Sabtu, 17 Disember 2011

Blog aku dan Blog Orang (My Blog and other people's Blogs)

Jarang sangat ada masa nak blog walking, kalau ada yang datang melawat kat sini dan "shout" (tinggal mesej kat shout mix @Jom Borak) barulah aku berkunjung ke blog mereka. Berbesar hati aku sebab mereka sudi datang melawat blog aku yang Haroo-Beeroo ini. Banyak blog yang memang menekankan supaya ramai orang datang visit munkin sebab mereka ada iklan2 so maybe ada pendapatan kat situ. Tapi blog aku ni diwujudkan supaya aku ada ruang untuk aku luahkan semua perasaan yang aku rasa especially yang negatif. Lagipun kandungan blog aku ni agak kasar takut yerlah orang-orang kat Malaysia ni kan terkenal sopan-santun takut ramai yang tak leh terima "kejujuran" dan "keterbukaan" aku nanti tersinggung pulak tu sebab aku siap-siap letak warning adult content hahaha mesti ada yang ingat ada kelucahan melampau sebenarnya nak mengelakkan mereka yang sopan santun "tersesat" kat sini, itu sahaja.
Berbalik kepada kisah blog orang, memang bermacam-macam cerita dan pandangan. Aku ni jenis the very-very-very open-minded so semua benda pown macam aku tak kesah sangat. Yang alim, yang lurus, yang bengkok, dua alam..semua aku ok jer. Bagi bagi aku kita semua tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Tu sebab kadang-kadang takut nak kongsi pendapat dan pandangan takut menyinggung perasaan dan sensitiviti rakyat Malaysia. Kang ada pulak yang halau aku dari Malaysia abih dah pelik sangat perangai. Prinsip hidup aku, semua orang berhak mempunyai pendapat. Kalau mereka luahkan di blog sendiri dan bukan menyemak di blog orang lain, aku rasa tak ada masalah. Sebab itu ruang dia. Tapi semua kena ingat "berani buat , beranilah menanggung" risiko dikecam dan dihamun. Jadi aku memang tak mempromosikan blog aku neh..sebab bukan ada bisness apa-apa pun. Tapi sesiapa pun dialu-alukan untuk datang melawat dan berkongsi suka-duka aku.....

I don't really advertise my blog cos I'm not getting any income for adverts or whatever. I am merely just using this blog to express my feelings. Especially to thrash out all the negativities from my system. I am very open-minded and I'm ok with any religious beliefs, sexual orientation, weirdness and strange hobbies. Knowing that I think differently from other people in my country especially and so that why I am afraid that my views might offend other people so mostly I'm keeping them to myself.  


Live Happy!