Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah!
Pendirian Politik Cek Liza
Sudah tiba masanya sempena Maal Hijrah 1434, Cek Liza
menetapkan pendirian politik Cek Liza. Semoga Allah berikan kekuatan untuk Cek
Liza teguh dengan pendirian ini disamping menunjukkan jalan yang benar.
Harapan tinggi Cek Liza sempena dengan Tahun Baru ini adalah
terjadinya perubahan positif dalam arena politik Negara. Paling mustahak sekali
semoga perubahan ini berlaku dengan aman dan harmoni dan tidak menyebabkan
pepecahan terutama sekali dikalangan Umat Islam.
Cek Liza tidak taksub dengan mana-mana pemimpin munkin kalau
disuruh pilih Pemimpin peberet Cek Liza akan pilih Tan Sri Khalid Ibrahim sebab
agak puas hati dengan cara dia mempin negeri Selangor dalam empat tahun ini
berbanding dengan kepimpinan terdahulu. Semuanya kerana pencapaian macam mana
kalau tempat kerja kan kita Semua ada KPI..untuk politik pun kena tengok KPI
juga.
Walaupun Cek Liza dah buat pilihan atas kehendak hati sendiri
tapi Cek Liza tidak mahu terlibat dalam aktiviti fitnah, keji mengeji, membuka
aib mana-mana Pemimpin dan pasangan
mereka dari mana mana parti di Malaysia ini. Not my Style!!! Dan Cek Liza tidak
setuju dengan para para penyokong dari kedua belah pihak yang suka mencarut,
memaki…Cek Liza dah pergi banyak website dan page FB dan tanpa menyalahkan
Barisan Nasional…Cek Liza tengok yang dari penyokong mereka banyak menggunakan
kata kata yang melucah…Cek Nam Cek Liza tak suka carut marut caci maki ok…kat
Website PR atau yang menyokong pembangkang pun Cek Liza akan tegur kalau ada
yang tak patut…dekat page BN malaslah nak tegur…Cek Liza tengok ada tengur
dengan elok pun kena maki balik memang kaw kaw kena kondem…
Cek Liza sendiri masa Bersih 3.0 dulu..bila Cek Liza post
kat FB di wall sendiri menyokong agenda bersih…ada mamat penyokong Barisan
Nasional ni suruh Cek Liza
1.
Pergi mampos (Adoiii apa hak dia sebagai manusia
biasa nak suruh manusia lain mampos)
2.
Mangucap (adakah dia menuduh Cek Liza dah kafir)
3.
Pergi sembahyang (Yang ini Cek Liza Terima dan
ucapan Terima kasih sebab mengingatkan)
Sama macam dalam bidang Customer Service…masa kerja kat
Celcom Careline dulu..Kami promote Celcom tapi tidak sekali kali mengutuk
produk dari Maxis atau Digi..so Cek Liza mengguna pakai prinsip yang sama..
Cek Liza masih memandang kepada jasa dan sumbangan dari
Kerajaan sedia ada..Cuma merasakan Malaysia perlu perubahan untuk Check and
Balance…Bayangkan…sekarang mereka yang memegang tampuk kepimpinan kalau berlaku
perubahan menjadi pembangkang pula…bagaimana mereka akan beraksi sebagai
pembangkang…Yang dok jadi pembangkang sekarang pula menjadi Pemimpin bagai mana
peranan dan tindakkan mereka..adakah mereka akan jadi lebih baik atau mengulang
kembali kesilapan yang sama seperti kerajaan sekarang? Cek Liza yakin
sesiapapun memerintah tidak mebiarkan Malaysia terlungkup..(kan ramai dok kata
kalau PR ambil alih pemerintahan Malaysia akan jahanam)..
Cek Liza melihat kepada situasi di negeri yang diperintah
pembangkang dan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai (kita kena Adill…mereka
baru memerintah 4 tahun kecuali Kelantan).
Apa pula peranan sebagai penyokong parti…
Dikalangan rakan-rakan Cek Liza yakin, dari 10 orang, 6
menyokong BN, 4 menyokong PR dari 4 yang menyokong PR munkin hanya 1 atau 2
yang berani declare yang 2 lagi takut kena kondem..kerana masyakat kita
terutama orang melayu sinonim dengan budaya mengondem kalau pemahaman orang
lain tak kena dengan pemahaman dia…
Bagi Cek Liza pula biarlah setiap dari kita BEBAS memilih
arah perjuangan politik kita...Cek Liza sendiri tidak berminat nak pancing
orang untuk memilih PR…sebab akibatnya tu…sanggup ke dicaci dimaki kerana
memilih untuk menyokong pembangkang…??
Tapi kalau mereka itu benar benar menyokong perjuangan Barisan Nasional…tak ada
masalah bagi Cek Liza..tepuk dada tanyalah selera..
Kebebesan Beragama
Bagi Cek Liza apabila kita dalam dalam Islam tidak pernah
ada paksaan.
Tidak ada paksaan dalam agama
(Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur)".(Baqarah: 256)
Kebebasan Beragama Bagi Cek Liza adalah:
1.
Kita yang membuat keputusan dalam sedar (conscious
decision) untuk terus kekal dalam beragama Islam kerana kita yakin inilah Agama
yang terbaik untuk kita bukan kerana kita dipaksa atau terpaksa jadi Islam
kerana ini agama warisan kita..
2.
Mereka yang statusnya Islam dalam IC adalah
pengganut Islam yang tulin sekurang-kurangnya dalam akidah mereka dan bukan
hanya pada nama
3.
Mereka yang bukan beragama Islam bebas memilih
untuk convert ke Islam dengan ikhlas memilih Islam tanpa rasa “Alahhh sebab nak
kawin so Terrrrrrpaaakkkkksssaaaa masuk Islam”..lepas tu pasangan mereka pun
tak berusaha untuk mendidik yang para-para mualaf ni yang kemungkinan tidak
menerima Islam pun..itu yang kita dengar ada orang Islam yang memakan khinzir..tak
percaya cuba google…..apalah gunanya orang-orang ini dikekalkan dalam agama
Islam kalau sudah ada usaha mentarbiah mereka..tapi mereka tidak mahu menerima
Islam. Mereka inilah yang membusukkan nama Agama Suci Kita…biar mereka
terang-terang jadi kapir…so at least kita paham pendirian mereka menolak Islam
Bagaimana pula dengan yang dilahirkan Islam ingin
meninggalkan agama Islam?
Dan (bukanlah tanggungjawabmu
wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu
menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah
engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan
tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya
mereka menjadi orang-orang yang beriman?" (Yunus:99).
Cek Liza tak berani nak komen..sebenarnya
mesti kena kondem…Cek Liza tak suka, tak sokong pun orang yang nak murtad atau
sudah murtad. Tapi kalau dia yang nak sangat keluar dari Agama Islam…setelah
kita nasihat pun tak boleh diterima..apakah perlu kita halang dia?? Again kalau
menurut ayat diatas kalau itu pilihan dia, kita tak boleh paksa.
Sebagai penutup tidak ada istilah menyokong
kebebasan beragama kerana ianya memang telah termaktub dalam Agama Islam.
Sekian..
Dan akhir sekali…..Yang baik itu dari
Allah..yang buruk dari Cek Liza sendiri..
Assalamualaikum…
Live Happy!!!