Ahad, 29 April 2012

Dialog Cek Nam di LRT Masjid Jamek

Sebelum Cek Pah bincangkan isu hangat hujung minggu ni iaitu Perhimpunan Bersih 3.0, Cek Pah nak cerita insiden kat LRT Masjid Jamek Jumaat  lepas masa balik kerja. Biasalah hari Jumaat memang sesak termasuk kat LRT nak nak pulak dah ramai yang mula berkumpul  (it seems for the Besih 3.0 Rally scheduled Saturday 28 April 2012). Masa tu dalam pukul 5.30petang. Sampai kat track, satu tren baru jer lepas..so Cek Pah beratur sama-sama orang yang menunggu. Dalam 2=3 minit, satu tren sampai…aleh-aleh yang beratur belakang Cek Pah sudah potong queue. 


Hehhehe sebenarnya salah Cek Pah gak dok berangan maklumlah besok tu gaji..dok plan nak beli baju, tudung, mekap..kerja kat Semua House ni rambang bijik mata tengok kedai-kedai baju, tudung..oops sambung cerita. So Cek Pah ni terkial-kial nak carik ruang nak mencelah balik orang-orang yang berpusu-pusu keluar dan yang nak masuk dalam. Anak ikan yang kat depan Cek Pah dok berdiri keras cam kayu plak..munkin dia cuak sebentar sebab orang ramai..nak keluar..tau-tau punyalah Cek Pah focus nak pi jugak depan nak masuk tren sampai Cek Pah tak sedar yang  Cek Pah boleh dikatakan dok kerabat belakang budak lelaki tu nasib baik dia galas beg…kekkeke..Cek Pah istighfar jap apa yang aku dok buat ni dah lain macam jer..Dan sebab Cek Pah dok push ke depan budak lelaki yang kena kerabat tu berjaya coih masuk dalam tren..pastu teng..teng…teng bunyi amaran …aleh pintu tren pun tutup…Cek Pah dok berdiri betul-betul tepi track nasib baik tren lalu jer tak tergolek ke bawah atas track…nanti jadi cam cerita drag me to hell plak…perangai dan agak setan dah tu…dulu…tapi nak gostan ke belakang pun tak boleh …bahaya..tak de signal reverse sat gi bumper Cek Pah dok pi langgar tut tut lelaki kat belakang…


Tren yang seterusnya tiba..dengan kedudukan Cek Pah yang agak rapat ke pintu agak menghalang orang dalam tren nak keluar..so dok carik ruang-ruang kosong untuk meloloskan tubuh gebu montel ini..supaya tak menghalang laluan..tiba-tiba..jeng..jeng…Cek Pah terdengar suara gadis yang comel (cuba bayangkan suara ngek-ngek cam manja ayu gedik tapi dok bagi sedas kat kita)…ni dia kata…


"TUNGGULAH ORANG KELUAR DULU BARU MASUK!)"…wehhhhhh dia carut mekkkkkssss….kelassss perempuan yang berani mencarut Cek Pah depan-depan (or dalam situasi ini sebelah)….CEK NAMMMMMMM nyeeeee…(Cek Pah sedar dalam kes ini Cek Pah lebih Cek Nam dari mana-mana Cek Nam di alaf bumi ini waktu itu…)…so Cek Pah jawablah…dengan keji dan angkus persis Cek Nam Diva Veteran….

“ Kalau nak tunggu gak…besok pagilah jerlah kita naik teren okkkkkk” ….amacam rasa macam nak pelempang tak Diva Cek Nam ni…

Cek Nam Junior tak give up…uollllsssss dia balas balik…..
“ Habis tu orang lain takleh nak keluar cam ne kita nak masuk???!!!”
Kalau tak kerana Cek Pah dok tengah kerabat naik tren mau gak nak berbalas-balas kata dengan perempuan itu…


Uollssss bayangkanlah…pintu LRT tu luas kot..dalam 4 kaki minimum..Cek Pah tak pandai ukur so agak jerlah..so bila dia kata Cek Pah dok depan pintu tren terus block laluan..adakah kerana dia nak kata Cek Pah montel gebu punya body…selebar 4 kaki olllsssssssssssss???? Cehhhhhhhhh!!!!! Gereeemmmmmmsss!!!!!!!!!!!!


Tapi Cek Pah respect perempuan ini kerana dia berani menegur sikap Cek Pah yang agak tak bertimbang rasa…I have no problem orang nak tegur I tapi gentle right to my face..bukan time isik borang feedback jeeee…So Good For You Girl From LRT Masjid Jamek..U have my full respect for you!!! Kalaulah adik itu tiba-tiba jerlah terbaca entry ini sila hubungi Cek Pah…ok..Cek Pah nak bagi tahu dia yang Cek Pah suka sikap dia yang teramat bereni itewwww….

Sampai ketemu lagi…..


Live Happy,


Live Bravely, 


Live with Passion and Dignity!!!!!