Isnin, 29 Jun 2009

Sepanjang perkahwinan aku...

Kak Pah menulis bab ni atas permintaan dari Zarina. Dia minta Kak Pah tulis tentang perasaan Kak Pah sepanjang berkahwin dengan suami...sorry no juicy details just my feelings sahaja heheheh
Kat mana nak mula...Seperti kebanyakan orang2 yang berkahwin dan bernikah ehemmm stress kat part menikah tu ahaks..Kak Pah mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan..apatah lagi kahwin atas dasar cinta kan...tapi tulah dari start je kahwin malah pada majlis perkahwinan lagi..Kak Pah dah ada firasat yang perkahwinan Kak Pah akan dilanda banyak masalah..
Bayangkanlah orang kahwin seronok aku jadi angin jer..cam nak marah jer...Dari mula kahwin..kami selalu bergaduh..bila tanya kat kawan2 yang berkahwin..mereka kata biasalah tu the first two years husband and wife memang baru nak kenal2 sifat buruk masing2 so akan selalu berlaku pertengkaran..tapi kami dah dah masuk 6 tahun dah..masih lagi tak serasi cam ner..Aku rasa memang jodoh kami tak panjang..Apa yang aku rasa..ye Zarina..sebenarnya ada masa-masa yang kami gembira..banyak gak momment cam tu tapi sekarang aku tak ingat bila last kita orang bergembira bersama-sama ..Sayang mmm memang aku sayang gila kat husband aku ni..sampai sasau aku dibuatnya..heheh tapi sayang aku pada dia tu tak membahagiakan aku dan juga dia ...so apa lagi aku nak buat..baik aku ngan lelaki yang aku aku tak berapa sayang tapi biar dia sayang aku lebih...mmm logik tak cam tu...?
Suami aku kekok ngan aku sebab dia lagi muda dari aku, dia sendiri yang mengaku cam tu..gila..kau rasa apa perasaan aku dengar orang yang aku sayang cakap cam tu..tapi dia kata dia sayang, dia tak leh hidup kalau tak der aku...entah lah aku pon pening kepala..Nak ajak berbincang dia tak suka..so jalan terakhir bagi aku adalah jalan menuju ke Mahkamah Syariah Kajang.




P/s : Bagi kawan2 yang masih bahagia dan masih berbunga-bunga cinta appreciate apa yang you all ada...tetapi sentiasa bersedia untuk hidup tanpa dia...

Ahad, 28 Jun 2009

GEMBIRA CAMPOQ SEDIH

Bulan June dah nak sampai penghujung dah. Wow orang putih kata what a month..macam2 yang berlaku...Yang menggembirakan adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan. Seronoknya kerja kat sini lah memang semata-mata kerana kawan-kawan ...dan sedih sebab 2,3 orang kawan2 yang dah berhenti...Untuk Ju huhuuh Kak Pah rindu...lah...huhuhuuh dah tak der kawan sepengumpatan..ahaks..Dan kepada bakal2 guru pendidik anak bangsa..I wish U all the best...chase your dreams ...Yang gembira juga bila dapat "kawan" baru nun jauh di selatan ..luv u and miss u all the time.
Sedih , sedih...sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan sebuah ikatan...dah tak boleh lagi nak teruskan..kami dah macam orang asing...dah ada kehidupan masing-masing. Sedih kerana masih dibelengu masalah kewangan tak kesudahan..tapi di kala kesusahan, syukur dan paling penting gembira kerana ada kawan-kawan rapat dan keluarga yang sudi membantu.
Sedih campuq gembira itulah rentak kehidupan...tapi syukur diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan kesedihan yang dialami semoga lebih menghargai setiap detik-detik yang menggembirakan..bak kata mummy aku Datin Meletop Normala kita hidup sekali jer kenapa nak dok sedih cam tu selalu..rugi...Yes mummy as always u are so right...

Khamis, 25 Jun 2009

APA SUDAH JADI NGAN AKU

Aku pelik apasal aku jadi cam ni...
Dulu tak cam ni...
Sekarang dah jadi cam ni...
Zarina ....apasal aku jadi cam ni...
Zarina ooooo zarina
Awat jadi lagu ni...

Ahad, 21 Jun 2009

SMS Dari Abang Talib

Alamak dah kecoh lak pasal sms dari Abang Talib yang mana isi sms tu simple jer Rindulah...

Mesti kawan2 tertanya-tanya siapa Abang Talib ni. Dia ni cam abang angkat lah. Dia ni kerja govt quite high ranking gaklah, aktif dalam politik, a family man, anak 4. So dia ni rajin bergurau. Dia selalu sms Kak Pah tanya khabar cam tu jer..Oh no no he is not my skandal..macam abang saja lah..Rindu tu cam rindu kat adik gituuuuuuuuu. Ahaks.

So itulah kisahnya si Abang Talib.

Ahad, 14 Jun 2009

Yang salah tu yang seronok kan

Apasal yang salah tu yang seronok?
Sebab thrill? Sebab Adventure? Sebab rasa macam best jer? I feel alive...yer lah semua2 tu lah...lantaklah yang penting aku happy kejap..lepas tu nak tension balik pon oklah...kira redha jerlah...

aaaaa rrrrrr

Rasa bersalah...mmmm nantilah nantilah...

Rabu, 3 Jun 2009

HO HO OUTING

1/06/2009 pergi outing ngan kawan2 dari group TL Yusri the gorgeous..outing ni namanya HOP ON HOP OFF haaaa sebab kerja kami naik bas HOHO turun bas HOHO..kami pergi KL Tower, Aquaria, Muzium (ni yang kami hop off lah actually ada banyak lagi)..penat tapi seronok..dalam bas tu kami grup yang paling riuh sampai ada yang dok kat lantai ...semua nyer happening giler...malam kami hop off last stop kat pavilion makan kat old town...pon riuh sampai stress waiter kat situ hahahh padan muka...malam tu balik ke stesyen LRT Kg baru ...ade ker driver cab yang sengau tu cakap kami ni gemuk sebab teksi dia asyik sangkut kat bum..tepok dahi kang..

Marilah kawan-kawan tengok gambar2 yang dimabil dari SE K660i saya sajo hahaahah

oh yer akhir kata walaupon seronok pergi outing...rasanya bulan ni aktiviti makan roti dan telur akan bermula lebih awal heheheheh kerana masalah kewangan akan bermula bila-bila masa ahhaahah tapi happy tetap happy....


The gang

Me

Jo, Sarah and Yus

Teket bas ..boleh hilang kat muzium ...huhuhu

Me and sweet carmeen atas bumbung bas hoho


Me and paddington bear heheheheh