Isnin, 17 Oktober 2011

KISAH DARI RUMAH SINAR SALAM


KISAH DARI RUMAH SINAR SALAM

Hari: Ahad
Tarikh: 16th October 2011
Jam : 11 pagi
Agenda: Kunjungan ke Rumah Sinar Salam
Hadir :
Kak Pah (me)
Jay (merangkap Ketua Kontijen)
Maz Ganda 2 (Mazliza dan Mazwan)
Kalai
Fareed
Nana
Shafiq (tetamu kehormat dari Bumi Hang Tuah) dan sugar glidernya (si comel)
Wan (Mandarin Speaker merangkap pembaca Doa dan pemberi tazkirah)
Elie (juru gambar dan bff Jay)

Sumbangan yang dibawa:
Beras, Susu dan lain2 makanan
Wang tunai

Alkisahnya:
Hari yang bersejarah. Kami membawa sumbangan dari group Sharifah dan warga-warga Celcom Careline (MC)  ke Rumah Sinar Salam. Melalui google map , jarak perjalanan cuma  lebih kurang 3km sahaja dari Menara Celcom. It might have been a different world altogetherlah. Kedatangan kami disambut Kak Fidah Penaung Rumah Sinar Salam. Kak Fidah ni memang seorang wanita berjiwa kental, cekal dan penyayang. Yelah siapa antara kita yang sanggup bersusah payah membela nasib orang-orang yang terbiar tak kira bangsa dan agama. Mungkin ada yang fikir buat apa nak ambil tahu pasal bekas/ penagih dadah, s_x workers, anak-anak jalanan. Apa kepentingan nak membantu mereka-mereka ni?
Rumah Sinar Salam tenpat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan mencari perlindungan. Tempat di mana anak2 terbiar (seperti Aishah, Aiman dan Mikhail) diberi makanan, pakaian dan kasih sayang secukupnya. Semoga masa depan mereka masih boleh dipulihkan. Tapi perjalanan mereka sangat jauh lagi dan tak semudah kanak-kanak lain.

Antara Briefing dari Kak Fidah:
Aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan.
Golongan Sasaran.
Objektif.

Kak Fidah mewakili Rumah Sinar Salam mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga Celcom Careline yang telah bermurah hati memberi sumbangan. Kami pun ucapkan thanks a lot to all yang sudi menderma. Pesan dari Kak Fidah lagi sesiapa yang rasa nak help out or volunteer just drop by at the home. All is most welcomed.

Luv,
SLS