Sila hayati ungkapan di bawah untuk insan yang bernama "Liza"
Berwatak Menarik dan popular,
Tegas dan berpendirian,
Bijak dalam merancang sesuatu perkara,
Keras hati dalam mencapai matlamat,
Peramah dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Jangan tuduh I perasan ok ..inilah kata-kata yang tertulis kat key chain yang I beli dengan harga RM5 jer kat kedai RM5 kat Wangsa Walk. Tak taulah pujangga mana yang mentafsirkan watak seorang yang bernama Liza tapi memang 100% kena ngan my character. Cuma yang ni yang bagusnya. Ada gak watak-watak negatif like:
Perangai cam budak kecik kadang-kadang,
Bengis cam singa kadang-kadang,
Malas kemas rumah kadang-kadang,
Malas masak kadang-kadang,
Kuat tido kadang-kadang.
Hahaha jangan marah yer bukan semua Liza cam perangai saya ni.. Team member I pun ada nama M--Liza. Comel orangnya, terkebil-kebil klip pop klip pop bulat mata time kena marah. Senyum jer time tak kena marah...
Tapi ada seorang Liza yang tinggal 3 km dari tempat I kerja. Dari perkenalan yang singkat berikut adalah biodata ringkas dirinya:
Nama: Liza (nama penuh tak diketahui)
Umur: 32 tahun
Tempat Tinggal : Lorong Gelap si sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib
Status: tak diketahui but pregnant, and addicted to drugs
Spouse: Unknown
Kenapa nasib seorang Liza ini sangat dasyat sekali. Hidup gelandangan jadi "sampah" masyarakat. Mana keperibadian menarik dan popular, mana pendirian yang tegas, mana kebijakkan nya? Menyesal pulak tak bagi jer key chain tu kat dia. Supaya boleh ingatkan dia apa makna yang sebenarnya si sebalik nama "Liza". Munkin boleh bawa dia kembali dari dunia kelamnya.
Sis my prayers go out to you...Amin
Luv,
SLS