Rabu, 25 Mac 2009

PIJOT DAN LIP BALM NYER

Aku ada seorang kawan. Nama dia Fiza tapi aku panggil Pijot. Dia kawan aku kat Bradford. Masa 3rd year aku dok serumah ngan dia. Tapi dia biasiswa MARA aku ngan JPA. Pijot ni tinggi,cantik macam model. Ada satu cerita kelakar yang aku nak "rakamkan" sebelum aku lupa terus..

Pijot ni suka pakai lip balm..lip balm bagi yang tak tahu cam lip gloss aaa nak mengelakkan bibir dari kering dan merekah-rekah. Kat UK, ia satu kemestian sebab cuaca sejuk. Tapi Pijot ni dan lip balmnyer tak boleh dipisahkan. Aku ingat lagi kalau dia kat rumah , dia pakai kain batik ngan baju kemeja. Dah tu pakai stoking. Lip balm dia letak dalam poket baju kemeja dia. 2,3 minit sekali dia keluar botol lip balm dia tonyoh kat bibir dia..bukan tonyoh botol tu, isi dalam botol tu la. Aku dok perati jer perangai dia..datangla satu idea untuk melahakan Si Pijot ni.

Maka suatu hari, Pijot telah tertinggal lip balm nyer atas meja kat ruang tamu. Cepat-cepat aku amik dah tu aku sorok belakang kerusi. Maka dalam 5 minit selepas tu Pijot pun datang mencari lip balm kesayangannya. Sudah semestinyalah dia tak jumpa cos aku dah sorok..."mana lip balm! Mana lip balm aku!" dah nak macam orang meroyan pun ada..dah tu macam menggelabah cam hilang anak pulak..."aaaaaa lip balm aku hilang...aku nak gi beli baru..mana lip balm..."Memang teruk gila keadaan dia cam tu...

Aku dok diam jer kat sofa...takut sebab aku tak bajet dia sampai ke tahap histeria...dok fikir cam na nak buat..kalau mengaku ambil kang kena marah..aku pernah bergaduh ngan dia..dia cekik aku..aku tarik rambut dia guling2 kat lantai..ganas pompuan ni..aku pon...heheehhe..Last sekali aku bangun buat-buat tolong dia cari..last sekali aku pergi kat kerusi yang aku sorok botol lip balm tu..aku angkat kushen.."Ha! ni ada kat sini lah Pijot..jatuh kat belakang kerusi ni...aku amik botol lip balm tu sua kat Pijot dengan muka yang paling innocent..tahap pelakon wanita terbaik...

"Yeh yeh dah jumpa lip balm..dia buka botol tu calit lip balm 2 kg tenyeh kat bibir dia...sikit pun dia tak saspek aku...hehehehe Berjaya aku melahakan Pijot...itu saja kesahnya.

Isnin, 23 Mac 2009

SEMALAM TENGOK CERITA POCONG

Semalam aku tengok cerita pocong kat you tube...takut. Aku memang favourite cerita-cerita cam ni. Tapi lepas tu dahla balik kul 1.15 a.m. ...dah rasa seram sejuk..kereta parking kat car park kat luar tu..hari tu kan dah nampak...tenggek atas pokok ...huhuhuhuhuh tapi yang kelakar tu ada la sorang member S bukan nama sebenar..dok mengusik..aku sat gi kalau balik jangan tegur lah..jangan tengok belakanglah..tak per...sekali aku sergah dia "hah!" ...melompat mamat tu terkejut....hahahahahha sapa yang terkena.....sebelum balik aku tengok takeshi castle dulu...bagi gelak-gelak lawak-lawak hilang rasa takut dan seram...masa balik nasib baik ada yang teman sampai kat parking....itu sajo.....bila fikir-fikirkan mana ada manusia yang mati dikerjakan pocong...yang jahat tu manusia jugak..manusialah mahluk yang paling ganas...dan kejam...kan kan....

Jumaat, 20 Mac 2009

ENGLAND oh ENGLAND

Aku dulu study kat England..tak de apa nak dibanggakan pun sebab aku tak nak pergi sebenarnya, tapi Mummy ngan Lid paksa gak aku study overseas..tapi England memang best gila. Kalau korang boleh pilih untuk tinggal kat negara lain pergilah dok kat England.

Aku belajar kat University of Bradford. Lebih kurang 200km utara dari London. Naik Plane 13 jam direct sampai Heathrow. Tapi lepak dulu kat Malaysia Hall 2 malam. 1st night jalan2 kat Oxford Street aleh-aleh angkat kepala tengok satu bangunan ni ..tulis "LIONS DEN SOHO". Kalau siapa yang tak tahu SOHO ni cam Lorong Haji Taib kat KL ni..kira red district area...bersepah Tiger Show..time tu innocent gila ingatkan Tiger Show ni pertunjukkan Sarkis hahahaah. Jenuh mat salleh tu dok explain amende. Kalau pompuan boleh masuk FOC..eeee tak nak aku...

Sekali tengok kat kat satu stall ada stall jual majalah sekali ada majalah playgirl...aku ngan Dina (kawan karib) beli satu..bukan apa perasaan ingin tahu...kita orang buka satu2 muka surat kekekekekkek gelak tak ghairah pon kelakar ada laaaa. kat Soho tu banyak kedai jual SEX TOYS...masuk kita orang buat bodoh masuk sajo...macam2 ada...hehehe kita orang gelak jer mat salleh yang dok shopping senyum jer

Pergi Bradford naik train Intercity laju woooooo 200km/sejam 2 jam dah sampai Bradford. Bradford ni letak kat daerah Yorkshire kawasan berbukit-bukau...banyak kambing..dan juga kambing pendek..bosar-bosar aku ingat lembu apahal buruk bonar lembu2 kat England ni sekali Ba...Kalau kau orang nak tahu Yorkshire ni cam cerita Lord Of The Ring yang tempat tinggal Frodo/Hobbits tu.Very beautiful, I love Bradford..nanti sambung lagi

AKU YANG LEMAH SEMANGAT

Satu hobi aku dari kecik suka tengok cerita hantu. Tapi aku bukannya seorang yang berani malah boleh dikatakan aku ni lemah semangat. Lepas tengok cerita hantu mulalah takut nak pergi toilet, tidur buka lampu, jenuh mummy membebel..."haa tengok lagi cerita hantu! Lepas tu penakut"..

Kenapa aku jadi obses tapi lemah semangat...ni ceritanya...Masa tu aku darjah dua, kami sekeluarga balik kampung sebab Wan (panggilan untuk Atuk Lelaki) sakit tenat...dan aku adalah cucu kesayangan Wan yang merupakan ayah kepada Ibu (my real mother)..Masa kami sampai di Perlis sempat melawat WAN tapi kesian dia dah tenat sangat dan tak kenal aku lagi.

Esoknya subuh-subuh dapat berita Wan dah menghembuskan nafas yang terakhir sob..sob Masa tu hari Khamis..masa hari pengebumian..aku dok tengok sanak sedara menguruskan jenazah..dan ini the first time aku tengok mayat dikafankan.aku rasa macam seram pon ada..munkin terkena badi kot..kita kecik tak pandai nak bagi tau kalau ada apa2 yang tak kena.

Diteruskan cerita, esoknya hari Jumaat dan masa tu malamnya ada cerita Indonesia tajuknya..
SYAITAN PERKUBURAN..korang tau tak cerita ni..cerita ni pasal hantu Pochong...dan sudah semestinya aku tengok sampai habis..aku dok teringat pasal time tok wan aku dikafankan dengan poc tu macam samalah pulak..takutttttttt!!!
Malam tu sampai menggigau..Poc..Poc...takut punya pasal..

Bila makcik aku dan pakcik aku (mereka ni pon masa ni teenagers lagi) tau yang aku takut hantu Poc..dia orang lagi giat dok mengusik aku. Time tu pulak rumah kecik (toilet daaaa) kat luar rumah..sekali tu aku gi bobo...aku bukak je pintu..terpacak hantu poc kat pintu jamban tu aku punya menjerit...HANTU!!!! Pas tu aku dengar suara gelak-gelak..rupanya AMI ANG (AMI tu uncle) ngan BICIK (Auntie) bungkus bantal peluk ngan telekung pastu siap ikat jambul kat atas sebijik macam pocong....Aku menjerit histeria terus..maka dari itu aku jadilah lemah semangat...tapi hobi tengok cerita hantu tetap menjadi favourite aku...

Sekian..nanti aku cerita koleksi cerita seram ala-misteri nusantara kisah benar yang pernah aku lalui..

Selasa, 17 Mac 2009

SEMALAM DI WAD HOSPITAL KAJANG

Sambung cerita pasal patah tangan tu..tapi sebelum tu ada sedikit pembetulan tarikh..15 Jan 2007 dan bukan 2006...
Sampai jer kat emergercy wad kajang tak tunggu lama terus masuk jumpa doktor..Doktor kata patah tu nampak teruk so kena tinggal kat wad untuk pemerhatian..kalau terlampau teruk retaknya kena gi operate..so bertambah lah laju menangis nya..bila dengar kena operate ..tapi dalam2 menangis tu sempat tengok keliling...adalah dua orang yang patah tulang rusuk...fuh ni lagi teruk kes...
Ada sorang tu mat bangla..dia patah tulang rusuk..so doktor panggil nurse...since mat bangla tu nak berak tapi kerana tulang rusuk patah tak boleh nak berak kat toilet...so nurse yang malang tu telah dipanggil oleh tuan doktor untuk "membantu" dia untuk berak dengan mengo...well use your inmagination...so apa lagi walaupun tengah menangis aku sempat tergelak dalam sedu-sedan melihat muka nurse tu yang agak stress..tapi nak buat cam na dah tanggung jawab...kan kan...hehehe
So selepas xray..aku telah dihantar ke bilik simen (tak tau nama apa tapi tempat pasang simen untuk tangan dan anggota lain yang patah)..korang ingat terus simen ke...oh no..no..no...tulang yang terkeluar tu kena masuk kan dulu..so aku telah dibius satu badan ok...lepas tu 3 orang lelaki dua pegang bahu kanan dan kiri sorang yang paling besar sekali pegang tangan aku yang patah tu dan telah menariknya sampai tulang yang terkeluar tu masuk balik...macam mana nak gambar kan apa yang aku rasa walaupun time tu tengah high...
SAKIT YA AMPUNNNNNNNN ADOIIIIIIIII macam tak pengsan tapi tak pengsan....
Lepas tu dia pasang cast untuk support tangan yang patah tu...tak boleh simen terus sebab bengkak..esok baru simen katanya...So aku pon dihantar ker wad pompuan...
Masa sampai kat wad penuh aku diletak higway jer menunggu kosong...masa tu aku masih tak berhenti menangis...hubby aku tinggalkan aku sebab dia kena pergi kerja..tinggallah aku sesorang dan pesakit-pesakit lain..aku pon call mummy ngan lid (ayah)..sempat lagi tu..."Mummy nanti datang bawak mc donald"....
Bila dah petang baru aku dapat katil kat wad...aku tengok keliling...Ya Allah ramainya orang sakit...macam-macam penyakit ada yang teruk tahap koma dan kurus-kering...yang AIDS lah yang paling sedih ...rasa cam kesakitan aku tu apalah sangat bandingkan dengan mereka..insaf lak...terus berhenti nangis..sebab tengok mereka tak menagis pon...
Patang sikit MUMMY ngan LID sampai..dah tu Abang Pudin ngan Kak Ira...kawan-kawan Kak Normah dan En Sakri ni kawan lama masa kerja Takahata ...Abang Firdaus dan Jeremy yang buat marketing sama pun datang...terharu...Mummy tolong mandi and salin salin baju kat toilet rasa cam bebudak lak....yang best mummy bawak mek donald..
Hubby datang kemudian pon bawak lagi mc donald and twisties...pas tu semua balik...aku borring gila...so aku pergi jalan-jalan kat luar wad...balik kat wad...mereka serve dinner...wah best makan lagi....sebelum ni kalau aku pergi melawat orang kat hospital kerajaan semua komplen food tak sedap..tapi aku makan sedap jer...munkin effect ubat bius tu kot..konon.....
Esoknya barulah pasang simen sampai atas siku...kesakitan sangat kena makan pil tahan sakit setiap 4 jam...tapi dengan tangan bersimen aku jalan2 gi cafe ngan kedia serbaneka...heheheh borring aaaa asyik tidur jer..petang tu kul 4 p.m. discharged balik rumah....

Khamis, 12 Mac 2009

SEMALAM HARI YANG HAUK....

Aduh tension nya...11/03/2009...di tempat kerja...kerana kena jawab postpaid...dah tu kena SD....kebab kebab kebab...pasal SD malas nak elaborate kerana ia tersangatlah bodohnya..sampai aku rasa macam nak bunuh orang pun ada...
Semoga hari ini ,esok dan seterusnya..akan membawa sinar....
penat dah aku....

Rabu, 11 Mac 2009

NOSTALGIA-JATUH LONGKANG

Nak cerita satu peristiwa penting dalam hidup aku. Pada 15 Jan 2006, masa nak pergi kerja awal-awal subuh dalam 6.30, aku dengan perasaan riang gembira melangkah dengan penuh yakin nak pergi kerja. Masa tu buat marketing untuk DIGI Youth Postpaid. Dan kerana target market adalah student dan kami perlu untuk menyelinap masuk ke hostel UPM, aku pun memakai baju kurung. Rasa macam lawa sangat lah ni..
Dan nak sampai kat kereta, aku dengan perasaan berbunga-bunga lalalalla ...sekali (macam-mana nak buat sound effect tak gheti)...aku telah terlangkah masuk ke dalam longkang 3 kaki sebelah keta aku...maka bergolek-goleklah aku kedalam longkang itu dan ketika tangan kanan aku menghentam dinding longkang yang tak ada air tapi penuh ngan flora ala-ala lalang dan daun-daun kering...aku terdengar bunyi prakkkk...cuba teka bunyi apa?....ranting patah...banyaklah ...tu bunyi tulang pergelangan aku retak tau....huhuhuh...
Dalam beberapa saat..aku berbaring dalam longkang yang "indah" itu memikirkan apa yang telah berlaku...sekali aku rasa kesakitan yang amat sangat kat tangan aku...aku raba-raba kat tangan kanan aku terasa tulang pergelangan dah senget tapi taklah sampai menebusi kulit...maka dengan itu berlinanglah air mata aku...huhuhu dan memikirkan perasaan malu yang amat sangat aku berusaha keras menahan diri dari meraung kesakitan...
Dalam kegelapan subuh yang bening, maka aku dengan bersusah-payah mengumpulkan barang-barang aku yang berselerak dalam longkang itu masukkan balik dalam beg dan mencampakkan keluar beg aku..maka aku pun bersusah-payang dengan sebelah tangan memanjat keluar dari longkang itu tanpa menjerit meminta pertolongan kerana malu...bab memanjat aku memang terrer sejak dari kecik lagi....
Sesudah keluar, aku duduk kat tepi jalan di sebalik kereta dalam 5 minint jugaklah mengangis kesakitan..aku pun capai hp..dial kat hubby...bila dengar suara dia..cool jer aku cakap "Bang ayang jatuh longkang..rasanya tangan patah".....dan ini jawapan dari dia.."tangan patah...ok abang balik..." .........
Dalam sepuluh minit hubby yang dah keluar pergi kerja lagi awal dari aku...pun sampai..Dia bawa aku pergi emergency ward Hospital Kajang...dan sepanjang jalan..hubby diam jer...dan aku lak....menangis dan menangis...kerana aku ni memang jenis tak tahan sakit....next episode....
SEMALAM DI WAD HOSPITAL KAJANG....till then New Love...New Life.

Selasa, 10 Mac 2009

BENGANG

Nak cakap macam mana..BENGANG nyer aku ngan kawan yang seorang ini...aku dah maafkan dia tapi ...masih BENGANG...bukan bengang yang lagu mantera tu..lagu tu best, suka nyanyi kat kareoke....tapi bengang yang marah dan tension...huhuhuuh
Ada ker patut dia kata aku ni nak cari glamer buat blog ni...bidadap betul...aku memang dah glamer (oooops) dah tak payah nak cari-cari glamer lagi...tak der maknanya..tapi bab tu ok lagi...lahh. Aku telah pun cakap kat dia aku marah dia cakap aku nak glamer dia boleh buat lawak...jap ek..mana dia gmail yang dia kem kat aku...aku nak paste kat sini..ni dia

Wah!!! Seronok nyer buat KakPah marah......
Nak lg,
Nak lg....hehe.......
KakPah kejar Glamour!!!!!
huhu........
(Ahak hak hak.....)

memang mental....aku pon balis balik:
Aku rasa kau ni ada masalah sakit jiwa
kawan kau bengang ngan perangai kau
lagi kau boleh buat lawak
Kau ni kenapa...
Kenapa kau nak buat aku marah
aku buat salah apa ngan kau
Aku sikit pun tak kacau kau
Kau apahal
Kalau hidup kau huru-hara
Jangan nak sakitkan hati kawan sendiri..

Itulah sedikit sebanyaknya gurauan yang telah membengangkan aku...Aku tahu rakan aku seorang ni cuma bergurau sahaja..Aku pulak terover sikit...sampai aku cakap hidup dia huru-hara..Ni masalah aku...Aku susah marah tapi kalau aku marah memang aku sekolahkan orang tu habis-habisan..luar dalam (sometimes)

Buat kawan aku yang seorang ni...kalau terasa dengan apa yang aku tulis ni...minta maaflah ya..Ini ruangan aku..Apa yang aku rasa, happy ke, sedih ke, tension ke...Aku luah kat sini...Tapi aku masih hargai persahabatan aku dengan dia...kalau ada kesempatan untuk kita terus bersahabat...Alhamdulillah tapi kalau persahabatan kita noktah di sini...
bak kata member aku...Bad...

ADA AKU KESAH.......

Till next time...NEW LOVE NEW LIFE......

Sabtu, 7 Mac 2009

BEST KERJA HARI SABTU


Hari ni tukar ngan off day ngan Dy. Patutnya off tapi ambil Dy nyer off day esok. Its been very peaceful...hopefully sampai balik nanti kul 1.15...
Oh dear bila tengok schedule next week kerja petang 5 hari direct...aaaaa tak tau nak kata suka ke sodeh..suka sebab leh bangun lambat..oooppssss (alamak malu kat adik-adik)...sedih sebab kesian hubby tinggal sesorang malam-malam...bila balik dia dah tido...nak kacau kesian sebab dia kena bangun awal2 pagi...pg kerja...tapi selalu terbabas...heheheheh...*sebab malam kena kacau...tut...* saper bawah umur 18 tahun jangan baca....kalau nak baca gak lantak...
Mesti jiran-jiran pelik aku ni kerja apa kalau dah ari-ari balik kul 1, 2 pagi...lantaklah apa orang kata..aku cari rezeki halal kan.... kan.....
OOOOoooo macam tak percaya hari ni masuk dapur masak...ayam goreng kunyit..lupalak nak ambil gambar...kalau tak boleh post hahahaah...masih ada lagi skill memasak aku ni...sodap jugak....Oklahhhh till next time...new love ....new life......oh I have to post this picture of my cat...who oops which tak cantik lansung...tapi perasan cantik...sebab ia dah susah payah posing...

Khamis, 5 Mac 2009

OH GOD/ YA AMPUN

Oh my god its been so long...I last update this blog..mesti Wani ngan Cek Yah heran kenapa kak Pah dah tak update lagi blog ni...kenapa ek? Entah...munkin banyak sangat benda yang berlaku macam2lah dari nak close to divorce sampai baik balik, pas tu perang balik....pas tu baik balik...tapi kelakarlah...marriage aku ni...aku ngan laki aku bukan macam laki-bini macam kawan2 ala2 skandal jer....

Apalah kesudahannya perkahwinan aku ni?....But one thing for sure..I spend too much time and effort dwelling around my marriage , absorbed sangat...sampai tak sempat nak buat menda-menda lain. My sister in law pun comment that I have not paid much attention to her and her children...hhuhhu "Sorry Kak Ira, tak sengaja"

Talk about financial as always Mummy and Lid have always been my talian hayat. Ya Allah they are the best parents in the world not because they always bail me out but they do it and tak kecoh2 pun....love them so much.

As for work, its been one year...macam tak percaya....things are pretty much the same in Celcom Careline. Whats different is my perception and how now I'm able to "deal with it..." and "move with the flow". Love all my friends Juju, Zarina, Acik, Liza (sama nama), Shima, Suraya, Zura, Miza. Zulaina...and my ska****...oops ..terlebih sudah...tak der lahhhhh friend2 only maaa. I love it here. It feels like I'm been given a 2nd chance in life. And whats more being around young people is great for the "awet muda"...

Till next time....my new motto New Love, New Life ... (all new-new lah)