Jumaat, 25 Julai 2008
MAK aiiiiii DAH NAK HABIS KONTRAK
Aku nak cerita hari ni aku keja split hampa tau aku lepak ngan sapa time break ..ngan JEFRI HAI HAI BAI BAI dia siap teman aku makan ngan pi isi minyak. Oklah tak leh lama-lama nanti TL nampak sat gi haru....until we meet again
Sabtu, 31 Mei 2008
BULAN YANG MALANG
Pasal kerja kena SD, dah tu phone hilang, dah tu demam tak baik-baik minta-mintalah bulan June semuanya ok balik. Tensionyaaaaaaa
Ahad, 4 Mei 2008
APALAHHHHHHHHHH CELCOM
Dah petang ni baru happy sikit sebab dah nak balik jap lagi. Waktu kerja yang paling best sekali time balik betul tak kawan-kawan.
Khamis, 1 Mei 2008
SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT KE ANAK CUCU
SEMOGA BAHAGIAAA
oopss salah lagulah. Seronok kerja hari ni cos tak banyak call. Gaji double lak tu. Patut tripple tau ni menyalahi undang-undang buruh. Hari tu ada call DIGI customer service sekali CSE tu cakap Indon ngan aku terkejut aku. "IBU SHARIFAH ADA APA BISA DIBANTU?" Ingatkan dah terbabas call ke INDON ke apa. Rupanya aku tertekan INDON que. Mak aihhh dasat DIGI siap ada Indon que. Aku nak propose kat Celcom lah. Bukan apa kadang-kadang caller Indon tak paham bahasa dia..
Rabu, 30 April 2008
PAY DAY TODAY/
Sambung pasal gaji apa nak beli dulu ye.......tak ada idealah pulak. Apa-apahal pun aku nak gi melantak tu yang penting tu....puas puas aku nak makan pizza. Ok jumpa Fiday ni yehhh I cuti you tapi besok kena kerjaaaa di Hari Pekerja...lak tu...
Khamis, 24 April 2008
BEAUTIFUL MEMORIES
Ahad, 20 April 2008
TENSIONNYAAAAAAAAA KERJA AHAD
Selasa, 15 April 2008
KENA MARAH DENGAN CUSTOMER
Isnin, 7 April 2008
FAMILY LOVE
Getting to know these kids kat Celcom ni kan rasa macam terkejut sangat. At their age the only problem I faced was that I shok kat budak laki tapi budak tu buat dek je. Tu pun dah rasa tension maksimum dah tu. Rasa macam bodoh pun ada bila fikir balik. Kesian budak-budak ni. Muda-muda lagi dah terima dugaan berat cam ni. Sabarlah ye adik-adik semua.
Anyway realy bersyukur dengan apa yang I ada sekarang ni. Aku janji akan selalu mengappreciate family aku....sob..sob...
Khamis, 3 April 2008
MINGGU YANG MACAM-MACAM HAPPEN
It's been an eventful week since I last membebel. Gaji dah dapat finally. Tapi rindu sangat kawan-kawan Cek Yah yang anggun, Wani yang bubbly and Bela yang manja. Bilalah boleh kareoke lagi ye. Kerja dah ok sikit sikit sebab dah semakin pandai ceh wah....(kelentong le).
Last week nak cerita seram ni, darling husband kena pg amik kaki Mak Ngah dia yang terpaksa dipotong bawak gi masjid Kajang untuk dikebumikan. Ngeri weh. Dia bawak naik keta Feroza. Semalam aku bawak keta ni dahlah keluar subuh2 buta. Sampai kat Celcom dah rasa seram sejuk dah, pening nak pengsan semua ada. Bukan nak celupar tapi rasanya dah kena b**i. Nak menangis pun ada. Cepat-cepat call darling suruh amik air kolah masjid. Malam balik rumah mandi ngan air kolah tu. Alhamdulillah ok.
Oklah nak stat menjawab panggilan. Heeee cuat dah rindu ngan aku tu. Babai cek yah and wani..............
Jumaat, 28 Mac 2008
TODAY HANG OUT DUNKIN DONUT
Bukan apa hari ni cuti and dah lama tak jumpa budak-budak ni. Tau kat mana kita orang kerja kat Celcom Call centre sebagai Customer Servis ExeKULItif. Tapi 2 orang ni dah tamat kontrak sebab tak tahan kena maki ngan customer kesian kan cek yah kan wani.
Sebenarnya orang pun macam terpaksa memaksa diri kerja kat situ cos dah boring gila jd penganggur. Mummy and daddy pun dah bising kos asyik memperabis duit dia orang and duit laki orang. Oh ya lupalaks orang dah kawin tapi belum ada anak. Masalahnya orang dah umur cam ni pun masih tak tau lagi apa sebenarnya hala tuju hidup.
Entah bilalah nak jadi macam pompuan lain. Nanti orang cerita kisah hidup orang, ada sedih, happy, gila, tension tapi walaupun cam tu orang rasa puas hati gaklah dengan life orang ni.
Dah jauh orang berjalan akhirnya sampai ke Dunkin Donut Desa Pandan ni........