Khamis, 22 April 2010

KISAH KUCING VS MANUSIA SETAN

                       Meh aku cerita kisah kucing aku yang menyebabkan aku dibenci oleh jiran-jiran aku. Al-kisah masa aku baru pindah kat flat Desa Baiduri ni aku memang tak berkucing. Sebelum tu aku tak bela tapi memang aku sangat sayang kucing. Masa dah dok kat sini..rumah aku didatangi seekor kucing aku panggil dia kecik sebab dia memang small size. Dia dok datang umah aku so aku bagilah makan. So dia pun wat umah aku cam umah dia. Tapi masa aku pindah dah berpuluh kucing dok merayau kat flat tu taik mereka memang bersepah sana sinun lantaklah kan. So si kecik ni aku kasi tempat berak khas dalam besen guna pasir or kertas newspaper. Akhirnya si kecik dah beranak dan aku pun bela jerlah anak-anak dia. At the same time bebudak letak seekor anak kucing hitam so aku belalah sebab kucing hitam ni orang tak suka aku takut orang bunuh orang pukul ke yelah specis orang melayu peghak bukan semua tau segelintir lah. Kucing hitam ni membesar dah sekarang itu lah dia Dark Prince Aku yang panjat pokok tak reti turun tu hahahaha sampai aku kena call 999. Masa kat umah lama block Nilam A, tak der lak yang mengamuk ker. Tapi kucing aku berak dalam umah aku aku yang buang. Tak taulah kan kot dia keluar main terberak kat depan umah orang. Tapi kalau ada yang datang bagitau aku yang kucing aku berak depan umah dia, no hal aku pergi jer buang..bukan susah pon. janji datang bg tau elok-elok.

Sekali aku pun pindah umah aku sendiri block sebelah, bawak kucing-kucing aku. Rumah baru aku ni tak siap. Tingkap kat dapur tak bergrill so dark Prince, Dedeki dan Baby selalu keluar masuk. kecik dah tak der, munkin dah ajal kot. Baby ni sekor lagi kucing hitam yang budak-budak letak kat depan umah aku. Aku pun bela. masa aku pindah aku tengok memang banyak kucing lain dah memang ada berak kucing kat banyaklah tempat. Sekali tu dalam 2 bulan yang lepas setelah dalam 8 bulan pindah kat block sebelah, aku pun merima surat layang suruh aku jaga kucing boh dalam sangkar sebab mereka kata kucing aku berak kat depan umah mereka serupa cam satu bala. Aku pun peliklah. bukan semua kucing kat blok tu kucing aku..aku pun kalau time aku buang sampah kalau aku nampak taik ke luar ke kat tangga ker aku buang jer walaupun bukan kucing aku yang berak..sekarang minta maaflah aku tak akan buang. 

Maka semakin banyaklah surat layang yang aku dapat..aku suspek ni ada unsur khianat dan menghasut tapi lantaklah..tak per...tunggu.Kalau korang nak tahu aku ni membesar ngan kucing. Kat Umah Dato Syed ngan Datin Normala tu lagilah banyak kucing...Aku faham jiwa dan personaliti kucing especially yang aku bela. Aku yang bagi makan, aku tengok taik pun aku tau kalau tu kucing aku yang berak ke tak sebab bau dan rupa najis mereka akan follow apa menda yang meka makan. So masa mula-mula tu memang bukan kucing aku yang berak kat luar. Tapi kalau yer pun geli sangat kotor nak buang taik kucing, datang jumpa aku elok-elok aku boleh tolong. Bagi aku bukan kesusahan pun nak buang taik kucing . Ini tidak hantar surat ugut aku. Aku simpan lagi kot surat-surat tu . Husband aku mula-mula sampai stressed sangat selalu marah aku bab kucing ni. Sampai masa aku tak der kat umah dia amik anak2 Baby anja, sylvester, girl ngan boy pergi buang kat pasaraya bintang..padahal dari 4 ekor ni cuma girl (yang sekor betina) yang pandai keluar kot tingkap..betapa sedihnya aku..berapa hari aku menangis..Tapi aku maafkan suami aku..aku tau dia buntu. 

Dan yang paling aku sakit hati dan dendam, manusia binatang ni amik najis kucing yang depan umah mereka tu campak kat luar umah aku. So aku pun amik buang kat tong sampah kat bawah. Aku leh sabar lagi sebab aku fikir kesian kat mereka kan dalam bayak-banyak tempat kucing-kucing nak sangat berak kat depan umah mereka. Sangat kasihan hidup mereka kan sangat malang. Tapi yang aku leh hilang sabar bila ada yang kurang hajar siap gantung dalam plastik yang ada najis kat pintu grill umah aku..memang manusia celaka. Akhirnya kucing-kucing aku dapat merasa kemarahan dan dendam aku maka apa lagi kali ini memang mereka betul-betul meka  pg berak kat luar depan umah jiran aku yang lebih binatang dari kucing kurap ni dan kali ini memang aku mengomfemkan memang itu najis kucing-kucing aku..nak sangat bala kan..hahahahhaah padan muka padan muka...

Dan aku ada cara aku sendiri untuk mengajar manusia yang kurang hajar ini. Cuma orang-orang yang tertentu sahaja yang tau..setan-setan ni ingat mereka hantar surat layang tak letak nama mereka selamat, Kau ingat kau campak sampah depan umah aku senyap-senyap aku tak leh "cari" kau. Aku tak perlu kenal fizikal kau cam ner..aku tak perlu tahu rupa ko macam mana, ko lelaki ke pompuan, gemuk ke kurus ker. U mess with the wrong bitch. Siap korang. Huru-haralah hidup kau, bini kau, laki kau, anak-anak kau. I curse all of u. Korang memang patut kena sumpah..Sampai binatang pun kenal dan benci manusia busuk hati cam korang.

p/s:Sekarang ni husband aku pun dah malas nak layan manusia-manusia setan ni. Husband aku kata pergilah mampus bukan dia orang yang bagi kita makan. Hhuhuhuh tulah yang aku boleh still sayang kat laki aku..dia jahat aku jahat tapi we support each other time susah.