Khamis, 23 April 2009

Tag by mummy roshie...

:::: 10 Hadiah yg Kak Pah Nak Utk Besday :::::


Nak dapat baby...huhuhu


Banyak-banyak cash....nak beli tu ...nak beli ni...

Nak pi melawat zaman Lord Of the Ring (heheeh alang-alang berangan)

Pi honeymoon kat caribbean (heheh)

Buat rumah atas bukit kat tempat yang ada salji (suka sejuk-sejuk)

Boleh buat magik abra cadabra...

Kereta Baru..vroom vroom

Want to eat dinner with him not eat him hehehehh....rrrrrrrr


Dikelilingi oleh buku-buku cerita yang best-best ...me love to read

Teringin nak bela boleh ker?



TERSADAI KAT BANGLADESH

Salah satu memori yang paling tak boleh dilupakan adalah waktu stranded kat Dhaka (ibu negara Bangladesh). Cerita dia cam ni..masa tu summer of 1995 ingat tak nak balik Malaysia. Nak dok kat sana sahaja konon-konon nak cari kerja fruit picking (kutip buah)..tapi Lid(father) call beritahu mesti balik Malaysia juga sebab abang nak kahwin kat Jakarta, so the whole family is going to Jakarta. So Lid hantar 650 pound sterling..suruh balik ngan MAS..tapi anak bertuah dia ni..tak beli tiket MAS konon nak jimat lagipon tak de gang. Kita orang ramai-ramai booking BIMAN AIR (BANGLADESH AIRLINE).
Dari Manchester, kita naik bas gi Heathrow naik plane untuk balik Malaysia. Dari London ke kena transit kat Dhaka dalam 10 jam jugak la. Plane dia ni kecik jer..tapi sumbat sepenuh-penuhnya. Nasib baik tak boleh berdiri cam bas mini. Kalau
tak harus kena berdiri ramai-ramai.
Masa sampai kat Dhaka..yerlah kitaorang from London sekali dengan Dhaka macam jauh langit dengan bumi..daif sangat..kat airport bangku panjang kayu macam kat kantin sekolah rendah , kipas angin tak der aircond panggil passanger pakai loud speaker lagi. Ada satu jer kedai lagi kecik dari kedai yang kat bus stop sebelah Warung Anda tu.
Sekali masa dia pangil passanger kami pon tunggu untuk nama kami dipanggil. Tiba-tiba keluar announcement kapal terbang penuh. Status Overbooking. Nasib baik kita orang ramai time tu kalau tak mau menangis aku kat situ. Kita orang dihantar naik van pergi HOTEL PURBANI kat old town.. masa nak naik van kat luar airport yang sebesar Warung Anda tu jer..kena serbu ngan budak-budak minta sedekah dalam 30 orang..aduh...kesiannya tengok kecik2 lagi..dalam perjalanan ke hotel...aku tengok tempat tu sesak ngan manusia yang jalan kaki, kat warung2 makan, dalam bas sampai melimpah kat luar..dalam keretapi sampai atas bumbung penuh orang...satu jer perkataan yang sesuai SESAK. Singgah kat bazar beli kain sari untuk mummy. 6 metre benang mas baru RM30 duit kita berapa Taka (duit Bangla) entah..mummy punya suka kat kain sari tu..sapa mai dok tunjuk...sari beli jauh kat Bangladesh nu aiii...
Dua malam dok kat hotel kerja tidoq, makan, main jinrami ngan blackjack, tidoq, makan, makanan kat bangla ni satu jer menu dia kari ikan...tu lah makan siang dan malam tapi sedap...kari sana sangat sedap..kalah kari nasi kandaq..ooo sempat tengok tv siap ada iklan mesin sedut ayaq dari telaga,,,mmmm...
Hari ke tiga baru ada kekosongan naik flight balik KL..ni pon ada cerita menarik gak..sebab landasan kat airport pendek sikit...so kapal terbang yang take off tu macam nak tak nak jer naik...pas tu bergegar-gegar..sekali air aircon jatuh lah pulak atas member sebelah aku..kita orang siap jerit sebab gayat cam naik roller coaster...kawan aku si mamat plak curi kain selimut warna merah cantik..tapi cam kepam2 gak aa. Tak tau kenapa Si Mamat nak sangat kain cimut tu ..stewardess tu siap kira semua kain selimut tak cukup la satu sebab sudah dikebas dek Mamat..boleh dia buat muka sadin cam innocent jer..
Akhirnya sampai gak ke KL...rupa-rupanya keluarga kami semua dok risau gila..takut anak2 depa kena kidnap ke..walaupon dah call dah dari Dhaka..dan aku 2 hari 2 malam kena leter sebab tak naik MAS...heheheheh...tapi best apa dah pernah sampai Bangladesh...heheheh