Rabu, 1 Februari 2012

Aku Istdikari part 2

Kalau ditakdirkan menjadi Istdikari ni sila ikuti panduan di bawah:

1) Pastikan ada kerja...walau suami mampu if possible dan diizinkan suami, jangan berhenti kerja..kalau dah memang housewife buat kerja kat umah yang boleh mendatangkan income..
2) Simpan duit sendiri....Kalaupun berkongsi perbelanjaan harian dengan suami...simpan sedikit untuk diri sendiri dalam akaun sendiri dan kad bank simpan sendiri..Yelah percaya suami, kad bank pun bagi suami pegang..aleh-aleh bila nak keluar duit dah tinggal 30sen jer dalam akaun padan muka!
3) Beli kereta sendiri ..(motor atau basikal tak berapa safety)..at least a Kancil..ni aku tak faham ada lagi perempuan zaman sekarang yang tak reti bawak kereta...pleaseeeeeeeelah...buat malu kaum jer...
4) Kereta tu biar sederhana dan tak menonjol sangat..tak yahlah nak pasang  langsir..mekap cantik-cantik , sangat..kita nak elak perhatian orang lain...Ini penting luar tak cantik tak de hal, make sure engin semua ok , bawak pergi servis selalu, cek tayar., bateri, .cek air atau apa2 yang berkaitan. Kalau boleh biar servis kat bengkel yang kita biasa...Bagi perempuan yang tak biasa pergi bengkel servis kereta, maklumlah panas kotor, jangan nak poyo ok! Ni pun penting, kenal pasti kawan-kawan yang boleh diharap untuk bantu kalau kereta kita ada masalah. Yang paling biasa bateri kong...In my case my fren ada adik lelaki comel sangat gebu macam kueh pau yang pandai repair kereta...bengang kakak dia (yang muda banyak dari aku)  bila aku pun panggil dia kakak..kakak...
5) Kalau driving atau berjalan sendiri, cari jalan yang ramai orang. Peka dengan persekitaran especially tempat  parking..Kalau boleh parking kat kawasan terbuka..elak basement parking..kalau orang jahat kejar tak boleh nak lari mana-mana sangat..Kalau berjalan pegang kunci kereta..kalau kena serang guna kunci cucuk bijik mata orang jahat tu. Macam aku adalah adik angkat aku lelaki gak (baru kahwin last year). Dia ni pandai silat so dia ajar aku pergerakan yang asas macam mana nak elak serangan orang dan attack balik..masa tu dia baru umur 18 tahun (10 tahun sudah)..aku ingat lagi sampai sekarang apa dia ajar...Ingat kalau naik pangkat AMIN...nak masuk  kelas kick boxing..kononnnnnnnnn  kena tumbuk muka sekali ..baru tahu...
6) Jaga aspek kesihatan..beli insuran sendiri, ambil medical card...kalau sakit kena wad boleh pergi sepital swasta..
7) Kena kuatkan fizikal cam aku berapa kilo aku kena angkat tadi (baca entry sebelum ini)..naik tangga lagi..kalau lembik-lembik emmmm tak payahlah...
8) Kena kuatkan mental...tak payahlah nak sedih-sedih sangat..ini asal gaduh ngan laki ambil unpaid leave..kalau sehari dua oklah...ni dekat 20 hari...tak faham aku !!!! Cuba fikir kita ada masalah rumah tangga, kalau kerja pun bermasalah madsudnya masalah kita dah bertambah...so..apa pekdahnya...
9) Jangan malu nak makan sorang-sorang kat warung atau restoran walaupun orang lain munkin pandang kita pelik semacam..ingat bukan dia yang bagi kita makan pun...Kalau malu gak masak, makanlah kat umah kau sorang....
10) Jaga aspek kecantikan dan penampilan ...supaya kita rasa selesa dan sayang ngan diri kita sendiri...

Setakat ini sahaja...Hidup gembira dan bersemangat!!!! Live happy!

Aku ..Istdikari..(Isteri yang berdikari)

Ni pukul 4.13 pagi. Baru sampai rumah 45 minit yang lepas..mesti ada yang ingat aku pergi berpoya-poya bersama kawan-kawan..oh tidak not tonite...pukul 12.30 malam bertolak dari rumah parents kat Kelana Jaya balik Cheras (driving sorang-sorang)..dah nak sampai rumah teringat makanan kucing dah habis..so singgah kat kedai KK. Hampeh makanan kucing yang kering bjik-bijik dah habis tinggal dalam tin jer. kucing mana pelahap sangat sampai habis.adoi...so patah balik cari kedai KK yang lain pulak adalah dalam 10km dekat tak dekat..nasib baik kat kedai tu ada banyak so borong dua bungkus 1.5 kg, beli sabun, softener...(aduh masaklah nak memanjat tangga condo-flat aku tu..dengan nak galas beg berisi lap top kesayangan aku yang berat 20kg tu)..Dah nak balik dah ni...teringat beg lap top dah rabak lagi baru guna dua minggu...so drive lagi menuju ke Downtown Cheras..minyak baby habis pulak ..so singgah isi minyak..aaaarrrr nak beli beg duit tak cukup plak..pergi isi minyak RM50 terus..(malas nak carry cash banyak konon)...so singgah pulak kat Cimbi (sebutan manja gediks untuk bank CIMB)..masa tu dah kat jam 2 pagi gaklah...risau nak keluar duit time cam ni..area Connaught banyak Mat2 Afreika..masa kat stesen minyak pun sampai 3 bijik kereta sekali masuk isi minyak pastu dok sengeh-sengeh kat aku...sedeyyyyyyyy..Masa nak keluar kereta nak masuk bank pown usha dulu kot-kot ada kelibat manusia yang mencurigakan. Cepat-cepat masuk Cimbi, keluar duit masuk kereta terus blah! Drive lagi....sampai DT (Down town)..jalan-jalan cari kedai beg kat mana pulak ari tu cepat je jumpa..dah beli beg....so drive balik Cheras..lapar pulak...singgah kat Mek Donel  drive thru sajo...beli 2 bijik burger ala-carte sekali bekfas esok punya tak yah susah nak cari bekfas lagi pagi nanti..pastu barulah balik sampai kat DB (Desa Baiduri) kul 3.30 pagi...angkut segala benda kerabat tangga... 2 tingkat. Dah sampai rumah kena bagi makan kucin..buang  bobo shi shi dia...nilah barulah boleh rehat..Nak kata letih penat pun sampai tak terkata..
Menjadi isteri berdikari ni semua benda kena buat sendiri. Usahlah berangan nak bermanja ngan husband..nak berambil berhantar..Kalau tak gheti nak hidup berikari susahlahkan..Dalam kes aku ni , aku anggap dah tersurat perjalanan rumahtangga aku semacam ini..tak salahkan suami pun..Aku yakin ramai lagi wanita-wanita senasib dengan aku. So aku nak bagi beberapa tips dan juga langkah-langkah keselamatan. Aku sambung dalam entry seterusnya...

Live happy, live life with passion...
Hidup gembira dalam keghairahan ...cam salah jer hidup gembira dan  bersemangat (baru betul Ngok!!!)