Rabu, 2 Oktober 2013

Jom Work Out!

Sekarang Cek Liza dah ada hobi baru iaitu work out kat gym..mesti ada yang cakap..watpe kena pg gym leh buat exercise kat umah..je kan tak pun pergi taman jogging..setelah berkecimpung dalam aktiviti pergi gym selama lebih kurang 2 bulan setengah berikut adalah kenapa Cek Liza memilih untuk pergi gym.



Inspirasi

Exercise sesorang kat umah..boleh je..sangat mudah. Tapi bila di gym, kita tengok orang lain. Ada yang memang tahap pro tapi ramai yang macam kita juga yang baru nak bermula. Orang kata kalau nak berjaya kita kena berada dikalangan orang berjaya. Menggunakan konsep yang sama..Cek Liza nak berada dikalangan orang yang juga mengambil berat tentang kesihatan dan tubuh badan..Tengok cara yang pro workout pun dah jadi sumber inspirasi.Oklah memanglah cuci mata gak menengok avang avang macho ni..seriously memang badan mereka gorgeous so emmm eye candy..bukan badan yang cantik je yang Cek kita tengok...yang lain-lain macam dedikasi, disiplin, kecekalan pun kita akan nampak kalau berada dalam gym.

Kongsi ilmu dan saling mencontohi


Cek Liza seronok kat gym sebab ada masa masa abang/adik macho yang akan datang dan bagi tips macam mana nak buat work out. So bayangkan kat luar sana, nak bayar sendiri Personal Instructor dah berapa ribu. Akak tak mampu uolsssss!! So kat sini dapat ilmu percuma..ada yang tunjuk cara nak operate equipment..Akak masa mula-mula (sekarang pun kadang-kadang) terbangak-bangak uolssss..alah cam ne nak naikkan, nak turunkan, nak jauhkan nak rapatkan..macam-macamlah...so di sinilah skill komunikasi memainkan peranan disamping sifat rendah diri untuk bertanya..Selalu Cek Liza kongsi ngan kawan kawan...kalau nak pandai MUKA KENA TEBAL, JIWA KENA KENTAL.

Itu bab ilmu...bab mencontohi plak..macam ada gaklah semangat bersaing (secara sihat)...contoh kalau kita tengok orang ni angkat berat kita pun rasa...kalau dia boleh buat cam tu aku pun boleh..ada sekali tu Cek Liza tengok ada seorang adik ni dok tengok Cek Liza work out..Cek Liza push weight dengan kaki, pas tu dia datang buat. Cek Liza buat sit up kat bench, pas tu dia buat gak..Cek Liza pull weight ngan tangan...pastu dia buat gak..lebih kurang macam rotation yang Cek Liza buat gak..sedangkan sebelum tu dia kat Threadmill lari-lari..munkin kebetulan..cuma masa Cek Liza buat squat and weight lift..yang ni dia tak buat..sebab yang ni memang susah...mula mula buat Cek Liza rasa nak pitam sebab rasa berat sangat..besok bangun tidur..rasa nak nanges sebab badan sakit cam nak demam pun ada..apa yang penting kita buat ikut kemampuan sendiri...start dari yang paling ringan..ambil masa bagi badan boleh adjust...


Disiplin dan Kekuatan Diri

Work out kat gym membuatkan Cek Liza jadi lebih..berdisiplin. Penat macam mana pun kena pergi gym..cuma kalau tak larat buat banyak buat sikit..yang penting buat..Cek Liza tak nak menggunakan alasan penat, sakit badan..tak sihat..ohhh tak payah pergi gym..Sebenarnya tough juga work out ni...kalau tak kuat memang tak kekal...sekejap je dah give up! Sebab it's really hard work!..Sakit badan, lenguh..penat dah sinonim...masa sangat packed..sebab kita kena spend time pergi gym, buat workout..balik rumah..semua tu masa..Cek Liza kena korbankan sesi lepak dengan kawan-kawan di Uncle K..masa dengan keluarga pun kurang...Alhamdulillah Mummy and Walid Cek Liza memahami..pentingnya Cek Liza kena take care kesihatan..memandangkan dalam keluarga kami memang ada kes sakit jantung, diabetes..darah tinggi...so going to the gym might even save my life!

Sistematik

Buat workout kat gym lebih teratur,  focus dan pelbagai dibandingkan dengan exercise kat rumah atau jogging di taman. Jadi keberkesanannya pun lebih banyak. Kat gym nak lari boleh, nak mengayuh boleh, nak memijak boleh, nak menarik, menolak, mengangkat semua ada..kalau jogging cuma lari jerlah..kat umah..pun boleh buat yang ringan ringan dan tak memerlukan equipment. Cek Liza pun masih buat exercise di rumah...Power Walk sangat bagus..jogging je Cek Liza stop sebab ganti ngan power walk dan gym..Nasihat untuk kawan-kawan , buat je exercise kat mana pun ikut pilihan dan kesenangan masing masing..


Percuma

Kalu nak ke Fitness First atau Celebrity Fitness semua kena keluar duit...bagus kalau kita mampu..tapi ni dah ada kemudahan percuma yang Syarikat sediakan untuk perkerja..rugi tak kalau nak manfaatkan..betul kat? Make sense tak..? So...jommmmm workoutttt!!!



Itu sahaja...keep on doing your program. Live Happy!!!









Isnin, 12 Ogos 2013

Perkara-perkara yang Cek tak berapa berkenan kat FB...jangan terasa noooo

Sebelum Cek Liza meneruskan ...izinkan Cek memohon maaf sempena Hari Raya Aidil Fitri..kalau ada terceknam sesiapa. Untuk post kali ini saja jer Cek Liza macam mood mood Cek Nam sikit...tapi bukan spesipik kat sesiapa so jangan terasa nooo. Cek Liza ni memang jenis sempoi kepala gila and sangat sangat open minded. Tapi ada beberapa benda yang Cek Liza tak suka sangat tengok kat pes book. Sebenaqnya seboleh-bolehnya Cek Liza tak mau nak komen tapi dok terbuku kat hati so kena luahkan juga. Ambillah sebagai teguran dari seorang sistahh 




1. Gambaq Pipi Kembong


Tak tau pasai apa Cek cukup tak suka tengok perempuan (lelaki rasanya kurang pose cam ni) yang amek gambaq pipi kembong...kot Cek Liza tak gheti nak wat pipi cam tu kot..tapi comey ke wat muka cam ni?...Bagi Ceklah kan..amik gambaq tu biaq sopan and natural..less is beautiful..


2. Carut-marut..


Yang ni memang Cek paling tak suka walaupun Cek ni sangat Cek Nam. For me .. our words reflect who we are..Lagipun kalau suka dok carut maki hamun..aura kita akan "lari"..cam ne nak mempositifkan diri kalau yang keluaq kat mulut dah sama standad cam yang keluaq masa kita membuang di Cek Jam ...ooopsssss terover sudah..


3. Seksinyaaaaaaaa auwwww

Cek Liza tak berkenan yang perempuan (Islamlah kalau bukan Islam ikot suka depalah)..post gambaq yang seksirina..Cek bukan nak berlagak Muslimah sangat tapi berpadalah post gambaq kat facebook sama macam gambaq kat majalah mangga. Tak berkenannnnnn lah!!!! Tambah pulak yang dah bersuami beranak pinak..kalau ye pun tak rasa malu untuk diri sendiri pikiaqlah mak bapak, laki, anak-anak..tak elok lah macam tu..Inikah legasi yang nak di ditinggalkan untuk generasi seterusnya?,..Wahhhhh!!!!

4. Gambaq haiwan yang disiksa

Especially on my timeline, janganlah hangpa dok pi share gambaq haiwan hatta seekor tikus sekali pon yang ditorture..Cek Liza buleh jadi mental breakdown..tengok kucing mati tepi jalan pun teghiak!! Please nooooo!!!.


So disebabkan tak berapa suka perkara-perkara di atas ni, Cek Liza akan mengunfriendkan beberapa orang kawan-kawan. Bukan sebab marah kat mereka pun..Kita manusia..bila kita tengok benda yang kita tak suka..mesti terdetik perasaan yang tak elok dalam hati kan.."eeee menyampah..awat poyo sangat ni..mcam lawa..awat lagu ni perangai dan sebagainya..walaupun sedikit". Dah menanggung dosa plak tak pasai-pasai! Cek Liza dah cuba meng-ignore-kan tapi rasanya inilah yang terbaik..maafkan Cek Liza ye!


Ok thats all!! Live Happy!


Rabu, 3 Julai 2013

Teduhan Kasih versi Cek Liza (Surviving Divorce 101)

Dapat call dari seorang sahabat perempuan yang menceritakan keruntuhan rumahtangga dia. Sebelum tu pun ada seorang lagi sahabat juga diambang penceraian.  Sebab diri sendiri pernah melalui semua ni jadi rasa sedih untuk mereka dan mana mana perempuan yang mengalami nasib serupa. Bukan nak menggalakkan penceraian untuk sesiapa . Cuma sekiranya inilah satu satu jalan terbaik dan yang terakhir setelah semua jalan lain menemui kebuntuan, dapatlah Cek Liza memberi sedikit nasihat dan panduan supaya adik-adik dan kakak-kakak  dapat melalui proses perpisahan dan penceraian dengan lebih tenang tanpa kehilangan harga diri kita sebagai seorang wanita.

Redha

Pertama sekali kita kena redha dan menerima semua dugaan ini sebagai ketentuan dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah yang lebih mengetahui. Kalau tak redha hati tak akan tenang sampai bila-bila. Redha juga akan memberikan kita kekuatan dalaman untuk kita hadapi hari-hari yang getir. Walaupun penceraian sesuatu yang pahit, jadikan ia sebab untuk kita lebih dekat dengan Allah!

Jaga Emosi

Sabar dan tenang. Jangan ikut perasaan sedih, dendam dan susah hati terus-terusan. Divorce ni bagi pendapat Cek Liza adalah ujian paling besar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi kalau dia sendiri tak rela diceraikan. Bayangkan bila menghadiri perkahwinan rakan-rakan sedangkan perkahwinan kita sendiri hancur. Baca status orang kat FB happy happy ada husband and anak-anak. Kita yang tak ada husband..bagaimana?…Lagi sekali kena redha, banyak bersabar dan mesti kawal emosi tak mau meroyan, histeria dan menyebut nak bunuh diri segala!!!! Istighfar banyak-banyak! Masih banyak lagi sebab kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada…dari menanggisi apa yang kita hilang. Tak perlu rasa rendah diri kerana penceraian boleh berlaku pada sesiapa.anak raja pun boleh bercerai..artis-artis popular cun melecun pun bercerai..apatah lagi kita perempuan-perempuan biasa ni.

Jaga Kesihatan

Bila kita bersedih, mana ada selera nak makan..makan minum sendiri terabai..Lepas tu sakit. Ingatlah lepas menjadi solo kembali kita kena berdikari. Perlu tenaga dan kesihatan yang baik. Nak bersusah hati ini pun memerlukan tenaga yang banyak.

 Jaga Punca Rezeki

Bila berlaku penceraian wanita ni terlalu emosi sampai tak boleh kerja. Ambiklah EL 2 atau 3 hari or kalau terlalu tekanan ambil seminggu cuti rehatlah dan menangislah  puas-puas. Habis cuti, cekalkan hati, kuatkan semangat datang kerja dan kerjalah bersungguh-sungguh. Percayalah kerja boleh jadi terapi minda untuk melupakan kesedihan. Jangan sesekali membiarkan masalah peribadi menghancurkan kerjaya kita. Inilah masa sebagai wanita kita buktikan kita boleh berjaya walapun menghadapi krisis hidup yang sangat hebat!

Berdikari

Dah solo ni semua urusan kena buat sendiri. Bawa kereta pergi service, tukar tayar. . Urusan Mahkamah Syariah lepas dah bercerai pun kena buat sendiri. Semak harta pencarian. Jangan bila bercerai anda keluar sehelai sepinggang..

Jangan Jadi Pengemis Cinta

Ini sebenarnya pendapat peribadi saya sendiri. Sama sekali tidak memaksa wanita lain untuk memilih jalan yang sama. Bagi Cek Liza kalau seorang wanita itu diabaikan suami, dipukul, didua atau tigakan dan tak diberikan nafkah (ini secara umum bukan semua ini berlaku dalam kisah Cek Liza sendiri)..kemudian diceraikan..lepaskanlah suami itu dan terima penceraian itu. Kita wanita ada harga diri. Walau apa sekali kekurangan kita..tiada wanita layak menerima nasib seperti ini…Cek Liza tahu ada wanita yang sanggup ditipu, dipukul dan ditengking oleh suami asalkan jangan diceraikan..Dia rasa dia boleh mengubah suami dia..Dik..kita ni manusia. Kita tak ada kekuatan mengubah sesiapapun. Allah sahaja yang boleh mengubah sesiapa yang dikehendakinya. Kalau nak juga pertahankan rumahtangga, jadi kena doa pada Allah. Selain dari itu, fikir sendiri apa yang terbaik untuk diri kita..


Sekian..semoga kita yang diduga diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi cabaran hidup kita. Akhir kata..

Live Happy!!!

Selasa, 9 April 2013

Tak berapa nak BFF lagi dah...huhu...

Seminggu dua ni memang mencabar..setelah memikir tak terlalu lama tapi yakin ini keputusan terbaik..Cek Liza telah memutuskan untuk tidak BFF lagi dengan seorang BFF..bukanlah bermusuh..nak memutuskan persahabatan..cuma downgrade jadi kenalan biasa..Cek Liza nak explain a few things to this girl about my decision:

  1. You are a kind person...tough on the outside..soft heart..
  2. You been a great friend all these while..
  3. You are  fun person time mood ok
  4. Youve been helpful..jasamu dikenang selalu
Why we are no longer BFF:
  1. Actually sebelum "peristiwa" itu..I dah rasa..that you have been distanced from me..munkin I dok mengusik you sangat sampai you menyampah with me...
  2. Its like you have different rules for other friends and different with me..for example ..simple..if I ajak tengok wayang..your answer..sorry I tak minat tengok wayang..nak karok je..aleh aleh kau pg tengok wayang ngan orang lain..contoh..sahajaaaaa
  3. I tak boleh buat silap sikit...kena marah...kadang-kadang depan kawan kawan I yang lain..I admit kat office at work I was so garang...if you notice outside with friends I am not like that...I tak pernah nak menyentap pun..I accept that maybe you are stressed ..setakat dimalukan depan kawan-kawan yang lain not so bad cos the other friends boleh menilai sendiri situasi...
  4. Comment FB pun boleh kena marah alasan apa I comment can make family your scold you...tapi u comment I macam-macam..among others meroyan...gediks....awat I tak ada family ke yatim piatu kat FB....? My comments was intended as a joke...usually tak sangkut dengan realiti pun.tapi I admit I memang suka buat lawak kadang-kadang munkin annoying kot..goshhh...
  5. Betapa berertinya persahabatan kita, sanggup I share my friends with you to make you happy because I have great friends and not so great friends..(alah diri I sendiri pun  poyo)...now they become your friends...how weird is that for me now??? What, how am I going to explain all this...to them..alih alih I will be taking myself out from everyone's lives..to avoid the complications..
Its not an easy decision...at the end of the day...I feel such a loss to lose A BFF like you...cos your different but I think you also want it this way but do not have the courage to say exactly like this...

Thank you for being a part of my life..I will never forget out friendship..Take care and don't get too stressed.

Last but not least...

Live Happy!!!!


Rabu, 27 Mac 2013

STRESS


Semalam Cek Liza dapat mesej ni kat face book dari salah seorang Trainee. Yang merah adalah mesej dari Trainee tu (jangan marah ye...menggunakan mesej dia plak untuk blog)..Dia stress..jadi nak kongsi sedikit cerita bab stress ni.




    Sebenarnya Stress ni adalah sesuatu yang sangat nyata..especially kat tempat kerja..kat mana-mana pun memang akan ada stress. Cek Liza pun ada masa-masa stress cuma sebab sibuk terlampau so tak perasan sangat stress ni..bila kadang-kadang ada sesuatu berlaku yang buat Cek Liza hangin..masa tu baru perasan tengah stress..atau kalau balik rumah terus kerabat naik katil..tido...macam stress..sebenarnya tengah rasa letih. Dan yang paling teruk effect Stress ni Cek Liza akan sakitlah demam, batuk, sakit perut, sakit belakang...dan ubatnya adalah TIDUR..sepanjang hari...

Berbalik kepada insan di atas, izinkan Cek Liza yang tak lah pakar kounseling ke apa tapi ada jugaklah 
pengalaman maklumlah usia semakin remaja "always25"..berkata sepatah dua. Penting untuk setiap kita untuk sedar bila kita tengah Stress dan kena tangani segera. Stress jangan biar dan perasaan negatif jangan dok pedo (menyimpan dan menyuburkan)..sebab takut berlaku perkara yang tak diingini seperti Amukan Petala yang boleh menyebabkan kecederaan serius ataupun setakat membuatkan seseorang itu Nervous Breakdown...lagi teruk orang melayu kata MEROYAN..

So...kalau anda tension, marah, stresssssss lahhh sangat kan.....cuba ikuti langkah di bawah:


JANGAN EMOSI

Macam mana stress pun, kontrol emosi..jangan dok main hambur jer..bila berlaku sesuatu yang membuat kita marah...nanti sat..jangan Cek Nam terus...duduk diam diam jap...bagi cool down dulu, pikiq dulu pasal apa yang berlaku dan juga macam mana nak handle..jangan dok main terkam je..ingat hak belah sana pun boleh terkam balik...kalau ada yang dok beri tekanan lagi time dok tengah stress tu..kena cool dan jangan berhenti menggunakan otak dan akal yang waras..Apatah lagi kalau nak menghambuq kat kawan rapat sendiri atau ahli keluarga atau kat sesiapa pun lah...

Ini tidak..asal tak kena hambuq terus..cakap elok-elok tak reti...memang kena sekolah ngan Cek Liza...oooopsssss...minta maaf noo..

CARI PENYELESAIAN 

Kalau sesuatu boleh diselesaikan dengan elok...cuba tenangkan keadaan, apa-apa yang perlu penjelasan...perjelaskan dulu..cari maklumat dan fakta..kalau semua dah buat dengan baik tapi tak selesai juga...sila hamun...oooopsssss acah jer....lek lek..bertenang jangan bertendang!!!

LUAHKAN

Cari benda-benda yang boleh "membantu" untuk melepaskan rasa marah...contohnya kalau Cek Liza yang memang sejak azali seorang yang Baran..Cek Liza update kat status FB atau Blog..munkin ramai yang tak setuju..lantaklah yang penting kita buat sesuatu ada sebab...tapi macam mana marah pun Cek Liza..bahasa yang digunakan tidaklah kesat atau lucah..masih berlapik-lapik lagi..sesuai dengan status sebagai Soft Skill Trainer so marah pun kena maintain soft...gitewww...

CARI INSPIRASI

Ahli keluarga, kekasih, rakan-rakan, rasa tanggungjawab, keseronokan berkerja adalah diantara sumber-sumber inspirasi..Bila stress jer..sila bayangkan sumber inspirasi anda...dapat menenangkan diri...Bagi Cek Liza kat wall paper tepon ada gambar BOBOI kucing temok kesayangan keluarga...so kalau marah jer tengok gambar dia...terus boleh hilang marah..tapi kalau pukul 3 pagi time Cek Liza tengah lena baguih dok mimpi,,si BoBoi ni dok keriau (jerit)..kat luaq pintu bilik minta makan.....STRESSSSSSSSSSS ....BoBoi!!! Pi Tidoq!!!! Tapi kucing paham ke pukul 3 pagi manusia nak tido..aleh aleh merangkak gak turun katil pi dapoq guei nasik ngan ikan pukul 3.15 pagi,......Dammmm!!!! Things you do for your cat...

AKTIVITI SOSIAL

Buatlah aktiviti sosial ngan family..ngan kawan-kawan...cam Cek Liza selalu pi makan lunch ke dinner ngan BFFs..kadang-kadang pi karok...pi peknek (berkelah)..pi tengok wayang...ikutlah..apa yang menyeronokkan...nak pi zoo buleh..nak pi kerabat bukit ok gak...point nak have fun...bukan nak hijack lagu orang time karok pastu stress berebut microfon...pas tu bila time kita nyanyi ramai plak nak back up vokal sampai suara kita pun tenggelam...ooopssssss...terover plakk...


REDHA

Bila sesuatu yang tak elok berlaku, tak boleh nak emosi terlalu...kena sabar, redha..apa yang berlaku ada hikmah..Cek Liza tengok kadang-kadang ada yang emosi terlampau...kisah masa kecik pun dok dendam lagi kat mak ayah. family...kat kawan masa tadika..sudahlah let it go...kalau ada kawan yang lebih cantik, lebih berjaya...kita tumpang gembira..bukan menghasad pas tu dok pikiq yang buruk-buruk...Stay Positive..tolong jangan meng STRESS kan diri..Hargai diri sendiri, sayangi diri sendiri dulu..sebelum nak menghambakan diri kat orang lain...yakin dengan kebolehan diri sendiri..percaya dengan rezeki. Insya Allah..kita akan lebih tenang..



SOLAT, DOA, BACA QURAN


Ini yang utama..sebenarnya...ok Cek Liza pun guilty sebab selalu terbabas bab ni..takut nak komen banyak. Kita pun semua faham kan..


Akhir kata..kita kena take care diri kita..jaga kesihatan..have fun...Don't let the world defeat you!

Live Happy!!!




Ahad, 10 Mac 2013

Inspirasi oh Inspirasi




Jumaat lepas Cek Liza buat Training pasal Menginspirasi Sikap yang Positif di tempat kerja. Dah lama tak buat Training dalam kelas ni adoii KETAQ LUTUT gaklah...peserta pulak hebat-hebat serata VADS. Tajuk dia macam agak biasa kita dengar..tapi sebenranya sangat mendalam..bukan senang kita yang tak seberapa ni nak "mengajar" orang lain untuk jadi positif dalam kehidupan. Jadi Cek Liza nak kena cari jalan macam mana nak menyampaikan dengan lebih menarik..supaya peserta tak bosan..so Cek Liza cuba nak sampaikan yang untuk bersemangat di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, kita kena ada sumber inspirasi...masa discussion dan presentation banyaklah sumber inspirasi yang dikemukakan...Dalam pengamatan Cek Liza berikut adalah perkara yang menjadi inspirasi untuk kita berkeja (ikut turutan tau..madsudnya dari segi ramai yang memilih)


1. Money



Money! Money!  Ini yang paling kerap dipilih..Bagi Cek Liza...duit bukan point utama dalam kerjaya tapi kalau tak cukup duit...semangat kerja memang merudum tergolek..yerlah duit nak isi minyak, duit makan..duit bedak ngan lipstick...nak beli baju kerja..semua perlukan duitt....especially kereta...time kita ada lebih sikit...emmmm masa tulah nak berdentum ...ooopsssss..."cayang baby" (nama keta Cek Liza)

So Money is so the very important jadi kita selagi ada kederat,...kerjalah elok-elok mudah-mudahan rezeki dipermudahkan...kalau tak kaya pun tak apa asal cukup..kalau kaya lagi baguslah hehehehe...jangan lupa sedekah..bagi duit kat parents dan bagi makan kat haiwan cam kucing ke...ada lebih karok..gitewww!

Cek Liza pula memang biasa hidup sederhana..makan pun simple...tak kesah jalan kaki atau naik public transport..pakaian pun tak berjenama...hutang kereta, rumah tak ada..(rumah pun beli murah tapi cash) so tak banyak beban..jadi hidup lebih tenang....so my inspiration is that I love my life..as it is...

2. Family



Siapalah kita tanpa keluarga kan!

I love my family!!! Walaupun hampir tak pernah cakap I love You kat Mother, Father, Brothers, Sister In Law, nephews and niece...I love them so much..cuma rasa bersalah sebab sangat kurang spend masa bersama mereka..munkin sebab Cek Liza ambil mudah family sentiasa ada jadi..they will always be there..

Sebenarnya Cek Liza juga sayang kat keluarga X Husband (Arwah Father In Law, Mother in Law, Sister in Laws and nephews and nieces)..tapi sejak separate tak jumpa mereka..munkin sebab rasa bersalah. Dok cari kekuatan nak pergi jumpa mereka at least once..

And Cek Liza juga sayang kat semua neneks, toks yang masih ada , aunties and uncles....and all my cousins...

Bagi Cek Liza Sumber Inspirasi dari keluarga adalah jati diri kita..sejarah keluarga dan keturunan keluarga kita.. darah daging kita..

3. Friends



Memang peranan kawan sebagai sumber inspirasi memang takdinafikan..kadang-kadang kawan lebih berpengaruh dari kluarga...cuba balance kanlah...

Yang penting kawan-kawanlah tempat kita berkongsi suka duka..

Kawan-kawanlah yang bagi sokongan..bagi semangat...(sepatutnyalah...bukan yang menjatuhkan)

Bagi mereka yang keluarga jauh...maka kawan-kawan dah semacam adik beradik sendiri

Cek Liza suka berkawan...cuma nak yang positif sahaja..Pada usia "always 25" sekarang ni tak mau berada di kalangan kawan-kawan yang menyakitkan hati...sebab nanti kita yang makan hati....Buang masa buang karan...

Memang seronok berkawan..tapi jangan terlalu "terikat" dengan kawan..kena ada jarak juga(space).

Bersedia untuk dapat kawan baru...keep an open mind...

Inilah dia 3 sumber inspirasi yang paling utama...apa pun...ianya subjektif...lain orang lain pandangan...yang penting kita kena tahu...apa yang boleh menaikkan semangat kita supaya kitadapat kekuatan mengharungi apa sahaja cabaran dalam kehidupan...

Dan yang paling paling penting...

Carilah Sumber Inspirasi dan walau apa pun cabaran dah halangan, kita mesti kekal bersemangat untuk hidup dan yang paling penting......


LIVE HAPPY!!!!!

Sabtu, 2 Mac 2013

Weekend Blues

I woke up this morning after a longgggg longggg night with friends and i found myself having emotion surges..of course I feel great, a little tired ,no a lot tired but great. But something inside me is tugging at a feeling which has a sense of sadness..not too much but its there. I was thinking why I am feeling sad all of a sudden..I had a great time with a bunch of great friends..I woke up late but my mom was OK and did not give  me a hard time. I am about to go out again with my sister in law, my nephews and nieces. Its family time..

On a bigger note, I have a job that I love. It doesn't pay that much but I have my satisfaction. I work with young people. Its what I have always wanted to do. To have an impact on their lives. The ability to influence and inspire them to make the right choices, to be bold and brave, to love themselves and to accept their short comings and using their strengths  and  to be successful.  I worked really hard..more than some people. I pushed myself ..and keep pushing and pushing..I don't know how long I can keep doing this but what I do know is that I will jump in and go all the way, giving all that I have. I'll run, I'll walk and I'll crawl if I have to..this life will not defeat me!

Sometimes I think that I also do so much, work and fun alike. I sacrificed rest and sleep. Yeahh so it can be pretty tiring.. but will I do it differently, I don't think so..this is me..all good and bad. This is how I take on life and I am grateful to have so many great people sharing this journey with me..

So why I am sad..its probably because:


  • I have finally accepted that there is possibility that I will never have what other people have, a great marriage, my own children, that someone special to share my life with.. so I do what I do to live another kind of life and be fine, be happy and be all right
  • When my marriage ended..its was like nothing..I did not cry..I never felt any kind of loss..suddenly today yes..I think I am ready to confront the depressive side of surviving divorce..a marriage is huge thing for a woman..as a wife..its a mark, a milestone, its a role..that defines who you are as a woman. When its gone, it leaves a huge hole in your heart. I will take time to fill that hole again..maybe it will not be filled..its ok..
  • When I was going through the painful and sad part of life, I had learned to suppress the sadness so deep, I was not able to cry for a very long time even when I wanted to ..so last nite maybe I had too much fun and that strong emotion was able to break that wall of sadness and so it all came out..
Sometimes sadness ig good. It makes me accept and realise that I am human who feels all kinds of feelings with those feelings, I cry, I laugh, I got angry, ..its life..and to quote from someone (who is quoting from someone else I think): 

It is better to have love and lost than never to have love at all.

That's for now...I am feeling much much better..I am ready to to go on my life's journey..with that closure..I look forward to greater things to come..Even if they don't come..I know that I will be all right. Feeling the Weekend Blues but still in the grooves...last but not least..

Live Happy!!!




Sabtu, 23 Februari 2013

Harga ikut Jam

Semua kawan-kawan tahu Cek liza suka gelak dan melawak. Tapi nak cerita tentang satu jenis lawak yang Cek Liza rasa agak kurang sesuai dan tak lawak lansung tak taulah kot ada yang suka lawak-lawak stail macam ni.

Baru-baru ni ada seorang kenalan buat lawak kononnya ...kalau tak silap dengar...kalau kawan perempuan sorang yang seorang ni agak muda RM30 sejam..dan Cek Liza pulak RM10 3 jam. OMG..sebab Cek Liza tak berapa remaja kot..so jatuh harga ke apa...emmmm apa madsudnya yer...kalau orang lain dengar apa meaning lawak macam ni?  

Yerlah kan kotlah Cek Liza salah faham atau terlebih sensitif..masa tu pulak Cek Liza dalam kepenatan yang teramat..sebab handle training 2 projek serentak... so kejap lari naik atas..kejap lagi turun bawah (lainlah cam dia tu kerja pun cam tak kerja..sungguh banyak masa lapang). so Cek Liza cam lambat nak bagi respon..Tapi masa tu fikir jugak..lelaki yang buat lawak tu ...kalau orang lain buat komen macam tu kat wife dia ke..apa perasaan dia kan?

Kelakar ke..lawak macam ni?  Tak lah rasa marah ke apa cuma pelik , bila Cek Liza buat bisnes menjual diri ni...? Melawak dengan menghina orang ni kelakar sangat ke? Entahlah munkin dekat kenalan, wife dia atau adik beradik perempuan dia yang lain pun macam ni jugak dia melawak...

Nasihat Cek Nam untuk semua lelaki dan jugak pompuan..

Buat lawak tu hagak-hagaklah..janganlah buat lawak nak jatuhkan maruah orang lain...buat lawak pasal harga-harga ikut jam ni selalu orang lelaki yang suka tapi pompuan munkin ada yang suka..tak taulah kan....

Ingatlah sikit, aku ni walaupun dah tak berlaki masih ada mak bapak, abang, adik-adik, kakak ipar, anak-anak saudara, uncles, unties, cousins dan kawan-kawan..

Tapi secara realiti Cek Liza pun sedar mulut tempayan boleh tutup tapi mulut manusia memang tak boleh tutup..Bayak lagi penghinaan dalam lawak (ni stail baru orang melawak alaf ini) yang akan Cek Liza dapat. Ni yang depan-depan yang dibelakang, perhhhh entah apa yang keluar pun kita tak tahu kan..

Its ok...asalkan korang rasa benda ni kelakar haa gelaklah..puas puas. Nanti bila orang lain buat lawak macam ni pasal bini-bini korang..nanti rasalah kelakar ke tidak  ...oooppppsssss...terlebey sudah Cek Nam...

Walaupun terkesan dengan penghinaan ini..Cek Liza tak rasa macam nak bunuh diri ke apa...dengan kekuatan dalaman diri InsyaAllah Cek Liza boleh hadapi semua ini. Sekali lagi berkat kerja Customer Service dah biasa dengan caci maki..

Harapan Cik Liza tidak ada perempuan lain yang dihadiahkan penghinaan macam ni...dan selepas ini kalau ada lagi orang yang melawak macam ni on the spot Cek Liza akan Cek Nam dia habis-habisan ..NO MERCY!!!! Dan nasihat bagi wanita lain jangan sesekali terima gurauan bangsat macam ni....

Ok sampai di sini sahaja...walaupun seteruk mana dikeji dan dihina  Cek Liza tetap memilih untuk

Live Happy!!!! 


Akhir kata...

"Tak kenyang dek puji tak Mati dek keji"...HUH!




Khamis, 14 Februari 2013

PSYCHOLOGY MANUSIA

Minta mahap Cek Liza tak reti eja PSYCHOLOGY dalam Bahasa Malaysia...


Macam-macam perangai orang...mari kita kenali mereka yang hadir dalam hidup Cek Liza...walau siapa mereka..pengalaman  (baik atau buruk)  bersama menjadikan hidup Cek Liza lebih bermakna..

Yang muka cantik...tiba-tiba dok tarik muka...

kat kita yang tak berapa cantik tapi comel ini...memang Cek Liza akan adakan jurang atau gap tapi Cek Liza tetap akan tegur..setakat tarik muka je...tapi kalau tarik rambut Cek Liza...siap!!!

Yang tak cantik pulak dok mengondem kita (dulu).

Lepas tu Cek Liza "Unfren" dalam real life...ingat pesbuk jer leh unfriend...bukanlah bermusuh cuma kurang rapat..sebab Cek Liza takuttttttt...tapi bukan kat dia..tapi kat mulut sendiri ...takut ter Cek Nam..sebab kalau Cek Liza stat Cek Nam orang memang nak Cek Nam jer selalu....so faham yer...

Yang macam pendiam...tiba tiba...raaaaaaaaaaaaaa (nak buat bunyi harimau mengaum tapi tak reti)

...kkekeke....mengaumlah Cek Liza ok jerrrr...Cek Liza memang suka semua species kucing..."harimau jadian" pun ok juga..ada sekumpulan orang yang walaupun tengah marah macam BFF J bukan nama sebenar...tetap maintain tomey...

Yang macam alim...lelaki terlanggar perempuan sikit macam "Habislah aku, haram! haram!!!" 

Rupa-rupa penipu and penghutang tegar...Cek Liza pun termakan dengan kealiman dia...yerlah sebab kita ni Cek Nam..bila berkawan ngan orang baik-baik ni kotlah...kita pun jadi baik...rupenye..setan pun tabik dia...

Wanita Melayu Terakhir Kekasih gelap lelaki diatas

 MasyaAllah...baiknya budi perkerti...Anak Sapalah Tu..rupanya rakan subahat..pehhhhh lakonan mantaplah sepasang kekasih ni...

Primadonas  de Divassss...

Kumpulan ni untuk perempuan dan lelaki tak berapa lurus ..(kalau Cek Liza terpanggil lelaki tulin Primadonas minta maaf munkin G-Dar rosak kekekeke)..Tak semua orang boleh tahan dengan cara mereka yang nampak macam suka bercerita tentang kelebihan mereka sendiri..tapi oklah so far Primodonas yang Cek Liza kenal tak menyakitkan hati Cek Liza lansung. Seronok dan terhibur dengan keletah mereka...macam ada drama real life dihadapan mata..so very entertaining...memang hidup tak pernah bosan dengan mereka ini...love uuuuu

Jans Gans Gagah

Ini versi Primadonas untuk lelaki sejati..mereka juga suka mengatakan diri mereka sendiri hensem..dan sangat suka dipuji hensem..ke ..ganteng ke..kalau tak biasa orang akan kata mereka ini sombong...Cek Liza pulak tak kesah..kalau setakat nak puji mereka ni..tak rugi apa-apa pun..malah mereka rasa seronok...dan apa salahnya kita buat orang rasa seronok dengan kata-kata yang elok dan positif kannn...lagipun memang mereka hensem ponnnn...lap lap...

Mulut the puakaslongkangs...

Tak macam golongan Cek Nam yang masih ada tatasusila dan berlapik...mereka ini memang akan berkata apa sahaja "maupun .luar dalam atas bawah".selalunya yang Cek Liza perhatikan..mereka nampak macam bergurau tapi yang jenis gurau-gurau tapi tetapppssss nak mengena gitu...mereka suka cari kelemahan orang dan menggunakannya untuk menyakiti hati orang itu...sebenarnya mereka nak menutup kelemahan dan kekurangan sendiri..percaya tak Cek Liza merasa kasihan pada mereka kerana ini cara mereka untuk menggembirakan hati sendiri...sedih...sob sob

BFFSSSSSSSSS (Best Fren Foreversssssss)

Mereka ni golongan yang terbaekksssss...!!!! Mereka memberikan Cek Liza semangat dan kekuatan..dan menerima daku seadanya..dengan segala kekurangan dan kelemahan diri...Pada umur Cek Liza sekarang (always 25 kekekeke) Cek Liza cuma nak berada di kalangan teman-teman yang menyenang dan mentenangkan hati sahaja..tak mau nak gaduh, tarik-tarik muka...pas tu nak sakit hati...sangat waste of time...

Ok sekian pelajaran psychology sewel untuk hari ini..dari Cek Nam Paling Divas

Live Happy!!!!


Rabu, 6 Februari 2013

Bila sakit..Bila Sihat...




Assalamualaikum,

Wah sungguh soft skill...Cek Liza masih Cek Nam cuma certain aspects kena gak improve maklumlah walaupun konon kekal umur 25 sampai bila-bila tapi hakikatnya well....jadi katanya by this year kalau tak berubah sampai bila-bila pun Cek Nam...tak pe gak sebenarnya sebab Cek Nam tak kacau orang..mode Cek Nam cuma activate kalau ada yang provoke...

Nak blog juga pasal sakit ni walaupun dah selalu pun sakit demam cuma yang ini impact dia sangat hebat sebab kat tempat kerja..OMG time banyak kerja..nilah penyakit pun menjengah..pas tu hebat tak hebat Cek Liza sampai tak lalu makan seminggu..(tapi tak berapa nak kurus gak...)..so sakit apa ek...


  1. Sakit perut
  2. Batuk teruk
  3. Sejuk sampai gegel
  4. Mulut pahit..tak boleh nak makan
  5. Pening nak pitam
  6. Demam
Ada ke masa demam malam...siap boleh mimpi jadi pengikut setia K-Pop apa relevannya mimpi ni pun tak tahu lah Cek Liza...macam real mimpi-mimpi tu dahlah tiap-tiap malam mimpi selama 3-4 hari

Wahhhh banyaknya sakit..Mummy Cek Liza selalu tegur kenapa selalu sakit...macam mana nak cerita kat dia supaya dia tak risau..Cek Liza pun tak minta untuk sakit...tapi munkin ada hikmahnyaa...bila kita sakit kita akan hargai waktu kita sihat..Bila sakit tetiba ni..baru sedar sekelip mata..dari sihat boleh sakit kemudian sihat balik...so moral of the story time sihat kena make the best out of our time...tak boleh nak malas malas...haaaaa...I wishhhhhh boleh nak rajin...hari tu Ahad 3hb Feb ada sambutan Bday sorang BFF..so sebelum keluar Cek Liza merajinkan diri mengemas dapur siap mop lantai...nak ambil hati Mummy so that Cek liza boleh keluar ngan kawan-kawan dengan aman damai...sekali macam mana punya mengemop lantai..sudah terkehel urat pinggang dah sakit pinggang pulak....huwaaaaaa...trauma Cek liza nak rajin rajin...nampak sangat setahun 3 kali jer pegang batang mop...Bab sakit pinggang ni horror sakit sangat sampai tak leh tido...terlentang salah, mengereng salah, setengah botol minyak angin panas habis Cek Liza sapu kat pinggang...sampai saat ini masih sakit lagi pinggang...dah ok sket telan PANADOL...

Ok setakat ini cerita bab sakit...tak mau ikut sangat sakit ni...nanti nak MC lama-lama..NO WAY...

Walau selalu sakit but Live Happy!!!!!

Starting of a new year



First of all, I just want to start the new post for this year with a very meaningful Quran verse thanks to one of my BFF who liked a status in FB for this verse..my father reads this verse a lot in his prayers so its very memorable..every time I read it I sort of hear my father reading it..


Thank God Ya Allah no matter how far I have strayed, I have not lost the ability to read Quran..I heard that a lot of people who distance themselves from solat, doa and reading Quran will eventually lost the ability to read Quran...pray that this will not happen to me..lets also look at the meaning:

Terjemahan ayat surat Alam Nasyrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

Courtesy from :


BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Share lah kepada kawan anda...:)

For the new year of 2013, its going to be a GREAT year no matter what cos I choose to accept my destiny and make the best of it..There will be challenges..pray Allah give me strength and will power...Aminnnn. 

Looking forward to continue to leave a legacy in this life so that my life has a true purpose and that I will be able to impact other peoples lives in a good way! That is my prayer to Allah for the year 2013..

Most importantly, may Allah grant me the strength to perform Solat and prayers regularly as a Good Muslim as I have chosen to accept Islam and remain in Islam.


Last but not least Live Happy!!!!

Ahad, 16 Disember 2012

Sekitar Sambutan Bday 2012 yang ke tutttttttttttt!!!

Assalamualaikum,

Cek Liza cuma nak kongsi peristiwa menarik sekitar sambutan Hari Jadi Cek Liza yang ke "25" kekekekek...Bukan apa terasa sangat betapa keluarga dan rakan-rakan sangat penting dalam hidup kita...I love my family and my friends!!!!Apa-Apa jom tengok gambar


Apa yang menarik Bday tahun ni...rasa macam sambutan agak panjang sikit sebab ada beberapa event..Berikut adalah rigkasan berita (kkekekek)

9th Dec
Dinner ngan family kat Lake Club...heheh Father belanja...very meaningful sebab bukan selalu boleh berkumpul semua adik beradik..cousin Cek Liza pun ada dan dua anak saudara..
Makanan yang sangat meriah..ada malay, western, japanese, Indian, Chinese food...memang sangat BESTTTTTT!!! Thanks Daddy ku..

13th Dec
Rombongan Cek Kiah tengok wayang cerita Hobbit...oklah event ni bukanlah khusus untuk sambut Bday Cek Liza (verangannnnnn sangaaaatttttttssssss)..tapi sebab gembira so kira Bday gaklah....Bestttttt sangat Hobit...rindu kat LOTR terubat...rasa nak repeat lagilah....hohohoohohoh...menambah lagi feeling Bday apabila dapat hadiah hari jadi dari BFF iaitu purse Bonia...kerlasssss bergayalah Cek Liza menghayun purse baru...Uolssssss..tapi Beg Guni yang Mummy soh campak tu yang Cek Liza sayang sangat tau...kkekkke...ooooooo lupa lak TQ kat BFF yang bagi bday present dia gak belanja Pizza yum yummmmmmm!!!!

15th Dec
Surprise Bday Cake uolssss....terharu...Asalnya keluar ngan kawan pompuan konon Girl Night Outlahhh...Yang best tu kawan Cek Liza Miss J bukan nama sebenar belanja Burger King...yum yum thank you J yang Gebu!!!!
Budget nak ajak tengok Hobbit lagi sekali dia ajak pergi Kareoke kat FireZone..ada 3 orang lagi kawan nak join karok katanya...wokeylah...sebab my fren sorang ni sangat suka melalak so Cik Liza layankan jerlah...tu yang surprise bila ada bday cake....terharu. lahhhh....terasa kasih sayang....(kekkekeke)

Itulah sedikit sebanyak cerita sekitar Bday Cek Liza...

Oooopssss kena stop dulu nak pergi lunch. ngan family kat dapur kekkekke..petang ada appoinment ngan sorang lagi BFF....the celebration continuessssssss.....

Live Happy...!!!!!!!

Ahad, 25 November 2012

Kelas Menari dan menyanyi, makan kenduri dan lunch kat Coffee Bean

Wahhhh semacam tajuk post hari ni kan. Bikin gempak je Cek Liza ni. Sebenarnya Cek Liza gabungkan sahaja 3 peristiwa jadi tak perlu buat 3 post berbeza..huk hik!

Kelas menari dan menyanyi

23 Nov lepas Cek Liza wat training Feel The Beat..training ni tak ada modul khas tapi ianya lebih kepada muzik dan tarian...pertama kali Cek Liza wat training cam ni so dalam 2 , 3 hari sebelum tu siap buat research kat You Tube lagu-lagu yang sesuai..best gila kan kerja cam ni leh buka You Tube tengok lagu dan tarian...kalau hari hari kerja cam ni....heaven nyaaaa uollllssssssssssss....tak stress lansung hahaahh Jangan Marah Bossss!!!

Pada hari training...acara pertama...Mari menyanyi lagu lagu fofular...

1) Holiwood Hills- Sunrise Avenue (nasiblah korang tak pernah dengar lagu ni..Cek Liza punya peberet ni)
2) Hall Of Fame - The Script  (kkekeek punyalah susah lagu ni...tergeliat lidah )
3) Stronger - Kelly Clarkson (pucat muka nak nyanyi part yang tinggi)
4) Like a Sky scrapper - Demi Lovato (haaaa lagu ni semuaa ok...senang je nak tekankan emosi je)

Hahhaahah Cek Liza dah bagi tahu tak perlu seyes sangat..lirik, lagu semua disediakan so mereka perlu nyanyi jer...tapi mereka ni punyalah siyes siap bawak lirik lagu (kertas) menyanyi dah maca koir pulak hahahah cuba tengok gambar bawah ni....nilah group yang kena nyanyi lagu Holiwood Hillsss...jangan marah yer adik adik sebab Akak Cek Liza enjoy performance korang..


Acara kedua..jom menari...

Apa lagi Cek Liza bantailah Chicken dance satu kekeke lawak....seronok boleh exercise sekali...pastu ada tarian Baby Shark tututututu Baby Shark....dan tarian sayang sayang...sebab apa ada training ni sebenarnya nak hilangkan stress..so menyanyi dan menari ni diharapkan dapat membantu peserta-perserta enjoy dan happy..

Gambar tarian baby shark seperti di bawah:


Frust sebab tak banyak ambil gambar...dapat ambil 7 je gambar....sibuk sangat time tu..

Acara ketiga dan terakhir

Pertandingan menari...dar ikelas  Cek Liza 4 kumpulan ambil bahagian untuk tarian/lagu


  1. Poco Poco
  2. Gangnam
  3. Hidustan
  4. Wakaka (hehehhe ketua group tu salah sebut sebenarnya Waka Waka)

Masa petang tu Cek Liza dah penat sangat dah..dari pagi stat pukul 9 boleh kira dalam berapa minit je duduk..yerlah dok ajar menyanyi, menari tak sangka dalam usia yang agak remaja purba ni...masih gigih dan bertenaga..syukur Alhamdulillah..

Penat semua hilang bila tengok fefomen meka ni..tak sangka mereka cuma berlatih dalam sejam je....BEST GILA!!!

Yang best tu sebab,...rata-rata mereka ni pemalu tapi boleh menari depan orang ramai (join sekali dengan 2 kelas lagi dalam 90 orang jugalah yang ambil bahagian dan buat persembahan)..

Untuk tarian poco poco ada yang tak pernah menari langsung tarian ni..tapi boleh jer buat...untuk Gangnamtu lagilah..siap ada hip hop, shuffle, break dance pun balun sekali..siap wat battle lagi,....WOW!!!  sampai judge kata "MIND BLOWING PERFORMANCE".  Masa tu Cek Liza rasa cam nak nanes sebab terharu dan bangga sangat..Untuk Tarian Hidustan 4 orang jejaka on jeeeee...Fantastic!!! Dan last sekali wakaka pun best sebab ada senaman lembut pinggang lagi kekekekekke...sayang sebab teruja tengok fefomen lupa nak amek gambar cuma satu je masa poco poco jom tengok...




Akhir sekali Cek Liza dan dan sorang lagi trainer buat Tarian Sayang Sayang ngan semua peserta dari 3 kelas..Marvelous sangat...!!!!

Petang tu training dah habis tak balik terus sempat lagi lepak ngan kawan-kawan dari Menara Celcom minum kopi kat kopitiam depan Semua House..gussip gussip...seronok sebab jumpa kawan kawan..

Balik rumah terus tergolek kat katil terbongkang tidoooo...seyesssssly sangat penat badan tapi otak happy sebab dah hilang stressssss......

Yahoo jumpa gambar my trainees wat gangnam dalam facebook member...apa lagi Cek Liza taglah gambar tu ..jom tengok!!!



Pergi Kenduri dan kareoke tak hengat dunia

23 November ajak kawan (jeeeeee tau) pergi kenduri umah BFF Cek Liza...Kawan Cek Liza wat majlis sempena khatan anak lelaki kedua...GRAND UOLSSSSSS siap ada khemah ngan pelamin lagi....untunglah anak teruna kawan I ni...kecik kecik dah naik pelamin...

Dah tu kawan Cek Liza tu ajak Jom kita karok kat atas...WOW..sistem kareoke dia cam kat Red Box Uollsss tu yang karok tak hengat dunia...sedey tak amik gambar...

Pastu habis karok dan suara (of coslah suara Cek Liza dah macam suara itik serati jeee abis masa training semalam dok nyanyi jerit bagai.....kannnnn) turun bawah cos ada lagi kawan kawan kami datang..sebenarnya mereka ni adalah EX Trainee Cek Liza kekek tapi desebabkan perangai sempoi jadi kawan kawan plak...jom tengok gambar...Cek Liza siap dok atas pelamin lagi....kekekeke (ingat kenangan lama memori nostalgia keee Cek Liza ooiiiii.....memang TIDAKLAHHHHHH)...


Habis kenduri bergegas plak dalam pukul 9 malam dah (datang pukul 3 ptg...tak pernah pergi kenduri berejam cam ni kekekekke)...bergegas pergi Setapak amik sorang lagi BFF yang baru habis karok 5 jam ...dia ni pun gila menyanyi gak)..lepak kat mamak sambil makan french fries..dan gussip gussip...

Balik umah sampai dalam kul 1.30 pagi..tido....


Lunch kat Coffee Bean

25 November...hahahah yang ni belum berlaku lagi...Cek Liza nak kena stop dulu sebab dah janji ngan mother nak sapu sampah and cuci toilet sebelum keluar nanti dalam kul 12 tengah hari...malam nanti baru Cek Liza boleh update...



Tata

Live Happy.....





Khamis, 15 November 2012

Politik dan Cik Liza, Apakah itu Kebebasan Beragama?


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah!

Pendirian Politik Cek Liza


Sudah tiba masanya sempena Maal Hijrah 1434, Cek Liza menetapkan pendirian politik Cek Liza. Semoga Allah berikan kekuatan untuk Cek Liza teguh dengan pendirian ini disamping menunjukkan jalan yang benar.
Harapan tinggi Cek Liza sempena dengan Tahun Baru ini adalah terjadinya perubahan positif dalam arena politik Negara. Paling mustahak sekali semoga perubahan ini berlaku dengan aman dan harmoni dan tidak menyebabkan pepecahan terutama sekali dikalangan Umat Islam.
Cek Liza tidak taksub dengan mana-mana pemimpin munkin kalau disuruh pilih Pemimpin peberet Cek Liza akan pilih Tan Sri Khalid Ibrahim sebab agak puas hati dengan cara dia mempin negeri Selangor dalam empat tahun ini berbanding dengan kepimpinan terdahulu. Semuanya kerana pencapaian macam mana kalau tempat kerja kan kita Semua ada KPI..untuk politik pun kena tengok KPI juga.
Walaupun Cek Liza dah buat pilihan atas kehendak hati sendiri tapi Cek Liza tidak mahu terlibat dalam aktiviti fitnah, keji mengeji, membuka aib mana-mana Pemimpin  dan pasangan mereka dari mana mana parti di Malaysia ini. Not my Style!!! Dan Cek Liza tidak setuju dengan para para penyokong dari kedua belah pihak yang suka mencarut, memaki…Cek Liza dah pergi banyak website dan page FB dan tanpa menyalahkan Barisan Nasional…Cek Liza tengok yang dari penyokong mereka banyak menggunakan kata kata yang melucah…Cek Nam Cek Liza tak suka carut marut caci maki ok…kat Website PR atau yang menyokong pembangkang pun Cek Liza akan tegur kalau ada yang tak patut…dekat page BN malaslah nak tegur…Cek Liza tengok ada tengur dengan elok pun kena maki balik memang kaw kaw kena kondem…
Cek Liza sendiri masa Bersih 3.0 dulu..bila Cek Liza post kat FB di wall sendiri menyokong agenda bersih…ada mamat penyokong Barisan Nasional ni suruh Cek Liza
1.       Pergi mampos (Adoiii apa hak dia sebagai manusia biasa nak suruh manusia lain mampos)
2.       Mangucap (adakah dia menuduh Cek Liza dah kafir)
3.       Pergi sembahyang (Yang ini Cek Liza Terima dan ucapan Terima kasih sebab mengingatkan)

Sama macam dalam bidang Customer Service…masa kerja kat Celcom Careline dulu..Kami promote Celcom tapi tidak sekali kali mengutuk produk dari Maxis atau Digi..so Cek Liza mengguna pakai prinsip yang sama..
Cek Liza masih memandang kepada jasa dan sumbangan dari Kerajaan sedia ada..Cuma merasakan Malaysia perlu perubahan untuk Check and Balance…Bayangkan…sekarang mereka yang memegang tampuk kepimpinan kalau berlaku perubahan menjadi pembangkang pula…bagaimana mereka akan beraksi sebagai pembangkang…Yang dok jadi pembangkang sekarang pula menjadi Pemimpin bagai mana peranan dan tindakkan mereka..adakah mereka akan jadi lebih baik atau mengulang kembali kesilapan yang sama seperti kerajaan sekarang? Cek Liza yakin sesiapapun memerintah tidak mebiarkan Malaysia terlungkup..(kan ramai dok kata kalau PR ambil alih pemerintahan Malaysia akan jahanam)..
Cek Liza melihat kepada situasi di negeri yang diperintah pembangkang dan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai (kita kena Adill…mereka baru memerintah 4 tahun kecuali Kelantan).
Apa pula peranan sebagai penyokong parti…
Dikalangan rakan-rakan Cek Liza yakin, dari 10 orang, 6 menyokong BN, 4 menyokong PR dari 4 yang menyokong PR munkin hanya 1 atau 2 yang berani declare yang 2 lagi takut kena kondem..kerana masyakat kita terutama orang melayu sinonim dengan budaya mengondem kalau pemahaman orang lain tak kena dengan pemahaman dia…
Bagi Cek Liza pula biarlah setiap dari kita BEBAS memilih arah perjuangan politik kita...Cek Liza sendiri tidak berminat nak pancing orang untuk memilih PR…sebab akibatnya tu…sanggup ke dicaci dimaki kerana memilih untuk menyokong  pembangkang…?? Tapi kalau mereka itu benar benar menyokong perjuangan Barisan Nasional…tak ada masalah bagi Cek Liza..tepuk dada tanyalah selera..

Kebebesan Beragama


Bagi Cek Liza apabila kita dalam dalam Islam tidak pernah ada paksaan.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)".(Baqarah: 256)


Kebebasan Beragama Bagi Cek Liza adalah:

1.       Kita yang membuat keputusan dalam sedar (conscious decision) untuk terus kekal dalam beragama Islam kerana kita yakin inilah Agama yang terbaik untuk kita bukan kerana kita dipaksa atau terpaksa jadi Islam kerana ini agama warisan kita..
2.       Mereka yang statusnya Islam dalam IC adalah pengganut Islam yang tulin sekurang-kurangnya dalam akidah mereka dan bukan hanya pada nama
3.       Mereka yang bukan beragama Islam bebas memilih untuk convert ke Islam dengan ikhlas memilih Islam tanpa rasa “Alahhh sebab nak kawin so Terrrrrrpaaakkkkksssaaaa masuk Islam”..lepas tu pasangan mereka pun tak berusaha untuk mendidik yang para-para mualaf ni yang kemungkinan tidak menerima Islam pun..itu yang kita dengar ada orang Islam yang memakan khinzir..tak percaya cuba google…..apalah gunanya orang-orang ini dikekalkan dalam agama Islam kalau sudah ada usaha mentarbiah mereka..tapi mereka tidak mahu menerima Islam. Mereka inilah yang membusukkan nama Agama Suci Kita…biar mereka terang-terang jadi kapir…so at least kita paham pendirian mereka menolak Islam

Bagaimana pula dengan yang dilahirkan Islam ingin meninggalkan agama Islam?

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?" (Yunus:99).

Cek Liza tak berani nak komen..sebenarnya mesti kena kondem…Cek Liza tak suka, tak sokong pun orang yang nak murtad atau sudah murtad. Tapi kalau dia yang nak sangat keluar dari Agama Islam…setelah kita nasihat pun tak boleh diterima..apakah perlu kita halang dia?? Again kalau menurut ayat diatas kalau itu pilihan dia, kita tak boleh paksa.
Sebagai penutup tidak ada istilah menyokong kebebasan beragama kerana ianya memang telah termaktub dalam Agama Islam. Sekian..

Dan akhir sekali…..Yang baik itu dari Allah..yang buruk dari Cek Liza sendiri..

Assalamualaikum…

Live Happy!!!


Rabu, 24 Oktober 2012

Ringkasan Kehidupan Ku yang Terkini....Tibeeeeeeeeeee!!!

Adoi..dah lama tak update blog..so apa yang terkini??? First of all nak tinggalkan nama Cek Pah..nak pakai nama Cek Liza

1) Usher dalam kenangan...


Dia ni kucing Mummy Cek Liza. Dari kecik Cek Liza tolong bela dia..paling suka makan cheese...dia dah meninggal dunia minggu lepas..dah lama dia sakit..dah pergi klinik sekali...sedih gak tapi yerlah bab kucing ni kena redha..datang dan pergi...kesian tak nak tengok dia tersiksa lagi....Cek Liza dah cuba wat yang terbaik untuk Dia....Tuhan lebih sayangkan Usher...huwaaaaaa....I love you and I miss you...

Teringat satu kesah di maja makan dalam 7 atau 8 bulan lepas Usher dalam umur 6 months. Cek Liza dok layan Si Usher ni sambil curi curi bagi dia makan topok (keropok) sambil sembang ngan dia...pot pet pot pet..dia ni bukan jenis Vokal diam jer makan topok..sekali Mummy Cek Liza datang dapur.. sebab dia ingat Cek Liza dok menyembang dengan siapa pulak? Rupanya Mummy Cek Liza ingat Husband (masa tu) datang...sebab dia dah lama tak datang kat umah parents Cek Liza..kekeke

2) Tahap Kesihatan

Oh so the very tak menentu...hari tu dalam bulan Ogos dan September demam hampir setiap hari...lebih dari sebulan. Batuk, ulcer sampai kat tekak, tonsil menanah, selsema ohhhh ngeri sungguh...yang best tu sampai 4 kali pergi klinik...sampai kat doktor jer...alah batuk sikit jer sakit tekak cuma perlu kumur air garam je...tak nak cek tekak pun..sekali Cek Liza tanpa disuruh nganga mulut luas luas depan muka doktor tu barulah dia cek...ohhhh aaa aaaa tonsil menanah...yerlah nanti bagi antibiotik...ngeeeeeeeeeeeee.....dahlah TIGA jam menunggu...takpalah bayar RM1 je kan...kekekekek...

Bukanlah Cek Liza percaya 100% tapi 50% tu adalah ...saspek ada unsur unsur mistik expose gitu...sebab asal lepas Asar masuk Maghrib jer tekak sakitttttttttttt sangat...macam tertelan duri..panas sangat...actually cerita ni lebih panjang lagi....nantilah kalau ada masa kita kupas lagi isu ni..ok...Alhamdulillah berkat Antibiotik 4 course, setengah botol vitamin C, air masak berbotol-botol, doa pada Allah dan dari Ibu Ayah dan rakan-rakan BFFsssss...akhirnya sembuh juga...

3) Berat Badan

Ok....yang ni payah nak komen...Cek Liza masih kuat makan fast food...Sebab dah lama tak sihat bila masih ada selera makan...rasa macam masih ada harapan untuk sembuh dan jadi lebih sihat...Logik kannnn kannn!!

Cuma Cek Liza dah kat 2 bulan exercise hari hari mostly (ada gak hari yag tertinggal bila lewat bangun)..mostly exercise untuk mengempiskan perut sebab dah banyak kali dalam tren orang nak kasi Cek Liza duduk sebab ingat pregnant kekekekek..Cek Liza usaha berjalan dengan lebih laju (dari stesen LRT ke Semua House) rasa cam dah kempes sikit perut....tibeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Buat masa ni tak minat lagi nak SD2 ke atau Herbal Life...nak cuba apa yang dok wat sekarang dulu ..harap harap berjayalah ye..

Dan Cek Liza dah kurangkan minum air bergula, lebih makan buah-buahan dan minum air masak. Concern juga pasal sebenarnya ramai autie-auntie yang kena diabetes...actually Women in my family died young so yes...I want to be healthy and stay healthy for as long as I live..Susah sebab dari kecik selalu sakit tapi tak seriouslah cuma demam, batuk dan selsema...antibody lemah munkin...

4) Personal and Social Life...

Masih "memulihkan" perasaan dan semangat selepas kembali solo...Single but not Available gitewwww..Lebih menumpukan pada family khusus my parents...sebab masa married agak terabai hubungan dengan parents...kadang-kadang 2 bulan tak balik umah padahal dok kat Cheras jer..parents kat KJ. Priorities Cek Liza adalah nak berjasa kat parents in what ever way I can..

Cek Liza juga lebih selesa hanging out wif friends more fun what!!! Penting sangat hubungan baik dengan kawan-kawan yang boleh diharap dan sanggup susah senang ngan kita....Kawan-kwan yang nak menhanjingkan kita jer...BABAIIIIIIIIIIIIIIIIIIII no time for you LOSERSSSS!!!!!!

5) Others

Ok ada peristiwa yang agak pelik..I want to share here....

Ada seorang perempuan (dimana tu biarlah rahsia)..asal jumpa Cek Liza tarik muka ketat muncung...munkin dia tak suka kat Cek Liza ...adatlah kan...ada yang suka ada yang tak suka...so tadi pown jumpa dia masa tu ada kawan lelaki yang dengan Cek Liza..perempuan ni lansung tak nak pandang Cek Liza...siap bagi belakang lagi.curi-curi tengok dia yang memang cantik tapi masam gila ayoooo napa ni????...Cek Liza tanya kat kawan...kenapa perempuan ni cam tu ek.....kawan Cek liza pun pelik....dia pun perasan juga perangai perempuan ni...so ...Cek Liza tanya takkan dia tercabar ngan Cek Liza..dia muda, slim muka lawa...tak kan jeles ngan Cek Liza yang remaja purba, temok dan muka tak lawa sangat tapi agak comel ni heheheheheh.. anywayzzzzz cuma dia sahaja yang tahu apa jawapannya kan.....


WHATEVERRRRRRRRRRRRRR!!!!!


Tengok gambar mengada Cek Liza kekekek



Live Happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!