Ahad, 25 November 2012

Kelas Menari dan menyanyi, makan kenduri dan lunch kat Coffee Bean

Wahhhh semacam tajuk post hari ni kan. Bikin gempak je Cek Liza ni. Sebenarnya Cek Liza gabungkan sahaja 3 peristiwa jadi tak perlu buat 3 post berbeza..huk hik!

Kelas menari dan menyanyi

23 Nov lepas Cek Liza wat training Feel The Beat..training ni tak ada modul khas tapi ianya lebih kepada muzik dan tarian...pertama kali Cek Liza wat training cam ni so dalam 2 , 3 hari sebelum tu siap buat research kat You Tube lagu-lagu yang sesuai..best gila kan kerja cam ni leh buka You Tube tengok lagu dan tarian...kalau hari hari kerja cam ni....heaven nyaaaa uollllssssssssssss....tak stress lansung hahaahh Jangan Marah Bossss!!!

Pada hari training...acara pertama...Mari menyanyi lagu lagu fofular...

1) Holiwood Hills- Sunrise Avenue (nasiblah korang tak pernah dengar lagu ni..Cek Liza punya peberet ni)
2) Hall Of Fame - The Script  (kkekeek punyalah susah lagu ni...tergeliat lidah )
3) Stronger - Kelly Clarkson (pucat muka nak nyanyi part yang tinggi)
4) Like a Sky scrapper - Demi Lovato (haaaa lagu ni semuaa ok...senang je nak tekankan emosi je)

Hahhaahah Cek Liza dah bagi tahu tak perlu seyes sangat..lirik, lagu semua disediakan so mereka perlu nyanyi jer...tapi mereka ni punyalah siyes siap bawak lirik lagu (kertas) menyanyi dah maca koir pulak hahahah cuba tengok gambar bawah ni....nilah group yang kena nyanyi lagu Holiwood Hillsss...jangan marah yer adik adik sebab Akak Cek Liza enjoy performance korang..


Acara kedua..jom menari...

Apa lagi Cek Liza bantailah Chicken dance satu kekeke lawak....seronok boleh exercise sekali...pastu ada tarian Baby Shark tututututu Baby Shark....dan tarian sayang sayang...sebab apa ada training ni sebenarnya nak hilangkan stress..so menyanyi dan menari ni diharapkan dapat membantu peserta-perserta enjoy dan happy..

Gambar tarian baby shark seperti di bawah:


Frust sebab tak banyak ambil gambar...dapat ambil 7 je gambar....sibuk sangat time tu..

Acara ketiga dan terakhir

Pertandingan menari...dar ikelas  Cek Liza 4 kumpulan ambil bahagian untuk tarian/lagu


  1. Poco Poco
  2. Gangnam
  3. Hidustan
  4. Wakaka (hehehhe ketua group tu salah sebut sebenarnya Waka Waka)

Masa petang tu Cek Liza dah penat sangat dah..dari pagi stat pukul 9 boleh kira dalam berapa minit je duduk..yerlah dok ajar menyanyi, menari tak sangka dalam usia yang agak remaja purba ni...masih gigih dan bertenaga..syukur Alhamdulillah..

Penat semua hilang bila tengok fefomen meka ni..tak sangka mereka cuma berlatih dalam sejam je....BEST GILA!!!

Yang best tu sebab,...rata-rata mereka ni pemalu tapi boleh menari depan orang ramai (join sekali dengan 2 kelas lagi dalam 90 orang jugalah yang ambil bahagian dan buat persembahan)..

Untuk tarian poco poco ada yang tak pernah menari langsung tarian ni..tapi boleh jer buat...untuk Gangnamtu lagilah..siap ada hip hop, shuffle, break dance pun balun sekali..siap wat battle lagi,....WOW!!!  sampai judge kata "MIND BLOWING PERFORMANCE".  Masa tu Cek Liza rasa cam nak nanes sebab terharu dan bangga sangat..Untuk Tarian Hidustan 4 orang jejaka on jeeeee...Fantastic!!! Dan last sekali wakaka pun best sebab ada senaman lembut pinggang lagi kekekekekke...sayang sebab teruja tengok fefomen lupa nak amek gambar cuma satu je masa poco poco jom tengok...




Akhir sekali Cek Liza dan dan sorang lagi trainer buat Tarian Sayang Sayang ngan semua peserta dari 3 kelas..Marvelous sangat...!!!!

Petang tu training dah habis tak balik terus sempat lagi lepak ngan kawan-kawan dari Menara Celcom minum kopi kat kopitiam depan Semua House..gussip gussip...seronok sebab jumpa kawan kawan..

Balik rumah terus tergolek kat katil terbongkang tidoooo...seyesssssly sangat penat badan tapi otak happy sebab dah hilang stressssss......

Yahoo jumpa gambar my trainees wat gangnam dalam facebook member...apa lagi Cek Liza taglah gambar tu ..jom tengok!!!



Pergi Kenduri dan kareoke tak hengat dunia

23 November ajak kawan (jeeeeee tau) pergi kenduri umah BFF Cek Liza...Kawan Cek Liza wat majlis sempena khatan anak lelaki kedua...GRAND UOLSSSSSS siap ada khemah ngan pelamin lagi....untunglah anak teruna kawan I ni...kecik kecik dah naik pelamin...

Dah tu kawan Cek Liza tu ajak Jom kita karok kat atas...WOW..sistem kareoke dia cam kat Red Box Uollsss tu yang karok tak hengat dunia...sedey tak amik gambar...

Pastu habis karok dan suara (of coslah suara Cek Liza dah macam suara itik serati jeee abis masa training semalam dok nyanyi jerit bagai.....kannnnn) turun bawah cos ada lagi kawan kawan kami datang..sebenarnya mereka ni adalah EX Trainee Cek Liza kekek tapi desebabkan perangai sempoi jadi kawan kawan plak...jom tengok gambar...Cek Liza siap dok atas pelamin lagi....kekekeke (ingat kenangan lama memori nostalgia keee Cek Liza ooiiiii.....memang TIDAKLAHHHHHH)...


Habis kenduri bergegas plak dalam pukul 9 malam dah (datang pukul 3 ptg...tak pernah pergi kenduri berejam cam ni kekekekke)...bergegas pergi Setapak amik sorang lagi BFF yang baru habis karok 5 jam ...dia ni pun gila menyanyi gak)..lepak kat mamak sambil makan french fries..dan gussip gussip...

Balik umah sampai dalam kul 1.30 pagi..tido....


Lunch kat Coffee Bean

25 November...hahahah yang ni belum berlaku lagi...Cek Liza nak kena stop dulu sebab dah janji ngan mother nak sapu sampah and cuci toilet sebelum keluar nanti dalam kul 12 tengah hari...malam nanti baru Cek Liza boleh update...



Tata

Live Happy.....





Khamis, 15 November 2012

Politik dan Cik Liza, Apakah itu Kebebasan Beragama?


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah!

Pendirian Politik Cek Liza


Sudah tiba masanya sempena Maal Hijrah 1434, Cek Liza menetapkan pendirian politik Cek Liza. Semoga Allah berikan kekuatan untuk Cek Liza teguh dengan pendirian ini disamping menunjukkan jalan yang benar.
Harapan tinggi Cek Liza sempena dengan Tahun Baru ini adalah terjadinya perubahan positif dalam arena politik Negara. Paling mustahak sekali semoga perubahan ini berlaku dengan aman dan harmoni dan tidak menyebabkan pepecahan terutama sekali dikalangan Umat Islam.
Cek Liza tidak taksub dengan mana-mana pemimpin munkin kalau disuruh pilih Pemimpin peberet Cek Liza akan pilih Tan Sri Khalid Ibrahim sebab agak puas hati dengan cara dia mempin negeri Selangor dalam empat tahun ini berbanding dengan kepimpinan terdahulu. Semuanya kerana pencapaian macam mana kalau tempat kerja kan kita Semua ada KPI..untuk politik pun kena tengok KPI juga.
Walaupun Cek Liza dah buat pilihan atas kehendak hati sendiri tapi Cek Liza tidak mahu terlibat dalam aktiviti fitnah, keji mengeji, membuka aib mana-mana Pemimpin  dan pasangan mereka dari mana mana parti di Malaysia ini. Not my Style!!! Dan Cek Liza tidak setuju dengan para para penyokong dari kedua belah pihak yang suka mencarut, memaki…Cek Liza dah pergi banyak website dan page FB dan tanpa menyalahkan Barisan Nasional…Cek Liza tengok yang dari penyokong mereka banyak menggunakan kata kata yang melucah…Cek Nam Cek Liza tak suka carut marut caci maki ok…kat Website PR atau yang menyokong pembangkang pun Cek Liza akan tegur kalau ada yang tak patut…dekat page BN malaslah nak tegur…Cek Liza tengok ada tengur dengan elok pun kena maki balik memang kaw kaw kena kondem…
Cek Liza sendiri masa Bersih 3.0 dulu..bila Cek Liza post kat FB di wall sendiri menyokong agenda bersih…ada mamat penyokong Barisan Nasional ni suruh Cek Liza
1.       Pergi mampos (Adoiii apa hak dia sebagai manusia biasa nak suruh manusia lain mampos)
2.       Mangucap (adakah dia menuduh Cek Liza dah kafir)
3.       Pergi sembahyang (Yang ini Cek Liza Terima dan ucapan Terima kasih sebab mengingatkan)

Sama macam dalam bidang Customer Service…masa kerja kat Celcom Careline dulu..Kami promote Celcom tapi tidak sekali kali mengutuk produk dari Maxis atau Digi..so Cek Liza mengguna pakai prinsip yang sama..
Cek Liza masih memandang kepada jasa dan sumbangan dari Kerajaan sedia ada..Cuma merasakan Malaysia perlu perubahan untuk Check and Balance…Bayangkan…sekarang mereka yang memegang tampuk kepimpinan kalau berlaku perubahan menjadi pembangkang pula…bagaimana mereka akan beraksi sebagai pembangkang…Yang dok jadi pembangkang sekarang pula menjadi Pemimpin bagai mana peranan dan tindakkan mereka..adakah mereka akan jadi lebih baik atau mengulang kembali kesilapan yang sama seperti kerajaan sekarang? Cek Liza yakin sesiapapun memerintah tidak mebiarkan Malaysia terlungkup..(kan ramai dok kata kalau PR ambil alih pemerintahan Malaysia akan jahanam)..
Cek Liza melihat kepada situasi di negeri yang diperintah pembangkang dan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai (kita kena Adill…mereka baru memerintah 4 tahun kecuali Kelantan).
Apa pula peranan sebagai penyokong parti…
Dikalangan rakan-rakan Cek Liza yakin, dari 10 orang, 6 menyokong BN, 4 menyokong PR dari 4 yang menyokong PR munkin hanya 1 atau 2 yang berani declare yang 2 lagi takut kena kondem..kerana masyakat kita terutama orang melayu sinonim dengan budaya mengondem kalau pemahaman orang lain tak kena dengan pemahaman dia…
Bagi Cek Liza pula biarlah setiap dari kita BEBAS memilih arah perjuangan politik kita...Cek Liza sendiri tidak berminat nak pancing orang untuk memilih PR…sebab akibatnya tu…sanggup ke dicaci dimaki kerana memilih untuk menyokong  pembangkang…?? Tapi kalau mereka itu benar benar menyokong perjuangan Barisan Nasional…tak ada masalah bagi Cek Liza..tepuk dada tanyalah selera..

Kebebesan Beragama


Bagi Cek Liza apabila kita dalam dalam Islam tidak pernah ada paksaan.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)".(Baqarah: 256)


Kebebasan Beragama Bagi Cek Liza adalah:

1.       Kita yang membuat keputusan dalam sedar (conscious decision) untuk terus kekal dalam beragama Islam kerana kita yakin inilah Agama yang terbaik untuk kita bukan kerana kita dipaksa atau terpaksa jadi Islam kerana ini agama warisan kita..
2.       Mereka yang statusnya Islam dalam IC adalah pengganut Islam yang tulin sekurang-kurangnya dalam akidah mereka dan bukan hanya pada nama
3.       Mereka yang bukan beragama Islam bebas memilih untuk convert ke Islam dengan ikhlas memilih Islam tanpa rasa “Alahhh sebab nak kawin so Terrrrrrpaaakkkkksssaaaa masuk Islam”..lepas tu pasangan mereka pun tak berusaha untuk mendidik yang para-para mualaf ni yang kemungkinan tidak menerima Islam pun..itu yang kita dengar ada orang Islam yang memakan khinzir..tak percaya cuba google…..apalah gunanya orang-orang ini dikekalkan dalam agama Islam kalau sudah ada usaha mentarbiah mereka..tapi mereka tidak mahu menerima Islam. Mereka inilah yang membusukkan nama Agama Suci Kita…biar mereka terang-terang jadi kapir…so at least kita paham pendirian mereka menolak Islam

Bagaimana pula dengan yang dilahirkan Islam ingin meninggalkan agama Islam?

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?" (Yunus:99).

Cek Liza tak berani nak komen..sebenarnya mesti kena kondem…Cek Liza tak suka, tak sokong pun orang yang nak murtad atau sudah murtad. Tapi kalau dia yang nak sangat keluar dari Agama Islam…setelah kita nasihat pun tak boleh diterima..apakah perlu kita halang dia?? Again kalau menurut ayat diatas kalau itu pilihan dia, kita tak boleh paksa.
Sebagai penutup tidak ada istilah menyokong kebebasan beragama kerana ianya memang telah termaktub dalam Agama Islam. Sekian..

Dan akhir sekali…..Yang baik itu dari Allah..yang buruk dari Cek Liza sendiri..

Assalamualaikum…

Live Happy!!!