Khamis, 6 September 2012

Kisah Kucing Lagi (Harap yang terakhirlah)

Baru selesai urusan penceraian, satu lagi masalah yang timbul. Munkin ini adalah balasan atas sikap keras kepala Cek Pah dan soda-soda oops dosa-dosa masa lalu..
Cerita pasal kucing-kucing Cek Pah kat Cheras. Xhubby nak ambil rumah ni..walapun share Cek Pah lebih besar, Cek Pah dah malas nak bergaduh. Letih dah...banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Dia nak Cek Pah keluarkan semua kucin-kucin dalam masa terdekat..lagipun jiran pun komplen kata kucing Cek Pah bobo kat depan umah mereka ... (heheheh kucing pun tau umah sapa sesuai dibom ngan baja kimia biologi semulajadi free of charge...ooops Jahatlah Cek Pah ni) ..sebenarnya Cek Pah tak mau pindah kat sini tapi X dulu yang berkeras maklumlah rumah yang kami sewa dulu rumah uncle dia dah bertahun orang tak duduk..rumah kami beli ni rumah uncle satu lagi plak...keluarga X desak gak soh Dia beli umah ni...Bergaduh punya bergaduh Cek Pah setujukan sahaje.. siap keluar KWSP lagi sebab harga murah so kami bayar cash jer senang tak payah hutang. .Tak cukup bayar lebih separuh harga rumah (jumlah biarlah rahsia) Cek Pah bagi lagi sejumlah wang untuk renovate rumah. X bagi job tu kat kawan dia dok situ gak..Cek Pah tengok dia orang ni lain macam..je..Cek Pah bagi tahu Cek Pah tak percaya mereka tapi Dia nak gak upah kawan-kawan (X memang seorang yang sangat percayakan kawan-kawan. Setan-Setan ni plak suka ambil kesempatan kat Dia) ..rupanya bukan kawan tapi Syaitan yang direjam!!!  ..Duit Cek Pah habis rumah tak siap termasuklah tingkap dapur terlopong (tempat nak pasang kipas). Cek Pah minta X uruskan dari tahun 2009 sampai sekarang sampai kami habis jodoh, tingkap tu masih tak dipasang..Dia kata kipas tu dah beli ...so haruslah memang lesap terus lah. Sama gak pasal kucing, Cek Pah bagi duit suruh buat sangkar besar masa tu ada 2 ekor jer kucing girl...Dedek (si cacat memamg tak pernah mengandung pun)  dan Baby (sekarang ni asyik wat baby jer)...Kucing jantan semua memang dok luar...(Oren ngan Prince Black) Sama gak kes rumah...duit habis sebatang besi pun Cek Pah tak dapat..paku sebijik pun tak ada. Apa lagi beranak pinaklah Baby...X gak mengamuk rumah bau bobo..hari tu dia tangkap anak-anak baby pergi buang tapi ada sekor terselamat...yang Baby ada lagi..beranak lagi...Baby ni pon sebenarnya anak jiran yang ambil letak depan rumah Cek Pah..menjerit kuat tak sampai hati ambik bela..(nak menyesal nak marah budak tu pun tak guna dah)...Habis bermasam muka dengan jiran-jiran marah Cek Pah...yang kucing-kucing ni plak dok kluar masuk kot lubang kipas dapo tu lah. .Cek Pah tak sampai hati nak buang..nak mengadu nak minta tolong ke tak tahu kat siapa. Dalam tahun ni pulak Cek Pah start bekerja kat TTDI..jalan nak pergi semacam haram jem. Dulu tak sangat mula bulan satu buka sekolah jer perjalanan dari Cheras ke TTDI pagi ambil masa 2 jam...(dulu paling lama pun sejam je)..Banyak kali Cek Pah perasan polis tahan kereta masuk emergency lane... What the hell buat roadblock pagi masa orang nak pergi kerja bijak tak Polis kita? Sebelum sampai Federal Highway tu yang lagi tambah jem,...kalau pemandu-pemandu boleh guna Emergency Lane..tak ketat sangat jalan utama. Hari-Hari sampai kerja lambat, ada sekali tu Brickfield terbakar, Cek Pah keluar umah  6.30 pagi pukul 9.30 pagi baru sampai TTDI 3 JAM banyangkan...keluar kereta Cek Pah jadi macam orang baru bangun tido bigung! Partner kerja Cek Pah pun muka dah ketat yelah masuk kul 9 , 9.30 patut 8.30..kena plak ada bos suka meeting pukul 8 pagi ayoooo.. Lambat satu hal pas tu minyak kereta macam air kot hari hari kena isi at least RM20 untuk pergi balik kerja sahaja. Pas tu sekarang ni Cek Pah bertugas di Semua House pulak..lagilah mana nak drive ke tengah-tengah KL tu ngan parking yang susah dan mahal..kalau dari PJ Cek Pah parking kat LRT Kelana Jaya jer.
So terpaksalah Cek Pah bermalam di rumah parents kat PJ...maka sedikit terabai kucing-kucing sebab Cek Pah balik selang sehari atau dua hari tapi makan air tinggal mencukupi cuma bab bobo je lah...memang jenuh mencuci..lama-lama jiran bising..dulu pun bising gaklah memang bising lah dari dulu..
Pendekkan cerita ada jiran datang bagi nasihat buanglah kucing-kucing tu semua....semua orang marah Cek Pah...Fikir punya punya fikir dahlah agak penat menguruskan  bab divorce ...time raya dok kena smash ngan saudara mara ...huh kalau lemah semangat dah masuk Tanjung Rambutan dah..so Cek Pah mulalah mencari shelter untuk kucing...kat fb banyak kumpulan pencinta kucing ni...so  kalau tak dapat bela kucing kita boleh minta admin-admin kumpulan ni advertise sapa sudi adopt...tapi masa dah suntuk...so tak sempat nak iklan bagai...Cek Pah jumpa satu shelter kucing yang sudi ambil kucing-kucing Cek Pah tapi kena caj RM50 seekor kucing...kira punya kira Cek Pah kena keluarkan antara RM700 ke RM800..Tak perlah Cek Pah redha..duit boleh cari lagi nanti...Lagipun duit yang dibayar akan digunakan untuk makanan dan vaksin. Cek Pah faham sangat shelter ni sukarela mana ada orang bayar gaji..cara cam nilah ada duit sikit nak jaga kucing-kucing ni. Cek Pah pun bukan tak nak bela kucing-kucing pasal duit pun. Selagi ada kederat bab duit Cek Pah leh carik. Cek Pah pun bodoh tak mandulkan Baby..hari tu nak buat...ada kawan kata Tak baik sebab kau tak beranak lagi...tak baik mandulkan kucing...masalahnya asyik kucing tu jer mengandung Cek Pah tak mengandung juga...haruuuuu sungguh serabut! Stupid advise and me even more stupider for listening!
Semalam Cek Pah pulak terbagi tahu kat Mummy Cek Pah ngan father apa lagi mengamuklah Father Cek Pah...dia kata (dan Cek Pah akhirnya bersetuju sebelum ni degil keras kepala ), ..tak boleh pentingkan diri macam tu..kena hormat jiran dan tak bolehlah bebankan mereka dengan masalah kita,,,Adoi sedih betul buat Father and Mummy susah hati cam tu...So Father dah keluarkan perintah bincang ngan my brother cam ne nak kemas rumah..so Sabtu ni kucing-kucing Cek Pah akan dibawa ke rumah baru mereka...Cek Pah berserah pada Allah sahajalah akan nasib mereka-mereka ini...Cek Pah Pah dah cuba buat yang terbaik...dan tak pernah menyesal membela mereka..dan membuang bobo dan shishi mereka selama ni. Juga tak menyesal dikeji oleh jiran-jiran. Cek Pah. kan lama dalam bidang Customer Service setakat kena keji caci dan carut dah lali..Tapi buat masa ni Cek Pah tak leh take care mereka  sebab Cek Pah kena take care diri Cek Pah sendiri dahulu..tapi Cek pah ada minta permission kat Shelter tu boleh tak Cek Pah pergi melawat kucing-kucing Cek Pah nanti kat sana...tapi so far tak de jawapan lagi...Cek Pah tak kesah boleh volunteer gak kat sana..tolong apa yang patut demi kucing-kucing terbuang ni...Cek Pah sanggup bayar bulan-bulan lagi kat Shelter tu sedikit sebagai sumbangan selagi kucing-kucing Cek Pah ada kat sana. So see firstlah...cam ner..I'm such a bad person kan?...(Bagi jiran-jiran, Cek pah boleh diklasifikasikan sebagai Neighbour From Hell!)...


Oh sungguh sedih...tapi teruk cam ne pun..kena move on juga...and

Live Happy!!!   Kalau sedih pun boleh selesai masalah ke. Tidak kan.

Sekian!!!







Selasa, 4 September 2012

Tamat Sudah Satu Kisah Cinta...






Macam-macam kisah Raya tahun 2012 ni ....

Ok bagi yang kenal Cek Pah , just nak share bahawa setelah  lebih setahun berpisah dengan "Suami" akhirnya ternoktahlah sudah perkahwinan kami tanggal 30 Ogos yang lepas..di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Dia melafazkan cerai talak 1 dihadapan Hakim..setelah kami bersetuju berpisah dengan baik.

Sebab?

1) Tak ada jodoh
2) Tak ada anak
3) Tak ada persefahaman
4) Cinta yang pergi

Ada kenalan yang masih bertanya lebih lanjut tentang sebab...memang Cek pah tak boleh explain memang 4 kat atas tu lah yang utama. Yang lain tu.....contoh orang ketiga, keempat kelima..tu tak penting..setakat mewarnai cerita....

Cek Pah Menyesal?

Sama sekali tidak..sekurang-kurangnya Cek Pah merasai alam perkahwinan. Bak kata pujangga lebih baik bercinta dan kecewa dari tiada cinta lansung..lagi pula bukan tak cuba menyelamatkan marriage tapi dah takdir.

Pengganti?

Tak fikir lagi..nak merehatkan minda dulu...lagipun munkin agak serik kot.

Siapa yang minta penceraian?

Cek Pah yang minta..atas sebab-sebab tertentu. "Suami" ada mengatakan hendak berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat ..so Cek Pah minta dilepaskan untuk memberi ruang untuk Dia membina kehidupan baru..

Sedih tak?

Sudah tentu kalau bercinta setahun dua berpisah pun sedih inikan pula bersama selama 9 tahun..Tapi redha sebab yakin ini jalan terbaik..

Marah pada Dia?

Tak marah pun..bukan salah Dia semua..Cek Pah pun banyak kesilapan dan kekurangan.

Kenapa share pada orang lain kisah penceraian?

Cek Pah nak keluarga dan rakan-rakan tahu cerita ini dari Cek Pah sendiri. So terjawab segala persoalan. Juga untuk berkongsi pengalaman yang berguna diambil sebagai tauladan.  Kisah yang baik dicontohi yang buruk dijauhi...

Nasihat pada yang lain...

Perkahwinan yang bahagia adalah suatu kekayaan tiada ternilai. Hargai pasangan masing-masing. Tak payahlah berskandal kalau pasangan anda baik dan setia. Baik suami atau isteri jangan hampiri langsung kecurangan...dan untuk perempuan single tolong jangan dok kerkau laki orang boleh...(ooops)....lelaki toksahlah kacau bini orang (adillah kan)


Sekian...walaupun berat dugaan dan jauh perjalanan...sentiasa memilih untuk



Live Happy!!!




RAYA RAYA RAYA



Raya tahun ini memanglah penuh emosi. Setelah 3 tahun Cek Pah berkerja, tahun ini dapat peluang beraya dengan keluarga tersayang. Special sangat raya ni ada campuran perasaan gembira, syukur, terharu pun ada, sakit jiwa pun ada juga. Yang seronok walaupun penat (sebab kurang minat ayooo) dapat berbakti kepada Mummy Cek Pah, tolong menyediakan persiapan raya. Diantara tugas Cek Pah:

  1. Isi kueh dalam balang
  2. Keluarkan pinggan mangkuk, gelas, sudu garpu yang digunakan untuk majlis-majlis istimewa sahaja
  3. Hidang makanan, top up makanan
  4. Buat air
  5. Cuci pinggan mangkuk dan gelas
  6. Kemas Pinggan mangkuk dan gelas
Macam alaaa apalah sangat tapi tulah sebab dah tak berapa remaja kot so rasa macam penat sangat. Munkin  rushing sebab hari raya pertama tetamu agak ramai datang antara pukul 10 pagi sampai 1 tengah hari. Lepas tu rumah tutup sebab kami sekeluarga pergi beraya rumah Abang Mummy Cek Pah. Dalam pukul 2 balik rumah Cepat-cepat kemas pinggan mangkuk lauk-lauk sebab nak bertolak balik ke Kedah petang tu juga. Malam sebelum tidur pukul 5 pagi ingat nak tidur je dalam kereta masa dalam perjalanan, Tak pernah rasa penat cam ni. Kali inilah paling lama Cek Pah buat kerja-kerja perempuan ni...kekekeke..for my Mummy,,,if not memanglah tidak...

Balik tu naik kereta my sis in law. Ingat nak jadi co-driver. Hampeh sekejap je drive pas tu bagi dia drive sampai sudah. Cek Pah baguih punya tidoqqq...jangan marah...

1st Stop Sungai Patani...

My cousins mostly...dan seperti yang diduga...

GEMUK??!!
MENGANDUNG?
HUSBAND??

Tapi Sg Patani side Mummy ni taklah teruk sangat komentar....tunggu cerita kat Perlis na..
Cek Pah pergi melawat Pak Saudara sorang ni...Cek Pah rapat ngan Autie Cek Pah...dia ni tak pernah cakap kasar dan menyakitkan hati Cek Pah...Kesian anak dia (cousin) dah Arwah mati dibunuh dalam rompakan.(mayat dia dibuang dalam tasik)..Masa kecik Cek Pah rapat dengan Arwah dan keluarga. So Cek Pah rasa gembira dapat jumpa mereka tapi masa yang sama terharu dan sedih bila terkenangkan Arwah.

2nd Stop 

Jitra still Kedah....my cousin's house ok tak de masalah...gembira lagi makan nasi lauk asli Kedah pehhhhhhh hahahahha...

3rd Stop yessss Perlis Indera Kayangan!

Rumah nenek tiri (My Arwah Grandfather's youngest wife)

Masih gembira jumpa Tok Cik (dia ni pun baik layan Cek Pah and family), jumpa autie and anak dia...seronoks makan Laksa Perlis (mak aihhhh berapa tahun dah tak rasa)...

Kegembiraan Cek Pah berakhir di rumah seorang autie yang notorious...Kangar!
Jumpa je memang dia dah komen pasal Cek Pah gemuks tu dah tak de hal...tapi dok repeat ulang tayang!

Cek Pah tengok anak dia pun gemoks sorang (yang lain kurus) tapi ok jerlah asal sihat...

Pas tu kalau dia nak minta tolong buat apa-apa...minta sudahlah...ini tambah ngan komen menyakitkan hati cam pergi buat tu ni exercise bagi kurus...kalau kat Cek Pah sorang dia cakap tak kesah depan my parents..macam tak respect my father and mother. Huh...kesabaran tahap Dewa kot Cek Pah memikirkan perasaan Ibu Bapa..kalau tidak memang nak sangat Menggangnam kan perempuan ni...auntie tak auntie...(hari tu Cek Pah dah Cek Nam dah, Father kecik hati sebab Cek Pah kurang hajar ngan adik kesayangan dia...oklah Father because I love You and don't want you to susah hati, I just SABARRRR)..sebenarnya setakat ni Cek Pah dah Cek Nam 3 orang auntie yang mulut puaka...tapi Mummy Cek Pah marah kata dia tak pernah ajar Cek Pah bersikap kurang hajaqq. Yang ni memang tak dak sapa ajaq..Syaitan tu sendiri datang.. yerlah yang sana pun Syaitan jugak eloklah kan...Kalau dia tanya sesuatu yang melibatkan duit mesti dok minta duit raya..ayoooo..last sekali Cek Pah bagi jer...kalau tak dia histeria..Auntie sorang lagi pun sama gak dok cerita kat my cousin konon sekali masa ada kenduri my cousin kawin dia tengok Cek Pah pastu dia ingat Aishah penyanyi tu yang datang...sebenarnya dia nak kata Cek Pah ni gemoks cam Aishah....apalah pergi Haji perangai cam ni...peliksssss...pas tu hehehhe Alah bergurau jer jangan amik hati yerrrr...peraaaahhh.Dahlah kena stay 2 malam  adoi SAKIT JIWA...tapi auntie yang dapat duit raya dari Cek Pah tu lepas tu mood dia ok plak baik sangat ..

Dah bagi tahu Mummy Cek Pah next year baik raya kat Key Eell...kalau tak kemana dok tengok tv atau surf internet besttttttttttttttttt...Cek Pah prefer beraya rumah kawan-kawan...sebab Cek Pah pilih kawan yang tak menyakitkan mata dan hati Cek Pah...kui kui...saudara kita tak leh nak pilih..Mummy kata Tak Bolehlah Raya sabar jerlah..

Rupa-rupanya kononnya kami adik beradik ni tak digemari dan keluarga kami tak dihormati sebab kami bukanlah sukses seperti cousin-cousin lain ada yang dah jadi millionairre, doktor, peguam, arkitek. Pandangan mak-mak dan pak saudara Cek Pah, abang dan adik-adik  semacam memperabis beras  Father yang boleh dikatakan berada...Standadlah cam kat drama TV anak-anak orang kaya  hidup dengan harta mak bapak je..jadi saudara mara tak sukalah kami...Ayooooo...kalau teruklah sangat Cek Pah ni bukankan sepatutnya Cek Pah yang gila sebab dengki kesumat kat cousin cousin yang konon berjaya dalam kehidupan mereka. Cek Pah percaya rezeki masing-masing Allah bagi buat apa nak dengki kat orang...Lagilah Cek Pah tumpang gembira atas kejayaan mereka..apatah lagi Cek Pah anggap cousin-cousin macam adik adik sendiri..Awat Mak Ayah depa macam tak suka kat kami pulak ....boleh buat drama swasta ni.!

Anywaysss having said all the above, Cek Pah tetap sayang kat semua Pak-Pak dan Mak Mak Menakan Cek Pah...baik atau buruk they are my family...just like me ada baik dan buruk gak kan...I live and die for Allah, my country and my family.

Anyway, Cek Pah tetap bergembira dan bersyukur sebab ada Father, Mummy, Abang, Adik-Adik, My Sis in law and nephews and niece, saudara mara (baik atau buruk)...and kawan kawan yang gila gila tapi menghiburkan hati Cek Pah selalu....

Raya datang dan Raya Pergi...Cek Pah tetap Live Happy!!!

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin from Cek Pah Diva Cek Nam.