Khamis, 29 Mac 2012
Penjelasan Isu Cik Nam Puaka Hari Tu..
Penjelasan serta kupasan. Kenapa masa akak buat post ni marah, merentan, meroyan sakan:
1) Akak betul-betul gembira dan bangga untuk si Pompuan ni atas kejayaan dia..sebelum Akak dapat tahu pasal peer feedback ni (maklum balas rakan-rakan), kami dok bergurau bergelak sakan...sikit pun sekelumitpun tak de rasa hasad dengki...dah rezeki dia dan juga rakan-rakan yang lain!
2) Masa tempoh buat projek tu kalau ada gaduh-gaduh mulut tu Akak siap minta maaf kalau cara Akak tu terlalu kasar untuk dia yang nampak seperti seorang perempuan sopan santun bukan macam Akak yang speaker pecah ni. Akak tanya dia kita ni ok..jawapan dia ok, ok no problem..semua ok...
3) Kalau pun tak ok kenapa tak bawak bincang elok-elok..kalau dia tak puas hati kalau pun dia nak isi feedback macam tu, share dengan Akak dulu masalah ni semua..boleh diusahakan untuk penyelesaian.Ini dah habis projek baru Akak tahu sebab dapat dapat hitam-putih dan semua pun (7 orang) dok bincang siapa yang bagi feedback pasal siapa..terketaq dia habaq dia yang mengeji panjang-lebaq tu.
4) Pendek kata apa yang dia buat tu seperti cuba memasukkan pasir dalam periuk nasi Akak dengan cara menikam dari belakang (Back stabbing)..Nasib baik dia pas..kalau fail silap-silap (ini tekaan bukan tuduhan) dia boleh salahkan Akak terus..Akak percaya dia 100%, sentiasa jujur dengan dia..memang dia banyak buat kerja tapi all over de place gak..semua benda pun nak buat..Akak support dia..dan tak pernah bagi feedback yang teruk pasal dia bukan sebab dia tu sempurna tapi sebab Akak terima semua yang baik dan buruk pasal dia. Lagipun kita dah decide bersama apa yang perlu dibuat salah atau betul dua-dua tanggungjawab.
5) Sikap bermuka-muka yang paling Akak tak suka...sebab terlalu berbeza dengan niat dia yang sebenar konon-konon nak tell de truth. Akak siap bagi tahu dia kalau orang lain pegang integrity paling penting, Akak lebih tekankan transparency tak suka hidden agenda...dengan Akak what u see is what u get...jujur dan terbuka...kalau kita betul-betul ikhlas tak adalah kita sanggup buat kawan kita macam ini sekali... kawan jenis apa macam ni...
Dengar cerita dia dah baca posting ari tu...dan kononnya sangat sedih sampai tak boleh tidur malam kenapa Akak sangup caci dia habis-habis..Yang best tu dia rasa dia tak buat salah...Dek Non Puaka, munkin dari segi undang-undang memanglah tak salah...tapi kepercayaan (trust) adalah segalanya bagi Akak..kalau kau menunjukkan potensi menikam orang dari belakang last sekali sapa nak percaya kau lagi??? Kau buat kerja sorang-sorang ker. nanti..dalam kumpulan kan..Buat perangai macam ni sapa nak defend kau bila-bila masa yang kau suka kau boleh kenakan orang...Fikirkanlah...
Akak dah luahkan kat sini , tak rasa marah pun lagi tapi sampai bila-bila Akak tak boleh terima dia sebagai kawan lagi....nak gaduh tu taklah..melainkan dia cari pasal dengan Akak dulu....
Hidup tetap diteruskan...!!! Perjuangan masih panjang lagi...
Live Happy..but need to be careful with other people especially if they are super nice to you...drama, drama and drama.....only..good friend agree to disagree and will always tell us directly if they have any issues with us....
Langgan:
Catatan (Atom)