histeria...dok fikir cam na nak buat..kalau mengaku ambil kang kena marah..aku pernah bergaduh ngan dia..dia cekik aku..aku tarik rambut dia guling2 kat lantai..ganas pompuan ni..aku pon...heheehhe..Last sekali aku bangun buat-buat tolong dia cari..last sekali aku pergi kat kerusi yang aku sorok botol lip balm tu..aku angkat kushen.."Ha! ni ada kat sini lah Pijot..jatuh kat belakang kerusi ni...aku amik botol lip balm tu sua kat Pijot dengan muka yang paling innocent..tahap pelakon wanita terbaik...
"Yeh yeh dah jumpa lip balm..dia buka botol tu calit lip balm 2 kg tenyeh kat bibir dia...sikit pun dia tak saspek aku...hehehehe Berjaya aku melahakan Pijot...itu saja kesahnya.