Jumaat, 29 Mei 2009

HOORAY DAPAT GAJI

Alhamdulillah syukur gaji dah masuk. Ya Allah tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya nak menghabiskan bulan ini. Tapi syukur aku mampu bertahan tanpa perlu meminjam duit dari kawan-kawan dan tapi perlu talian hayat from daddy and mummy. Sebenarnya dah kena warning bulan lepas...hahahah
Yerlah aku dah budget gaji cukup tapi disebabkan ada kawan lahanat yang tak reti bayar hutang menyebabkan kesengsaraan sepanjang minggu terakhir bulan May 2009...yang sedih sampai aku terpaksa jual access card parking yang aku dapat sebagai salah seorang Top Performer bulan Mar heheheh. Dapat RM40 yang digunakan untuk isi minyak. kuang... kuang...
Pas tu ingat lagi off day ari tu dalam 8 hari lagi nak gaji. Aku dok fikir apa aku nak isi perut ni. Sekali tengok beras dah habis. Masa tu duit ada lagi RM100 nak bagi bertahan sampai gaji...Alamak macam mana ni. Sekali bukak peti ais haaa ada telur dalam 10 biji..atas peti ais ada roti. Bawang besar ada lagi dua biji..ada kentang 10 biji..cili api pon ada so aku pon potong bawang ngan cili tumis masuk telur hancur-hancurkan...siap..makan ngan roti.. pastu aku potong ubi kentang rebus ngan garam sikit makan ngan sos Sedap gak .
Malam tu rasa nak makan jajan nak beli nak kena jimat duit sekali jumpa keropok ikan yang Juju kasi thanks Juju. Hehehe goreng keropok makan ngan kucing-kucing aku yang tersayang dan semestinya merekalah menghabiskan separuh dari keropok yang aku goreng tu ...hahahah bahagia hidup walaupon dalam kesengkekkan.
Aku bertuah sebab walaupon lahir dalam kaluarga yang agak berada, mak ayah sedari kecik ajar hidup sederhana makan minum ala kadar dan seadanya. So sekarang taklah cerewet bab makan..asal boleh isi perut dan kenyang...dan perkataan Alhamdulillah sentiasa diucapkan...heheheh semoga bulan ni tuhan murahkan rezeki aku...AMIN....