Khamis, 23 Februari 2012

Fikir-fikirkan apa telah kita lakukan, sedang kita lakukan dan akan kita lakukan

Berbalik kepada entry sebelum ini pasal Adik Hairuman, terfikir gak..sekelip mata hidup seseorang boleh berubah...kita kena renung balik apa telah kita lakukan, sedang kita lakukan dan akan kita lakukan... Hidup bukan setakat makan, minum, kerja, mandi, kawin, cerai , mati dan lain-lain...apa sumbangan kita, apa nilai kita dalam dunia ini...bagi yang agak keji (cam aku) dan kaki enjoy..Betul hidup memang sekali je...tapi benda yang buruk pun tak perlu berlaku banyak kali..sekali cukup lah cam apa yang jadi kat Adik Hairuman ni..

Masalah kita berbanding penderitaan orang lain....

Bantulah Adik Hairuman - Bantuan anda diperlukan .... (apa agaknya perkembangan terkini insan ni ye)

Bila kita tahu tahap penderitaan yang ditanggung orang lain...kita rasa alaahaaaaiii apalah sangat masalah kita sendiri...kan...Sedih betul kisah insan malang ni..meminjam posting dari http://myadha.blogspot.com jom hayati kisah sedih ini...(jangan marah Encik tuan Punya Blog).






Kini hanya kakak Hairuman yang bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yang berkuasa tinggi tiba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.

Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan... Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman.. walaupun RM1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya.

Disini kami sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 018-3807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun : Maryuni Miskon (kakak kepada Hairuman Miskon)
162030632448 - Maybank
12570000203529 - CIMB Bank

Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

* Kempen ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


BERITA DARI KOSMO!


                           ****************************************************************


Eeemmmm......Boleh ke kita live happy kalau ada insan yang menderita macam ni....? Kena gak sebab kalau kita tak 'Live Happy" macam mana nak bagi semangat untuk orang lain....


Peringatan kapada diri sendiri aka SLS...dapat gaji ujung bulan nanti paham-pahamlah ek....

Selasa, 21 Februari 2012

Marah dia, marah aku, marah mereka!!!

Perhatian! : Bahasa yang digunakan dan isi kandungan adalah agak keji dan  jadi kalau anda berjiwa halus dan mempunyai peribadi mulia , menitik beratkan nilai-nilai murni tata susila kesopanan dan kesantunan...TIDAK DIGALAKKAN membaca posting ini


Kemarahan ini ditujukan kepada:

1) Hu**y - Dah bagi tahu apa-apa pun nantilah saya settle Training saya dulu..Bukan selalu dapat peluang naik pangkat. Berapa susah-payah saya bina balik kerjaya saya yang terlungkup. Saya bukan ada sesiapa nak bagi makan , pakai, sakit demam pun segala pun saya urus sendiri.Saya pun nak take care mak bapak saya yang dah banyak berhabis tolong kita..Saya baru  rasa nak bernafas sikit ni dah rasa nak tenggelam balik.

2) Diri Sendiri - Kenapa kau boleh biar sampai macam ini sekali. Betapa bodohlah kau ni. tak serik lagi kena tipu hidup-hidup! Nak tunggu sampai mati kering kot! Alah perangai kau bukan bagus sangat kan. Padanlah muka! Orang kawin kau pun sibuk nak kawin kan..apa benda pun kau tak reti masak tak reti, mengemas apa tah lagi..jaga laki pun tak reti..kan tapi sangat sesuai korang berdua...dua-dua tak leh pakai!!!!

3) Mak Cik Cleaner kat opis - Adoi aku dahlah sakit jiwa. Ingat nak relek-relek kat pantry sambil minum-minum kopi. Mak ai dia punya dok bersembang pas tu gelak mengilai dengan sangat kuat! Apa lagi aku soundlah setepek pedulik hapa aku.."Pelan sikit cakap ,  sampai depan  boleh dengar!" tapi nada tu  agak sopan cos yelah kena gak ingat dia lagi tua dari aku..keji-keji aku tapi benda cam ni aku ambil berat gak.

4) Agent-agent perempuan gedik baru yang pas OJA pastu  nak tukar projek sebab ..."susahlah technical sangat"....rasa-rasanya Akak sound tak dia?....Cuba teka....Memanglah aku sound..tapi kontrollah...Dalam hati nak cakap ...

"Banyak cantik muka kau senang-senang nak tukar projek..kalau kalau tak nak kerja awal-awal lagi pergilah berambus! Yang kau nak juga stay sampai OJA tu apa hal..kan menyusahkan orang. Jangan nak berangan nak masuk projek lain ok.. Kalau kau nak senang haaaa bukak call centre kau sendiri apa macam cantek????!!!!!."

tapi Akak cakap..."What are you doing here if you do not wish to work with us. We will not even consider you for other projects not because you are not good but because you don't have the right attitude.."

Oklah dek! Kalau masa jadi Team Leader dulu  memang bunuh diri budak ni aku haukkan! Kalau nak kerja call centre tolonglah jangan nak poyo nak kontrol cantik dan ayu.....isssssyyyyyyyyyyy !!!!!!


Huh Lega!!!! Ok boleh sambung kerja..kekekkekekek...


Live Happy, angry but happy!!!!

Urusan Mahk.... Syar... yang belum selesai...

Belum selesai gak...sebab borang tak lengkap. Sebab alamat IC Akak kat Kelana Jaya, tinggal area Desa Baiduri. So  memandangkan dalam borang Akak Plaintif, so Akak pulak kena terhegeh-hegeh dapatkan pengesahan dari Penghulu / Ketua Qariah tempat tinggal...seriously ..malaslah nak komen nanti banyak implikasi..so..terpaksa isi borang baru ..(Husband pulak plaintif)..Buang masa jelah...2 hari ambil half day tu...rasa cam nak marah tapi tak tau nak marah kat siapa?..Apa-apa pun semua urusan kena tangguh dulu...nak settle bab kerja ni dulu..Cer**.. nanti boleh tapi kalau fail masa training ni habislah.... mana ada 2nd seating....

No matter what Live Happy...

Jumaat, 17 Februari 2012

Hari semalam dalam sejarah di Pej...Aga...

Apa yang sejarah sangat pasal semalam..saya menguruskan pencer***n... Ingat nak tunggu sampai habis training tapi...atas sebab-sebab tertentu..yang tak dapat dielakkan kami suami-isteri terpaksa mempercepatkan urusan pencer***n..Kelam-kabut gaklah..Mana tak, pagi sampai tengah hari kerja...pelikkan macam tak ada emosi pulak...yelah tu...tuhan sahaja yang tahu..bayangkan masa meeting dok fikir kat mana yer Pejabat Agama Kajang tu...yelah last pergi kat 4 tahun lepas...masa nak cer.. tak jadi tu...Dah kemas barang nak gerak pergi rumah mummy kat Kelana Jaya (nak kena salin pakai baju kurung..gila nak pergi Pej Ag pakai baju kontot)..sambung cerita sempat lagi dok bincang dengan partner S bukan nama sebenar..pasal final projek. Pastu dah angkut semua barang singgah pulak tengok adik-adik OJA (Assessment)  2nd seating...sempat pulak bagi "ceramah motivasi" kat agent baru...kesian dia dok risau sangat kalau fail Adios Amigoslahhhhh jawabnya...terminate terus..Pas tu terus drive pergi KJ..mandi salin baju kurung drive pergi Kajang...slow-slow cari Pej Ag...alamak missssss.....kena pusing...dah sampai..terus masuk opis dia...wow...sama gak cam dulu...slow je pace dia....risau plak takut "Babang" tak datang...panggilan manja dulu-dulu masa bercinta..lepas ni nama tu akan jadi kenangan jer..kan...So sementara tunggu dia ambil dulu borang ..kena pergi potostat sij..nik...ngan ic...tempat potostat kat kantin jer..so order pulak mihon sop...nak bercer.. pun sibuk nak melantak lagi sangat keji kau SLS...lapar..nak buat cam ne..susah hati cam ne pon...kena isi perut gak betul tak..akhirnya sampai gak Babang..aik ketat nye muka...Bila tanya dia nak tulis apa ni..dalam borang ruangan aduan...tak naklah burukkan sesiapa..walaupun memang buruk perangai pun dua-dua..marah plak Babang ni "letaklah jerlah semua benda-benda..bukalah semua aib!!! katanya...aikkkkk nak menyentap time-time cam ni...patut sapa yang marah ni...awak buat hal nak marah saya pulak ke.....tak per sabar dulu...tak de faedah nak bergaduh...kang tak jadi cer...lagi susah...so dah settle borang..masuk jumpa "Pok Cik" uztaz..yang sepatutnya mengounseling kami...dahlah bilik tu sempit gila..kami dua orang ni agak kimpah...agaknya saikologi kot sempit nanti tergesel-gesel tak jadi cer...kot....Tapi mana ada kounseling nye...dia baca apa yang tulis dia gelak pas tu dia suruh tulis "Kami memohon untuk bercer....dengan kebenaran mahkamah"...tu jerlah..keluar tunggu surat pas tu pergi mahkamah pulak kat sebelah. Ambil borang lagi...aleh-aleh kena pegi cop Pesuruh Jaya Sumpah..adoi...tak selesai gak ni...masa tu pukul 4.30 petang..mahkamah tutup kul 5 ptg..so kami "berpisah" dia belah...saya pergi cari Encik Pesuruh Jaya Sumpah...kat pekan Kajang..satu line dengan KFC (adik kerani kat mahkamah bagi tahu.saya puji staf pej ag dan mahk syar sangat baik dan sopan..seriosss)..Pejabat Encik PJS (Pes Jay Sum) sangat kecik je dalam kedai frame gambar...masa cop tu En PSJ tu macam risau asyik tanya saya ok ker...masa nak bayar dia cakap Ada duit tak...kalau tak cukup tak perlah..bayar apa yang ada jer...Saya nampak dia ikhlas (bukan En Nam).sungguh mulia hati En PJS...alah bukan mahal pun 12 hengget jer..murah rezeki dia hendaknya...Lepas tu pergi KFC plak makan kolonel burger...semenjak Hari Pekerja KFC menumbuk customer (6 Feb lepas), saya macam nak pergi KFC selalu...sopan gila staff dia..siap tanya nak extra cheese tak. of cozlah dek...my peberet tu...yum yum..tak nampak ke Akak yang montel dan sihat ni...berkat hari-hari makan cheese....Masa duduk nak makan tu barulah rasa penat sangat...masa tu ada datang rasa sayu jugaklah...bergenang air mata sekejap..tapi bila dah stat makan burger..dah ok dah...simpan balik sedih tu dalam hati jer...hidup kena teruskan....
Jadi esok eh hari ni ..nanti petang pukul 2.45 kena ada kat mahk syar...untuk selesaikan pencer....kami...jadi tu jer...nanti sambung....


Live happy...dalam apa keadaan sekali pun....kan....kecian saya kan....ada aku kesah!!!

Rabu, 15 Februari 2012

Its kind of sad for me cause I went to meet my husband last night do discuss the terms of our separation. I believe that we have passed the stage of fighting and arguing and being angry at each other. But he did asked me if I already have "someone", so I told him "NO" and its the truth. I just want peace of mind and I am tired of being married and not having that closeness with each other. I accept all my shortcomings. I only asked for "it" to happen smoothly and the reason being "Irreconcilable Differences".

ok...I need to move on...so I have decided to ..Live happy...in times of despair...

 

      

Ahad, 12 Februari 2012

Cerita Hujung Minggu..dengan Mummyku...

Sabtu semalam Akak Pah bangun lewat cos sakit otak pasal peristiwa perbincangan KPI semalam kat office..semalam Akak meneruskan cerita...kita flahback sikit apa yang berlaku kat office...masa discussion/ meeting apa yang dikongsi oleh "bos-bos" kami agak menterkejutkan Akak. I tak boleh terkejut. Tekanan darah I rendah, so mula-mula cam terbengong...kebas...keliru (dazed)..bila tekanan darah tu maik balik jadi cam baran pulak...tapi sill boleh control..cuma semalam ada seorang , N bukan nama sebenar,  ni yang munkin tak biasa ngan cara Akak so tiba-tiba dia kata cara Akak memberikan pendapat dalam meeting macam Akak menyalahkan "orang-orang yang tertentu.." beria-ia N ni menyekolahkan Akak ......Akak ni jenis outspoken...bukan niat nak menuding jari cuma nak menceritakan apa yang berlaku. ..secara objektif tapi bak kata orang siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas...bukan Akak pun yang sumbat cili tu dalam mulut dia pun...ooooopsss..Haaaaa apa lagi Akak sekolahkanlah dia balik...Tak faham bahasa ke awal-awal aku dah sebut...ini pendapat aku...bukan mewakili rakan-rakan yang lain....yang kau tiba-tiba serang aku kenapa??? Hhaahahha kelam-kabut kawan-kawan lain nak mententeramkan kami...Yang gembiranya semua dah selesai masa tu jugak...sebenarnya stail Akak ni Transparrent (tak suka sorok-sorok)..biar kita berterus-terang dari nak jadi MUNAFIK..so Akak dan N dah ok...in fact Akak respect sangat kat dia diatas sikap dia yang boleh terima cara Akak yang mulut laser ni (kadang-kadang jeee selalu Akak sopan tau)..tapi di penghujung hari, Akak rasa penat otak memproses apa yang dah berlaku sepanjang hari...

Nak jadi cerita hari Sabtu tu Akak bangun lewat sikit (9 pagi..oklah kan sebab kat rumah mak bapak, kalau kat umah sendiri kul 5 petanglah jawabnya....heheheheh). Mummy Akak dah agak berkecil hati sebab Akak tak bangun awal buat kerja rumah cam. sidai kain, kemas dapur, siram pokok...Actually bangun jer cuci bilik air tapi cam cincai jer lagilah Mummy Akak marah...huhuhuh sedih Mummy akak tak nak bergossip pasal kucing hari tu..tak cam selalu...sikit-sikit dia bagi ceramah...bab solat yang lewat cam ne tuhan nak tolong...bab selalu driving tengah malam adoi.....Mula-mula tu rasa sedih gila, merajuk pun ada gak...nak jer kemas kain-baju balik Cheras...Bila fikirkan balik alah apalah sangat kemarahan sorang "Mummy" bukan sampai mana pun..kan...lapipun itukan pendapat dia. Kan Akak jugak yang percaya sangat "Setiap orang berhak kepada pendapat dia sendiri (Everyone is entitled to her own opinion)..so kenalah terima  apatah lagi kalau benda yang dia cakap tu memang betul...Kannnnnnnnnnnnn.

So Akak bertekad esok tu (hari nilah Hari Ahad Akak akan bangun awal dan tolong dia kat dapur...huhuhuhuhuh)...so pukul 6 lebih dah bangun tapi tidur balik...hhehe awal sangat neh. Pukul 7.30 bangun tapi senyap jer...gelap jer...haaaa baru teringat hari Ahad Mummy and Lid (my Dad..Lid is short for Walid) pergi Pasar Tani kat Shah Alam ...yahooooooooooo boleh tidur sikit lagi...set jam kul 8pg...baru je rasa leatk kepala kat bantal Alarm dari SonnyBerry Akak dah berbunyik dah dengar suara Mummy ngan Lid kat luar bilik...melompatlah Akak bangun...cehhhh buat-buat buzy dalam bilik konon-konon dah lama bangun....SLS sangat keji kau ni kan!!! terus turun bawah..... sampai kat dapur Mummy suruh breakfast cepat dan tolong dia kemas sayur yang dia beli masuk peti ais...and yang terharu tu dia belikan Akak Mihon  Sup yang merupakan makanan favourite Akak huhuhhu...So lepas breakfast...dengan jujur dan ikhlas Akak pun buat kerja-kerja rumah seperti:

  1. Kemas sayur
  2. Buang Sampah
  3. Sapu lantai dapur
  4. Sidai Kain
  5. Cuci dan kemas pinggan
  6. Lap meja
  7. Cari kotak letak anak kucing 
Masa baru habis kemas sayur tu Mummy kata "Liza minggu depan ikut Mummy pergi Pasar Tani. Kalau mummy tak de (huwaaaaaaaaaaaaa tak boleh bayangkan) nanti Liza tau nak beli ikan apa" ..Oh Mummy ku...bukan setakat pasar tani kalau Mummy suruh Liza pi tangkap ikan kat laut pun Liza sanggup tau....anything to make you happy!!!

Akhirnya Mummy tak marah Akak dah....nak kata I love U tapi tak terluah pulak....so Akak ingat nak kata....Mummy....emmmm nanti malam belanja Liza makan Pizza??? sambil mata kip pop klip pop...kekkekekke....

Live happy...


P/S...Mummy dalam cerita ini adalah my Mom (mak, ibu, mader) bukan mummy yang dalam cerita The Mummy..ok....


Sabtu, 11 Februari 2012

Mucukrina..kucing mummy ku!



Alaaa...tomey tomey...nilah kucin mummy akak nama dalam kad pengenalan Usher..(cam penyanyi Soul tu), nama manja mucukrina.Boy..saje je tambah rina tu kekekekek Patutlah kalau meowww dia tu merdu sangat..Anyways dia ni manja ngan Akak Pah..bukan apa kucing pun ada hidden agenda  tau..mana tak asal nampak jer muka Akak Pah ni..dia tau perut dia mesti kenyang..semua Akak makan semua dia nak...burger, nugget, hot dog, kerepek, biskut, pizza, pasta..sayur je dia tak nak makan. Ni dia tengah terbongkang tido kat dalam pasu bawah pokok..baru amik ni gambar tak sampai 30 minit lagi pun...ada lagi dok tido tu....gerammmmmmmmmmmmm...

Khamis, 9 Februari 2012

KPI oh KPI

Bagi yang berkerja especially kat call centre mesti faham apa itu KPI (Key Performance Indicator). Dalam company lain pun ada just that untuk call centre lebih ketara lagi sebab berdasarkan KPI inilah kami dibayar bonus bulanan (PFP- Pay for Performance). Bagi pekerja tegar macam aku selain gaji KPI adalah segala-galanya. Masa aku agent (jawab call cam operator) memang aku nak full KPI setiap bulan. Kalau tak full aku akan jadi tension gila. Tapi masa konon-konon naik pangkat jadi Team Leader usah kata nak dapat penuh nak dapat separuh pun bermampus-mampusan nak kejar. Sebab agent bawah kita tak begitu ambil berat pasal KPI. Asal dapat gaji bulan, elaun sikit-sikit, overtime sikit ok prinsip mereka lebih kepada yeahhhhhh jom enjoyyyyyyyyy...yelah sapa yang suka nak kerja call centre terus. Tambah pulak yang perempuan yang dah berkeluarga , kerja untuk cari duit poket..so napa nak jaga KPI...Bab kedatangan jer dah hancur.Yelah bergaduh ngan laki ambil Emergency Leave, anak sakit for sure kena cuti (tak dapat nak komen), anak tak der orang jaga amik cuti gak...Dah beranak dah cuti 2 bulan nak sambung unpaid leave sebab anak tak nak dengan orang lain..Minta maaf para ibu...saya bukan merendahkan kedudukan anda tapi sesungguhnya dunia call centre tak sesuai pasal apa ...pasal KPI nilah...yang menjadikan kami (Team Leaders terutamanya), insan-insan kejam dan tak berhati perut (sebenarnya munkin aku jer kot...TL lain baik-baik semua kekekekekek). .

 Kebanyakan yang "singgah" di sini hanyalah sebagai batu loncatan jer. Kerja call centre mana ada kelas kat negara kita ni...lainlah cikgu, nurse barulah jadi menantu pilihan...cuba tanya orang kampung nak tak bagi anak dia kerja careline, silap-silap mok cik tu tanya balik...."Nak...careline tu binatang apa? Boleh makan ke? Sapa nak jawab...kebanyakan mentality orang negara kita kerja call centre ni operator. Pada hal kalau tak der pekerja call centre maka jadilah peristiwa seperti KFC (baca enrty sebelum)...kamilah tempat pelanggan meluahkan perasaan geram, sakit hati, dendam (huhuhhu cam drama korea)...Banyak perkara yang berkaitan dengan pelanggan yang disettlekan secara professional oleh agent agent careline.

Tadi kesah  mak-mak orang yang anak-anak ikan bilis dan ayam katik pulak ..pun tak ramai yang jaga KPI..baru kena marah sikit sentap..gitulah cerita. Akak Pah pulak TL paling garang di dunia. heheh sorry ye adik-adik...mana yang kena hempik pekik ngan Akak..niat Akak nak mendidik bukan menjahanamkan..Akak pun sebenarnua suara memang speaker pecah..kadang-kadang tak marah mana pun..yelah sempena hari pekerja KFC yang tumbuk customer ari tu (6 Feb 2012 rasanya) .. Akak minta ampun dan maaf kalau membuatkan Adik-Adik trauma...

so KPI oh KPI daku sabar menunggu mu....walaupun renseq kerana bakal pokai lagi kekekekek...

Live happy!!!!!!

Rabu, 8 Februari 2012

Kesah orang kita ...(Malaysia tak kira bangsa apa)

Amaran kandungan agak sensitif..saya berikan pendapat saya jangan nak menyentap!!!

Baru jap tadi baca pasal kisah pekerja KFC bergaduh dan menumbuk customer. Dalam youtube pun ada:

http://www.youtube.com/watch?v=GsGwY-LPE1Q

Saya cuba nak dengar apa yang mereka gaduhkan tapi tak jelas..yang pasti pekerja KFC tu cam orang kita (melayu) yang customer tu Cina. Ni sinopsis dia:



KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI"..

Adoiiiiii ada beberapa kemungkinan:

  1. Pekerja tu dan rakan-rakannya munkin ada masalah dan tertekan yelah berapa puluh riban keping ayam nak digoreng setiap hari..pelanggan semua pelahap kekekke termasuk saya..
  2. Customer pun angin gak yelah dah tunggu sejam lebih...
Sapa yang salah...bagi saya:
  • Pihak pengurusan yang gagal mengurus sehingga boleh benarkan pekerja begitu tertekan. Kenapa biar customer tunggu sejam lebih...NOT ACCEPTABLE walau sibuk tahap Disneyland sekali pun ....bagi saya perkhidmatan yang sangat lembab !!!! 
  • Customer pun gedik nak gak makan KFC jugak walaupun melaut orang menunggu . Tak bijak betul.  Macamlah boleh mati tak dapat makan ayam goreng. Yang kau pon dok hamun pekerja-pekerja KFC tu macam p***n m*k* kannnnnnnn. Lain kali bawak bekal! Ini memang aku potong markah.
  • Yang pekerja tu pun alahai orang muda darah panas...Tahniah anda -telah menunjukkan ciri-ciri yang sesuai sebagai calon pemukul isteri ataupun samseng jalanan. Kalau ada berani masuklah pasukan polis atau tentera boleh menjaga keamanan negara. Sangat mulia dik. Tapi wa tabik Lu sangat berani bertindak(walaupun bongok) depan orang ku kasik itu orang. Kena bagi markah jugak. 

Pemenangnya adalah ...jeng jennng Pekerja KFC...dek nanti contact akak belanja mek donel plak ..takut pergi KFC kekkekeekeke

Serius adek-adek jangan tiru aksi ini di rumah ok..bawak-bawak besabar kerana sabar itu separuh dari iman..kerja ni memanglah tekanan..dikerjakan lagilah tekanan...jangan ikutkan sangat perasaan marah..ok...bernafas...hhhhhhh


Sebagai pelanggan pulak, kenalah rasional. Jangan pentingkan diri atau perut sendiri. Fikir sikit susah payah orang lain berkerja. Cuba kalau terbalik apa perasaan kau bila kau tekanan kerja orang dok memekak maki-hamun kat kau. Tak rasa macam nak bagi kaki kat muka orang tu...hehehehhe keji sunggoh statement saya ni....

Bagi yang lain jangan jadikan ini isu perkauman. Lebih 10 tahun dalam bidang customer service samada kat kilang, tepi jalan, ofis atau call centre, customer yang mengamuk bising-bising ni terdiri dari semua jenis bangsa ye termasuk bangsa kita....kalau dah memang jenis berlagak tak ingat dunia. Tapi dah kerja kita kenalah pandai menangani situasi. Janganlah kita jadi tak de otak macam mereka. Ooops keji lagi statement I....


Saya buat kesimpulan walaupun saya faham kemarahan adik KFC kita tu...menumbuk pelanggan adalah salah salah dan salah. Kita kalau berkerja dengan customer kena ada kekuatan mental and kesabaran yang tinggi. Kalau rasa diri panas baran, sila cari kerja lain atau kerja je dengan haiwan bukan dengan manusia. ok itu sahaja ulasan Cik Pah untuk peristiwa ini.




p/s U all notice tak betapa saya menulis dengan sangat "sopan" walaupun ada masa saya mengeji..Itu namanya customer service...

Live Happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dussssssssshhhh (cu teka cu teka bunyik apa ni...clue bukan bunyi kentut ok)


Bila nak kurus ....????(when will I succeed in losing this weight or will I ever?????)

Ni satu topic yang agak penting dalam hidup aku. Semenjak 15 tahun dah aku "bergelut" untuk menguruskan kembali badan yang semakin "sihat". Masa sekolah-sekolah dulu berat aku baru 48kg. Habis belajar balik dari UK pun baru 49kg. Pas tu mulalah dia naik sedikit demi sedikit. Mau tak asyik makan jer kerjanya. Tengah malam , awal pagi (2 atau 3 pagi) pun boleh drive pergi Kajang makan kat mamak (dekat Supermarket Ocean) makan roti canai. Sorang pun boleh kalau dah perut lapar kannnnnn. Masa nak kahwin dah gelabah pergi butik cari baju semua pun tak muat. So terpaksa bayar lebih sikit (actually mummy yang bayar..kekekeke) untuk sewa baju yang dijahit menggunakan ukuran aku sendiri...kira 1st yang pakailah sebelum disewa kepada pengantin-pengantin perempuan montel comel yang lain. Tu pun masa pergi test baju...tak muatttttttt. Terpaksalah modify balik...sentaplah!
Tapi actually aku tak kesah sangat gemuk apatah lagi kerana gemuk aku inilah yang menyelamatkan nyawa aku..ada cerita tau. Masa tu pergi berkelah kat Sungai Gabai. Poh peh poh peh jugaklah memanjat tangga sampai kat atas kena bawak makanan lagi. So sampai jer apa lagi...terus berendam dalam air yang sejuk nyaman...besttttttt....air terjun sangat deras baru lepas hujan malam tadi..pehhhhhhhhhhh hilang stress "bershowerkan" air terjun...macam kena urut jer bila air yang laju tu hempas kat badan dan kepala aku...rasa sekarang gak nak pergi Gabai...(dahlah panas air-cond rosak..pastu aku dengan sopan pakai inner so dua lapis baju..sebab dari rumah parents nak mampus tak pakai inner..baju tangan pendek...kang lewat datang kerja dengar ceramah pagi).
Sambung cerita ...kat batu-batu macam ada "slide" semulajadi..so ramai stuntman-stuntman tak bertauliah yang akan menunjukkan skill mereka menggelongsor..kat air. Tiba-tiba aku tengok ada sorang mamat ganteng ni mula-mula elok je ada kat tepi pas tu dah hilang. Kawan-kawan dah start sorak..alamak "H" bukan nama sebenar ni nak slide ke..belum habis aku berfikir lagi aku rasa terjahan 2 kaki manusia kat rusuk kanan dan belakang aku..sampai senak tak boleh bernafas langsung...tuhan sahaja yang tahu sakitnya ya amat..mati-mati aku ingat dah patah tulang rusuk aku...aku ingat matilah aku...tak sempat minta ampun kat Laki aku..Kuatnya tendangan si H tu sampai aku tenggelam dalam air tau...panik gila semua yang dekat-dekat aku..tarik aku naik...sebulan gaklah rasa sakit dan sengal. Jap-jap aku dok raba rusuk kot bengkok ke apa ker...Alhamdulillah pulih sepenuhnya..Kalau nak fikir logik...aku tak dapat bayangkan..memang boleh patah rusuk aku silap-silap boleh lipat dua badan aku...tapi berkat perlindungan lapisan otot.... alah lemak sekelilig perut, pinggang dan rusuk aku yang sangat tebal, dapat menahan impak tendangan seorang lelaki dewasa yang sedang menggelongsor dengan sangat laju...WOW!!!!! Suatu keajaiban dunia dan aku sangat bersyukur kerana masih panjang umur.....syukur ker????? YEEEEEEEEEEEEE!!!!!
Macam mana pun aku kena turunkan gak sedikit berat badan sebab lutut pun dah stat sakit..sebab menampung berat badan atau menampung badan yang sangat berat .. Dengan tak malunya nyer aku declare berat aku 69kg...Diantara inisiatif hot hot chicken shit (kononnya) :

  1. Kurang makan nasik, banyakkan sayur dan buah...malangnya masih kerap makan burger dan hot dog.dan megi asam laksa ais kerim, biskut, maruku dan lain-lain .huhuhuhu
  2. Minum teh herba orang kampung ..tapi masa cuti sahaja. Hehhehe seksa gak ni kalau sehari 10 kali pergi bobo. Tapi badan rasa ringan dan bertenaga munkin sebab badan keluarkan kotoran (toxic eh bukan toxin kan toxic tu kan bahan kimia beracun seperti pembuangan sisa-sisa industri .. emmm). 
  3. Selalu lulur dan gosok badan untuk lancarkan peredaran darah, longgarkan lemak tepu supaya boleh boleh dikeluarkan dari badan masa bobo....selalu aku guna lulur Citra..dengan muka-muka sekali aku gosok cam scrub...I love it cos kulit jadi lembut dan halus. Actually aku pun guna losen  badan Citra memang best. Satu sebab orang gemuk cam aku kena selalu lulur cos lemak boleh perangkap kotoran dalam kulit..tambah plak aku kuat berpeluh so kalau tak keluarkan daki-daki dan kotoran bila peluh mestilah busuk kan...oh tidak aku tak nak bau cam kerbau!!!! 
  4. Pakai girdle....sangat siksa tau..huhu gambar kat bawah tu...beauty is pain!!!! Ada korset atau girdle yang harga sampai 2 riban...buang duit. Kalau ada 2 ribu, baik aku join kelas/ gym, kick boxing ker baru fun. Paling siksa sekali masa pergi toilet....ok...tak payah nak imagine lah yer..Satu kebaikkan pakai girdle, kulit perut, peha dan bontot boleh dikenyalkan dan kita kena duduk tegak so "posture" kita akan bertambah baik. 


5.  Satu lagi walaupun montel aku tak suka pakai baju longgar...kita memang dah gemuk, pakai baju apa pun still gemuk..so aku pakai baju yang aku rasa selesa..yang selalunya secara kebetulan memang fit...kalau kita pakai baju longgar kita tak akan sedar kalau berat badan kita naik..jangan amalkan baju rasa ketat jer beli baju yang lagi besar..kita tak akan ada inisiatif untuk kuruskan badan. Aku sanggup yer tahan sakit nak memakai baju yang saiz tak lebih dari M kekkeke (ada hati) aleh-aleh rabak jahit balik nok!!! Jangan membazir  Sampai mummy aku pun pelik baju-baju aku semua kontot-kontot belaka dan aku lansung tak suka pakai kain batik ...pleasssssssssseeeeeeee never..Bagi meraka yang suka pakai kain batik please wear girdle ok same bagi yang pakai baju kurung or kebaya..Lagi satu yang suka pakai track bottom ...wear girdle...ok gals!!!
6.  Walau macam mana pun kesihatan yang paling penting. Kalau kurus pun kalau selalu sakit pas tu mc sebulan 3, 4 kali pun tak guna kannnnnnn.

Untuk menjaga badan ni kita tak boleh sesekali jemu untuk mencantikkan diri sendiri (walaupun tak lah cantik mana tapi cantiklah sikit dari cek nam-cek nam hauk kat luar sana)  Walau pun ada yang sok sek mengata kita lantaklah..dan kena ada disiplin dan kesungguhan..kalau bukan untuk orang lain buat untuk kepuasan diri sendiri. Alah tak payah belanja besar mana pun tapi allocate kan sikit pendapatan anda untuk diri sendiri...


Akhir sekali hidup dengan semangat, pilih untuk hidup gembira walaupun dilanda 1001 cabaran!!!! Muaaaaahhhhhhhssssssss.







Cak!!!






Rabu, 1 Februari 2012

Aku Istdikari part 2

Kalau ditakdirkan menjadi Istdikari ni sila ikuti panduan di bawah:

1) Pastikan ada kerja...walau suami mampu if possible dan diizinkan suami, jangan berhenti kerja..kalau dah memang housewife buat kerja kat umah yang boleh mendatangkan income..
2) Simpan duit sendiri....Kalaupun berkongsi perbelanjaan harian dengan suami...simpan sedikit untuk diri sendiri dalam akaun sendiri dan kad bank simpan sendiri..Yelah percaya suami, kad bank pun bagi suami pegang..aleh-aleh bila nak keluar duit dah tinggal 30sen jer dalam akaun padan muka!
3) Beli kereta sendiri ..(motor atau basikal tak berapa safety)..at least a Kancil..ni aku tak faham ada lagi perempuan zaman sekarang yang tak reti bawak kereta...pleaseeeeeeeelah...buat malu kaum jer...
4) Kereta tu biar sederhana dan tak menonjol sangat..tak yahlah nak pasang  langsir..mekap cantik-cantik , sangat..kita nak elak perhatian orang lain...Ini penting luar tak cantik tak de hal, make sure engin semua ok , bawak pergi servis selalu, cek tayar., bateri, .cek air atau apa2 yang berkaitan. Kalau boleh biar servis kat bengkel yang kita biasa...Bagi perempuan yang tak biasa pergi bengkel servis kereta, maklumlah panas kotor, jangan nak poyo ok! Ni pun penting, kenal pasti kawan-kawan yang boleh diharap untuk bantu kalau kereta kita ada masalah. Yang paling biasa bateri kong...In my case my fren ada adik lelaki comel sangat gebu macam kueh pau yang pandai repair kereta...bengang kakak dia (yang muda banyak dari aku)  bila aku pun panggil dia kakak..kakak...
5) Kalau driving atau berjalan sendiri, cari jalan yang ramai orang. Peka dengan persekitaran especially tempat  parking..Kalau boleh parking kat kawasan terbuka..elak basement parking..kalau orang jahat kejar tak boleh nak lari mana-mana sangat..Kalau berjalan pegang kunci kereta..kalau kena serang guna kunci cucuk bijik mata orang jahat tu. Macam aku adalah adik angkat aku lelaki gak (baru kahwin last year). Dia ni pandai silat so dia ajar aku pergerakan yang asas macam mana nak elak serangan orang dan attack balik..masa tu dia baru umur 18 tahun (10 tahun sudah)..aku ingat lagi sampai sekarang apa dia ajar...Ingat kalau naik pangkat AMIN...nak masuk  kelas kick boxing..kononnnnnnnnn  kena tumbuk muka sekali ..baru tahu...
6) Jaga aspek kesihatan..beli insuran sendiri, ambil medical card...kalau sakit kena wad boleh pergi sepital swasta..
7) Kena kuatkan fizikal cam aku berapa kilo aku kena angkat tadi (baca entry sebelum ini)..naik tangga lagi..kalau lembik-lembik emmmm tak payahlah...
8) Kena kuatkan mental...tak payahlah nak sedih-sedih sangat..ini asal gaduh ngan laki ambil unpaid leave..kalau sehari dua oklah...ni dekat 20 hari...tak faham aku !!!! Cuba fikir kita ada masalah rumah tangga, kalau kerja pun bermasalah madsudnya masalah kita dah bertambah...so..apa pekdahnya...
9) Jangan malu nak makan sorang-sorang kat warung atau restoran walaupun orang lain munkin pandang kita pelik semacam..ingat bukan dia yang bagi kita makan pun...Kalau malu gak masak, makanlah kat umah kau sorang....
10) Jaga aspek kecantikan dan penampilan ...supaya kita rasa selesa dan sayang ngan diri kita sendiri...

Setakat ini sahaja...Hidup gembira dan bersemangat!!!! Live happy!

Aku ..Istdikari..(Isteri yang berdikari)

Ni pukul 4.13 pagi. Baru sampai rumah 45 minit yang lepas..mesti ada yang ingat aku pergi berpoya-poya bersama kawan-kawan..oh tidak not tonite...pukul 12.30 malam bertolak dari rumah parents kat Kelana Jaya balik Cheras (driving sorang-sorang)..dah nak sampai rumah teringat makanan kucing dah habis..so singgah kat kedai KK. Hampeh makanan kucing yang kering bjik-bijik dah habis tinggal dalam tin jer. kucing mana pelahap sangat sampai habis.adoi...so patah balik cari kedai KK yang lain pulak adalah dalam 10km dekat tak dekat..nasib baik kat kedai tu ada banyak so borong dua bungkus 1.5 kg, beli sabun, softener...(aduh masaklah nak memanjat tangga condo-flat aku tu..dengan nak galas beg berisi lap top kesayangan aku yang berat 20kg tu)..Dah nak balik dah ni...teringat beg lap top dah rabak lagi baru guna dua minggu...so drive lagi menuju ke Downtown Cheras..minyak baby habis pulak ..so singgah isi minyak..aaaarrrr nak beli beg duit tak cukup plak..pergi isi minyak RM50 terus..(malas nak carry cash banyak konon)...so singgah pulak kat Cimbi (sebutan manja gediks untuk bank CIMB)..masa tu dah kat jam 2 pagi gaklah...risau nak keluar duit time cam ni..area Connaught banyak Mat2 Afreika..masa kat stesen minyak pun sampai 3 bijik kereta sekali masuk isi minyak pastu dok sengeh-sengeh kat aku...sedeyyyyyyyy..Masa nak keluar kereta nak masuk bank pown usha dulu kot-kot ada kelibat manusia yang mencurigakan. Cepat-cepat masuk Cimbi, keluar duit masuk kereta terus blah! Drive lagi....sampai DT (Down town)..jalan-jalan cari kedai beg kat mana pulak ari tu cepat je jumpa..dah beli beg....so drive balik Cheras..lapar pulak...singgah kat Mek Donel  drive thru sajo...beli 2 bijik burger ala-carte sekali bekfas esok punya tak yah susah nak cari bekfas lagi pagi nanti..pastu barulah balik sampai kat DB (Desa Baiduri) kul 3.30 pagi...angkut segala benda kerabat tangga... 2 tingkat. Dah sampai rumah kena bagi makan kucin..buang  bobo shi shi dia...nilah barulah boleh rehat..Nak kata letih penat pun sampai tak terkata..
Menjadi isteri berdikari ni semua benda kena buat sendiri. Usahlah berangan nak bermanja ngan husband..nak berambil berhantar..Kalau tak gheti nak hidup berikari susahlahkan..Dalam kes aku ni , aku anggap dah tersurat perjalanan rumahtangga aku semacam ini..tak salahkan suami pun..Aku yakin ramai lagi wanita-wanita senasib dengan aku. So aku nak bagi beberapa tips dan juga langkah-langkah keselamatan. Aku sambung dalam entry seterusnya...

Live happy, live life with passion...
Hidup gembira dalam keghairahan ...cam salah jer hidup gembira dan  bersemangat (baru betul Ngok!!!)