Khamis, 24 November 2011

Cik Nam Sangat

Ada seorang Cik Nam. Dia ni memang suka tanya tu ni. Tanya tu ok tak de helllll malu bertanya lost the road. Tapi yang cik naaaaaaaaammmmmmmm sangat setiap kali dia tanya aku dan aku jawab, sibuk nak mengkritik jawapan aku, konon aku ni yang bongok tak reti nak explain. Heeeeeee kalau kau pandai tak payah tanya kat aku, watlah sendiri..kan..heheh apa lagi Cek Pah  SB (Singa Betina)  gorges pun haaaaa hempik light-light kat dia..padan muka kan...carik pasal lagi ...hahah saya pun Cek Nam gak...sebab pe tau...dalam 2 jam lepas tu..sesudah makan tengah hari..dengan senyuman yang menawan Cik Pah pun tegur " Hei Cik Nam...dah makan ke, cepatnya makan (dalam hati kata makan laju-laju tercekik baru tahu, hilang sopan-santun kau....)...Begitulah kesah dua orang Cek Nam. Moral of the story siapakah yang lebih Cik Nam dia atau aku...akulah kannnnnn. Tau dah.

Yang Benar,
Cek Pah SB

Selasa, 1 November 2011

New Dawn New Beginnings.

Mula-mula layan lagu best http://www.youtube.com/watch?v=SCB01p0pBs0 Holliwood Hills Forever cam sesuai. Lirik pun cam kena. 

Now this is not the time or the place
for a broken-hearted,
'cause this is the end of the rainbow
where no one can be too sad

No I don't wanna leave
but I must keep moving ahead
'cause my life belongs to the other side
behind the great ocean's waves



This song is about leaving some place to move on. And I will be moving on starting 1st November 2011. Somehow I just want to take a minute or two  to relive the journey that has brought me here . Wowww the drama, the heart ache, the joys, the upsets but most memorably the sweet victory over obstacles, resistance, hatred, mutiny and  betrayal..I guess its true what they say what can't break you will only make you stronger. I came back from defeat and though the future is unknown if I will succeed again, I am happy enough with what I have got now bad or good. I would not have wanted it any other way.

To those who love and support me all the way, my heartfelt thanks to all of you. I cherish the prayers, faith and kindness.

And even for those who just "left" and people who judged me badly,  I still say thanks guys. Because of you allsssss this success is even more sweeter, When push comes to shove, I have proven my worth.


New Dawn New Beginnings.

Isnin, 17 Oktober 2011

Insan Yang Bernama Liza

Sila hayati ungkapan di bawah untuk insan yang bernama "Liza"

Berwatak Menarik dan popular,
Tegas dan berpendirian,
Bijak dalam merancang sesuatu perkara,
Keras hati dalam mencapai matlamat,
Peramah dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Jangan tuduh I perasan ok ..inilah kata-kata yang tertulis kat key chain yang I beli dengan harga RM5 jer kat kedai RM5 kat Wangsa Walk. Tak taulah pujangga mana yang mentafsirkan watak seorang yang bernama Liza tapi memang 100% kena ngan my character. Cuma yang ni yang bagusnya. Ada gak watak-watak negatif like:

Perangai cam budak kecik kadang-kadang,
Bengis cam singa kadang-kadang,
Malas kemas rumah kadang-kadang,
Malas masak kadang-kadang,
Kuat tido kadang-kadang.

Hahaha jangan marah yer bukan semua Liza cam perangai saya ni.. Team member I pun ada nama M--Liza. Comel orangnya, terkebil-kebil klip pop klip pop bulat mata time kena marah. Senyum jer time tak kena marah...

Tapi ada seorang Liza yang tinggal 3 km dari tempat I kerja. Dari perkenalan yang singkat berikut adalah biodata ringkas dirinya:

Nama: Liza (nama penuh tak diketahui)
Umur: 32 tahun
Tempat Tinggal : Lorong Gelap si sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib
Status: tak diketahui but pregnant, and addicted to drugs
Spouse: Unknown

Kenapa nasib seorang Liza ini sangat dasyat sekali. Hidup gelandangan jadi "sampah" masyarakat. Mana keperibadian menarik dan popular, mana pendirian yang tegas, mana kebijakkan nya? Menyesal pulak tak bagi jer key chain tu kat dia. Supaya boleh ingatkan dia apa makna yang sebenarnya si sebalik nama "Liza". Munkin boleh bawa dia kembali dari dunia kelamnya.

Sis my prayers go out to you...Amin

Luv,
SLS

KISAH DARI RUMAH SINAR SALAM


KISAH DARI RUMAH SINAR SALAM

Hari: Ahad
Tarikh: 16th October 2011
Jam : 11 pagi
Agenda: Kunjungan ke Rumah Sinar Salam
Hadir :
Kak Pah (me)
Jay (merangkap Ketua Kontijen)
Maz Ganda 2 (Mazliza dan Mazwan)
Kalai
Fareed
Nana
Shafiq (tetamu kehormat dari Bumi Hang Tuah) dan sugar glidernya (si comel)
Wan (Mandarin Speaker merangkap pembaca Doa dan pemberi tazkirah)
Elie (juru gambar dan bff Jay)

Sumbangan yang dibawa:
Beras, Susu dan lain2 makanan
Wang tunai

Alkisahnya:
Hari yang bersejarah. Kami membawa sumbangan dari group Sharifah dan warga-warga Celcom Careline (MC)  ke Rumah Sinar Salam. Melalui google map , jarak perjalanan cuma  lebih kurang 3km sahaja dari Menara Celcom. It might have been a different world altogetherlah. Kedatangan kami disambut Kak Fidah Penaung Rumah Sinar Salam. Kak Fidah ni memang seorang wanita berjiwa kental, cekal dan penyayang. Yelah siapa antara kita yang sanggup bersusah payah membela nasib orang-orang yang terbiar tak kira bangsa dan agama. Mungkin ada yang fikir buat apa nak ambil tahu pasal bekas/ penagih dadah, s_x workers, anak-anak jalanan. Apa kepentingan nak membantu mereka-mereka ni?
Rumah Sinar Salam tenpat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan mencari perlindungan. Tempat di mana anak2 terbiar (seperti Aishah, Aiman dan Mikhail) diberi makanan, pakaian dan kasih sayang secukupnya. Semoga masa depan mereka masih boleh dipulihkan. Tapi perjalanan mereka sangat jauh lagi dan tak semudah kanak-kanak lain.

Antara Briefing dari Kak Fidah:
Aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan.
Golongan Sasaran.
Objektif.

Kak Fidah mewakili Rumah Sinar Salam mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga Celcom Careline yang telah bermurah hati memberi sumbangan. Kami pun ucapkan thanks a lot to all yang sudi menderma. Pesan dari Kak Fidah lagi sesiapa yang rasa nak help out or volunteer just drop by at the home. All is most welcomed.

Luv,
SLS

Selasa, 22 Februari 2011

TAHLIL FOR ABAH

Kindly refer to the previous posting, my father in law had passed away yesterday. I went back to Hulu Langat bila sampai 'Abah' dah sampai dulu. Ramai saudara, adik, sepupu, mak saudara,kawan, jiran. Munkin cuma perasaan atau perasan terasa cam semua looking at me and like saying inilah dia menantu yang hampeh tu dah balik akhirnya. Mak  (mother in law) memang sangat tabah cool jer. My husband pun cam relek jer siap gelak wat lawak sedih sebab dia dah jadi anak yatim. My father came to ziarah alone cos my mummy tak sihat. Rasa comforting sangat when i saw my dad , (tak leh bayangkan if its him yang..) my brother Pudin came too. Alhamdulillah semua selesai dengan pantas dan sempurna. abah nampak tenang jer...weather was fine..kat kubur pengkebumian sangat cepat  ramai yang tolong dalam 20 min imam dah stat baca talkin..insaf sekejap..AMIN...
then balik umah abah.. mak-mak saudara dah siap masak.sangat efficient .jamu guests makan...i tolonglah sekali angkat-angkat pinggan, wat air..wash pinggan-mangkuk wow cam tak percaya...Ni baru time Asar. Malam nanti ada kenduri tahlil (3 nights in a row)..dulu fikir cam kesian kat family yang kematian nak kenduri bagai...tapi come to think of it ...elok gak adalah sesuatu untuk dirancang, dibuat taklah cam sedih jer.Saudara-mara, jiran datang tolong cam oklah berkongsi kesedihan kan. Kenduri tahlil pun jangan ingat tak ada drama ok...ada ker mak cik senah tu asyik  kata teringin nak tengok menantu Abah yang sorang ni masak i bukan koman sangat boleh arrrr masak cuma malas jer.tak perlah i redho jer..tapi dia tengok i dok basuh pinggan, isi lauk, dan nasi alah kerja2 orang perempuan kat kenduri, dia wat statement rajin menantu Abah ni...ahaks rajinlah sangat...Soalan cepumas bila nak beranak ooops pregnant pun ada  tapi oklah tak sentap pun..

ABAH DAH TAK ADA

Thats what my hubby told me when he called me yesterday morning from the hospital.
Yesterday morning (21st Feb 2011) at around 8.30 a.m my father in law passed away at HUKM. Memang sangat menyesal sebab tak sempat minta maaf dengan dia. Even my marriage cam huru-hara, i love my father in law very much like my own dad. And i tak buat salah ngan dia directly , but kat anak dia so salah dengan dia gaklah i think. Hopefully he has forgiven me. May Allah forgive all his sins Al-Fatihah for Abah.....

Isnin, 24 Januari 2011

Dua malam yang lepas, I telah menerima satu carutan. Tak de apa-apa yang pelik sangat actually but sometimes you sensed that when a person carut you in a joking manner but somehow rather rasa like she's attacking your personally. Ada jer komen-komen yang konon-konon joking. I bukannya sensitif sangat pun. Frens joked that I gemuk ke warga tua ke so what for nak terasa I am older than a lot of people here. I am kind of overweight but I still feel fabulous. I still mampu pakai apa sahaja yang I nak..I memang dress sederhana because I feel comfortable like that. And my close frens know jahat-jahat mukut I would never kutuk or insult how a person looks or dress up. For me as long as she is happy lantaklah apa yang dia nak pakai kan. So to story what happenned  that night just because adalah bedak tumpah sikit atas seluar dengan sekuat-kuatnya this girl cam wat lawak carut I look like mak cik cleaner. And she repeat the statement at least three times and very loud. I was looking at her and thinking wat de ffffff kau carut aku cam makcik cleaner adakah engkau mempunyai rupa yang cantik...nope muka bergerutu cam  ..adakah kulit kau gebu  emmm nope kulit kau berkerak body cantik munkin adoi leper cam papan seterika in short you are an ugly person. Masa tu I don't know should I carut u balik.or should I just walk away yerlah tapi tak sampai hati lak..gila zalim carut pasal rupa dan penampilan orang lain . Tapi satu jer yang I noticed. All my life I selalu akan berkawan dengan orang yang lebih cantik dan jauh lebih sopistikated also those yang less pretty. But weird enough bukan mereka yang cantik-cantik yang suka carut orang lain punya rupa dan penampilan. Yang ugly tulah yang selalu komen dan jaga tepi kain kita..pelik kan..tapi kasihan pun ada..So as for this friend..I kesian kat you..yerlah tak kisahlah mak cik cleaner pun mak cik cleaner lah at least this makcik dah pernah sampai United Kingdom ko mampu ker???? Ke nak tengok makcik ni punya collection anak-anak ikan dululah zaman jahiliah..mesti kau bunuh diri kan...mak cik nak balik dulu nak kemas rumah..cheowwwwwwwww.

Isnin, 27 Disember 2010

END OF YEAR STORY

Ohhh dear in 5 days, the end of 2010. Gosh me so old huuhuhuh aledy..my life is still a mess, but a lovely mess hahahaaa..my house still looks terrible like a train went through it 5000 times..I still hate to clean up and sweep and mop, I 'm still a lousy cook but guess what despite all the mess and chaos (betul ke eja)  I'm  still able to have the time of my life.... Oh but i have been faithful the whole year..wowwwwwwww. Still not yet pregnant... emmmmm...I have a new fascination in life though ...death..used to be I associate death with kubur and pocong and hantu ..and hell..for bad people like me..and heaven ...for good people like mummy and lid..and my mother in law..Now I think of death all the time.. especially when my cousin Ramzi was murdered. I am thinking life is a journey and  death is the final  destination..some people reached there faster than others and in many different ways. And sometimes the journey ends unexpectedly like my cousin Ramzi. When one is nearing the end and at his last breath what was in his mind, did he feel pain or calm??? Some say when you are dying your whole life flashes in front of you..very deep but very fascinating nevertheless right..so the very Gothic and underworld like. This year is definitely better than last year..I'm still broke now and then but its been six months since I last asked my rich father for money. My hutang also now less. much less...wow no hutang is richness in  itself...the feeling of freedom is delicious. I still like to watch cartoons and movies lots of movies...wow what a lousy and insignificant  life..but I LOVE IT..At work its so not so much better from the 9 boys and girls now left 3 only, the rest all gone ... but got new ones lah.. next time i story. Follow ala ala cam  cerita Lovely Bones ...My name is Sharifah. I am near 40 but still looking fabuloussssss I am still alive but only so much. I wish all of you a long and happy life ahead..Happy Early New Year.

Rabu, 3 November 2010

KISAH ORANG BARU

Dah ada orang-orang baru dalam hidup ku ini...ohhhh tidak aku belum mengandung dan beranak lagi...walaupun baby, kucing itam aku dah 3 kali beranak. Stok terbaru 4 ekor 2 kelabu, 1 itam cam baby gak dan 1 celoreng. Orang-orang baru ini adalah team members aku Cek Pah yang baru dua bulan 2 ari jadi Team Leader...mak garang tau arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tapi belum sampai tahap gila kuasa..yes coming soon....hahahahah. 9 orang semuanya...yang berlainan karenah...huaaaaaaaaaaaaaaaa....stressssssssssssssss. mereka ni kalau nak ikutkan sangat berbakat dalam bidang careline ni...pehhhhhhhhhhh jawab call pro gila...tapi....attendance mosltly sangat hampehhhhhhh...bersepah lateness,mc yang berleluasa dah ada yang berani AWOL dan lebih menggemparkan aux sesuka hati dan juaranya adalah menghilangkan diri 2nd split  PEHHHHHHH (keberanian tahap serikandi yes beb pompuan...ini elok masuk ARMY...haaaaahaaahaaa) Tapi marah cam ne pon I love them all cam anak-anak bukan anak ikan tau. Tak tengok meka windu lak...hopefully,they will become successful more than me..cos they so young and have a bright future ahead...to my boys and girls.....jay, feena, tecik, nata, paiz, paan, ha, thiran and aslan (cam singa narnia lak) , welcome to my haru-biru life......ohh .sambung membebel ....dah dua ari off day masuk kerja pagi mesti ada yang lambat kan tengok nanti.....lambat tengok siap korang....*wink*

Jumaat, 1 Oktober 2010

SETAKAT INI

Ok dah lama tak update... so far untuk tahun ini yang tinggal dalam 3 bulan sajer lagi                                                                      

1) belum abis utang tapi dah tinggal sikit
 2) dah tak jahat lagi
 3) masih berlaki kuat betul jodoh aku
 4) dah naik pangkat
5) masih tak bertegur sapa ngan jiran pasal kucin nyer hal lantak ko lah
6) masih debab lagi tapi maintain mantop
7) masih suka tengok cerita hantu
8) still kuat tido
9) still tak pandai masak sangat

Itu sajer. Sekian.

Ahad, 23 Mei 2010

PADAN MUKA KENA MARAH SETEPEK

Kejadian sedih ini berlaku 23/05/2010 kurang lebih jam 3 ptg uhuhuhuhuh sedih..tapi memang salah sendiri suka wat lawak bodoh and kacau orang tengah kerja pas tu suka menyebok kan..kan dah kena marah uhuhhuuh kan best sangat kan...rasa cam owang bodoh kan..




sedihlah..sorrryyyyyyyyyyyyy laen kali tak wat lawak bodoooooo lagi.....huhuuhuhuh....buat gak tengoklah pas tu kena marah agi..tak perlah asal kau bahagia...marahlah kat aku ..



Harapnya taklah menjejaskan persahabatan. Tak nak jadi cam kawan pompuan sorang tu, time dia tak ada kawan, aku nilah kawan dia, ajak makan soh amik gambar dia. Orang lawa kegemaran suka posing posing amik gambar post kat my space ngan fb pastu komen sendiri kekekekekekek tak perlah asal ko bahagia...tiba-tiba aleh-aleh tarik muka ngan aku apahal..asal jumpa aku tarik muka siap jeling-jeling lagi. Aikkkkkkkkkk.





Adakah kerana aku suka gurau-gurau ngan duda dia ke ....kes janda ko ex bestfren aku kekekkeke tak kot..munkin aku ada wat lawak bodoh dan terkacau dia time dia emosi...maka tiada maaf bagiku..



Tulah lain kali jangan wat lawak bodoh paham!!!! buat lawak pandai sahaja tau ..tengok dah kena marah PADAN MUKA KENA MARAH SETEPEK KAT MUKA KO heheheheh

Credit Hilang

eeeeeeeeeeeeeeeeeee I stress kalau customer mati-mati kata saya tak buat call tapi credit saya dah hilang. So I pun check sekali dia memang ada wat call dan memanglah kena tolak credit takkan free kot. Sekali jadi hilang ingatan pulak tak der call konon. Ataupun call seminit jer. Plssssssssssssssssssssssssssssssslahhhhhhhhhhh....malas nak layan orang cam kau..prepaid line pun tak pandai guna sibuk nak marah kat kitaorang belum pakai bil bulan-bulan lagi mau pergi bunuh diri agaknya .

Sabtu, 22 Mei 2010

Dah tak pokai sangat dah

Yeah yeah daddy I dah kasi duit sikit so dah tak pokai sangat dah..oklah daripada kena meminjam ngan kawan-kawan hahhahahha pinjam ngan daddy dapat gaji tak payah bayar balik kekekekekekekek...tapi aku berjanji kalau umur panjang hutang semua dah bayar hubby punya income dah stabil aku lak yang akan menganggung parents aku walaupun mereka sebenarnya tak perlukan duit aku...I love my daddy and mummy. Meowwwwwwww.

KISAH KUCING PART 2

Aku dah sekolahkan kucing-kucing aku jangan berak depan umah orang...Alhamdulillah meraka semua dengar cakap..so far dah aman sikit..main jauh macam mana pun balik umah berak...hahahahah...alamak sekarang bajet nak beli makanan kurang so meka kena makan nasi gaul ngan ikan bilis atau sadin...itu jer cheowwwwwwwwwww orrrrr meowwwwwwwwwwwwwwwwwwww

POKAI

Seriously aku kena belajar berjimat cermat..memanjang pokai pokai...huhuhuhu...amende yang aku beli pun tak tau...makan mek d baru 3 kali.....ni pasal laki aku lah payment sangkut so aku yang menanggung semua. Tulah dulu aku dah bagi tau, jangan wat kerja untuk mamat tu..sebab dulu dah kena sekali tapi suami biasalah mana nak terima pandangan isteri...kawan gak betul..isteri ni cam hampeh kan...sekarang cam ner mamat tu dah hutang laki aku 10K memanglah tak banyak mana tapi boleh rrrr wat bayar saman, tunggakan keta...bil letrik pon dah dapat surat merah kalau kena potong aku selamba pergi beli lilin...pedulik apa aku...ni dok menaip ni kat umah mak bapak ni dok wat muka kesian mana tau kot daddy huloq duit nak mintak malu padahal dalam wallet ada 3 hengget jer haahahahahha pasal apa aku poyo jer ek kalau dulu dah meleleh air mata tapi sekarang ni pokai haprak pon aku ok jer hepi...semalam kawan aku Ila belanja makan pecal lele tak taulah betul eja..sedaplak ni makanan Indonesia..ayam goreng ngan sambal goreng ngan sayur kacang ngan kubis ngan kuah sup...sedapsiutttttttttttttttttt...kenyang sampai malam...ok

Jumaat, 23 April 2010

Kantoi sms ngan awek hahahahaha

heheheheh ni lah hubby I

dia tegah sms ngan awek

amboi lawanya muka abang

Why I like Ms Fasha


Because she is a very smart girl. Dia . She's a good actress too good I think. She's professional and she is intelligent.

Although I am not a fan, I still like her. Last time I don't like her now I like her. She is not bodoh, mana ada pompuan yang bergaduh yang leh menang ngan dia..I like. Kalau setakat ilmu pompuan tak kemana jangan nak verangan nak lawan ngan fasha tau...bitchy but in a respectful way..

Kindly assist. TQ.


hahahahhaah motif yang last tu...

Khamis, 22 April 2010

KISAH KUCING VS MANUSIA SETAN

                       Meh aku cerita kisah kucing aku yang menyebabkan aku dibenci oleh jiran-jiran aku. Al-kisah masa aku baru pindah kat flat Desa Baiduri ni aku memang tak berkucing. Sebelum tu aku tak bela tapi memang aku sangat sayang kucing. Masa dah dok kat sini..rumah aku didatangi seekor kucing aku panggil dia kecik sebab dia memang small size. Dia dok datang umah aku so aku bagilah makan. So dia pun wat umah aku cam umah dia. Tapi masa aku pindah dah berpuluh kucing dok merayau kat flat tu taik mereka memang bersepah sana sinun lantaklah kan. So si kecik ni aku kasi tempat berak khas dalam besen guna pasir or kertas newspaper. Akhirnya si kecik dah beranak dan aku pun bela jerlah anak-anak dia. At the same time bebudak letak seekor anak kucing hitam so aku belalah sebab kucing hitam ni orang tak suka aku takut orang bunuh orang pukul ke yelah specis orang melayu peghak bukan semua tau segelintir lah. Kucing hitam ni membesar dah sekarang itu lah dia Dark Prince Aku yang panjat pokok tak reti turun tu hahahaha sampai aku kena call 999. Masa kat umah lama block Nilam A, tak der lak yang mengamuk ker. Tapi kucing aku berak dalam umah aku aku yang buang. Tak taulah kan kot dia keluar main terberak kat depan umah orang. Tapi kalau ada yang datang bagitau aku yang kucing aku berak depan umah dia, no hal aku pergi jer buang..bukan susah pon. janji datang bg tau elok-elok.

Sekali aku pun pindah umah aku sendiri block sebelah, bawak kucing-kucing aku. Rumah baru aku ni tak siap. Tingkap kat dapur tak bergrill so dark Prince, Dedeki dan Baby selalu keluar masuk. kecik dah tak der, munkin dah ajal kot. Baby ni sekor lagi kucing hitam yang budak-budak letak kat depan umah aku. Aku pun bela. masa aku pindah aku tengok memang banyak kucing lain dah memang ada berak kucing kat banyaklah tempat. Sekali tu dalam 2 bulan yang lepas setelah dalam 8 bulan pindah kat block sebelah, aku pun merima surat layang suruh aku jaga kucing boh dalam sangkar sebab mereka kata kucing aku berak kat depan umah mereka serupa cam satu bala. Aku pun peliklah. bukan semua kucing kat blok tu kucing aku..aku pun kalau time aku buang sampah kalau aku nampak taik ke luar ke kat tangga ker aku buang jer walaupun bukan kucing aku yang berak..sekarang minta maaflah aku tak akan buang. 

Maka semakin banyaklah surat layang yang aku dapat..aku suspek ni ada unsur khianat dan menghasut tapi lantaklah..tak per...tunggu.Kalau korang nak tahu aku ni membesar ngan kucing. Kat Umah Dato Syed ngan Datin Normala tu lagilah banyak kucing...Aku faham jiwa dan personaliti kucing especially yang aku bela. Aku yang bagi makan, aku tengok taik pun aku tau kalau tu kucing aku yang berak ke tak sebab bau dan rupa najis mereka akan follow apa menda yang meka makan. So masa mula-mula tu memang bukan kucing aku yang berak kat luar. Tapi kalau yer pun geli sangat kotor nak buang taik kucing, datang jumpa aku elok-elok aku boleh tolong. Bagi aku bukan kesusahan pun nak buang taik kucing . Ini tidak hantar surat ugut aku. Aku simpan lagi kot surat-surat tu . Husband aku mula-mula sampai stressed sangat selalu marah aku bab kucing ni. Sampai masa aku tak der kat umah dia amik anak2 Baby anja, sylvester, girl ngan boy pergi buang kat pasaraya bintang..padahal dari 4 ekor ni cuma girl (yang sekor betina) yang pandai keluar kot tingkap..betapa sedihnya aku..berapa hari aku menangis..Tapi aku maafkan suami aku..aku tau dia buntu. 

Dan yang paling aku sakit hati dan dendam, manusia binatang ni amik najis kucing yang depan umah mereka tu campak kat luar umah aku. So aku pun amik buang kat tong sampah kat bawah. Aku leh sabar lagi sebab aku fikir kesian kat mereka kan dalam bayak-banyak tempat kucing-kucing nak sangat berak kat depan umah mereka. Sangat kasihan hidup mereka kan sangat malang. Tapi yang aku leh hilang sabar bila ada yang kurang hajar siap gantung dalam plastik yang ada najis kat pintu grill umah aku..memang manusia celaka. Akhirnya kucing-kucing aku dapat merasa kemarahan dan dendam aku maka apa lagi kali ini memang mereka betul-betul meka  pg berak kat luar depan umah jiran aku yang lebih binatang dari kucing kurap ni dan kali ini memang aku mengomfemkan memang itu najis kucing-kucing aku..nak sangat bala kan..hahahahhaah padan muka padan muka...

Dan aku ada cara aku sendiri untuk mengajar manusia yang kurang hajar ini. Cuma orang-orang yang tertentu sahaja yang tau..setan-setan ni ingat mereka hantar surat layang tak letak nama mereka selamat, Kau ingat kau campak sampah depan umah aku senyap-senyap aku tak leh "cari" kau. Aku tak perlu kenal fizikal kau cam ner..aku tak perlu tahu rupa ko macam mana, ko lelaki ke pompuan, gemuk ke kurus ker. U mess with the wrong bitch. Siap korang. Huru-haralah hidup kau, bini kau, laki kau, anak-anak kau. I curse all of u. Korang memang patut kena sumpah..Sampai binatang pun kenal dan benci manusia busuk hati cam korang.

p/s:Sekarang ni husband aku pun dah malas nak layan manusia-manusia setan ni. Husband aku kata pergilah mampus bukan dia orang yang bagi kita makan. Hhuhuhuh tulah yang aku boleh still sayang kat laki aku..dia jahat aku jahat tapi we support each other time susah.

KENAPA AKU MALAS NAK SKANDAL

Sekali lagi amaran: ni blog aku korang nak baca korang punya pasal..yang baik amik sebagai pengajaran yang buruk abaikan jer ok...only for 28 years and abovePersoalan kat atas tu karang aku jawab..mula-mula napa perlu skandal kenapa perlu wat perangai sundal cam tu...sebab aku ni jahat tu jer...sebab time aku baik husband aku tak appreciate...time aku setia..aku cam kain buwuk.. dicampak ke tepi dipijak-pijak....last sekali aku wat perangai sesuailah kan. Ok aku dah decide aku malas nak berskandal ngan sesiapa pun...kerana ianya berkaitan ngan azam aku untuk tahun ini iaitu maju ke depan..adoi cam skema lak..tapi sebenarnya kita perlu jugak untuk skema ni untuk boleh meneruskan kehidupan dalam dunia ini yang serba mencabar ini. Aku summarisekan azam aku untuk 2010: Eh kenapa kena ulang-ulang cerita bab azam ni sebab kalau kita nak sesuatu tu berhasil kita selalu kena ingatkan diri kita sendiri walaupun orang lain tak amik peduli kannnnnnnnnnn

1) Kurangkan hutang / credit card (ada lagi3 ribu jer daddy aku dah clear kar RM50K wow , celcom, bank rakyat (aku jadi penjamin ni memang kes nayamalas lah nak ingat

2) Betulkan rumah / beli perkakas baru, nak cat nak ganti tingkap, nak beli langsir, maklumlah beli umah 2nd hand kos murah lak tu memanglah murah aku bayar cash gedebak 25K (aku 15K hubby RM10K) so banyaklah yang kena wat..modal tak der so nak mengumpul lah ni

3) betulkan keta yang dah banyak hiasan tambahan kerana aku selalu terlanggar tembok, moto dan bumper keta lain dan menggantikan semua barang yang tertanggal akibat pemanduan berhemah tinggi aku dan yang paling penting nak kena clearkan saman husband kesayangan aku yang ribu riban tu cos sampai sekarang tak leh renew rd tax hampehhhhhhhhhhhh (hampeh kat saman dan peraturan yang menyusahkan bukan kat husband I)

4) Kalau dah settle yang atas atas semua barulah nak wat saving dan stat bag duit kat mummy cam dulu uhuhuhuh pastu baru nak fikir apa nak wat lagi for my futureSo apa kaitan azam aku ngan tak nak skandal..simple and mudah aku malas buang masa dan buang duit...yerlah nak berkomunikasi nak kena top up kalau nak ym ke kena amik BBD WEEKLY tak pun DAILY kalau nak call sms pun kena top up..lelaki lelaki ni nak tolong top up ke kirim salam kedekut ke sangkak ke tak tahulah. Ada yang mintak aku top up lagi adalah ...malaslah.. eh pegilah kerja sendiri carik duit. Sebelum ni aku tak fikir masa depan duit aku belanja cam tu jer..yerlah duit aku tak menyusahkan owang lain...sundal-sundal aku , aku tak tipu duit orang..aku tak minta kat laki aku kalau aku nak berpoya-poya..Aku yang bagi duit kat laki aku lagi ada..aku ni sundal mithali kot hahahahah ..sebenarnya azam aku ni bukan awal tahun..aku baru jer stat azam bulan march yang lepas hahahahahah..so aku dah malas nak skandal...tapi aku maintain kawan-kawan sajer ek...sebab bosan gak kalau tak berkawan.

So pendek kata aku tau mau skandal..cukuplah setakat apa yang dah aku lalui. Tapi aku still maintain account tagged aku..boley setakat suka-suka message jer. Heheheh tapi aku tahu di kalangan kawan-kawan ramai gak yang menyampah kos aku yang konon dah kertu ni tapi kawan ngan laki-laki muda, aku ni mana makeup, pakai selekeh ala kadar ..mereka cam susah sikit nak percaya..tahap tak leh terima cos mereka muda, lawa..kalau mereka bijak sepatutnya mereka belajar ngan aku apa rahsia nak bagi lelaki tertarik. Ni tak , menyombong..pergilah mati. Bagi kaum hawa, ni perempuan bitch ni nak bagi satu tip yang simple tapi sangat mahal...Muka yang cantik, body dan penampilan yang seksi cuma laku untuk 15 minit yang pertama sahaja, Lepas tu kenalah present personality yang menarik dan jangan sesekali ada "beautiful people sindrom" (BPS) apa mende ni..banyak perempuan cantik mereka fikir dunia ni kat bawah tapak kaki mereka je..orang semua kena bagi perhatian kat mereka...lama kelamaan lelaki akan bosan dan akan angkat kaki tak percaya tanya kat mana-mana lelaki yang straight lah..tapi yang menyedihkan tu ada pompuan yang takat cantik mekap jer pun ada hati nak ada BPS ni lagilah menyedihkan ..lantaklah ko jangan kacau aku dah.SO AKU DAH MALAS NAK SKANDAL THE END

EPISOD BARU

Wow lamanya tak jengah kat blog sendiri, ayik dok baca blog orang lain jer...hheheheh. Its time for me to summarise my kelam kabut life..yes bersediaaaaaaaaaaaa..Banyak cerita ni...episod skandal dah tutup..episod yang masih diteruskan dan juga episod-episod baru:
1) Masalah hutang dan gaji tak cukup yeahhhhhhhhhh ni tapi dah ada kemajuan dalam pengurangan hutang hutang dan azam aku 2010 I will clear all my hutang, mummy next year cek leh stat bagi duit lagi kat mummy Insya Allah kalau umuq cek panjang...rasa dah 4 kali gaji cek tak mintak duit kat mummy..tapi Lid ada gak dok huloq duit kalau cek pi rumah..sayang kat LID aka Daddy I tu..tapi Cek tak mintak tau
2) Masalah bergaduh ngan jiran pasal kucing huhuhuuhuh waaaaaaaaaa hahahah WAR WAR WAR YAH PERANGGGGGGGGGGGGG dan akulah yang jadi the bitchhhhhhhhhh...hahahahhahaha matilah ko..ko kutuk dan fitnah kucing aku lagi, rumah ko kena bom dengan kucing seluruh taman desa baiduri cos aku dah jampi dan seru semangat kucing-kucing kat sini aku kan CAT LADY..silap lah ko carik pasal ngan aku
3) Masalah husband dok sms ngan awek sampai lewat malam aikkkkkkkkkkkk tapi bab ni bukan baru sebenarnya cuma respon aku jer yang baru iaitu ......jeng jeng jeng.............MAK LANSUNG TAK KESAH NOKKKKKKKmesti ada yang tanya abis ko tu tak bersms ngan jantan ker...hehehehe untuk pengetahuan semua...aku dah malas aku dah malas kalau ada yang sms hatta Assalamualaikum dan ketika itu aku dok bergolek sorang-sorang kat atas katil kul 11 am time off day pun aku balas ...suami ada ni...sebab aku malas nak layan padahal suami aku dok membanting tulang merepair bas dan lori kat bengkel DBKL...husband aku ni rajin kerja..tu aku respeklah tapi yang aku bengang SUSAH DAPAT PAYMENT .....emmmm awatlah ketat rezeki laki aku ni...pasal bini dia ni ker....emmmmmmmmmmjahat jahat aku pun aku share gaji aku ngan dia..tau...pendek kata...semualah aku yang keluar belanja tapi aku percaya kalau kalau dia dapat payment dia akan bagi duit kat aku..I believeeeeeeeee i beleiveeeeeeeeeeee
Apa lagi ekkkkkkkk
4) Kawan-kawan kat tempat kerja ramai dah berhenti..sedeh...tapi kalau kalau dapat peluang lagi baik semoga berjaya...my fren I will miss u my frens but I stay here and kerja as kuli heheeheh I nak bayar hutang dulu and tunggu husband jadi tokey besar pas tu I nak dok umah jerrr jaga kucing dan cuba mempregnantkan diri. Yes..tua bukan sebarang tua...kena terus berusaha...
5) Rumah cam kapal karam gak. emmmmm. Aku tak reti nak kemas umah kasi cantik..kat mana aku nak amik kursus..tolong jangan soh aku belajar dari Datin Normala dia sangat garang..takutttttttttttt...tapi ini juga misi aku tahun 2010 untuk mencantikkan rumah flat aku..kenapa dok umah flat itu jer aku mampu tapi bayar cash beb..aku tak der hutang..korang mampu ker...flat pun flat laaaaaa janji ada tempat berteduh kan...hahahah rumah ku syurga ku...tapi semua jiran aku cam menyampah kat aku...emmmm tapi aku pun menyampah kat mereka so kira oklah kan.

Ok cukuplah setakat ni ek...nanti kalau ada mood dan cerita terbaru..aku update lagilah...hiduplah untuk menggembirakan hidup kita sendiri kalau diri sendiri pun kita tak mampu gembirakan eloklah kita berhenti hidup..aku tak retilah nak jadi pompuan jenis nak sedey sedey nangis nangis..meleleh-leleh...hehhehe melalutlah pula....seee yaaaaaaaaa