Rabu, 8 Februari 2012

Kesah orang kita ...(Malaysia tak kira bangsa apa)

Amaran kandungan agak sensitif..saya berikan pendapat saya jangan nak menyentap!!!

Baru jap tadi baca pasal kisah pekerja KFC bergaduh dan menumbuk customer. Dalam youtube pun ada:

http://www.youtube.com/watch?v=GsGwY-LPE1Q

Saya cuba nak dengar apa yang mereka gaduhkan tapi tak jelas..yang pasti pekerja KFC tu cam orang kita (melayu) yang customer tu Cina. Ni sinopsis dia:



KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI"..

Adoiiiiii ada beberapa kemungkinan:

  1. Pekerja tu dan rakan-rakannya munkin ada masalah dan tertekan yelah berapa puluh riban keping ayam nak digoreng setiap hari..pelanggan semua pelahap kekekke termasuk saya..
  2. Customer pun angin gak yelah dah tunggu sejam lebih...
Sapa yang salah...bagi saya:
  • Pihak pengurusan yang gagal mengurus sehingga boleh benarkan pekerja begitu tertekan. Kenapa biar customer tunggu sejam lebih...NOT ACCEPTABLE walau sibuk tahap Disneyland sekali pun ....bagi saya perkhidmatan yang sangat lembab !!!! 
  • Customer pun gedik nak gak makan KFC jugak walaupun melaut orang menunggu . Tak bijak betul.  Macamlah boleh mati tak dapat makan ayam goreng. Yang kau pon dok hamun pekerja-pekerja KFC tu macam p***n m*k* kannnnnnnn. Lain kali bawak bekal! Ini memang aku potong markah.
  • Yang pekerja tu pun alahai orang muda darah panas...Tahniah anda -telah menunjukkan ciri-ciri yang sesuai sebagai calon pemukul isteri ataupun samseng jalanan. Kalau ada berani masuklah pasukan polis atau tentera boleh menjaga keamanan negara. Sangat mulia dik. Tapi wa tabik Lu sangat berani bertindak(walaupun bongok) depan orang ku kasik itu orang. Kena bagi markah jugak. 

Pemenangnya adalah ...jeng jennng Pekerja KFC...dek nanti contact akak belanja mek donel plak ..takut pergi KFC kekkekeekeke

Serius adek-adek jangan tiru aksi ini di rumah ok..bawak-bawak besabar kerana sabar itu separuh dari iman..kerja ni memanglah tekanan..dikerjakan lagilah tekanan...jangan ikutkan sangat perasaan marah..ok...bernafas...hhhhhhh


Sebagai pelanggan pulak, kenalah rasional. Jangan pentingkan diri atau perut sendiri. Fikir sikit susah payah orang lain berkerja. Cuba kalau terbalik apa perasaan kau bila kau tekanan kerja orang dok memekak maki-hamun kat kau. Tak rasa macam nak bagi kaki kat muka orang tu...hehehehhe keji sunggoh statement saya ni....

Bagi yang lain jangan jadikan ini isu perkauman. Lebih 10 tahun dalam bidang customer service samada kat kilang, tepi jalan, ofis atau call centre, customer yang mengamuk bising-bising ni terdiri dari semua jenis bangsa ye termasuk bangsa kita....kalau dah memang jenis berlagak tak ingat dunia. Tapi dah kerja kita kenalah pandai menangani situasi. Janganlah kita jadi tak de otak macam mereka. Ooops keji lagi statement I....


Saya buat kesimpulan walaupun saya faham kemarahan adik KFC kita tu...menumbuk pelanggan adalah salah salah dan salah. Kita kalau berkerja dengan customer kena ada kekuatan mental and kesabaran yang tinggi. Kalau rasa diri panas baran, sila cari kerja lain atau kerja je dengan haiwan bukan dengan manusia. ok itu sahaja ulasan Cik Pah untuk peristiwa ini.




p/s U all notice tak betapa saya menulis dengan sangat "sopan" walaupun ada masa saya mengeji..Itu namanya customer service...

Live Happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dussssssssshhhh (cu teka cu teka bunyik apa ni...clue bukan bunyi kentut ok)