Ahad, 16 Disember 2012

Sekitar Sambutan Bday 2012 yang ke tutttttttttttt!!!

Assalamualaikum,

Cek Liza cuma nak kongsi peristiwa menarik sekitar sambutan Hari Jadi Cek Liza yang ke "25" kekekekek...Bukan apa terasa sangat betapa keluarga dan rakan-rakan sangat penting dalam hidup kita...I love my family and my friends!!!!Apa-Apa jom tengok gambar


Apa yang menarik Bday tahun ni...rasa macam sambutan agak panjang sikit sebab ada beberapa event..Berikut adalah rigkasan berita (kkekekek)

9th Dec
Dinner ngan family kat Lake Club...heheh Father belanja...very meaningful sebab bukan selalu boleh berkumpul semua adik beradik..cousin Cek Liza pun ada dan dua anak saudara..
Makanan yang sangat meriah..ada malay, western, japanese, Indian, Chinese food...memang sangat BESTTTTTT!!! Thanks Daddy ku..

13th Dec
Rombongan Cek Kiah tengok wayang cerita Hobbit...oklah event ni bukanlah khusus untuk sambut Bday Cek Liza (verangannnnnn sangaaaatttttttssssss)..tapi sebab gembira so kira Bday gaklah....Bestttttt sangat Hobit...rindu kat LOTR terubat...rasa nak repeat lagilah....hohohoohohoh...menambah lagi feeling Bday apabila dapat hadiah hari jadi dari BFF iaitu purse Bonia...kerlasssss bergayalah Cek Liza menghayun purse baru...Uolssssss..tapi Beg Guni yang Mummy soh campak tu yang Cek Liza sayang sangat tau...kkekkke...ooooooo lupa lak TQ kat BFF yang bagi bday present dia gak belanja Pizza yum yummmmmmm!!!!

15th Dec
Surprise Bday Cake uolssss....terharu...Asalnya keluar ngan kawan pompuan konon Girl Night Outlahhh...Yang best tu kawan Cek Liza Miss J bukan nama sebenar belanja Burger King...yum yum thank you J yang Gebu!!!!
Budget nak ajak tengok Hobbit lagi sekali dia ajak pergi Kareoke kat FireZone..ada 3 orang lagi kawan nak join karok katanya...wokeylah...sebab my fren sorang ni sangat suka melalak so Cik Liza layankan jerlah...tu yang surprise bila ada bday cake....terharu. lahhhh....terasa kasih sayang....(kekkekeke)

Itulah sedikit sebanyak cerita sekitar Bday Cek Liza...

Oooopssss kena stop dulu nak pergi lunch. ngan family kat dapur kekkekke..petang ada appoinment ngan sorang lagi BFF....the celebration continuessssssss.....

Live Happy...!!!!!!!

Ahad, 25 November 2012

Kelas Menari dan menyanyi, makan kenduri dan lunch kat Coffee Bean

Wahhhh semacam tajuk post hari ni kan. Bikin gempak je Cek Liza ni. Sebenarnya Cek Liza gabungkan sahaja 3 peristiwa jadi tak perlu buat 3 post berbeza..huk hik!

Kelas menari dan menyanyi

23 Nov lepas Cek Liza wat training Feel The Beat..training ni tak ada modul khas tapi ianya lebih kepada muzik dan tarian...pertama kali Cek Liza wat training cam ni so dalam 2 , 3 hari sebelum tu siap buat research kat You Tube lagu-lagu yang sesuai..best gila kan kerja cam ni leh buka You Tube tengok lagu dan tarian...kalau hari hari kerja cam ni....heaven nyaaaa uollllssssssssssss....tak stress lansung hahaahh Jangan Marah Bossss!!!

Pada hari training...acara pertama...Mari menyanyi lagu lagu fofular...

1) Holiwood Hills- Sunrise Avenue (nasiblah korang tak pernah dengar lagu ni..Cek Liza punya peberet ni)
2) Hall Of Fame - The Script  (kkekeek punyalah susah lagu ni...tergeliat lidah )
3) Stronger - Kelly Clarkson (pucat muka nak nyanyi part yang tinggi)
4) Like a Sky scrapper - Demi Lovato (haaaa lagu ni semuaa ok...senang je nak tekankan emosi je)

Hahhaahah Cek Liza dah bagi tahu tak perlu seyes sangat..lirik, lagu semua disediakan so mereka perlu nyanyi jer...tapi mereka ni punyalah siyes siap bawak lirik lagu (kertas) menyanyi dah maca koir pulak hahahah cuba tengok gambar bawah ni....nilah group yang kena nyanyi lagu Holiwood Hillsss...jangan marah yer adik adik sebab Akak Cek Liza enjoy performance korang..


Acara kedua..jom menari...

Apa lagi Cek Liza bantailah Chicken dance satu kekeke lawak....seronok boleh exercise sekali...pastu ada tarian Baby Shark tututututu Baby Shark....dan tarian sayang sayang...sebab apa ada training ni sebenarnya nak hilangkan stress..so menyanyi dan menari ni diharapkan dapat membantu peserta-perserta enjoy dan happy..

Gambar tarian baby shark seperti di bawah:


Frust sebab tak banyak ambil gambar...dapat ambil 7 je gambar....sibuk sangat time tu..

Acara ketiga dan terakhir

Pertandingan menari...dar ikelas  Cek Liza 4 kumpulan ambil bahagian untuk tarian/lagu


  1. Poco Poco
  2. Gangnam
  3. Hidustan
  4. Wakaka (hehehhe ketua group tu salah sebut sebenarnya Waka Waka)

Masa petang tu Cek Liza dah penat sangat dah..dari pagi stat pukul 9 boleh kira dalam berapa minit je duduk..yerlah dok ajar menyanyi, menari tak sangka dalam usia yang agak remaja purba ni...masih gigih dan bertenaga..syukur Alhamdulillah..

Penat semua hilang bila tengok fefomen meka ni..tak sangka mereka cuma berlatih dalam sejam je....BEST GILA!!!

Yang best tu sebab,...rata-rata mereka ni pemalu tapi boleh menari depan orang ramai (join sekali dengan 2 kelas lagi dalam 90 orang jugalah yang ambil bahagian dan buat persembahan)..

Untuk tarian poco poco ada yang tak pernah menari langsung tarian ni..tapi boleh jer buat...untuk Gangnamtu lagilah..siap ada hip hop, shuffle, break dance pun balun sekali..siap wat battle lagi,....WOW!!!  sampai judge kata "MIND BLOWING PERFORMANCE".  Masa tu Cek Liza rasa cam nak nanes sebab terharu dan bangga sangat..Untuk Tarian Hidustan 4 orang jejaka on jeeeee...Fantastic!!! Dan last sekali wakaka pun best sebab ada senaman lembut pinggang lagi kekekekekke...sayang sebab teruja tengok fefomen lupa nak amek gambar cuma satu je masa poco poco jom tengok...




Akhir sekali Cek Liza dan dan sorang lagi trainer buat Tarian Sayang Sayang ngan semua peserta dari 3 kelas..Marvelous sangat...!!!!

Petang tu training dah habis tak balik terus sempat lagi lepak ngan kawan-kawan dari Menara Celcom minum kopi kat kopitiam depan Semua House..gussip gussip...seronok sebab jumpa kawan kawan..

Balik rumah terus tergolek kat katil terbongkang tidoooo...seyesssssly sangat penat badan tapi otak happy sebab dah hilang stressssss......

Yahoo jumpa gambar my trainees wat gangnam dalam facebook member...apa lagi Cek Liza taglah gambar tu ..jom tengok!!!



Pergi Kenduri dan kareoke tak hengat dunia

23 November ajak kawan (jeeeeee tau) pergi kenduri umah BFF Cek Liza...Kawan Cek Liza wat majlis sempena khatan anak lelaki kedua...GRAND UOLSSSSSS siap ada khemah ngan pelamin lagi....untunglah anak teruna kawan I ni...kecik kecik dah naik pelamin...

Dah tu kawan Cek Liza tu ajak Jom kita karok kat atas...WOW..sistem kareoke dia cam kat Red Box Uollsss tu yang karok tak hengat dunia...sedey tak amik gambar...

Pastu habis karok dan suara (of coslah suara Cek Liza dah macam suara itik serati jeee abis masa training semalam dok nyanyi jerit bagai.....kannnnn) turun bawah cos ada lagi kawan kawan kami datang..sebenarnya mereka ni adalah EX Trainee Cek Liza kekek tapi desebabkan perangai sempoi jadi kawan kawan plak...jom tengok gambar...Cek Liza siap dok atas pelamin lagi....kekekeke (ingat kenangan lama memori nostalgia keee Cek Liza ooiiiii.....memang TIDAKLAHHHHHH)...


Habis kenduri bergegas plak dalam pukul 9 malam dah (datang pukul 3 ptg...tak pernah pergi kenduri berejam cam ni kekekekke)...bergegas pergi Setapak amik sorang lagi BFF yang baru habis karok 5 jam ...dia ni pun gila menyanyi gak)..lepak kat mamak sambil makan french fries..dan gussip gussip...

Balik umah sampai dalam kul 1.30 pagi..tido....


Lunch kat Coffee Bean

25 November...hahahah yang ni belum berlaku lagi...Cek Liza nak kena stop dulu sebab dah janji ngan mother nak sapu sampah and cuci toilet sebelum keluar nanti dalam kul 12 tengah hari...malam nanti baru Cek Liza boleh update...



Tata

Live Happy.....





Khamis, 15 November 2012

Politik dan Cik Liza, Apakah itu Kebebasan Beragama?


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah!

Pendirian Politik Cek Liza


Sudah tiba masanya sempena Maal Hijrah 1434, Cek Liza menetapkan pendirian politik Cek Liza. Semoga Allah berikan kekuatan untuk Cek Liza teguh dengan pendirian ini disamping menunjukkan jalan yang benar.
Harapan tinggi Cek Liza sempena dengan Tahun Baru ini adalah terjadinya perubahan positif dalam arena politik Negara. Paling mustahak sekali semoga perubahan ini berlaku dengan aman dan harmoni dan tidak menyebabkan pepecahan terutama sekali dikalangan Umat Islam.
Cek Liza tidak taksub dengan mana-mana pemimpin munkin kalau disuruh pilih Pemimpin peberet Cek Liza akan pilih Tan Sri Khalid Ibrahim sebab agak puas hati dengan cara dia mempin negeri Selangor dalam empat tahun ini berbanding dengan kepimpinan terdahulu. Semuanya kerana pencapaian macam mana kalau tempat kerja kan kita Semua ada KPI..untuk politik pun kena tengok KPI juga.
Walaupun Cek Liza dah buat pilihan atas kehendak hati sendiri tapi Cek Liza tidak mahu terlibat dalam aktiviti fitnah, keji mengeji, membuka aib mana-mana Pemimpin  dan pasangan mereka dari mana mana parti di Malaysia ini. Not my Style!!! Dan Cek Liza tidak setuju dengan para para penyokong dari kedua belah pihak yang suka mencarut, memaki…Cek Liza dah pergi banyak website dan page FB dan tanpa menyalahkan Barisan Nasional…Cek Liza tengok yang dari penyokong mereka banyak menggunakan kata kata yang melucah…Cek Nam Cek Liza tak suka carut marut caci maki ok…kat Website PR atau yang menyokong pembangkang pun Cek Liza akan tegur kalau ada yang tak patut…dekat page BN malaslah nak tegur…Cek Liza tengok ada tengur dengan elok pun kena maki balik memang kaw kaw kena kondem…
Cek Liza sendiri masa Bersih 3.0 dulu..bila Cek Liza post kat FB di wall sendiri menyokong agenda bersih…ada mamat penyokong Barisan Nasional ni suruh Cek Liza
1.       Pergi mampos (Adoiii apa hak dia sebagai manusia biasa nak suruh manusia lain mampos)
2.       Mangucap (adakah dia menuduh Cek Liza dah kafir)
3.       Pergi sembahyang (Yang ini Cek Liza Terima dan ucapan Terima kasih sebab mengingatkan)

Sama macam dalam bidang Customer Service…masa kerja kat Celcom Careline dulu..Kami promote Celcom tapi tidak sekali kali mengutuk produk dari Maxis atau Digi..so Cek Liza mengguna pakai prinsip yang sama..
Cek Liza masih memandang kepada jasa dan sumbangan dari Kerajaan sedia ada..Cuma merasakan Malaysia perlu perubahan untuk Check and Balance…Bayangkan…sekarang mereka yang memegang tampuk kepimpinan kalau berlaku perubahan menjadi pembangkang pula…bagaimana mereka akan beraksi sebagai pembangkang…Yang dok jadi pembangkang sekarang pula menjadi Pemimpin bagai mana peranan dan tindakkan mereka..adakah mereka akan jadi lebih baik atau mengulang kembali kesilapan yang sama seperti kerajaan sekarang? Cek Liza yakin sesiapapun memerintah tidak mebiarkan Malaysia terlungkup..(kan ramai dok kata kalau PR ambil alih pemerintahan Malaysia akan jahanam)..
Cek Liza melihat kepada situasi di negeri yang diperintah pembangkang dan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai (kita kena Adill…mereka baru memerintah 4 tahun kecuali Kelantan).
Apa pula peranan sebagai penyokong parti…
Dikalangan rakan-rakan Cek Liza yakin, dari 10 orang, 6 menyokong BN, 4 menyokong PR dari 4 yang menyokong PR munkin hanya 1 atau 2 yang berani declare yang 2 lagi takut kena kondem..kerana masyakat kita terutama orang melayu sinonim dengan budaya mengondem kalau pemahaman orang lain tak kena dengan pemahaman dia…
Bagi Cek Liza pula biarlah setiap dari kita BEBAS memilih arah perjuangan politik kita...Cek Liza sendiri tidak berminat nak pancing orang untuk memilih PR…sebab akibatnya tu…sanggup ke dicaci dimaki kerana memilih untuk menyokong  pembangkang…?? Tapi kalau mereka itu benar benar menyokong perjuangan Barisan Nasional…tak ada masalah bagi Cek Liza..tepuk dada tanyalah selera..

Kebebesan Beragama


Bagi Cek Liza apabila kita dalam dalam Islam tidak pernah ada paksaan.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)".(Baqarah: 256)


Kebebasan Beragama Bagi Cek Liza adalah:

1.       Kita yang membuat keputusan dalam sedar (conscious decision) untuk terus kekal dalam beragama Islam kerana kita yakin inilah Agama yang terbaik untuk kita bukan kerana kita dipaksa atau terpaksa jadi Islam kerana ini agama warisan kita..
2.       Mereka yang statusnya Islam dalam IC adalah pengganut Islam yang tulin sekurang-kurangnya dalam akidah mereka dan bukan hanya pada nama
3.       Mereka yang bukan beragama Islam bebas memilih untuk convert ke Islam dengan ikhlas memilih Islam tanpa rasa “Alahhh sebab nak kawin so Terrrrrrpaaakkkkksssaaaa masuk Islam”..lepas tu pasangan mereka pun tak berusaha untuk mendidik yang para-para mualaf ni yang kemungkinan tidak menerima Islam pun..itu yang kita dengar ada orang Islam yang memakan khinzir..tak percaya cuba google…..apalah gunanya orang-orang ini dikekalkan dalam agama Islam kalau sudah ada usaha mentarbiah mereka..tapi mereka tidak mahu menerima Islam. Mereka inilah yang membusukkan nama Agama Suci Kita…biar mereka terang-terang jadi kapir…so at least kita paham pendirian mereka menolak Islam

Bagaimana pula dengan yang dilahirkan Islam ingin meninggalkan agama Islam?

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?" (Yunus:99).

Cek Liza tak berani nak komen..sebenarnya mesti kena kondem…Cek Liza tak suka, tak sokong pun orang yang nak murtad atau sudah murtad. Tapi kalau dia yang nak sangat keluar dari Agama Islam…setelah kita nasihat pun tak boleh diterima..apakah perlu kita halang dia?? Again kalau menurut ayat diatas kalau itu pilihan dia, kita tak boleh paksa.
Sebagai penutup tidak ada istilah menyokong kebebasan beragama kerana ianya memang telah termaktub dalam Agama Islam. Sekian..

Dan akhir sekali…..Yang baik itu dari Allah..yang buruk dari Cek Liza sendiri..

Assalamualaikum…

Live Happy!!!


Rabu, 24 Oktober 2012

Ringkasan Kehidupan Ku yang Terkini....Tibeeeeeeeeeee!!!

Adoi..dah lama tak update blog..so apa yang terkini??? First of all nak tinggalkan nama Cek Pah..nak pakai nama Cek Liza

1) Usher dalam kenangan...


Dia ni kucing Mummy Cek Liza. Dari kecik Cek Liza tolong bela dia..paling suka makan cheese...dia dah meninggal dunia minggu lepas..dah lama dia sakit..dah pergi klinik sekali...sedih gak tapi yerlah bab kucing ni kena redha..datang dan pergi...kesian tak nak tengok dia tersiksa lagi....Cek Liza dah cuba wat yang terbaik untuk Dia....Tuhan lebih sayangkan Usher...huwaaaaaa....I love you and I miss you...

Teringat satu kesah di maja makan dalam 7 atau 8 bulan lepas Usher dalam umur 6 months. Cek Liza dok layan Si Usher ni sambil curi curi bagi dia makan topok (keropok) sambil sembang ngan dia...pot pet pot pet..dia ni bukan jenis Vokal diam jer makan topok..sekali Mummy Cek Liza datang dapur.. sebab dia ingat Cek Liza dok menyembang dengan siapa pulak? Rupanya Mummy Cek Liza ingat Husband (masa tu) datang...sebab dia dah lama tak datang kat umah parents Cek Liza..kekeke

2) Tahap Kesihatan

Oh so the very tak menentu...hari tu dalam bulan Ogos dan September demam hampir setiap hari...lebih dari sebulan. Batuk, ulcer sampai kat tekak, tonsil menanah, selsema ohhhh ngeri sungguh...yang best tu sampai 4 kali pergi klinik...sampai kat doktor jer...alah batuk sikit jer sakit tekak cuma perlu kumur air garam je...tak nak cek tekak pun..sekali Cek Liza tanpa disuruh nganga mulut luas luas depan muka doktor tu barulah dia cek...ohhhh aaa aaaa tonsil menanah...yerlah nanti bagi antibiotik...ngeeeeeeeeeeeee.....dahlah TIGA jam menunggu...takpalah bayar RM1 je kan...kekekekek...

Bukanlah Cek Liza percaya 100% tapi 50% tu adalah ...saspek ada unsur unsur mistik expose gitu...sebab asal lepas Asar masuk Maghrib jer tekak sakitttttttttttt sangat...macam tertelan duri..panas sangat...actually cerita ni lebih panjang lagi....nantilah kalau ada masa kita kupas lagi isu ni..ok...Alhamdulillah berkat Antibiotik 4 course, setengah botol vitamin C, air masak berbotol-botol, doa pada Allah dan dari Ibu Ayah dan rakan-rakan BFFsssss...akhirnya sembuh juga...

3) Berat Badan

Ok....yang ni payah nak komen...Cek Liza masih kuat makan fast food...Sebab dah lama tak sihat bila masih ada selera makan...rasa macam masih ada harapan untuk sembuh dan jadi lebih sihat...Logik kannnn kannn!!

Cuma Cek Liza dah kat 2 bulan exercise hari hari mostly (ada gak hari yag tertinggal bila lewat bangun)..mostly exercise untuk mengempiskan perut sebab dah banyak kali dalam tren orang nak kasi Cek Liza duduk sebab ingat pregnant kekekekek..Cek Liza usaha berjalan dengan lebih laju (dari stesen LRT ke Semua House) rasa cam dah kempes sikit perut....tibeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Buat masa ni tak minat lagi nak SD2 ke atau Herbal Life...nak cuba apa yang dok wat sekarang dulu ..harap harap berjayalah ye..

Dan Cek Liza dah kurangkan minum air bergula, lebih makan buah-buahan dan minum air masak. Concern juga pasal sebenarnya ramai autie-auntie yang kena diabetes...actually Women in my family died young so yes...I want to be healthy and stay healthy for as long as I live..Susah sebab dari kecik selalu sakit tapi tak seriouslah cuma demam, batuk dan selsema...antibody lemah munkin...

4) Personal and Social Life...

Masih "memulihkan" perasaan dan semangat selepas kembali solo...Single but not Available gitewwww..Lebih menumpukan pada family khusus my parents...sebab masa married agak terabai hubungan dengan parents...kadang-kadang 2 bulan tak balik umah padahal dok kat Cheras jer..parents kat KJ. Priorities Cek Liza adalah nak berjasa kat parents in what ever way I can..

Cek Liza juga lebih selesa hanging out wif friends more fun what!!! Penting sangat hubungan baik dengan kawan-kawan yang boleh diharap dan sanggup susah senang ngan kita....Kawan-kwan yang nak menhanjingkan kita jer...BABAIIIIIIIIIIIIIIIIIIII no time for you LOSERSSSS!!!!!!

5) Others

Ok ada peristiwa yang agak pelik..I want to share here....

Ada seorang perempuan (dimana tu biarlah rahsia)..asal jumpa Cek Liza tarik muka ketat muncung...munkin dia tak suka kat Cek Liza ...adatlah kan...ada yang suka ada yang tak suka...so tadi pown jumpa dia masa tu ada kawan lelaki yang dengan Cek Liza..perempuan ni lansung tak nak pandang Cek Liza...siap bagi belakang lagi.curi-curi tengok dia yang memang cantik tapi masam gila ayoooo napa ni????...Cek Liza tanya kat kawan...kenapa perempuan ni cam tu ek.....kawan Cek liza pun pelik....dia pun perasan juga perangai perempuan ni...so ...Cek Liza tanya takkan dia tercabar ngan Cek Liza..dia muda, slim muka lawa...tak kan jeles ngan Cek Liza yang remaja purba, temok dan muka tak lawa sangat tapi agak comel ni heheheheheh.. anywayzzzzz cuma dia sahaja yang tahu apa jawapannya kan.....


WHATEVERRRRRRRRRRRRRR!!!!!


Tengok gambar mengada Cek Liza kekekek



Live Happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Khamis, 6 September 2012

Kisah Kucing Lagi (Harap yang terakhirlah)

Baru selesai urusan penceraian, satu lagi masalah yang timbul. Munkin ini adalah balasan atas sikap keras kepala Cek Pah dan soda-soda oops dosa-dosa masa lalu..
Cerita pasal kucing-kucing Cek Pah kat Cheras. Xhubby nak ambil rumah ni..walapun share Cek Pah lebih besar, Cek Pah dah malas nak bergaduh. Letih dah...banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Dia nak Cek Pah keluarkan semua kucin-kucin dalam masa terdekat..lagipun jiran pun komplen kata kucing Cek Pah bobo kat depan umah mereka ... (heheheh kucing pun tau umah sapa sesuai dibom ngan baja kimia biologi semulajadi free of charge...ooops Jahatlah Cek Pah ni) ..sebenarnya Cek Pah tak mau pindah kat sini tapi X dulu yang berkeras maklumlah rumah yang kami sewa dulu rumah uncle dia dah bertahun orang tak duduk..rumah kami beli ni rumah uncle satu lagi plak...keluarga X desak gak soh Dia beli umah ni...Bergaduh punya bergaduh Cek Pah setujukan sahaje.. siap keluar KWSP lagi sebab harga murah so kami bayar cash jer senang tak payah hutang. .Tak cukup bayar lebih separuh harga rumah (jumlah biarlah rahsia) Cek Pah bagi lagi sejumlah wang untuk renovate rumah. X bagi job tu kat kawan dia dok situ gak..Cek Pah tengok dia orang ni lain macam..je..Cek Pah bagi tahu Cek Pah tak percaya mereka tapi Dia nak gak upah kawan-kawan (X memang seorang yang sangat percayakan kawan-kawan. Setan-Setan ni plak suka ambil kesempatan kat Dia) ..rupanya bukan kawan tapi Syaitan yang direjam!!!  ..Duit Cek Pah habis rumah tak siap termasuklah tingkap dapur terlopong (tempat nak pasang kipas). Cek Pah minta X uruskan dari tahun 2009 sampai sekarang sampai kami habis jodoh, tingkap tu masih tak dipasang..Dia kata kipas tu dah beli ...so haruslah memang lesap terus lah. Sama gak pasal kucing, Cek Pah bagi duit suruh buat sangkar besar masa tu ada 2 ekor jer kucing girl...Dedek (si cacat memamg tak pernah mengandung pun)  dan Baby (sekarang ni asyik wat baby jer)...Kucing jantan semua memang dok luar...(Oren ngan Prince Black) Sama gak kes rumah...duit habis sebatang besi pun Cek Pah tak dapat..paku sebijik pun tak ada. Apa lagi beranak pinaklah Baby...X gak mengamuk rumah bau bobo..hari tu dia tangkap anak-anak baby pergi buang tapi ada sekor terselamat...yang Baby ada lagi..beranak lagi...Baby ni pon sebenarnya anak jiran yang ambil letak depan rumah Cek Pah..menjerit kuat tak sampai hati ambik bela..(nak menyesal nak marah budak tu pun tak guna dah)...Habis bermasam muka dengan jiran-jiran marah Cek Pah...yang kucing-kucing ni plak dok kluar masuk kot lubang kipas dapo tu lah. .Cek Pah tak sampai hati nak buang..nak mengadu nak minta tolong ke tak tahu kat siapa. Dalam tahun ni pulak Cek Pah start bekerja kat TTDI..jalan nak pergi semacam haram jem. Dulu tak sangat mula bulan satu buka sekolah jer perjalanan dari Cheras ke TTDI pagi ambil masa 2 jam...(dulu paling lama pun sejam je)..Banyak kali Cek Pah perasan polis tahan kereta masuk emergency lane... What the hell buat roadblock pagi masa orang nak pergi kerja bijak tak Polis kita? Sebelum sampai Federal Highway tu yang lagi tambah jem,...kalau pemandu-pemandu boleh guna Emergency Lane..tak ketat sangat jalan utama. Hari-Hari sampai kerja lambat, ada sekali tu Brickfield terbakar, Cek Pah keluar umah  6.30 pagi pukul 9.30 pagi baru sampai TTDI 3 JAM banyangkan...keluar kereta Cek Pah jadi macam orang baru bangun tido bigung! Partner kerja Cek Pah pun muka dah ketat yelah masuk kul 9 , 9.30 patut 8.30..kena plak ada bos suka meeting pukul 8 pagi ayoooo.. Lambat satu hal pas tu minyak kereta macam air kot hari hari kena isi at least RM20 untuk pergi balik kerja sahaja. Pas tu sekarang ni Cek Pah bertugas di Semua House pulak..lagilah mana nak drive ke tengah-tengah KL tu ngan parking yang susah dan mahal..kalau dari PJ Cek Pah parking kat LRT Kelana Jaya jer.
So terpaksalah Cek Pah bermalam di rumah parents kat PJ...maka sedikit terabai kucing-kucing sebab Cek Pah balik selang sehari atau dua hari tapi makan air tinggal mencukupi cuma bab bobo je lah...memang jenuh mencuci..lama-lama jiran bising..dulu pun bising gaklah memang bising lah dari dulu..
Pendekkan cerita ada jiran datang bagi nasihat buanglah kucing-kucing tu semua....semua orang marah Cek Pah...Fikir punya punya fikir dahlah agak penat menguruskan  bab divorce ...time raya dok kena smash ngan saudara mara ...huh kalau lemah semangat dah masuk Tanjung Rambutan dah..so Cek Pah mulalah mencari shelter untuk kucing...kat fb banyak kumpulan pencinta kucing ni...so  kalau tak dapat bela kucing kita boleh minta admin-admin kumpulan ni advertise sapa sudi adopt...tapi masa dah suntuk...so tak sempat nak iklan bagai...Cek Pah jumpa satu shelter kucing yang sudi ambil kucing-kucing Cek Pah tapi kena caj RM50 seekor kucing...kira punya kira Cek Pah kena keluarkan antara RM700 ke RM800..Tak perlah Cek Pah redha..duit boleh cari lagi nanti...Lagipun duit yang dibayar akan digunakan untuk makanan dan vaksin. Cek Pah faham sangat shelter ni sukarela mana ada orang bayar gaji..cara cam nilah ada duit sikit nak jaga kucing-kucing ni. Cek Pah pun bukan tak nak bela kucing-kucing pasal duit pun. Selagi ada kederat bab duit Cek Pah leh carik. Cek Pah pun bodoh tak mandulkan Baby..hari tu nak buat...ada kawan kata Tak baik sebab kau tak beranak lagi...tak baik mandulkan kucing...masalahnya asyik kucing tu jer mengandung Cek Pah tak mengandung juga...haruuuuu sungguh serabut! Stupid advise and me even more stupider for listening!
Semalam Cek Pah pulak terbagi tahu kat Mummy Cek Pah ngan father apa lagi mengamuklah Father Cek Pah...dia kata (dan Cek Pah akhirnya bersetuju sebelum ni degil keras kepala ), ..tak boleh pentingkan diri macam tu..kena hormat jiran dan tak bolehlah bebankan mereka dengan masalah kita,,,Adoi sedih betul buat Father and Mummy susah hati cam tu...So Father dah keluarkan perintah bincang ngan my brother cam ne nak kemas rumah..so Sabtu ni kucing-kucing Cek Pah akan dibawa ke rumah baru mereka...Cek Pah berserah pada Allah sahajalah akan nasib mereka-mereka ini...Cek Pah Pah dah cuba buat yang terbaik...dan tak pernah menyesal membela mereka..dan membuang bobo dan shishi mereka selama ni. Juga tak menyesal dikeji oleh jiran-jiran. Cek Pah. kan lama dalam bidang Customer Service setakat kena keji caci dan carut dah lali..Tapi buat masa ni Cek Pah tak leh take care mereka  sebab Cek Pah kena take care diri Cek Pah sendiri dahulu..tapi Cek pah ada minta permission kat Shelter tu boleh tak Cek Pah pergi melawat kucing-kucing Cek Pah nanti kat sana...tapi so far tak de jawapan lagi...Cek Pah tak kesah boleh volunteer gak kat sana..tolong apa yang patut demi kucing-kucing terbuang ni...Cek Pah sanggup bayar bulan-bulan lagi kat Shelter tu sedikit sebagai sumbangan selagi kucing-kucing Cek Pah ada kat sana. So see firstlah...cam ner..I'm such a bad person kan?...(Bagi jiran-jiran, Cek pah boleh diklasifikasikan sebagai Neighbour From Hell!)...


Oh sungguh sedih...tapi teruk cam ne pun..kena move on juga...and

Live Happy!!!   Kalau sedih pun boleh selesai masalah ke. Tidak kan.

Sekian!!!







Selasa, 4 September 2012

Tamat Sudah Satu Kisah Cinta...






Macam-macam kisah Raya tahun 2012 ni ....

Ok bagi yang kenal Cek Pah , just nak share bahawa setelah  lebih setahun berpisah dengan "Suami" akhirnya ternoktahlah sudah perkahwinan kami tanggal 30 Ogos yang lepas..di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Dia melafazkan cerai talak 1 dihadapan Hakim..setelah kami bersetuju berpisah dengan baik.

Sebab?

1) Tak ada jodoh
2) Tak ada anak
3) Tak ada persefahaman
4) Cinta yang pergi

Ada kenalan yang masih bertanya lebih lanjut tentang sebab...memang Cek pah tak boleh explain memang 4 kat atas tu lah yang utama. Yang lain tu.....contoh orang ketiga, keempat kelima..tu tak penting..setakat mewarnai cerita....

Cek Pah Menyesal?

Sama sekali tidak..sekurang-kurangnya Cek Pah merasai alam perkahwinan. Bak kata pujangga lebih baik bercinta dan kecewa dari tiada cinta lansung..lagi pula bukan tak cuba menyelamatkan marriage tapi dah takdir.

Pengganti?

Tak fikir lagi..nak merehatkan minda dulu...lagipun munkin agak serik kot.

Siapa yang minta penceraian?

Cek Pah yang minta..atas sebab-sebab tertentu. "Suami" ada mengatakan hendak berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat ..so Cek Pah minta dilepaskan untuk memberi ruang untuk Dia membina kehidupan baru..

Sedih tak?

Sudah tentu kalau bercinta setahun dua berpisah pun sedih inikan pula bersama selama 9 tahun..Tapi redha sebab yakin ini jalan terbaik..

Marah pada Dia?

Tak marah pun..bukan salah Dia semua..Cek Pah pun banyak kesilapan dan kekurangan.

Kenapa share pada orang lain kisah penceraian?

Cek Pah nak keluarga dan rakan-rakan tahu cerita ini dari Cek Pah sendiri. So terjawab segala persoalan. Juga untuk berkongsi pengalaman yang berguna diambil sebagai tauladan.  Kisah yang baik dicontohi yang buruk dijauhi...

Nasihat pada yang lain...

Perkahwinan yang bahagia adalah suatu kekayaan tiada ternilai. Hargai pasangan masing-masing. Tak payahlah berskandal kalau pasangan anda baik dan setia. Baik suami atau isteri jangan hampiri langsung kecurangan...dan untuk perempuan single tolong jangan dok kerkau laki orang boleh...(ooops)....lelaki toksahlah kacau bini orang (adillah kan)


Sekian...walaupun berat dugaan dan jauh perjalanan...sentiasa memilih untuk



Live Happy!!!




RAYA RAYA RAYA



Raya tahun ini memanglah penuh emosi. Setelah 3 tahun Cek Pah berkerja, tahun ini dapat peluang beraya dengan keluarga tersayang. Special sangat raya ni ada campuran perasaan gembira, syukur, terharu pun ada, sakit jiwa pun ada juga. Yang seronok walaupun penat (sebab kurang minat ayooo) dapat berbakti kepada Mummy Cek Pah, tolong menyediakan persiapan raya. Diantara tugas Cek Pah:

  1. Isi kueh dalam balang
  2. Keluarkan pinggan mangkuk, gelas, sudu garpu yang digunakan untuk majlis-majlis istimewa sahaja
  3. Hidang makanan, top up makanan
  4. Buat air
  5. Cuci pinggan mangkuk dan gelas
  6. Kemas Pinggan mangkuk dan gelas
Macam alaaa apalah sangat tapi tulah sebab dah tak berapa remaja kot so rasa macam penat sangat. Munkin  rushing sebab hari raya pertama tetamu agak ramai datang antara pukul 10 pagi sampai 1 tengah hari. Lepas tu rumah tutup sebab kami sekeluarga pergi beraya rumah Abang Mummy Cek Pah. Dalam pukul 2 balik rumah Cepat-cepat kemas pinggan mangkuk lauk-lauk sebab nak bertolak balik ke Kedah petang tu juga. Malam sebelum tidur pukul 5 pagi ingat nak tidur je dalam kereta masa dalam perjalanan, Tak pernah rasa penat cam ni. Kali inilah paling lama Cek Pah buat kerja-kerja perempuan ni...kekekeke..for my Mummy,,,if not memanglah tidak...

Balik tu naik kereta my sis in law. Ingat nak jadi co-driver. Hampeh sekejap je drive pas tu bagi dia drive sampai sudah. Cek Pah baguih punya tidoqqq...jangan marah...

1st Stop Sungai Patani...

My cousins mostly...dan seperti yang diduga...

GEMUK??!!
MENGANDUNG?
HUSBAND??

Tapi Sg Patani side Mummy ni taklah teruk sangat komentar....tunggu cerita kat Perlis na..
Cek Pah pergi melawat Pak Saudara sorang ni...Cek Pah rapat ngan Autie Cek Pah...dia ni tak pernah cakap kasar dan menyakitkan hati Cek Pah...Kesian anak dia (cousin) dah Arwah mati dibunuh dalam rompakan.(mayat dia dibuang dalam tasik)..Masa kecik Cek Pah rapat dengan Arwah dan keluarga. So Cek Pah rasa gembira dapat jumpa mereka tapi masa yang sama terharu dan sedih bila terkenangkan Arwah.

2nd Stop 

Jitra still Kedah....my cousin's house ok tak de masalah...gembira lagi makan nasi lauk asli Kedah pehhhhhhh hahahahha...

3rd Stop yessss Perlis Indera Kayangan!

Rumah nenek tiri (My Arwah Grandfather's youngest wife)

Masih gembira jumpa Tok Cik (dia ni pun baik layan Cek Pah and family), jumpa autie and anak dia...seronoks makan Laksa Perlis (mak aihhhh berapa tahun dah tak rasa)...

Kegembiraan Cek Pah berakhir di rumah seorang autie yang notorious...Kangar!
Jumpa je memang dia dah komen pasal Cek Pah gemuks tu dah tak de hal...tapi dok repeat ulang tayang!

Cek Pah tengok anak dia pun gemoks sorang (yang lain kurus) tapi ok jerlah asal sihat...

Pas tu kalau dia nak minta tolong buat apa-apa...minta sudahlah...ini tambah ngan komen menyakitkan hati cam pergi buat tu ni exercise bagi kurus...kalau kat Cek Pah sorang dia cakap tak kesah depan my parents..macam tak respect my father and mother. Huh...kesabaran tahap Dewa kot Cek Pah memikirkan perasaan Ibu Bapa..kalau tidak memang nak sangat Menggangnam kan perempuan ni...auntie tak auntie...(hari tu Cek Pah dah Cek Nam dah, Father kecik hati sebab Cek Pah kurang hajar ngan adik kesayangan dia...oklah Father because I love You and don't want you to susah hati, I just SABARRRR)..sebenarnya setakat ni Cek Pah dah Cek Nam 3 orang auntie yang mulut puaka...tapi Mummy Cek Pah marah kata dia tak pernah ajar Cek Pah bersikap kurang hajaqq. Yang ni memang tak dak sapa ajaq..Syaitan tu sendiri datang.. yerlah yang sana pun Syaitan jugak eloklah kan...Kalau dia tanya sesuatu yang melibatkan duit mesti dok minta duit raya..ayoooo..last sekali Cek Pah bagi jer...kalau tak dia histeria..Auntie sorang lagi pun sama gak dok cerita kat my cousin konon sekali masa ada kenduri my cousin kawin dia tengok Cek Pah pastu dia ingat Aishah penyanyi tu yang datang...sebenarnya dia nak kata Cek Pah ni gemoks cam Aishah....apalah pergi Haji perangai cam ni...peliksssss...pas tu hehehhe Alah bergurau jer jangan amik hati yerrrr...peraaaahhh.Dahlah kena stay 2 malam  adoi SAKIT JIWA...tapi auntie yang dapat duit raya dari Cek Pah tu lepas tu mood dia ok plak baik sangat ..

Dah bagi tahu Mummy Cek Pah next year baik raya kat Key Eell...kalau tak kemana dok tengok tv atau surf internet besttttttttttttttttt...Cek Pah prefer beraya rumah kawan-kawan...sebab Cek Pah pilih kawan yang tak menyakitkan mata dan hati Cek Pah...kui kui...saudara kita tak leh nak pilih..Mummy kata Tak Bolehlah Raya sabar jerlah..

Rupa-rupanya kononnya kami adik beradik ni tak digemari dan keluarga kami tak dihormati sebab kami bukanlah sukses seperti cousin-cousin lain ada yang dah jadi millionairre, doktor, peguam, arkitek. Pandangan mak-mak dan pak saudara Cek Pah, abang dan adik-adik  semacam memperabis beras  Father yang boleh dikatakan berada...Standadlah cam kat drama TV anak-anak orang kaya  hidup dengan harta mak bapak je..jadi saudara mara tak sukalah kami...Ayooooo...kalau teruklah sangat Cek Pah ni bukankan sepatutnya Cek Pah yang gila sebab dengki kesumat kat cousin cousin yang konon berjaya dalam kehidupan mereka. Cek Pah percaya rezeki masing-masing Allah bagi buat apa nak dengki kat orang...Lagilah Cek Pah tumpang gembira atas kejayaan mereka..apatah lagi Cek Pah anggap cousin-cousin macam adik adik sendiri..Awat Mak Ayah depa macam tak suka kat kami pulak ....boleh buat drama swasta ni.!

Anywaysss having said all the above, Cek Pah tetap sayang kat semua Pak-Pak dan Mak Mak Menakan Cek Pah...baik atau buruk they are my family...just like me ada baik dan buruk gak kan...I live and die for Allah, my country and my family.

Anyway, Cek Pah tetap bergembira dan bersyukur sebab ada Father, Mummy, Abang, Adik-Adik, My Sis in law and nephews and niece, saudara mara (baik atau buruk)...and kawan kawan yang gila gila tapi menghiburkan hati Cek Pah selalu....

Raya datang dan Raya Pergi...Cek Pah tetap Live Happy!!!

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin from Cek Pah Diva Cek Nam.




 

Khamis, 16 Ogos 2012

Salam Aidil Fitri dari Diva Cek Nam Semua House






Dah dekat sangat kita nak beraya..Cek Pah nak share apa perasaan Cek Pah berpuasa tahun ini...

Alhamdulillah...walaupun masih ada cabaran baru juga lama yang menjengah, tahun ini Cek Pah lebih bersemangat untuk berpuasa..Langsung tak ada hari yang menyetan ye....heheheh cuba teka apa maksud menyetan...(haaaaa sila rujuk kepada Pakar Cek Nam dikawasan anda)...

Sekelip mata jer bulan Ramadhan bakal berlalu..Dah nak rayaaaaaaaa wuhuuuuu..tahun ni baju raya 3...dan yang paling seronok (kelakar pun ada) ...Cek Pah punya Father telah menghadiahkan sehelai Jubah berwarna brown...ada batu-batu lagi...Adoiiii Terpana sebentar...tapi mostly terharu menerima pemberian seorang Ayah...so walaupun Cek Pah yakin pasti lagi sahih ada kawan  yang akan tergolek terguling-guling bila tengok Cek Pah pakai Jubah...demi My Father yang tersayang...Cek Pah akan tetap mengenakan Jubah ituuuuu dengan perasaan bangga dan berbesar hati...lantaklah kalau korang nak gelak ke apa...!!!

Puasa-puasa gak tapi memandangkan Cek Pah kan Diva Cek Nam...nak cerita insiden yang membangkitkan perasaan Cek Nam Cek Pah hari ini...pagi tadi masa datang kerja kat Stesen LRT (LAGI!!!!)...Cek Pah punyalah bersemangat datang kerja akhir-akhir Ramadhan ni terasa mulia sedikit hati yang dicuci sepanjang Ramadhan..so masa sampai kat Masjid Jamek...masa nak keluar nak swipe Card..kena naik tangga sikit..sekali ada satu couple yang yang sangat loving menaiki tangga berdua sambil bercanda dan berbual mesra ..dengan pergerakan yang sangat SLOW MOTION...dan SOFT SKILL yang teramat...betul-betul depan Cek Pah...nak overtake pun susah maklumlah karang terkejut plak pasangan merpati dua sejoli...Apa perasaan Cek Pah masa tu:

1) Sabar....ni kan bulan Ramadhan
2) Rasa nak tolak jer dua-dua tergolek kat tangga tu (mak ai...Kejam Ganaz..baik buka je puasa)
3) Relekkkkkkkkkkkk Coolllllllllllllllllll...
4) Semua Diatas

The Answer number 4....pada setiap manusia akan sentiasa ada pergolakkan antara Good and Evil.( Tipulah kalau siapa kata dia tak pernah fikir negatif lansung kan...Bak kata Kelly Clarkson Nobody's a Picture Perfect..Tak de siapa yang sempurna )...

Raya nanti  cadangnya nak balik Perlis ngan family..dah lama tak balik Perlis ni ...dah hampir lapan tahun nak sedekad dah..mesti antara pertanyaan yang akan ditanya/dikomen:

1) Gemuknya
2) Awat dah gelap
3) Laki mana?
4) Tak beranak beranak lagi ke?
5) Kerja apa dah?
6) Mana duit raya (ni bukan budak yang tanya tapi mak budak)

Jawapan yang boleh Cek Pah berikan kepada Persatuan Wartawan Karat Negeri Perlis heehehh

1) Gemuk lah best mantop bukan rangka berjalan...Gemuk and Gorgeousssssss
2) Selalu pergi vacation u knowwww...sun burn...kulit I ni sensitif memang cepat gelap..tak per nanti you all sponsor tiket kapal terbang untuk I pergi UK (United Kingdom bukan Ulu Kelang) untuk memutih dan menggebukan balik kulit I...
3) Laki I ke laki U..Baiklah U jaga Laki U...gitewwwwww
4) Belum lagi nanti bila nak beranak nanti I pangill semua pakat mai tengok..
5) Kerja biasa jeeeee ...alahhhh bolehlah setakat nak beli lipstick...pencuci muka, makan mek donel , pizza, PAVLOVA ooopssss...Alhamdulillah
6) Aikkkk...anak hampa ada bagi duit raya kat mak bapak aku??? Hadooo????


ACAH JER...

Jawapan skema gaklah Cek Pah bagi:

1) Senang hati, cukup makan
2) Isyyyy nak buat lagu mana...matahari terikkkk la ni
3) Dia ada kat kampung dia...ada hal tak leh mai...
4) Belum ada rezeki..(buat muka sedih)
5) Adalah..malu nak habaq...macam Cekgu gaklah...(tangan wat macam nyanyi nasyid)
6) Huluq jer lah sikit-sikit (kalau tak muka ketat...)


Sebenarnya Cek Pah dah lama tak rasa keseronokkan beraya...apatah lagi bila dah kawin...masa raya pun tak tenang...(suatu masa dulu)..so kali ni tak taulah tahun depan ada rezeki untuk beraya lagi ke tidak..So kali ni nak beraya dengan aman dengan keluarga tercinta...Sempena hari baik bulan baik...Cek Pah mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..untuk semua yang kenal Cek Pah...bagi yang pernah di Cek Nam oleh Cek Pah...Ada Aku Kesah!!! Acah jer...Minta Maaf 0-0 yer....(take it or leave it!!!!)


Live Happy!!!!!!





Sabtu, 4 Ogos 2012

Orang tak suka kita kan ...nasiblah...(AAK-Ada Aku Kesah)

Ni ada cerita..tak sabar Cek Pah nak meluahkan ..pasal seorang perempuan yang suka jeling-jeling Cek Pah pastu tarik muka ketat. Dah lama dah tak melalui detik cam ni...wah excitednya...meh baca...nama dan tempat dirahsiakan...

Ini kesah kat tempat kerja..so far sejak jadi Cikgu Kemahiran Lembut (Soft Skill)..semua berjalan lancar..Every body memang bagi support dan encouragement ...until now...this one lady..was once ok dengan Cek Pah...sembang elok jer...suatu hari Cek Pah tanya dia sesuatu (work related)..tak semena dia jawab..."Jangan tanya boleh tak serabut ni...." Ayoooo baru jadi TL kot...belom jadi Manager lagi...dah serabut...ooopssssss terlepas sikit...sudah...AAK (Ada Aku kesah..)...Cek Pah fikir munkin dia datang bulan ke...ada masalah ke...so Cek Pah just let it go...pastu kalau ada apa-apa urusan ngan dia..semacam sangat..tak puas hati ada..tak suka ada...pelik sangat...cakap pun cam kerek pun ada....Sabar Cek Pah ye..dia belum kenal Cek Pah...kau nak tarik-tarik muka ngan aku ke...tak per...

Cek Pah ni kalau setakat orang nak mengeji, menjeling kalau tak jejaskan kerja go ahead...tapi perempuan ni dah melampau macam-macam plak dia dok mengomplen kerja Cek Pah...ini sangat over the limit... cos Cek Nam Cek Nam Cek Pah ni pun...I am very serious about my work...I don't do Touch and Go work ok..Still Cek Pah menyabarkan diri..so Cek Pah tanya pendapat kawan-kawan apa masalah perempuan ni napa dia tak suka sangat ngan Cek Pah yang bukan selalu pun berurusan ngan dia..kalau ada Cek Pah cakap baik lemah lembut maklumlah sejak mengajar Soft Skill ni so kenalah mempraktikkannya betul tak..Antara respon kawan-kawan:

1) Dia stress kena pressure ngan boss dia...(ek elehhhhhhh...poyos...Cek Pah pernah jadi Team Leader kot nun kat MC ... macam-macam karenah anak buah...tak derlah sampai nak menjeling, tarik muka tak tentu pasal...)

2) Ada yang bagi tahu dia ni memang tak suka golongan Trainer.. (cam tak logik jer..keji sangat ke kerjaya Trainer yang seangkatan dengan guru...mulia tu.....cewwwaaaaahhhhhhh....mentang-mentanglah masa Hari Guru lepas ramai yang wish "Selamat Hari Guru"...)...reason ni lagilah poyos...

3) Dia ni otak tak berkembang...konon...tak berapa visible (tak menonjol..walaupun orang kenal dia siapa..kira tak fofular dan pemes cam Cek Pah Cek Nam ni.)

4) Dan yang paling Cek Pah suka....dia jeles ngan Cek Pah..sebab..kebanyakan Trainer yang berurusan ngan dia adalah lelaki...selama ni dia yang jadi perhatian jejaka-jejaka agak can do rupa..so bila Cek Pah Diva come into the picture dan mencuri spot light dia...so dia tak boleh terima hahahahhahaha (macam bodoh sangat reason ni)...Ada cerita sebenarnya...tak naklah share sebab terlalu Cek Nam...even for me..

What eber the reason..selagi Cek pah boleh sabar...one day nanti...kalau dia kacau Cek Pah lagi......haaaaaaaa SIAP aku kerjakan kau...ooopsssss sangat Cek Nam...malassss Cek Pah...nak layan perempuan yang tak berapa vogue ni....


Anywayzzzz .....I'm happy alwayzzzzz...

Live Happy!!! 



Rabu, 1 Ogos 2012

Kisah 1 Ogos 2012

Warning untuk bacaan orang dewasa sahaja!!!


Wah lama sungguh Cek Pah tak update blog. So this morning Cek Pah dan suami menyambung urusan kami yang tertangguh dari bulan Feb lepas kerana kesibukkan masing-masing. My Mom tegur tak elok lama-lama cam ni dok separate..kalau nak berbaik buat betul-betul kalau nak separate kena teruskan..gantung-gantung ni tak eloklah betul gak berdosa dua-dua sebab tak menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dalam 5 bulan lebih ni dah fikir lagi memang inilah jalan yang terbaik untuk kami.


Cek Pah pun nak dia dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Apa yang berlaku just anggap dugaan. Cek Pah pun nak mulakan hidup baru sort oflah. So apa yang berlaku kat mahkamah pagi tadi?? Jom baca lagi..


Pagi dalam kul 9 pagi pergi kedai tayar dulu cos tayar belakang cam pancit...sekali mekanik kata tayar satu bengkak sebab Cek Pah lanyak gak masa tak de angin...alamak...kena ganti melayang RM300 cos bayar tayar, wat alignment and betulkan chamber yang dah senget cos Cek pah terjunkan kereta masuk lubang berkali-kali huk hik ! habis bajet baju raya...cam ne nak beli baju raya ???? huwaaaaaaaaaaaa!!! Cek Pah boleh terlupa nak cek angin tayar...main bawak je patutlah rasa cam berat!


Lepas tu baru pergi mahkamah syariah kajang..harapnya kali ini urusan boleh berjalan lancar..dalam kul 11.30 sampai..siapkan dokumen..Dia sampai dalam kul 11.45..pastu pergi kat kounter mahkamah. Alamk ensem plak mamat kat kaunter cam muka Imam Muda Naufal pun ada..


Alhamdulillah dokumen lengkap..Pegawai ala-ala Imam Muda pun daftarkan permohonan pencer... kami..tapi kena tunggu borang dicop dan tarikh perbicaraan..sambil menunggu standardlah Cek Pah menilau mata dok perhati gelagat orang lain yang menunggu...memandangkan kat kounter mahkamah ni majoriti yang datang menguruskan perceraian dan urusan yang berkaitan so muka yang datang tu agak kelatlah lain kat pejabat agama tempat orang nak kawin mendaftar semua muka manis jer...heheheheh...teringat kenangan 9 tahun dulu masa nak kawin..happy jer..masa tu tak terfikir yang segalanya akan berakhir juga...

Menarik , kat mahkamah ni ada satu golongan ..yakni pembantu-pembantu peguam syarie..wahhh kebanyakan perempuan  siap pakai kot lagi..mereka ni cam dispatch untuk peguam. Yerlah takkan lawyer yang big shot nak datang beratur cop borang bagai..meriah tau dok bersembang sesama mereka compare kes kot...becok sangat..hehehhe...yerlah agaknya sambil menunggu sambil dok networking kot...so Cek Pah yang ramah tamah ni..walaupun masa tu rasa agak sayu yerlah...sempat bersembang dengan seorang dari gadis pembantu peguam syarie...


Cantik Adik ni sopan sangat..anak sapalah...Cek Pah tanyalah cam urusan..penceraian ni...apa yang akan berlaku lepas ni...so  dia cerita dalam 21 hari ada perbicaraan..so kena datang masa tu..dia cakap lagi kalau suami bagi kerjasama prosesnya akan cepat..(nampak sangat majoriti client adalah perempuan)..So Cek Pah kata Suami saya datang...dia macam terkejut " Ye ke mana?" Cek Pah tunjuk kat suami yang dok kat depan.. Agaknya dalam kes-kes penceraian ni yang bercerai dengan baik sangat kurang kot...heheheh..selalu kot para-para suami hilang tanpa dapat dikesan..teringat kisah kawan baik Cek Pah kak N...kes dia dulu nak bercerai kat mahkamah ni gak...Xsuami dia masa tu ada jer tapi tak mau ceraikan dia..so kes Kan N,  7 tahun proses di mahkamah rekod kot...Kak N pakai peguam Biro bantuan guaman...so kenapa kes tertunggak begitu lama:


1) Suami tak mau hadir mahkamah sampai berapa kali saman keluar
2) Hakim pergi Mekkah
3) Hakim bersara plak
4) Hakim Baru tak familiar kes lagi
5) Peguam Biro beranak
6) Kena panggil saksi (2 orang lelaki yang tahu Kak N hidup tanpa nafkah suami)
Jenuh Kak N nak mencari jiran-jiran lelaki dan rakan sekerja lelaki ..kebanyakkan tak mau tolong mereka takut badi bercerai kot...atau bini-bini mereka tak bagi yelah Kak N tu hot lagi kang jadi janda laki-laki depa pakat dok  mengorat kot kekekekekek
7) Saksi dipanggil tak datang (sila refer note diatas)
8) Sekali lagi Suami tak nak hadir dan bagi kerjasama


Akhirnya setelah 7 tahun, mahkamah ambil keputusan meluluskan penceraian atas taklik kot, tak pun fasakh..tanpa kehadiran suami..masa last tu Kak N dah putus asa..dia bagi tahu kat hakim dan peguam cara..."Hang Pa takmau bagi aku cerai lepas ni pakat-pakatlah tanggung dosa aku kalau aku buat benda yang bukan-bukan"...terus Hakim luluskan...WTF..(amek kau)..Islam taklah menyusahkan sampai tahap menyiksa batin seorang perempuan yang lemah..ni semua undang-undang manusia yang mengarut!!!!..Dalam TV konon perempuan tak tahu haklah...Apa .kesssssssssss!!! Kalau 7 tahun...bukan 7 bulan..Hak apa lagi kot!!! Itupun selesai sebab Kak N tak nak buat sebarang tuntutan nafkah tertunggak dan sara hidup anak..kalau buat tuntutan kot lagi 7 tahun selesai kot!!

Ok sambung cerita Cek Pah...Alhamdulillah semua berjalan lancar..harap Suami terus bagi kerjasama..tarikh perbicaraan ditetapkan 30hb Ogos..Apa yang Cek Pah rasa...Sedih walaupun Cek Pah yang minta..yerlah 10 tahun kot kenal Suami..ada masa-masa yang indah gak ngan dia..ada banyak gak kebaikan dia yang Cek Pah ingat..alah saya pun bukan baik sangat..tapi..terlajak perahu boleh undur kalau perbuatan menghancurkan rumah tangga memang tak boleh tarik balik..Cek Pah nak gak menangis golek-golek meraung cam perempuan lain..tak boleh..air mata kering kot..sikit jer berkaca kat mata pas tu tarak..munkin pasal puasa kot kekurangan air dalam badan hehehe

Teringat satu lagi kisah yang diceritakan oleh nenek saudara Cek Pah..pasal moyang perempuan Cek Pah...dulu orang perempuan tahap ganazz kot..My great grandma smoked her whole life and suka main daun pakau dan judi-judi lain..so satu hari masa tu dia dah kawin ada anak pun dok main pakau hari-hari. One day dia dapat satu letter..wah...menang lottery kot...buka-bukak amek kau  SURAT CERAI dari laki dia...meraung..."Mak Cek kena cerai!!!!!" ...Dok berapa bulan kawin lagi...senang gila kot dulu...maklumlah Janda Hot di pasaran...hahahah..


Ok sampai sini dulu..harap Allah bagi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran..Live Happy!!!!





Khamis, 28 Jun 2012

Diet......... Konon!!!

Ok tengah hari tadi Cek Pah ingat nak kontrol makan nasi..diet aleh-aleh Cek Pah makan sandwich, pastu makan kopok, aleh2 tengok pau coklat sedap plak so pergi beli, pas tu makan buah tembikai....amacam best tak ...pastu sekarang dah kebuloq balik...adoiiiiii


Inilah Diet Cek Pah yang special dipanggil  Diet...Konon!


Live Happy!

Sabtu, 16 Jun 2012

Baby dah ok kembali

Hehehehhe bukan kisah anak bukan kisah anak kucing atau anak ikan tapi keta Cek Pah. Macam Cek Pah Baby selalu demam maklumlah remaja purba...tapi Baby tough ...engine dia kuat terasa power dia setiap kali Cek Pah pecut! Hari tu air con Baby tak sejuk pas tu keluar bau bacin dari lubang aircon masa pasang air con..so dah bawak pergi satu bengkel kat TTDI belakang VADS, dia just masuk gas air con..bila tak sejuk gak terus dia cakap compressor rosak...wahhhh tension gaklah Cek Pah cos compressor sangat mahal kot..tapi Cek Pah cakap nak tanya-tanya dulu before ganti apa-apa..so Cek Pah pun google, call kawan-kawan...susah hati ni cam ne nak beli compressor baru.....Mother come to the rescue...dia kata ambiklah balik duit yang Cek Pah bagi dia last month...Cek Pah kata no no mother thats your money consider I borrow from you ok..dia kata ok jerrr...sebab apa habis duit simpan dah masuk tabung haji tinggal ngam-ngam untuk kegunaan harian...dah masuk takkan nak keluar balik kan.




So Cek Pah bawak Baby pergi Bengkel kat Kelana Jaya nama Start up Auto Service Centre ;


No 11, jalan SS5B/4 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya...


Dia pun cek cek rupanya CoolingCoil bocor dah ada habuk banyak bangkai menatang pun ada kot kekkeke...compressor masah gagah lagi tua tapi gagah munkin tak kuat cam kompressor baru tapi tak perlu ganti lagi...tambah minyak jer...so semuanya caj:


CoolingCoil        RM200
Comp Oil           RM  30
Air Con Service RM  65
Labor                RM  85 


Total                  RM380


Munkin harga cooling coil tu agak mahal kot tak perlah asal puas hati ...sebelum ni pun Cek Pah selalu pergi sini...tak pernah kena bawak balik keta lepas dah siap...kerja dia memang bagus...Baby pun macam sesuai je kat sana...


So untuk Baby, senarai parts yang telah telah ditukar dalam tempoh 3 bulan:


1) Alternator
2) Power Starter 
3) Rear Brake Pump
4) Water pump
5) Cooling Coil


Tulah dia jadi Isteri Tunggal ni semua menda kena wat sendiri...tapi puas hati sebab tak payah nak bergantung pada orang lain...


Semua orang tanya napa tak beli kereta baru jer....hah tak sanggup nak berhutang lagi...Baby ni beli pun tak sampai RM8K pun...puas hati...kena ganti barang-barang pun standardlah..bulan-bulan pun bayar RM200 je kat Father (dia yang belikan keta ni)..Nak gak mekap Baby lawa-lawa tapi nanti orang lain usha Baby kang lesap...berapa orang my frens hilang keta Satria..mekap lawa-lawa..kena caras...hampeh..jadi demi keselamatan Baby biarlah dia tak cantik sangat...orang pandang pun tak mau...So Cek Pah tak risau sangat. Satu lagi nak jaga safety Cek Pah gak yang kaki merayap sampai lewat malam dan pagi...kalau kereta cantik nanti jadi perhatian...so biarlah orang tak nampak Cek Pah dan Baby...selamat sikit....


.


Live Happy!!!!! Be Strong!!!!



Jumaat, 15 Jun 2012

Heyyyyy hanginnya!!!!!!!

Dah lama dah Cek Pah tak mood Cek Nam sekali semalam Cek Pah sudah naik hantu segala sebabnya???


Cek Pah dapat call dari Syarikat Telemarketing nak cek pasal ex-Staff Cek Pah suatu ketika dahulu...apa yang luar biasa??? Hah ne Cek Pah nak cerita..pehempuan ni masa kerja ngan Cek Pah dulu amboi Cek Pah ingat sopan baik hati orangnya ala-ala Ustazah Pilihan gitu sekali belah berhenti kerja macam tu sahaja. Dahlah tak hantar surat resign pastu call Cek Pah bagi tahu nak resign pun tak. Cek Pah call, telepon agaknya dah campak dalam longkang memang tak dapatlah..KPI Cek Pah bulan tu jahanam pasal perempuan puaka sorang ni..


Yang Cek Pah hangin tu boleh dia letak nama sebagai no rujukan..kurang hajaqqqq..Dan dia langsung tak call Cek Pah bagitahu nak wat Cek Pah as reference


.So apa Cek Pah wat senang je masa staff Syarikat yang perempuan ni minta kerja call Cek Pah pagi tadi..

Cek Pah  bagitahu...


"Kerja dia ok..tapi attitude sangat teruk! Masa berhenti kerja AWOL macam tu je dan langsung tak bagi notis."




Ok KEJI kan Cek Pah...wellllllllllllllllllllllll......AAK????? Kalau Cek Pah bohong bagitahu dia ni Ok perangai elok...kalau dia buat lagi perangai setan orang akan mengata kenapa Ex TL (Akaklah) dia kata dia ok??? Bersubahat konspirasi lah ni.


Sorry I will never recommend people with FU*K**G LOUSY  ATTITUDE!!!!


Itu sahaja!


Live Happy!!!!!!!! walaupun kadang-kala kita kena bersifat keji untuk hak kita!

Khamis, 7 Jun 2012

Kena carut dalam train

Kisah agak "lucah" , kanak-kanak membesar dan mereka yang sopan santun tak digalakkan membaca...




Kisah ini berlaku dalam LRT dalam perjalanan balik kerja...biasalah petang LRT sangat padat dan Cek Pah dok usha Mat Salleh comel sorang..terbeliak-beliak mata dia dok tengok gelagat orang dalam train..Sekali ada seorang lelaki berbangsa India, dah kertu (tua)..rambut kerinting tiba-tiba berdiri depan Cek Pah..menghalang pandangan Cek Pah dari Mat Salleh macho comel tu..apa lagi agak ketatlah muka Cek Pah..tak dapat tengok pemandangan indah..huh!!


Sekali Lelaki huduh yang dok berdiri depan Cek Pah tu tampar tangan Cek Pah sekali dok mencarut kat Cek Pah..lebih kurang :


" Apa ko tengok-tengok kat aku..ko tengok kon*k aku ek!!!"


Cek Pah punya terkejut..."Eh bukanlah.." ,macam bodoh jawapan Cek Pah (abis dah terkejut beruk baboon) ...Lelaki huduh kertu tu maki Cek Pah lagi..." Barua punya perempuan Indon!" Aik!!!! So Cek Pah rasa lain macam dan seorang pun tak datang tolong Cek Pah..so Cek Pah just pandang tempat lain malas nak layan lelaki gila tu...Kang dia tumbuk ke toreh  muka Cek Pah ngan pisau karang..Aleh-aleh dia tengok Cek Pah wat bodoh terus dia belah pergi berdiri tempat lain..sambil membebel-bebel...


Mula-mula tu Cek Pah rasa trauma gaklah. .tapi tulah dia berkat kerja dalam bidang Customer Service...lebih 10 tahun dalam call cente jer 4 tahun..apa cacian, kejian, carutan, makian yang Cek Pah tak terima...setakat Bodoh tu memang kenyang, Binatang, Bab*, Sun**l, Ja***g, Pel*cu* pun pernah kena, sial tu pun biasagaklah...so tak heran sangatlah setakat dipanggil Perempuan Indon..memang suatu masa dulu Cek Pah jawab call Bahasa Indonesia kot..  Tapi ada ke dia kata Cek Pah usya barang dia...wuekkkkkkkk,, ptui!!!! muntah hijau nak pitam aku dengar...


Tapi berdasarkan pada pengamatan Cek Pah dan dan dari hobi beratus ribu jam menonton TV cerita omputeh cam Criminal Minds, Greys Anatomy, Law and order Special Victims Unit , CSI dan movie-movie pasal orang gila dan pembunuh bersiri..Cek Pah yakin lelaki ni kurang siuman munkin tahap schizophrenia, munkin dia tengok dan nampak Cek Pah cam monster atau badak tampung dalam cerita ultraman.. yelah orang gila...Cek Pah empathy dan compassion ngan dia...kesiaaaaaaaannnnn. Munkin ada hikmah tuhan bagi adalah...Cek Pah yang kena hamun ngan dia..ok jer leh pulih dengan cepat...cuba kalau dia hamun kat perempuan lain sopan santun..berjiwa halus suci murni trauma nak bunuh diri kot...


Moral of de story...Kerjalah kat Call Centre...kerana akan meningkatkan daya ketahanan mental dan jiwa anda...apa sahaja pun boleh jer hadapi dengan tenang...


Akhir kata..Live Happy!!!!! (Walau dikeji sehina mana pun...)




p/s


Sebut pasal kena carut ni baru minggu lepas Cek Pah pergi Menara Celcom jumpa bff Miss J bukan nama sebenar, terjumpa "kawan" lama yang lain tiba-tiba dia carut "Eh Orang Tua pergi baliklah kau" - aikkkkk tak de ribut tak de hujan...nak carut balik ke tak..emmm malaslah...sebab Cek Pah kesian ngan dia dahlah muka buruk...tua-tua Cek Pah pun...Cek Pah yakin Cek Pah lagi cantik dari dia hehehehhe (keji)

Isnin, 28 Mei 2012

Kawan selama-lamanya (Friends forever)

Buat sahabat-sahabat yang masih bersama dan tak lupa yang telah pergi..





Minggu lepas dan hujung minggu adalah waktu yang sedih dan juga gembira bagi Cek Pah..cerita yang sedey dulu ye...

A) Kehilangan seorang sahabat




              Al-Fatihah for my friend one and only Micky Firdaus (standing next to me - on the left)



Tanggal 23 May , seorang sahabat baik Cek Pah kembali ke Rahmatullah..setelah menderita sakit misteri selama 10 bulan...malam sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhir, Cek Pah pergi melawat dia Hospital Sg Buloh..dengan dua orang lagi kawan rapat Cek Pah iaitu Norish dan Ayu...masa tu dia dah kritikal..nyawanya bergantung mesin jer...

Masa hari dia pergi selama-lamanya, tepon Cek Pah pulak  habis bateri..balik rumah buka facebook...




  1. Kak pah. miki da takde
     · 




Kebas ...tu jer Cek Pah rasa..sedih tak apa pun tak. tak boleh nak proses..dalam otak dalam hati...macam tak rasa apa-apa ...Cek Pah ingat munkin sebab dah redha kot)...Esok tu Cek Pah ada training so tak dapat menghadiri perkebumian Arwah...malam tu masa dok tengok satu-satu posting kat FB pasal Arwah...baru datang sedih, baru menangis...(sampai sekarang pun masih boleh menangis lagi kalau teringat kat dia)..kenapa dia ni istimewa sangat sebab..masa kami sama-sama jawab call kat Menara Celcom dalam tahun 2009 dan 2010, masa tu Cek Pah agak dalam kesedihan sedikit pasal rumahtangga yang selalu berantakkan ..so kalau sedih tu Cek Pah selalu minta Arwah..menyanyi ke menari ke yelah nak hiburkan hati...dia pun buatlah Wonder Girl ke..joget macam-macam....memang kelakar dia ni...dan dia tak pernah menyakitkan hati Cek Pah..


  • Liza Suriani huuhuhu ingat dulu kalau stress suruh dia wat aksi-aksi menghiburkan hati...
    May 24 at 8:33pm · 

  • Little Nazoe Bee last aksi dia penah buat depan i...i suruh dia menari ikt step lagu siti nurhaliza...falling into you to...ntah apa ntah tajuk dia..tpi lagu rancak la...how i missed him..
    May 24 at 8:35pm · 

  • Liza Suriani ingat tak dia wat wonder girls huuhuuh...
    May 24 at 8:36pm · 

  • Little Nazoe Bee betul betul.....ingat....alahai...sedihnya...sedihnya...micky...tenangla micky kat sana ya....
    May 24 at 8:37pm · 

  • Liza Suriani Amin.. semoga Arwah tenang di tempat persemadian terakhirnya..dan kita yang masih di sini juga semoga tenang dengan memori bersamanya dulu...sedihhhh...hari ni baru leh nangis..semalam macam kebas..miss you my dear friend one and only Micky
    May 24 at 8:43pm · 

  • Md Afiq MBee Sama2 la kita tenang semoga rohnya tenang jugak ya.. Amin..
    May 24 at 8:52pm · 


Semoga roh Arwah tenang di sana....Amin....

Cerita gembira pula ye...

B) Perjumpaah dengan sahabat-sahabat lama ...

Sabtu lepas Cek Pah lepak dengan dua orang sahabat dari zaman 6 Jahanam (Sekolah Menengah Treacher Methodist Girls School)...Yus dan Dilla...wah apa lagi riuh rendah...dah lah sesat sesat nak pergi ke Royal Bintang Hotel The Curve..Cek Pah rasa bersyukur sebab masa hati bersedih menanggisi pemergian seorang sahabat, tuhan bagi 2 orang lagi teman sejati menemani di kala kesedihan cewahhhhhhhhhhhh...apa lagi menyembang, pastu pergi kareoke sampai kat 5 jam...ni suara Cek Pah dah serak sangat dah sib baik tak hilang terus hehhehe...sok tu buffet breakfast (2 jam lebih kami dok makan sambil menyembang) makan ais kerim, tengok wayang , makan pizza ...malam barulah balik...thanks to Dila dan Yus kerana sudi mengcoverina semua perbelanjaan ...Cek Pah dah kering kekekekkeke...

Cek Pah rasa terhibur sangat....




Dengan my two bff (dah kenal 27tahun-dari zaman sekolah kami dipanggil 6 jahanam ---ni yang jumpa yang 3  lagi belum ada rezeki untuk bertemu  )



Cek Pah rasa kesal sebab selama ni tak berapa menghargai kawan-kawan...tu yang sampai dekat 20 tahun tak jumpa....thats why Cek Pah tekad untuk memelihara persahabatan Cek Pah dengan semua kawan-kawan yang rapat dengan Cek Pah....memang betul orang kata kawan baik adalah sangat berharga...melebihi emas, berlian dah kekayaan lain.....


Cek Pah  juga nak  lebih lagi menghargai mak ayah, adik beradik, kakak ipar, anak-anak saudara dan saudara-mara yang lain....Selama ini, Cek Pah ni sangat kurang bergaul ngan orang sebenarnya...diumpamakan

Anak kucing comey bawah tempurung (tak nak sebut katak sebab katak tak comey hehehhehe)...


Jadi Cek Pah mula terasa sangat rugi tidak menghargai orang-orang penting dalam hidup Cek Pah selama ini....so...Cek Pah akan cuba sedaya-upaya spend masa ngan family dan kawan-kawan rapat...so lepas kalau weekend dan cuti memang full sangat jadual Cek Pah...so sesiapa yang nak booking masa Cek Pah sila wat appointment ye...untuk kawan rapat sahaja...tengah malam atau early early morning pun Cek Pah sanggup kalau ada nak jumpa....

ok itu jeeee..


Sekian...Live Happy (walaupun dalam sedeyyyyyyyyy)...