Jumaat, 17 Julai 2009
Kucingku Panjat Pokok Tak Pandai Nak Turun
Semalam kucing kesayangan Dark Prince panjat pokokyang sangat tinggi tak reti nak turun. Aku rasa dia dok atas pokok dah 3-4 hari sebab dia tak balik umah selama tu. Aku panggil dan panggil dia nak turun tapi dia takut. Dan suara meowwwwwww nya yang bombastic tu membuatkan aku nak jadi sewel risaukan dia. Dan demi kasih sayang aku yang teramat aku pun dial 999 heheh...dan minta tolong untuk selamatkan Si Prince. Dua jam aku tunggu bawah pokok tu sampai terduduk kat tanah. Habis kulit aku yang gebu ni (enterframe) kena gigit nyamuk.
Last Jabatan Pertahanan Awam datang dengan pikap trak dah akhirnya Prince telah diselamatkan dengan aksi macho abang JPA panjat pokok dan telah mencampak Prince ke bawah dan telah disambut oleh 3 lagi abang-abang JPA yang hensem pehhhhh dengan jacket-jacket mereka. Akhirnya aku pun membawa Prince balik ke rumah dan yang sedihnya dia dah kurus dan tak dapatlah aku memanggil nama manjanya Gemuk Hitam dan sekarang kenalah aku panggil dia Kurus Hitam...dan sampai ajer dia kat umah dia makan lahapnya dan berbunyi ngong ngong ngoh sssssss ciannnn. Malam td Prince tidur ngan aku ciaaaannnn dia dok kat atas pokok tu sejukkkk malam-malam...Prince..Prince...sempat aku membebel kat dia sambil menggosok-gosok kepala dia dengan penuh kasih-sayang.."Esok kau gi panjat pokok lagi ye...nanti aku boleh aku call 999 lagi...ahaks" Dan Prince menjawab...Eooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!