Ahad, 29 April 2012

Dialog Cek Nam di LRT Masjid Jamek

Sebelum Cek Pah bincangkan isu hangat hujung minggu ni iaitu Perhimpunan Bersih 3.0, Cek Pah nak cerita insiden kat LRT Masjid Jamek Jumaat  lepas masa balik kerja. Biasalah hari Jumaat memang sesak termasuk kat LRT nak nak pulak dah ramai yang mula berkumpul  (it seems for the Besih 3.0 Rally scheduled Saturday 28 April 2012). Masa tu dalam pukul 5.30petang. Sampai kat track, satu tren baru jer lepas..so Cek Pah beratur sama-sama orang yang menunggu. Dalam 2=3 minit, satu tren sampai…aleh-aleh yang beratur belakang Cek Pah sudah potong queue. 


Hehhehe sebenarnya salah Cek Pah gak dok berangan maklumlah besok tu gaji..dok plan nak beli baju, tudung, mekap..kerja kat Semua House ni rambang bijik mata tengok kedai-kedai baju, tudung..oops sambung cerita. So Cek Pah ni terkial-kial nak carik ruang nak mencelah balik orang-orang yang berpusu-pusu keluar dan yang nak masuk dalam. Anak ikan yang kat depan Cek Pah dok berdiri keras cam kayu plak..munkin dia cuak sebentar sebab orang ramai..nak keluar..tau-tau punyalah Cek Pah focus nak pi jugak depan nak masuk tren sampai Cek Pah tak sedar yang  Cek Pah boleh dikatakan dok kerabat belakang budak lelaki tu nasib baik dia galas beg…kekkeke..Cek Pah istighfar jap apa yang aku dok buat ni dah lain macam jer..Dan sebab Cek Pah dok push ke depan budak lelaki yang kena kerabat tu berjaya coih masuk dalam tren..pastu teng..teng…teng bunyi amaran …aleh pintu tren pun tutup…Cek Pah dok berdiri betul-betul tepi track nasib baik tren lalu jer tak tergolek ke bawah atas track…nanti jadi cam cerita drag me to hell plak…perangai dan agak setan dah tu…dulu…tapi nak gostan ke belakang pun tak boleh …bahaya..tak de signal reverse sat gi bumper Cek Pah dok pi langgar tut tut lelaki kat belakang…


Tren yang seterusnya tiba..dengan kedudukan Cek Pah yang agak rapat ke pintu agak menghalang orang dalam tren nak keluar..so dok carik ruang-ruang kosong untuk meloloskan tubuh gebu montel ini..supaya tak menghalang laluan..tiba-tiba..jeng..jeng…Cek Pah terdengar suara gadis yang comel (cuba bayangkan suara ngek-ngek cam manja ayu gedik tapi dok bagi sedas kat kita)…ni dia kata…


"TUNGGULAH ORANG KELUAR DULU BARU MASUK!)"…wehhhhhh dia carut mekkkkkssss….kelassss perempuan yang berani mencarut Cek Pah depan-depan (or dalam situasi ini sebelah)….CEK NAMMMMMMM nyeeeee…(Cek Pah sedar dalam kes ini Cek Pah lebih Cek Nam dari mana-mana Cek Nam di alaf bumi ini waktu itu…)…so Cek Pah jawablah…dengan keji dan angkus persis Cek Nam Diva Veteran….

“ Kalau nak tunggu gak…besok pagilah jerlah kita naik teren okkkkkk” ….amacam rasa macam nak pelempang tak Diva Cek Nam ni…

Cek Nam Junior tak give up…uollllsssss dia balas balik…..
“ Habis tu orang lain takleh nak keluar cam ne kita nak masuk???!!!”
Kalau tak kerana Cek Pah dok tengah kerabat naik tren mau gak nak berbalas-balas kata dengan perempuan itu…


Uollssss bayangkanlah…pintu LRT tu luas kot..dalam 4 kaki minimum..Cek Pah tak pandai ukur so agak jerlah..so bila dia kata Cek Pah dok depan pintu tren terus block laluan..adakah kerana dia nak kata Cek Pah montel gebu punya body…selebar 4 kaki olllsssssssssssss???? Cehhhhhhhhh!!!!! Gereeemmmmmmsss!!!!!!!!!!!!


Tapi Cek Pah respect perempuan ini kerana dia berani menegur sikap Cek Pah yang agak tak bertimbang rasa…I have no problem orang nak tegur I tapi gentle right to my face..bukan time isik borang feedback jeeee…So Good For You Girl From LRT Masjid Jamek..U have my full respect for you!!! Kalaulah adik itu tiba-tiba jerlah terbaca entry ini sila hubungi Cek Pah…ok..Cek Pah nak bagi tahu dia yang Cek Pah suka sikap dia yang teramat bereni itewwww….

Sampai ketemu lagi…..


Live Happy,


Live Bravely, 


Live with Passion and Dignity!!!!!

Jumaat, 27 April 2012

"Amboiiiiiii anak sapa la ni, berkenan eh.."



Hello Persatuan Cek Nam Cek Nam Semalaysia. Ini bukan gambar dengan anak ikan yer, Sila baca kat bawah ni




Hahahha minggu lepas havoc dapat 16 orang anak-anak murid. Minggu ni sorang jer...jejaka pemalu lak tu dari Negeri Trengganu. Sesuai cos dia dari projek Syarikat Air Trengganu or SatuWater. Boleh pergi website:
http://www.satuwater.com.my/    untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi!!!


Tu satu yang best kerja kat VADS boleh "masuk" dan berjumpa ngan rakan-rakan dari banyak projek berbeza.

Anak murid saya yang sorang ni memang sopan dan pemalu bak kata orang  Utagha "Amboiiiiiii anak sapa la ni, berkenan eh.." Nasib baik tak de adik perempuan kekekekek..


Ladies (ONLY!!!!)  siapa yang berminat sila hubungi saya (kalau adik ni tau aku dok promote dia, mampuih lah nak menjawab)..

Ingatkan kalau sorang je anak murid mesti Cikgu Softskill@Cek Pah kita ni mesti sopan-santun jer kan...hampeh!!! Havoc juga. Ingatkan nak ajak adik ni nyanyi ke dalam kelas tapi kang culture shock plak dia..so..havoc sikit jer lah...havoc dengan penuh berhemah.


Tak sabar nak tunggu assignment next week.

Till then,


Live happy,
Live to inspire,
Live with passion,
Live to love live!




Lirik Gemuruh dari Trainee TMIS Technical Batch 245

Sila nyanyikan ikut tune lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Take note lirik telah diadjustkan dan ditujukan kepada trainer mereka yang sewel.



Wow!!! Really have high hopes for them.! Doa semoga mereka semua berjaya dalam hidup.

Live Happy!
Live to inspire!
Live to love life!
Live with passion!





Khamis, 26 April 2012

Wahhhhh Blog saya dah ada iklan

Cuba tengok kat atas atau kat sebelah kanan screen anda ...dah ada IKAN oh bukan IKLAN. Wahhhhhhh kelas (adoiiiii mai manalah perempuan sorang ni. Ada iklan pun seronok cam menang hadiah)..Yelah barulah macam blog orang lain...nampak professional sikit kan...you all you all silalah tekan (click) kat iklan2 yang sangat menarik tu alah bukan kena bayar pun...carik duit poket sikit sikit nak beli iPhone yang baru kekekekke..keji...

Bagi semua syarikat yang sudi mengiklan kat blog hamba ini jutaan terima kasih...huuhuh terharu...thx gak untuk nuffnang...

Live happy!!!






Rabu, 25 April 2012

Meraikan kegagalan dengan penuh gaya

(pic taken from  Vads Bpo Employee Engagement ..jangan maraaaa)


Seorang kawan post kat FB dia..

"Bukan mudah untuk berjaya" ....

Ini komen saya:

tapi bukan mustahil, janji usaha dan kurangkan bagi alasan..buat je or JUST DO IT!!!! So what kalau fail...fail with grace, lose with dignity..win with honour!


Faham sangat pasal kegagalan ni terutama sekali hari ini. Setelah empat bulan training final result GAGAL..Hari ini orang lain semua pakai jubah graduation saya pakai blazer jer...pas tu kena layan pertanyaan orang kenapa you berdua tak leh grad...(saya dan Y bukan nama sebenar)...teruk sangat ke final presentation. Nasib baik yang tanya tu General Manager yang sangatlah outspoken nya. Nak jawab apa lagi "Kami pelajar paling corot dalam kelas tak layak grad" ..Apa macam kelas tak jawapan saya....

Bayangkan saya dan Y naik stage yang semua orang pakai jubah.  kami jer yang tak. Satu dewan dok tengok ni. Tapi masa jalan pergi ambil sijil penyertaan kat stage tu ...terlintas dalam otak  saya ni...everybody looks same just me and Y and different, we are the special ones not them hahahhaha!!!!. Masa tu gak saya bertekad :  I am going to rock this moment people are going to remember me even though I am not wearing the graduation robe. Apa lagi  I siap angkat tangai lambai cam Miss Universe. Yang paling mahal adalah CEO VADS sendiri tanya "Aik! ni dari sekolah mana pulak uniform lain.." .I jawab We are from special school ok...ambil gambar posing maut lagi sambil buat peace lagi..pedulik hapa I..Every moment rewarded (cam iklan Marina Bay)..Masa ambil group foto I bantai posing sampai coordinator soh pi dok belakang sebab blocking the view kawan-kawan lain yang pakai jubah...ohhhh kenangan sungguh.


Pesan terakhir dari Cikgu Soft Skill. 

Kalau kita anggap kegagalan adalah kegagalan semata-mata, itu sahajalah yang kita dapat. If we fail, we must celebrate that we survived that failure still going strong. Orang yang mampu untuk celebrate walaupun fail adalah manusia hebat!!! 

Live happy. Love our life. Celebrate every moment!!!!




Layan je gambar saya yang over dari anak murid saya!!!




Khamis, 5 April 2012

Saya akan jadi trainer macam tak percaya

Macam tak percaya saya akan memulakan kerjaya sebagai Trainer hari ini soft skill plak tu kat mana yang saya soft pun tak tahulah...lihatlah dunia


Dulu memang gedik berangan nak masuk training pas tu dah dok operation lupa pasal impian asal... nak jadi trainer pastu nak ambil course counselling  pastu nak jadi motivator emmmm...


Sometimes we forget our dreams but our dreams never forget us...one door closes another door opens...kehidupan ni penuh misteri tapi kesimpulannya kalau kita nak sesuatu kalau ada rezeki, benda tu akan datang gak kat kita walaupun kita tak cari pun...Perjalanan sebenar masih jauh lagi tapi jalan tu dah nampak dah...InsyaAllah berkat doa ibu bapa , kucing2 kesayangan, sahabat2 ...


Live happy...live to dream , keep our dreams alive and live our dreams!!!!!


But never step on other peoples head and backstabbing to realise your dreams!!!! you might get what u want but you'll be alone and miserable!!!




Nota keji:
Wah SLS dah ala-ala soft skill dah kan..sungguh memotivatingkan!





Selasa, 3 April 2012

Pergi Mam...boleh?????

ok...tengah marah thap nak meletop ni...!!!!!!!
tapi kena mantain sikit jer lagi!!!!! lepas ni tak payah nak fake fake smile lagi...!!!!ceh!!! lenguh dah pipi ni..