Selasa, 4 September 2012

Tamat Sudah Satu Kisah Cinta...






Macam-macam kisah Raya tahun 2012 ni ....

Ok bagi yang kenal Cek Pah , just nak share bahawa setelah  lebih setahun berpisah dengan "Suami" akhirnya ternoktahlah sudah perkahwinan kami tanggal 30 Ogos yang lepas..di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Dia melafazkan cerai talak 1 dihadapan Hakim..setelah kami bersetuju berpisah dengan baik.

Sebab?

1) Tak ada jodoh
2) Tak ada anak
3) Tak ada persefahaman
4) Cinta yang pergi

Ada kenalan yang masih bertanya lebih lanjut tentang sebab...memang Cek pah tak boleh explain memang 4 kat atas tu lah yang utama. Yang lain tu.....contoh orang ketiga, keempat kelima..tu tak penting..setakat mewarnai cerita....

Cek Pah Menyesal?

Sama sekali tidak..sekurang-kurangnya Cek Pah merasai alam perkahwinan. Bak kata pujangga lebih baik bercinta dan kecewa dari tiada cinta lansung..lagi pula bukan tak cuba menyelamatkan marriage tapi dah takdir.

Pengganti?

Tak fikir lagi..nak merehatkan minda dulu...lagipun munkin agak serik kot.

Siapa yang minta penceraian?

Cek Pah yang minta..atas sebab-sebab tertentu. "Suami" ada mengatakan hendak berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat ..so Cek Pah minta dilepaskan untuk memberi ruang untuk Dia membina kehidupan baru..

Sedih tak?

Sudah tentu kalau bercinta setahun dua berpisah pun sedih inikan pula bersama selama 9 tahun..Tapi redha sebab yakin ini jalan terbaik..

Marah pada Dia?

Tak marah pun..bukan salah Dia semua..Cek Pah pun banyak kesilapan dan kekurangan.

Kenapa share pada orang lain kisah penceraian?

Cek Pah nak keluarga dan rakan-rakan tahu cerita ini dari Cek Pah sendiri. So terjawab segala persoalan. Juga untuk berkongsi pengalaman yang berguna diambil sebagai tauladan.  Kisah yang baik dicontohi yang buruk dijauhi...

Nasihat pada yang lain...

Perkahwinan yang bahagia adalah suatu kekayaan tiada ternilai. Hargai pasangan masing-masing. Tak payahlah berskandal kalau pasangan anda baik dan setia. Baik suami atau isteri jangan hampiri langsung kecurangan...dan untuk perempuan single tolong jangan dok kerkau laki orang boleh...(ooops)....lelaki toksahlah kacau bini orang (adillah kan)


Sekian...walaupun berat dugaan dan jauh perjalanan...sentiasa memilih untuk



Live Happy!!!