Isnin, 28 Mei 2012

Kawan selama-lamanya (Friends forever)

Buat sahabat-sahabat yang masih bersama dan tak lupa yang telah pergi..





Minggu lepas dan hujung minggu adalah waktu yang sedih dan juga gembira bagi Cek Pah..cerita yang sedey dulu ye...

A) Kehilangan seorang sahabat




              Al-Fatihah for my friend one and only Micky Firdaus (standing next to me - on the left)



Tanggal 23 May , seorang sahabat baik Cek Pah kembali ke Rahmatullah..setelah menderita sakit misteri selama 10 bulan...malam sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhir, Cek Pah pergi melawat dia Hospital Sg Buloh..dengan dua orang lagi kawan rapat Cek Pah iaitu Norish dan Ayu...masa tu dia dah kritikal..nyawanya bergantung mesin jer...

Masa hari dia pergi selama-lamanya, tepon Cek Pah pulak  habis bateri..balik rumah buka facebook...




  1. Kak pah. miki da takde
     · 




Kebas ...tu jer Cek Pah rasa..sedih tak apa pun tak. tak boleh nak proses..dalam otak dalam hati...macam tak rasa apa-apa ...Cek Pah ingat munkin sebab dah redha kot)...Esok tu Cek Pah ada training so tak dapat menghadiri perkebumian Arwah...malam tu masa dok tengok satu-satu posting kat FB pasal Arwah...baru datang sedih, baru menangis...(sampai sekarang pun masih boleh menangis lagi kalau teringat kat dia)..kenapa dia ni istimewa sangat sebab..masa kami sama-sama jawab call kat Menara Celcom dalam tahun 2009 dan 2010, masa tu Cek Pah agak dalam kesedihan sedikit pasal rumahtangga yang selalu berantakkan ..so kalau sedih tu Cek Pah selalu minta Arwah..menyanyi ke menari ke yelah nak hiburkan hati...dia pun buatlah Wonder Girl ke..joget macam-macam....memang kelakar dia ni...dan dia tak pernah menyakitkan hati Cek Pah..


  • Liza Suriani huuhuhu ingat dulu kalau stress suruh dia wat aksi-aksi menghiburkan hati...
    May 24 at 8:33pm · 

  • Little Nazoe Bee last aksi dia penah buat depan i...i suruh dia menari ikt step lagu siti nurhaliza...falling into you to...ntah apa ntah tajuk dia..tpi lagu rancak la...how i missed him..
    May 24 at 8:35pm · 

  • Liza Suriani ingat tak dia wat wonder girls huuhuuh...
    May 24 at 8:36pm · 

  • Little Nazoe Bee betul betul.....ingat....alahai...sedihnya...sedihnya...micky...tenangla micky kat sana ya....
    May 24 at 8:37pm · 

  • Liza Suriani Amin.. semoga Arwah tenang di tempat persemadian terakhirnya..dan kita yang masih di sini juga semoga tenang dengan memori bersamanya dulu...sedihhhh...hari ni baru leh nangis..semalam macam kebas..miss you my dear friend one and only Micky
    May 24 at 8:43pm · 

  • Md Afiq MBee Sama2 la kita tenang semoga rohnya tenang jugak ya.. Amin..
    May 24 at 8:52pm · 


Semoga roh Arwah tenang di sana....Amin....

Cerita gembira pula ye...

B) Perjumpaah dengan sahabat-sahabat lama ...

Sabtu lepas Cek Pah lepak dengan dua orang sahabat dari zaman 6 Jahanam (Sekolah Menengah Treacher Methodist Girls School)...Yus dan Dilla...wah apa lagi riuh rendah...dah lah sesat sesat nak pergi ke Royal Bintang Hotel The Curve..Cek Pah rasa bersyukur sebab masa hati bersedih menanggisi pemergian seorang sahabat, tuhan bagi 2 orang lagi teman sejati menemani di kala kesedihan cewahhhhhhhhhhhh...apa lagi menyembang, pastu pergi kareoke sampai kat 5 jam...ni suara Cek Pah dah serak sangat dah sib baik tak hilang terus hehhehe...sok tu buffet breakfast (2 jam lebih kami dok makan sambil menyembang) makan ais kerim, tengok wayang , makan pizza ...malam barulah balik...thanks to Dila dan Yus kerana sudi mengcoverina semua perbelanjaan ...Cek Pah dah kering kekekekkeke...

Cek Pah rasa terhibur sangat....




Dengan my two bff (dah kenal 27tahun-dari zaman sekolah kami dipanggil 6 jahanam ---ni yang jumpa yang 3  lagi belum ada rezeki untuk bertemu  )



Cek Pah rasa kesal sebab selama ni tak berapa menghargai kawan-kawan...tu yang sampai dekat 20 tahun tak jumpa....thats why Cek Pah tekad untuk memelihara persahabatan Cek Pah dengan semua kawan-kawan yang rapat dengan Cek Pah....memang betul orang kata kawan baik adalah sangat berharga...melebihi emas, berlian dah kekayaan lain.....


Cek Pah  juga nak  lebih lagi menghargai mak ayah, adik beradik, kakak ipar, anak-anak saudara dan saudara-mara yang lain....Selama ini, Cek Pah ni sangat kurang bergaul ngan orang sebenarnya...diumpamakan

Anak kucing comey bawah tempurung (tak nak sebut katak sebab katak tak comey hehehhehe)...


Jadi Cek Pah mula terasa sangat rugi tidak menghargai orang-orang penting dalam hidup Cek Pah selama ini....so...Cek Pah akan cuba sedaya-upaya spend masa ngan family dan kawan-kawan rapat...so lepas kalau weekend dan cuti memang full sangat jadual Cek Pah...so sesiapa yang nak booking masa Cek Pah sila wat appointment ye...untuk kawan rapat sahaja...tengah malam atau early early morning pun Cek Pah sanggup kalau ada nak jumpa....

ok itu jeeee..


Sekian...Live Happy (walaupun dalam sedeyyyyyyyyy)...