Selasa, 4 September 2012

RAYA RAYA RAYA



Raya tahun ini memanglah penuh emosi. Setelah 3 tahun Cek Pah berkerja, tahun ini dapat peluang beraya dengan keluarga tersayang. Special sangat raya ni ada campuran perasaan gembira, syukur, terharu pun ada, sakit jiwa pun ada juga. Yang seronok walaupun penat (sebab kurang minat ayooo) dapat berbakti kepada Mummy Cek Pah, tolong menyediakan persiapan raya. Diantara tugas Cek Pah:

  1. Isi kueh dalam balang
  2. Keluarkan pinggan mangkuk, gelas, sudu garpu yang digunakan untuk majlis-majlis istimewa sahaja
  3. Hidang makanan, top up makanan
  4. Buat air
  5. Cuci pinggan mangkuk dan gelas
  6. Kemas Pinggan mangkuk dan gelas
Macam alaaa apalah sangat tapi tulah sebab dah tak berapa remaja kot so rasa macam penat sangat. Munkin  rushing sebab hari raya pertama tetamu agak ramai datang antara pukul 10 pagi sampai 1 tengah hari. Lepas tu rumah tutup sebab kami sekeluarga pergi beraya rumah Abang Mummy Cek Pah. Dalam pukul 2 balik rumah Cepat-cepat kemas pinggan mangkuk lauk-lauk sebab nak bertolak balik ke Kedah petang tu juga. Malam sebelum tidur pukul 5 pagi ingat nak tidur je dalam kereta masa dalam perjalanan, Tak pernah rasa penat cam ni. Kali inilah paling lama Cek Pah buat kerja-kerja perempuan ni...kekekeke..for my Mummy,,,if not memanglah tidak...

Balik tu naik kereta my sis in law. Ingat nak jadi co-driver. Hampeh sekejap je drive pas tu bagi dia drive sampai sudah. Cek Pah baguih punya tidoqqq...jangan marah...

1st Stop Sungai Patani...

My cousins mostly...dan seperti yang diduga...

GEMUK??!!
MENGANDUNG?
HUSBAND??

Tapi Sg Patani side Mummy ni taklah teruk sangat komentar....tunggu cerita kat Perlis na..
Cek Pah pergi melawat Pak Saudara sorang ni...Cek Pah rapat ngan Autie Cek Pah...dia ni tak pernah cakap kasar dan menyakitkan hati Cek Pah...Kesian anak dia (cousin) dah Arwah mati dibunuh dalam rompakan.(mayat dia dibuang dalam tasik)..Masa kecik Cek Pah rapat dengan Arwah dan keluarga. So Cek Pah rasa gembira dapat jumpa mereka tapi masa yang sama terharu dan sedih bila terkenangkan Arwah.

2nd Stop 

Jitra still Kedah....my cousin's house ok tak de masalah...gembira lagi makan nasi lauk asli Kedah pehhhhhhh hahahahha...

3rd Stop yessss Perlis Indera Kayangan!

Rumah nenek tiri (My Arwah Grandfather's youngest wife)

Masih gembira jumpa Tok Cik (dia ni pun baik layan Cek Pah and family), jumpa autie and anak dia...seronoks makan Laksa Perlis (mak aihhhh berapa tahun dah tak rasa)...

Kegembiraan Cek Pah berakhir di rumah seorang autie yang notorious...Kangar!
Jumpa je memang dia dah komen pasal Cek Pah gemuks tu dah tak de hal...tapi dok repeat ulang tayang!

Cek Pah tengok anak dia pun gemoks sorang (yang lain kurus) tapi ok jerlah asal sihat...

Pas tu kalau dia nak minta tolong buat apa-apa...minta sudahlah...ini tambah ngan komen menyakitkan hati cam pergi buat tu ni exercise bagi kurus...kalau kat Cek Pah sorang dia cakap tak kesah depan my parents..macam tak respect my father and mother. Huh...kesabaran tahap Dewa kot Cek Pah memikirkan perasaan Ibu Bapa..kalau tidak memang nak sangat Menggangnam kan perempuan ni...auntie tak auntie...(hari tu Cek Pah dah Cek Nam dah, Father kecik hati sebab Cek Pah kurang hajar ngan adik kesayangan dia...oklah Father because I love You and don't want you to susah hati, I just SABARRRR)..sebenarnya setakat ni Cek Pah dah Cek Nam 3 orang auntie yang mulut puaka...tapi Mummy Cek Pah marah kata dia tak pernah ajar Cek Pah bersikap kurang hajaqq. Yang ni memang tak dak sapa ajaq..Syaitan tu sendiri datang.. yerlah yang sana pun Syaitan jugak eloklah kan...Kalau dia tanya sesuatu yang melibatkan duit mesti dok minta duit raya..ayoooo..last sekali Cek Pah bagi jer...kalau tak dia histeria..Auntie sorang lagi pun sama gak dok cerita kat my cousin konon sekali masa ada kenduri my cousin kawin dia tengok Cek Pah pastu dia ingat Aishah penyanyi tu yang datang...sebenarnya dia nak kata Cek Pah ni gemoks cam Aishah....apalah pergi Haji perangai cam ni...peliksssss...pas tu hehehhe Alah bergurau jer jangan amik hati yerrrr...peraaaahhh.Dahlah kena stay 2 malam  adoi SAKIT JIWA...tapi auntie yang dapat duit raya dari Cek Pah tu lepas tu mood dia ok plak baik sangat ..

Dah bagi tahu Mummy Cek Pah next year baik raya kat Key Eell...kalau tak kemana dok tengok tv atau surf internet besttttttttttttttttt...Cek Pah prefer beraya rumah kawan-kawan...sebab Cek Pah pilih kawan yang tak menyakitkan mata dan hati Cek Pah...kui kui...saudara kita tak leh nak pilih..Mummy kata Tak Bolehlah Raya sabar jerlah..

Rupa-rupanya kononnya kami adik beradik ni tak digemari dan keluarga kami tak dihormati sebab kami bukanlah sukses seperti cousin-cousin lain ada yang dah jadi millionairre, doktor, peguam, arkitek. Pandangan mak-mak dan pak saudara Cek Pah, abang dan adik-adik  semacam memperabis beras  Father yang boleh dikatakan berada...Standadlah cam kat drama TV anak-anak orang kaya  hidup dengan harta mak bapak je..jadi saudara mara tak sukalah kami...Ayooooo...kalau teruklah sangat Cek Pah ni bukankan sepatutnya Cek Pah yang gila sebab dengki kesumat kat cousin cousin yang konon berjaya dalam kehidupan mereka. Cek Pah percaya rezeki masing-masing Allah bagi buat apa nak dengki kat orang...Lagilah Cek Pah tumpang gembira atas kejayaan mereka..apatah lagi Cek Pah anggap cousin-cousin macam adik adik sendiri..Awat Mak Ayah depa macam tak suka kat kami pulak ....boleh buat drama swasta ni.!

Anywaysss having said all the above, Cek Pah tetap sayang kat semua Pak-Pak dan Mak Mak Menakan Cek Pah...baik atau buruk they are my family...just like me ada baik dan buruk gak kan...I live and die for Allah, my country and my family.

Anyway, Cek Pah tetap bergembira dan bersyukur sebab ada Father, Mummy, Abang, Adik-Adik, My Sis in law and nephews and niece, saudara mara (baik atau buruk)...and kawan kawan yang gila gila tapi menghiburkan hati Cek Pah selalu....

Raya datang dan Raya Pergi...Cek Pah tetap Live Happy!!!

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin from Cek Pah Diva Cek Nam.