Rabu, 11 Mac 2009

NOSTALGIA-JATUH LONGKANG

Nak cerita satu peristiwa penting dalam hidup aku. Pada 15 Jan 2006, masa nak pergi kerja awal-awal subuh dalam 6.30, aku dengan perasaan riang gembira melangkah dengan penuh yakin nak pergi kerja. Masa tu buat marketing untuk DIGI Youth Postpaid. Dan kerana target market adalah student dan kami perlu untuk menyelinap masuk ke hostel UPM, aku pun memakai baju kurung. Rasa macam lawa sangat lah ni..
Dan nak sampai kat kereta, aku dengan perasaan berbunga-bunga lalalalla ...sekali (macam-mana nak buat sound effect tak gheti)...aku telah terlangkah masuk ke dalam longkang 3 kaki sebelah keta aku...maka bergolek-goleklah aku kedalam longkang itu dan ketika tangan kanan aku menghentam dinding longkang yang tak ada air tapi penuh ngan flora ala-ala lalang dan daun-daun kering...aku terdengar bunyi prakkkk...cuba teka bunyi apa?....ranting patah...banyaklah ...tu bunyi tulang pergelangan aku retak tau....huhuhuh...
Dalam beberapa saat..aku berbaring dalam longkang yang "indah" itu memikirkan apa yang telah berlaku...sekali aku rasa kesakitan yang amat sangat kat tangan aku...aku raba-raba kat tangan kanan aku terasa tulang pergelangan dah senget tapi taklah sampai menebusi kulit...maka dengan itu berlinanglah air mata aku...huhuhu dan memikirkan perasaan malu yang amat sangat aku berusaha keras menahan diri dari meraung kesakitan...
Dalam kegelapan subuh yang bening, maka aku dengan bersusah-payah mengumpulkan barang-barang aku yang berselerak dalam longkang itu masukkan balik dalam beg dan mencampakkan keluar beg aku..maka aku pun bersusah-payang dengan sebelah tangan memanjat keluar dari longkang itu tanpa menjerit meminta pertolongan kerana malu...bab memanjat aku memang terrer sejak dari kecik lagi....
Sesudah keluar, aku duduk kat tepi jalan di sebalik kereta dalam 5 minint jugaklah mengangis kesakitan..aku pun capai hp..dial kat hubby...bila dengar suara dia..cool jer aku cakap "Bang ayang jatuh longkang..rasanya tangan patah".....dan ini jawapan dari dia.."tangan patah...ok abang balik..." .........
Dalam sepuluh minit hubby yang dah keluar pergi kerja lagi awal dari aku...pun sampai..Dia bawa aku pergi emergency ward Hospital Kajang...dan sepanjang jalan..hubby diam jer...dan aku lak....menangis dan menangis...kerana aku ni memang jenis tak tahan sakit....next episode....
SEMALAM DI WAD HOSPITAL KAJANG....till then New Love...New Life.