Isnin, 2 Januari 2012

Best Tengok Sherlock Holmes

Tadi tiba-tiba rasa nak pergi tengok wayang. Tapi cam spontan jer so malas nak ajak sesiapa pun. So masuk kereta on engin terus pergi Jusco Cheras Selatan. Memang bala ok sesak ngan tak dapat parking sampai baby saya kena cium ngan kereta lain. Apa lagi saya turun, tapi sebenarnya tak rasa marah sangat pun. Driver kereta satu lagi tu pun turun gak pompuan tapi agak tom boyish. Saya tanya napa langgar kereta saya, tak sabar ker. Dia buka wallet hulur 100. Sepatah apa pun tak cakap. Baru je nak pulangkan balik 50, 50 cukup aaa calar sikit jer tapi dia dah terus masuk kereta dia blahhhh. Takkan saya nak campak duit tu kat jalan kang orang lain ambil. Yang kena langgar kereta saya...YESSSSSSSSS Ada modal nak tegok wayang...tapi mana nak parking ni..yang cerita pasal parking adalah kereta  keluar aleh-aleh ada pompuan melayu berdiri kat kotak parking tu..konon-konon dah book. Hello pompuan konsep parking mana ada booking-booking bodoh bangang. kau kena tunggu ngan kereta kau bukan kau yang dok pacak kat kotak parking tu...oooopsssssss sensor sensor hilang sopan saya....Aleh saya pon keluar dari Jusco pergi parking kat banyak-banyak kedai kat seberang dari Jusco so kena jalan sikitlah. Tapi no hal sebab saya pun suka berjalan..."rahsia memaintainkan badan yang montok" .
Sampai dalam jusco terus pergi make up. Dok berasak cari parking dah berpeluh ok cair make up semua. Pas tu terus pergi wayang sampai jam 4 p.m. wayang stat kul 4.20...canteeeeeeeeekkkkkkk.


Pendek katanya segala cabaran untuk datang tengok cerita ni memang berbaloi sebab SANGAT BEST!!!!
Robert Downey Jr dan Jude Law memang FABOULOUS ok..cerita dia banyak aksi, adventure tapi funny especially character Sherly (panggilan manja untuk watak utama)...Saya suka cos dia sangat sayang kat kawan dia Dr Watson sampai sanggup korbankan nyawa dia. Bab yang dia menyamar jadi perempuan dalam train yang sangat buruk tapi kelakar gila. Jadi, nak beli DVD original lah cerita ni.
Bagi yang belum tengok lagi cerita ni pergilah best gila noksssssssssss.