Rabu, 3 Julai 2013

Teduhan Kasih versi Cek Liza (Surviving Divorce 101)

Dapat call dari seorang sahabat perempuan yang menceritakan keruntuhan rumahtangga dia. Sebelum tu pun ada seorang lagi sahabat juga diambang penceraian.  Sebab diri sendiri pernah melalui semua ni jadi rasa sedih untuk mereka dan mana mana perempuan yang mengalami nasib serupa. Bukan nak menggalakkan penceraian untuk sesiapa . Cuma sekiranya inilah satu satu jalan terbaik dan yang terakhir setelah semua jalan lain menemui kebuntuan, dapatlah Cek Liza memberi sedikit nasihat dan panduan supaya adik-adik dan kakak-kakak  dapat melalui proses perpisahan dan penceraian dengan lebih tenang tanpa kehilangan harga diri kita sebagai seorang wanita.

Redha

Pertama sekali kita kena redha dan menerima semua dugaan ini sebagai ketentuan dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah yang lebih mengetahui. Kalau tak redha hati tak akan tenang sampai bila-bila. Redha juga akan memberikan kita kekuatan dalaman untuk kita hadapi hari-hari yang getir. Walaupun penceraian sesuatu yang pahit, jadikan ia sebab untuk kita lebih dekat dengan Allah!

Jaga Emosi

Sabar dan tenang. Jangan ikut perasaan sedih, dendam dan susah hati terus-terusan. Divorce ni bagi pendapat Cek Liza adalah ujian paling besar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi kalau dia sendiri tak rela diceraikan. Bayangkan bila menghadiri perkahwinan rakan-rakan sedangkan perkahwinan kita sendiri hancur. Baca status orang kat FB happy happy ada husband and anak-anak. Kita yang tak ada husband..bagaimana?…Lagi sekali kena redha, banyak bersabar dan mesti kawal emosi tak mau meroyan, histeria dan menyebut nak bunuh diri segala!!!! Istighfar banyak-banyak! Masih banyak lagi sebab kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada…dari menanggisi apa yang kita hilang. Tak perlu rasa rendah diri kerana penceraian boleh berlaku pada sesiapa.anak raja pun boleh bercerai..artis-artis popular cun melecun pun bercerai..apatah lagi kita perempuan-perempuan biasa ni.

Jaga Kesihatan

Bila kita bersedih, mana ada selera nak makan..makan minum sendiri terabai..Lepas tu sakit. Ingatlah lepas menjadi solo kembali kita kena berdikari. Perlu tenaga dan kesihatan yang baik. Nak bersusah hati ini pun memerlukan tenaga yang banyak.

 Jaga Punca Rezeki

Bila berlaku penceraian wanita ni terlalu emosi sampai tak boleh kerja. Ambiklah EL 2 atau 3 hari or kalau terlalu tekanan ambil seminggu cuti rehatlah dan menangislah  puas-puas. Habis cuti, cekalkan hati, kuatkan semangat datang kerja dan kerjalah bersungguh-sungguh. Percayalah kerja boleh jadi terapi minda untuk melupakan kesedihan. Jangan sesekali membiarkan masalah peribadi menghancurkan kerjaya kita. Inilah masa sebagai wanita kita buktikan kita boleh berjaya walapun menghadapi krisis hidup yang sangat hebat!

Berdikari

Dah solo ni semua urusan kena buat sendiri. Bawa kereta pergi service, tukar tayar. . Urusan Mahkamah Syariah lepas dah bercerai pun kena buat sendiri. Semak harta pencarian. Jangan bila bercerai anda keluar sehelai sepinggang..

Jangan Jadi Pengemis Cinta

Ini sebenarnya pendapat peribadi saya sendiri. Sama sekali tidak memaksa wanita lain untuk memilih jalan yang sama. Bagi Cek Liza kalau seorang wanita itu diabaikan suami, dipukul, didua atau tigakan dan tak diberikan nafkah (ini secara umum bukan semua ini berlaku dalam kisah Cek Liza sendiri)..kemudian diceraikan..lepaskanlah suami itu dan terima penceraian itu. Kita wanita ada harga diri. Walau apa sekali kekurangan kita..tiada wanita layak menerima nasib seperti ini…Cek Liza tahu ada wanita yang sanggup ditipu, dipukul dan ditengking oleh suami asalkan jangan diceraikan..Dia rasa dia boleh mengubah suami dia..Dik..kita ni manusia. Kita tak ada kekuatan mengubah sesiapapun. Allah sahaja yang boleh mengubah sesiapa yang dikehendakinya. Kalau nak juga pertahankan rumahtangga, jadi kena doa pada Allah. Selain dari itu, fikir sendiri apa yang terbaik untuk diri kita..


Sekian..semoga kita yang diduga diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi cabaran hidup kita. Akhir kata..

Live Happy!!!