Bantulah Adik Hairuman - Bantuan anda diperlukan .... (apa agaknya perkembangan terkini insan ni ye)
Bila kita tahu tahap penderitaan yang ditanggung orang lain...kita rasa alaahaaaaiii apalah sangat masalah kita sendiri...kan...Sedih betul kisah insan malang ni..meminjam posting dari http://myadha.blogspot.com jom hayati kisah sedih ini...(jangan marah Encik tuan Punya Blog).
Kini hanya kakak Hairuman yang bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yang berkuasa tinggi tiba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.
Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan... Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman.. walaupun RM1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya.
Disini kami sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 018-3807867 -Maryuni Bt Miskon
No Akaun : Maryuni Miskon (kakak kepada Hairuman Miskon)
162030632448 - Maybank
12570000203529 - CIMB Bank
Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
* Kempen ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
BERITA DARI KOSMO!
****************************************************************
Eeemmmm......Boleh ke kita live happy kalau ada insan yang menderita macam ni....? Kena gak sebab kalau kita tak 'Live Happy" macam mana nak bagi semangat untuk orang lain....
Peringatan kapada diri sendiri aka SLS...dapat gaji ujung bulan nanti paham-pahamlah ek....