Dapat call dari seorang sahabat perempuan yang menceritakan
keruntuhan rumahtangga dia. Sebelum tu pun ada seorang lagi sahabat juga
diambang penceraian. Sebab diri sendiri
pernah melalui semua ni jadi rasa sedih untuk mereka dan mana mana perempuan
yang mengalami nasib serupa. Bukan nak menggalakkan penceraian untuk sesiapa . Cuma
sekiranya inilah satu satu jalan terbaik dan yang terakhir setelah semua jalan
lain menemui kebuntuan, dapatlah Cek Liza memberi sedikit nasihat dan panduan supaya
adik-adik dan kakak-kakak dapat melalui
proses perpisahan dan penceraian dengan lebih tenang tanpa kehilangan harga diri
kita sebagai seorang wanita.
Redha
Pertama sekali kita kena redha dan menerima semua dugaan ini
sebagai ketentuan dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah yang lebih
mengetahui. Kalau tak redha hati tak akan tenang sampai bila-bila. Redha juga
akan memberikan kita kekuatan dalaman untuk kita hadapi hari-hari yang getir. Walaupun
penceraian sesuatu yang pahit, jadikan ia sebab untuk kita lebih dekat dengan
Allah!
Jaga Emosi
Sabar dan tenang. Jangan ikut perasaan sedih, dendam dan
susah hati terus-terusan. Divorce ni bagi pendapat Cek Liza adalah ujian paling
besar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi kalau dia sendiri tak rela
diceraikan. Bayangkan bila menghadiri perkahwinan rakan-rakan sedangkan
perkahwinan kita sendiri hancur. Baca status orang kat FB happy happy ada
husband and anak-anak. Kita yang tak ada husband..bagaimana?…Lagi sekali kena
redha, banyak bersabar dan mesti kawal emosi tak mau meroyan, histeria dan
menyebut nak bunuh diri segala!!!! Istighfar banyak-banyak! Masih banyak lagi
sebab kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada…dari menanggisi apa yang
kita hilang. Tak perlu rasa rendah diri kerana penceraian boleh berlaku pada
sesiapa.anak raja pun boleh bercerai..artis-artis popular cun melecun pun
bercerai..apatah lagi kita perempuan-perempuan biasa ni.
Jaga Kesihatan
Bila kita bersedih, mana ada selera nak makan..makan minum
sendiri terabai..Lepas tu sakit. Ingatlah lepas menjadi solo kembali kita kena
berdikari. Perlu tenaga dan kesihatan yang baik. Nak bersusah hati ini pun memerlukan
tenaga yang banyak.
Bila berlaku penceraian wanita ni terlalu emosi sampai tak
boleh kerja. Ambiklah EL 2 atau 3 hari or kalau terlalu tekanan ambil seminggu
cuti rehatlah dan menangislah puas-puas.
Habis cuti, cekalkan hati, kuatkan semangat datang kerja dan kerjalah
bersungguh-sungguh. Percayalah kerja boleh jadi terapi minda untuk melupakan
kesedihan. Jangan sesekali membiarkan masalah peribadi menghancurkan kerjaya
kita. Inilah masa sebagai wanita kita buktikan kita boleh berjaya walapun
menghadapi krisis hidup yang sangat hebat!
Berdikari
Dah solo ni semua urusan kena buat sendiri. Bawa kereta pergi service, tukar
tayar. . Urusan Mahkamah Syariah lepas dah
bercerai pun kena buat sendiri. Semak harta pencarian. Jangan bila bercerai
anda keluar sehelai sepinggang..
Jangan Jadi Pengemis
Cinta
Ini sebenarnya pendapat peribadi saya sendiri. Sama sekali
tidak memaksa wanita lain untuk memilih jalan yang sama. Bagi Cek Liza kalau
seorang wanita itu diabaikan suami, dipukul, didua atau tigakan dan tak
diberikan nafkah (ini secara umum bukan semua ini berlaku dalam kisah Cek Liza
sendiri)..kemudian diceraikan..lepaskanlah suami itu dan terima penceraian itu.
Kita wanita ada harga diri. Walau apa sekali kekurangan kita..tiada wanita
layak menerima nasib seperti ini…Cek Liza tahu ada wanita yang sanggup ditipu, dipukul
dan ditengking oleh suami asalkan jangan diceraikan..Dia rasa dia boleh
mengubah suami dia..Dik..kita ni manusia. Kita tak ada kekuatan mengubah
sesiapapun. Allah sahaja yang boleh mengubah sesiapa yang dikehendakinya. Kalau
nak juga pertahankan rumahtangga, jadi kena doa pada Allah. Selain dari itu,
fikir sendiri apa yang terbaik untuk diri kita..
Sekian..semoga kita yang diduga diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi cabaran hidup kita. Akhir kata..
Live Happy!!!